Tuesday, December 6, 2011

PEREMPUAN MELAYU BONGOK-BONGOK!! Ini kisah perempuan melayu jadi keldai negro..

Pendedahan Eksklusif Permata Afrika

This is really great job!”

Oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail 

WANITA berusia 30-an  ini kelihatan sungguh elegan dan glamor. Penampilannya begitu menawan. Sebaik tiba, wanita ini terus mengukir senyuman.
     Orangnya manis, kulit putih mulus, gebu. Pertuturannya cermat, satu-persatu ayat terbit daripada bibir mungilnya itu. Hidung mancung persis pelakon Bollywood. Secara peribadi, penulis memberi markah penuh untuk aspek kecantikan bagi gadis Melayu buat Suziela! Lima bintang!
     Kami terus bersembang penuh mesra di sebuah coffee-house yang terletak di kawasan membeli-belah terkemuka di Selangor.
     Tapi apa kisah menarik yang Suziela nak bongkarkan?
“Hah, dengarlah... ni yang Suziela nak cerita!” tutur gadis manis ini.
     Kira-kira setahun lalu Suziela berkenalan dengan seorang lelaki Afrika bernama Nikkita berasal dari Nigeria semasa dia menghadiri sambutan hari jadi rakan baiknya di Kuala Lumpur. 
Sewaktu awal perkenalan, lelaki Afrika ini memberitahu Suziela,dia menjalankan urusan perniagaan pelbagai barangan di China.
Nikkita sering berulang-alik dari Malaysia ke China untuk urusan perniagaan import-eksport. Kononnya bisnes ini perniagaan keluarga.
     “Saya langsung tak mengesyaki apa-apa, yang saya tahu dia berniaga di sini secara sah di sisi undang-undang!” cerita Suziela.
     Suatu hari, lelaki Afrika itu meminta Suziela membuat panggilan telefon. Suziela diminta untuk bercakap dengan seorang wanita berbangsa Cina. Skripnya sudah tersedia, kononnya Suziela perlu memberitahu wanita Cina tersebut kekasih hatinya bernama Robert Lauren sedang mengalami masalah dan terkandas di lapangan terbang.
Suziela hanya perlu memberitahu kepada wanita berbangsa Cina itu bahawa kekasihnya itu tidak apa-apa. Dia hanya perlu membayar sejumlah wang untuk melepaskannya daripada ditahan imigresen.
     Semasa perbualan di talian telefon, wanita Cina itu meminta kebenaran untuk bercakap dengan kekasihnya yang bernama Robert itu. Suziela mula jadi gelabah kerana semasa membuat panggilan, hanya Nikkita yang berada di hadapannya.
Lalu Suziela memberi signal kepada Nikkita apabila wanita ini hendak bercakap dengan kekasihnya bernama Robert. Sambil menggerakkan bibir, Nikkita menyuruh Suziela memutuskan talian, kononnya Robert akan telefon semula perempuan Cina tadi.
     Sebaik menamatkan talian, Nikkita mengeluarkan telefon bimbit lain dari poketnya. Nikkita terus mendail satu nombor dan membuat panggilan. Sebaik talian bersambung alangkah terkejutnya Suziela apabila Nikkita mengeluarkan kata-kata manis dan pujuk rayu kepada wanita yang berada dalam talian tersebut.
     Please baby, help me. I’m stuck here in airport, I bring loads of cash but all money in my luggage had been declared by the immigration... please help me bank in money, do whatever she asked, give how much she want, i’ll pay back to you sweetie!”
..begitulah antara kata-kata yang meniti di bibir tebal Nikkita.
     Suziela tergamam seketika sebaik sahaja mendengar Nikkita berkata-kata manis berserta pujuk rayu. Dengan siapakah kekasihnya itu bercakap? Dengan siapakah Nikkita rujuk sebagai ‘baby’ dan ‘sweetie’ tadi? Darahnya mula berderau.
     Sebaik mematikan talian, Nikkita meminta Suziela menjawab panggilan daripada wanita Cina tadi. Nikkita memberi nombor akaun yang sudah terpapar di skrin komputer ribanya.
     Kurang daripada seminit, telefon berdering. Suziela yang masih kebingungan dengan persoalan yang bertubi-tubi menyerang benak fikirannya menjawab panggilan telefon tersebut dan mengikut arahan Nikkita. Wanita berbangsa Cina itu setuju untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan tadi. Selesai sahaja menjawab panggilan, Nikkita terus menyatakan hal sebenar kepada kekasihnya itu.
     “Rupa-rupanya Robert Lauren ialah nama samaran Nikkita. Nikkita menceritakan hal sebenar yang berlaku. Wanita yang bercakap dengan Nikkita ialah orang yang sama bercakap dengan saya sebelumnya tadi. Ya, wanita Cina yang memasukkan wang ke dalam akaun yang terpapar di skrin komputer riba Nikkita!” cerita Suziela lagi.
     Jika selama ini Suziela hanya membaca kegiatan Phishing dan Black Money oleh warga Awang Hitam di dada-dada akhbar, hari ini wanita yang duduk di hadapan saya adalah sebahagian daripada konco-konco mereka.
‘Phishing’ merupakan suatu sindiket zaman moden yang melibatkan penipuan menerusi SMS, talian Internet serta talian telefon. ‘Phishing’ atau secara sebutan disebut ‘fishing’ memang kena dengan penzahiran aktivitinya – memancing mangsa. Bezanya, kalau memancing mangsanya ialah ikan, tetapi ‘phishing pula mangsanya ialah orang. Tak kiralah lelaki atau perempuan.
     “Seperti saya cerita tadi, saya terjebak dalam kegiatan ‘phishing’ ini secara tak sengaja. Saya langsung tak tahu kegiatan boyfriend saya Nikkita pada awal perkenalan dengannya kira-kira setahun yang lalu!” jelas Suziela.
Selepas pengalaman pertama melakukan kegiatan ‘phishing’ini, Suziela makin seronok dengan pekerjaan baru ini. Ya, satu demi satu mangsa masuk perangkap Awang Hitam yang menjadi kenalan barunya itu. Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa adalah dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
“Semenanjung pun ramai, jangan terkejut!” cerita wanita yang berasal dari utara tanah air ini.
     Modus operandinya amatlah mudah. Awang Hitam ini akan mendaftar nama palsu di laman sosial seperti Facebook atau Myspace,dan menyamar sebagai lelaki mat saleh.
Ya, Awang Hitam ini tadi ‘bersalin kulit’. Kemudian dengan menggunakan profil palsu mencari kenalan yang kebanyakannya wanita yang berkerjaya. Sedikit kata-kata pujian manis ditaburkan. Jika respons diberikan, fasa seterusnya dilaksanakan. Apabila mangsa sudah jinak dengan kata-kata manis, mereka berkasih-kasihan dengan chattingantara satu sama lain.
Ketika chatting menggunakan kamera-web, sindiket ini akan menggunakan rakaman video palsu seorang lelaki kulit putih yang sedang berpura-pura melihat skrin komputer sambil menaip papan kekunci. Penipuan mereka sungguh profesional! Mangsa tak akan tahu ditipu hidup-hidup kerana rakaman itu memang nampak seperti kita chatting secara langsung dengan lelaki tersebut.
Selepas menggunakan kata-kata manis, pelbagai pujuk rayu digunakan untuk membuatkan mangsa-mangsa ini mempercayai mereka. Hinggakan ada yang sanggup berbogel depan kamera menunjukkan aksi mengghairahkan serta tidak kurang ada yang bangga mempamerkan alat sulit terhadap kekasih ‘mat saleh’nya.
“Kalau saya tunjuk, awak mesti tak percaya, ini saya ada bukti beberapa gambar mangsa yang menunjukkan alat sulit masing-masing. Hah, yang ini gambar seorang suri rumah yang sudah berpangkat opah dari Perak,” kata Suziela tersengih.
Terpapar beberapa gambar menjijikkan wanita separuh umur menunjukkan kemaluan mereka. Penulis tepuk dahi! Mana tidaknya, sudah berpangkat opah, bertudung dengan sempurna tapi perangai... Nauzubillah!
“Ini baru sikit, mangsa lelaki Afrika ini bukan sahaja suri rumah, malah ada yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta, polis, guru, malahan golongan bijak pandai seperti doktor turut menjadi mangsa. Kes opah ni mudah saja, kalau dia taknak bayar, kita ugut dia dan katakan mahu sebar gambar lucahnya kepada ahli keluarganya mahupun dalam Internet!” beritahu Suziela tersenyum lebar
Ada tiga pelan paling biasa digunakan Awang Hitam ini untuk menjilat harta wanita-wanita berkerjaya ini.
     Pelan pertama biasanya dirancang untuk wanita-wanita yang tinggal jauh dari lapangan terbang. Kononnya mereka baru tiba dari luar negara ke Malaysia membawa bagasi yang penuh dengan wang tunai. Oleh sebab membawa banyak wang tunai dalam bagasi, barangan mereka ditahan kerana kononnya melakukan kesalahan membawa wang tunai dengan jumlah yang amat besar
Kemudian untuk ‘melepaskan’ bagasi-bagasi tersebut, mereka diminta untuk membayar sejumlah wang untuk sijil pelepasan.
“Kami keluarkan bil dan hantar kepada mereka. Ketika inilah watak saya dihidupkan. Saya boleh jadi apa saja, pegawai imigresen atau pegawai yang meluluskan segala yang boleh membuatkan teman lelaki ‘mat saleh’nya itu selamat dan dilepaskan. Kiranya saya ini jadi orang tengahlah,” cerita Suziela  sambil tersenyum.
     Setelah wang dimasukkan, panggilan kedua dibuat.
     “Kali ini kita minta duit untuk insurans pula. Lepas dah dapat, kita buat panggilan lagi kononnya berlaku salah faham. Wang yang sepatut dibayar bukan mengikut nilai ringgit Malaysia, tetapi nilai matawang asing. Apabila wang diterima, proses seterusnya kita hantar lagi bil-bil lain yang tidak relevan!” tambahnya lagi.
     Sambil menghirup kopi, Suziela terus memerihalkan kegiatan haramnya dengan lebih lanjut. Menurutnya, mangsa-mangsa ini sanggup bergolok gadai dengan membuat pinjaman bank semata-mata untuk memastikan kekasihnya itu dibantu. Dah nama pun sayang kan?
     “Begitu juga dengan pelan kedua. Kami menggunakan taktik menghantar parcel kepada mangsa ini. Kononnya di dalam parcel itu ada hadiah berupa barangan elektronik seperti macbook, i-Pad, jam tangan mewah atau apa saja yang mahal kepada mangsa padahal itu semuanya umpan palsu untuk mereka!” dedah Suziela bersahaja.
     Apabila sampai kemuncaknya, Suzielaakan berpura-pura mengatakan ada wang tunai sebanyak ratusan ribu turut dibungkus bersama parcel tersebut. Lalu mangsa-mangsa yang ditipu ini mempercayai bulat-bulat kerana terpedaya kononnya teman lelaki ‘mat saleh’ yang kaya beri hadiah mahal-mahal termasuklah wang ringgit.
     “Kita hantar mereka bil itu bil ini, bila bil pertama dah selesai, datang bil lain begitulah seterusnya sampailah mereka mengalah dan sedar diri ditipu!” jelasnya yang setakat ini sudah mengaut sebanyak RM500 ribudalam tempoh dari awal Januari hingga bulan Mei memperdaya wanita-wanita berkerjaya tadi.
     “Pelan ketiga pula kita guna nama Petronas. Kononnya boyfriend mereka ini mat saleh kaya yang kerja di pelantar minyak...pernah sekali ada satu mangsa sampai bank-in beratus ribu hinggakan kami kena hantar ‘stop bill’ selepas tak ada idea langsung nak hantar bil apa. Memang mereka ni semua mudah kena tipu!” cerita Suziela lagi.
     Bagaimana pula jika mangsa yang sedar dan buat laporan polis? Suziela tak takutkah dengan penguatkuasaan undang-undang? Suatu hari nanti mungkin Suziela terperangkap?
“Terus terang saya katakan saya langsung tak takut. Kami
bekerja secara profesional, boyfriend saya dan rakan-rakan Afrikanya begitu teliti dengan tiap perkara yang kami lakukan.
“Kami ada prosedur kami sendiri untuk menipu mangsa
tetapi secara jujur saya beritahu pada Mastika, sebenarnya para wanita yang ditipu ini terlalu bodoh kerana membuka peluang untuk dipergunakan. Mereka yang membiarkan diri mereka ditipu!” katanya Suziela menyindir.
     “Lagipun ada juga yang nak bullshit saya balik. Apabila saya menyamar kononnya saya ni dari syarikat kurier, mereka merayu-rayu bantu suami mereka. Suami? Tolonglah, awak tu nak kena tipu, berani nak tipu saya balik? Memang habis saya kebas semua wang simpanan mereka. Ada yang lebih menarik, wanita-wanita ini tadi ada suami. Tetapi gatal punya fasal, bila suami tidur dia chatting dengan jantan lain. Boyfriend mat saleh katakan!” tegasnya.
     Menurut Suziela, sepanjang mengenali Nikkita, dia sifatkan kekasih hatinya sebagai seorang yang amat baik. Nikkita berasal dari keluarga yang baik-baik. Cuma keadaannya yang tersepit akibat ditipu ketika tiba ke Malaysia oleh ejen menyebabkan dia terpaksa mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan.
     “Dia orang susah, begitu juga dengan lelaki Afrika yang lain. Rangkaian mereka terlalu luas, terlalu ramai melakukan kegiatan sebegini. Mereka ni kalau tak buat ‘phishing’, mereka buat sindiket black money.
“Oleh sebab rata-rata mentaliti penduduk di negara Asia Tenggara amat prihatin, sindiket-sindiket Afrika ini berleluasa hinggalah saat ini!” cerita Suziela bersungguh-sungguh.
     Penulis terdiam sejenak. Adakah wanita yang duduk di hadapan ini tidak langsung rasa gentar atau bersalah terhadap kegiatannya menipu ramai orang? Lalu penulis lontarkan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran ini.
     Nyata dengan helaan nafas berbaur ego, Suziela memberi kata-kata yang amat ringkas tetapi cukup mendalam.
     “Itu sebabnya saya tampil bertemu dengan saudara. Saya dah tak larat nak buat kerja macam ni. Saban hari bilangan mangsa yang terdiri daripada kalangan wanita kita sendiri kian meningkat saban hari. Kalau dahulu ada dua atau tiga orang mangsa. Sekarang ni makin lama makin bertambah. Dari dua tiga orang kini mencecah tujuh lapan orang!” katanya sambil mengeluh.
     Berbicara hal dosa dan pahala, Suziela hanya mengangkat-angkat bahunya.
     “Kalau dah ada sepuluh ribu, dua puluh ribu depan mata, jangan kata anda tak gelap mata, tipulah kalau anda nak menolak, lagipun saya pilih-pilih juga mangsa.
“Saya masih ada pertimbangan. Walaupun saya dikenali dengan julukan ‘Permata Afrika’, namun apabila saya menolak untuk menipu sesetengah mangsa, saya turut diselar Nikkita kononnya saya ni terlalu emosional. Saya masih ada perasaan belas!” jelasnya sebelum menamatkan perbualan.
     Sebelum kami beredar, Suziela menerima sebuah panggilan daripada seorang mangsa barunya yang berasal dari Melaka.
     “Lihatlah, sebentar lagi wanita bernama Adrina ini akan masuk duit tiga ribu. Dan esok seorang lagi mangsa dari Singapura akan masuk duit sebanyak dua ratus ribu. This is really great job!” cerita Suziela mengakhiri perbualan kami.
     Sayang sekali, wanita secantik Suziela yang mendapat julukan ‘Permata Afrika’ ini sanggup jadi petualang, perosak bangsa sendiri demi wang dan orang asing!
     Pelik sungguh, mengapalah wanita-wanita kita mudah kelabu mata, diperdaya hidup-hidup oleh Awang Hitam tidak habis-habis!

NOTA: Petikan daripada hasil temuramah gua dengan Suziela dalam Mastika Julai 2011

Mutakhir: Warga Nigeria ditembak mati polis (KOSMO)

04/12/2011 1:58pm

 
KUALA LUMPUR — Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.
Chin Wah berkata, lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.
"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 November lepas pukul 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Jumaat depan,” katanya. - Bernama
KLTHUGS: Macam-macam hal! pundeklah warga Nigeria ni.. kasi bikin satu pindaan dalam kabinet lah sial.. ini industri main ratus ribu ringgit satu orang, kalau puluh orang tak ke berjuta-juta ringgit? bagi masuk senang-senang, dia senang kita susah! Kena pulak perempuan Melayu BONGOK-BONGOK

4 comments:

  1. lelaki melayu pun ade yg bongok

    ReplyDelete
  2. haihhh duit pnya pasai maruah tergadai..dunia akhir zaman naze....

    ReplyDelete
  3. kerajaan malaysia perlu mengambil tindakan yang tegas!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau makan duit haram 10 lori pun xpernah cukup dan hidup pun sentiasa musibah. Perempuan malaysia di tipu negro (kayu). Maruah tergadai duit pun pokai. Bercinta dan berkahwin warga asing sentiasa membawa masalah.hari2 masuk akhbar pun x pernah ambil pengajaran.

    ReplyDelete