"Fist to the air!! duriaannn....!!" |
23 Julai 2011 - Persembahan Konsert Incubus Live in KL bertaraf enam bintang! Mungkin ramai yang akan berpendapat penulis terlalu mengagung-agungkan persembahan artis luar negara. Namun itu hakikat yang harus ditelan kerana rata-rata penonton yang menghadiri konsert ini pulang dengan wajah yang penuh keriangan.
Bukan sekadar menikmati persembahan artis pujaan mereka tetapi sepanjang konsert tersebut berlangsung, boleh dikatakan semua berpendapat sama seperti penulis, kualiti persembahan live Incubus umpama memasang album di radio!
Penulis terlepas aksi pembukaan kumpulan rock tempatan Rosevelt , kerana terkandas di kesesakan lalu lintas akibat keluar lewat kerana tugasan lain. Namun menurut sumber penonton yang ditemui, Rosevelt membuat persembahan yang cukup bertenaga tepat jam 8.00 malam. Set selama 45 minit langsung tidak disia-siakan oleh lima anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur ini untuk mempamerkan persembahan yang bertenaga lantaran mereka dipilih oleh pemain gitar Incubus, Mike Einziger dalam suatu pertandingan pencarian band opening konsert mereka.
Gadis-gadiss yang meletup-letuppp dan giggles sizzles jiggless ~~ grrr |
Penonton yang berada di segenap sudut lebih-lebih lagi wanita seakan diserang histeria sebaik kelibat Brandon Boyd muncul di tengah pentas. Mereka terus memulakan set dengan dendangan lagu popular ‘Megalomaniac’ tepat jam 9 malam diikuti lagu ‘Wish You Were Here’ di mana dua lagu ini merupakan ‘trademark’ lagu pembukaan di kebanyakan jelajah konsert mereka.
Ben Kenney agak malas perform malam tu, cautut crack sama snow banyak sangat kot? tu pasal terbedukk?? ke stim duriann?? LOL!! |
Lagu seterusnya ialah Pardon Me, di permulaan lagu ini dimulakan dengan bunyi geseran turntables DJ Kilmore serta bunyi-bunyian ‘kotor’ daripada efek gitar Mike Einziger. Kawalan bunyi komposisi lagu ‘kotor’ ini begitu baik tanpa menjejaskan kualiti lagu ini disertakan beberapa bahagian rap oleh Brandon. Ternyata, lagu Pardon Me menggamit nostalgia betapa band ini begitu kreatif bereksperimen dengan bunyi-bunyi pelik di awal kemunculan mereka.
Mike 'Genius' Einziger |
Sebaik tamat, Einziger tidak menunggu lama untuk menggerakkan ‘mesin pemusnahnya’ dengan memetik riff single hit mereka pada tahun 2006, Anna Molly (Untuk tengok video Klik Sini!!). Stadium Negara kembali bergegar kerana peminat masing-masing turut menyanyi bersama-sama. Sesungguhnya, muzik dan paduan vokal begitu signifikan apabila mereka meneruskan dendangan lagu seterusnya ‘Promises, promises’ dalam album terbaru ‘If Not Now, When?’
Jose, Brandon dan Kilmore.. Kilmore?? Kilmore!! Kilmore rentung hingga kacipp di situ.. kah kah kah!! |
Seperti mana yang kita dengar dalam album, begitu jelas bahasa muzik yang di terjemah oleh kumpulan muzik yang berasal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat ini. Single ini merupakan lagu pertama yang dimainkan di Asia selepas album terbaru mereka dilancarkan pada 12 Julai yang lalu. Lunak suara vokalisnya sungguh seksi!
Dalam beberapa selingan, vokalis yang berumur 35 tahun itu tidak banyak berkomunikasi dengan peminat melainkan beberapa sapaan ‘Thank you boys and girls’ dan ucapan terima kasih. Seterusnya rangkaian lagu-lagu baru seperti Thieves dan Wolves mengiringi set mereka.
Tiba-tiba band ini membuat kejutan dengan memainkan lagu “Glass” daripada album terbaik mereka sepanjang zaman S.C.I.E.N.C.E. yang diterbitkan pada tahun 1996. Beberapa penonton yang duduk di bahagian atas yang dari tadi hanya melayan lagu-lagu baru Incubus bingkas bangkit dan ‘headbanging’. Ternyata mereka bijak mengatur senarai lagu kerana rata-rata peminat Incubus ‘lama’ begitu berharap Incubus memainkan sekurang-kurangnya satu lagu daripada album terhebat sepanjang zaman ini.
Brandon kelihatan beberapa kali mengetuk-mengetuk alat muzik bongo di penghujung lagu ini lantas dia terus mencapai gitar merah untuk lagu seterusnya, Pistola. Ketika itu penulis dapat melihat begitu dalam penghayatan lirik nyanyian Brandon kerana lelaki ini hanya melaungkan ton suaranya selengkap mungkin tanpa mengendahkan audiens. Jelas Brandon benar-benar selesa di hadapan lebih dua ribu penonton malam itu.
kau memang genius mike, walaupun tergelincir satu dua note hehehe.. |
Lampu kembali gelap buat seketika selepas lagu Pistola tamat. Tiba-tiba tenaga penonton kembali hangat apabila Einziger mula memetik riff lagu masterpiece yang melonjakkan nama mereka di antarabangsa - Drive. Stadium Negara seakan suatu kumpulan koir besar kerana setiap bait lirik lagu ini dinyanyikan bersama-sama. Terdapat sedikit olahan pada awal lagu dan pengakhiran daripada lagu asal kerana Einziger mula mempamerkan solonya yang begitu ‘melekat’ walaupun sedikit tergelincir daripada nota muziknya. Kemudian ‘Talk Show On Mute’ menjengah di mana mood penonton menyanyi bersama mula mellow dengan lagu hit ini.
Lagu baru seterusnya ‘Adolescent’ sekali lagi menjamu hawa telinga, penonton termasuk penulis sudah kehilangan suara gara-gara cuba mengikut pitch vokalis tersebut. Lagu yang penuh penghayatan itu disampaikan dengan baik sekali oleh kesemua anggota walaupun kelihatan Ben Kenney kelihatan begitu bersahaja mengalun irama gitar bes dan Jose Pasillas yang kelihatan sedikit tercungap-cungap mengetuk dram yang begitu padu bunyinya.
Jose agak panchett di situ nampaknyaa... |
Sebaik tamat, mereka Incubus terus mengucapkan selamat malam kepada Kuala Lumpur dan beredar ke belakang pentas. Walau bagaimanapun, penonton langsung tak berganjak di mana masing-masing menjerit mahu encore daripada Incubus.
Halo - best photo by Jennifer Thompson.. memang gempak pic nihh!! |
Beberapa minit kemudian mereka keluar dan menamatkan set encore lagu berjudul The Warmth dan sudah tentunya lagu cliche Incubus ‘Nice To Know You’ mengakhiri persembahan.
Penulis masih mengharapkan beberapa buah lagu dimainkan seperti single sensasi mereka Love Hurts dan Summer Romance (Anti Gravity Love Song), namun itu sahaja persembahan mereka tahun ini. Nilai tiket RM 203 betul-betul berbaloi (LOL!!) dengan persembahan yang berkualiti sebegini dan oh, ya, Brandon tidak membuat gimik membuka baju seperti insiden konsert mereka pada tahun 2006. Penulis percaya ramai juga gadis-gadis turut kecewa. Buat Tunetalk (yes you !!kapitalis jason lo!!) selaku penganjur, tahniah, konsert ini antara yang terbaik pada tahun ini!!
KLTHUGS: Maaf, ini formal punya review gua hantar untuk newspaper, sebab tu bahasa gampang formal.. Oleh sebab diorang kekurangan page (kerana David Archuletta menang page tersebutt) maka gua post kat sini.. versi carut-carutnya ada jer bro.. kalau gua rajin, nanti gua taip review dari Athirah sesat, jalan jammed, nak bergaduh ngn security sebab tak boleh bawak masuk DSLR, pembahagian Arena dengan Lower Tier dan sampai habis Q kat parking, sampailah ada orang merajuk sebab gua kena ngorat kat budak-budak jambu kat Qbistro.. memang gua nak mencarut kat Jason Lo.. hahaha
Photo credit goes to: Jennifer Thompson/ Makata Khalil/ YKWYA
No comments:
Post a Comment