Monday, August 15, 2011

Eksekutif Seksi Perompak Bank..

Layan dulu seleksi foto-foto ini...







JIKA pembaca-pembaca budiman melayari laman sesawang waima blog-blog dari Jakarta atau Indonesia beberapa bulan lalu, pastinya terkesan berita yang menyesakkan dada perihal seorang wanita seksi memenuhi tampalan-tampalan berita eksklusif di dada-dada akhbar negara republik tersebut.




          Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh pelayar Internet, kelibat wanita tersebut menjadi bualan daripada serambi di rumah-rumah kampung di Jawa Timur hinggalah ke kawasan Bandaraya Jakarta yang berkepadatan sepuluh juta itu.
Siapakah perihal wanita seksi yang KLthugs uar-uarkan ini? Apa ceritanya?
          Bukan! Bukan Maria Ozawa atau Julia Perez! Fenomena Miyabi ataupun kisah busuk ‘coli laser’ Julia Perez tak perlu kita cerita, jijik!
Tapi ini cerita wanita seksi pegawai tinggi perhubungan awam Citibank! Adakah logik pendapatan seorang pegawai perhubungan awam senior bank mampu memiliki sebuah kereta mewah berjenama Hummer H3, Mercedes Benz 350, sebuah kereta sport berjenama Ferrari 430 Scuderia dan sebuah Ferrari California?




Selain itu, wanita seksi ini turut memiliki tiga buah banglo mewah lengkap dengan kolam renang di bahagian Jakarta Selatan. Yang pastinya, rumah-rumah banglo milik wanita seksi ini jauh kelihatan lebih mewah berbanding tetangganya.


Gaya hidup wanita seksi ini yang serba mewah pastinya menimbulkan tanda tanya. Harta peribadi wanita seksi ini ditaksirkan bernilai puluhan juta ringgit. Kenderaan miliknya sahaja mencecah hampir sepuluh juta ringgit.
          “Kami langsung tak kenal siapakah gerangan wanita tersebut. Semasa dia melintasi kami berbaju polos putih dengan jaket denim yang berpadanan seluar jeannya, seluruh mata memandang lenggok wanita ini berjalan menuju ke arah Jabatan Siasatan Polis Kebangsaan. Dia memang seksi!” jelas Dharta Widiamasto, seorang wartawan Sun Tv, rangkaian televisyen tempatan.
          Ketika itu, Dharta bersama dengan beberapa wartawan dari pelbagai agensi berita sedang melepak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Jakarta untuk mencari bahan berita pada pagi 23 Mac.
          Esoknya, seluruh Indonesia gempar dengan tajuk muka depan akhbar nasional republik itu: ‘Pegawai eksekutif seksi – pembobol Citibank’.
Ternyata tembelang wanita seksi, ibu kepada tiga orang itu akhirnya pecah jua. Wanita seksi ini terpaksa turun naik mahkamah setelah disabitkan kesalahan menggelapkan duit pelanggan Citibank lebih 17 bilion rupiah (RM6.03 juta).
Melinda Dee, 48, atau dikenali sebagai Inong Dee terus menjadi perhatian media cetak dan elektronik sehingga mencetuskan fenomena. Modus operandinya mudah, Melinda membina suatu pelan pelaburan untuk mencairkan dana bank namun pelaburan itu sebenarnya tidak wujud.
 “Pihak Citibank sendiri yang melaporkan pada pihak polis pada 14 Mac lalu merancang untuk memfailkan saman sivil terhadap Melinda untuk menuntut kembali wang yang telah diseleweng,” jelas Halapancas Sijamuntak, peguam bela Melinda.
Tambah kontroversi kehidupan peribadi Melinda juga dikatakan panas. Wanita seksi ini dikatakan menyimpan dan menaja ‘anak ikan’ yang juga seorang pelakon filem dan model Indonesia, Andhika Gumilang, 22.


Paling mengejutkan, ketika kes Melinda mula menjadi tumpuan media, Melinda mendakwa Andhika merupakan suaminya. Padahal pada masa yang sama, Melinda Dee masih lagi naik turun mahkamah untuk menyelesaikan proses perceraian dengan suami pertamanya, Adus Ally.
Pasangan ini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak tahun 2008, cuma perceraian mereka belum rasmi.
“Kami sudah bernikah, tetapi secara sirri (gantung). Tolong jangan ganggu saya lagi,” jelas Andhika pada 26 April melalui Jawa Pos.
Andhika dikatakan enggan menemui media akibat tertekan. Pernah suatu ketika dahulu model bertubuh sasa ini menafikan dia ditaja oleh seorang wanita kaya kerana sering dilihat memandu kereta sport Ferrari ke lokasi penggambaran.
Ketika ditanya dalam sebuah program televisyen, Andhika dengan tegasnya menyatakan kemewahan yang dimilikinya atas usahanya dalam bidang perniagaan. Nyata, tembelangnya juga pecah.
Namun di sebalik kemewahan hidup mereka, Melinda lebih banyak mendapat cercaan di laman-laman blog dan forum di Internet kerana melakukan pembedahan plastik payu dara dan bahagian wajah yang kerap hingga mengubah penampilannya.
Namun langit tidak selalu cerah, baru-baru ini Melinda dimasukkan ke hospital kerana dikatakan mengalami penyakit radang payu dara mengakibatkan wanita itu sering sakit ketika ditemui media.

Hmm... nampaknya nasib terus-menerus tidak menyebelahi wanita ini. Sama-samalah kita ambil teladan dari kisah Melinda ini. Sesungguhnya amanah yang kita terima hendaklah kita jaga untuk keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Wang bukanlah segala-galanya untuk membeli kebahagiaan hidup!
Puas tatap foto Melinda Dee? Ini foto tatkala Inong masih muda.. ada banyak beza tak?
KLThugs: Ada sugar mummy cmni kat sini? hehehehe....

1 comment: