TAHUN demi tahun, ada saja ramalan mengenai dunia akan kiamat. Tapi ramalan demi ramalan yang dikemukakan dengan fakta-fakta itu tidak pernah tepat dan menjadi kenyataan seperti yang dijangkakan.
Adakah ini agenda Barat untuk merosakkan akidah umat Islam? Bermacam-macam hujah yang dikeluarkan oleh mereka. Kadang-kadang ia mempengaruhi sesetengah orang untuk mempercayai bukti dan petanda yang diramalkan itu.
Akibatnya, biarpun ramalan demi ramalan, tahun demi tahun, namun kehidupan kita tetap diteruskan tanpa berlakunya Hari Kiamat sampailah sekarang, menginjak tahun 2012.
Bagaimanapun, ramalan berlakunya Kiamat pada tahun 2012, dianggap lebih hebat berbanding ramalan-ramalan lain yang pernah dibuat sebelum ini. Jika berdasarkan ramalan-ramalan lepas, kita sudah boleh mengkategorikannya sebagai kisah dongeng, tapi apakah ramalan 2012 juga termasuk dalam kategori kisah dongeng juga?
Ramalan ini berpunca daripada suku kaum Mayan yang tinggal di semenanjung Yucata, Amerika Tengah telah membuat perhitungan hari kiamat bersandarkan kalender suku kaum mereka (Aztec) yang bermula dari 3113 Sebelum Masehi dan berakhir pada 2012 Masihi, iaitu pada 21 Disember 2012.
kalendar matahari orang mayan |
Berlandaskan manuskrip peninggalan suku kaum Maya itu juga ada menceritakan pada tahun 2012 munculnya satu gelombang galaksi besar yang dikenali sebagai badai matahari mengakibatkan berlakunya cuaca panas yang melampau-lampau yang akan menyebabkan semua kegiatan di muka bumi akan terhenti.
Selain ramalan kaum Maya, ada juga pihak yang masih percaya bahawa Planet X atau terkenal sebagai Planet Nibiru akan menghampiri bumi pada tahun 2012.
Walaupun Planet Nibiru tidak bertembung dengan bumi tetapi planet ini didakwa memiliki kekuatan magnetik sangat kuat yang hampir sama dengan matahari. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan graviti sehingga mampu mengoncang-goncang bumi sehingga gunung ganang hancur lebur, bangunan menyembah bumi, air laut melimpah dan manusia terbang seperti rama-rama.
Berikut adalah ramalan-ramalan tentang Kiamat yang tidak menjadi tetapi pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu...
· 1666 – Kiamat Tahun Iblis
RAMAI penganut Kristian yakin bahawa angka 666 berkaitan dengan Iblis, sehinggakan mereka telah meramal pada tahun 1666 akan berlakunya Hari Kiamat dan dunia berakhir kerana Tuhan marahkan Iblis. Namun pada tahun itu kiamat tidak berlaku sebaliknya terjadi satu kebakaran besar yang nyaris melenyapkan kota London dari muka bumi.
· 1806 – Telur ayam petanda kiamat
SEORANG penternak di Leeds, England telah menemui telur ayam yang tertera pada kulitnya tulisan 'Christ is coming'. Ramai orang telah mempercayai berita yang menggemparkan itu. Namun, Seorang penduduk yang merasa khuatir kesahihan berita tersebut telah memerhatikan ayam itu bertelur dan mendapati berlakunya penipuan. Telur itu didakwa telah ditulis terlebih dulu sebelum disumbatkan semula ke dalam dubur ayam.
WILLIAM Miller, seorang paderi Advent mendakwa beliau telah menerima wahyu bahawa tarikh berlakunya Hari Kiamat akan jatuh pada 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844. Dalam pada itu, beliau sendiri turut membuat andaian kiamat akan berlaku pada 23 April 1843. Namun, pada tarikh yang dijangkakan itu, tidak berlaku sebarang mala petaka seperti yang didakwa William. Maka, kumpulan itu telah membentuk gerakan yang dikenal sebagai Seventh Day Adventist.
· 22 Oktober 1844 - Ramalan kumpulan Millerite
SEORANG paderi dari kumpulan Millerite, Samuel S. Snow juga telah meramalkan dunia akan berakhir pada 22 Oktober 1844, beliau amat yakin berdasarkan petunjuk kiamat yang terdapat di dalam Kitab Daniel. Tetapi kiamat tidak juga berlaku pada tanggal tersebut. Disebabkan itu, tarikh 22 Oktober 1844 dikenali sebagai ‘The Great Disappointment’ atau ‘Kekecewaan Besar’ yang membuatkan aliran Millerite terpecah.
· 1910 - Komet Halley
PADA tahun 1881 seorang astronomi, mengandaikan hari kiamat akan berlaku disebabkan pelanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada tahun 1910. Astronomi itu mendakwa ekor komet Halley mempunyai gas dan debu yang beracun yang mampu membunuh dan melenyapkan manusia dan hidupan di muka bumi. Namun pada tahun itu tiada tragedi berlaku seperti dijangkakan.
· November/Oktober 1982 – Ramalan Pat Robertson
PADA akhir tahun 1976, Pat Robertson membuat ramalan dunia akhir zaman akan berakhir pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980 beliau menyatakan: “Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan terjadinya hari penghakiman pada dunia. Dunia akan berakhir!”. Seperti dijangka, dunia tidak juga berakhir tetapi Pat Robertson yang meninggal dunia terlebih dulu.
· 1891 - Dongeng kaum Mormon -
RAMALAN ini dibuat oleh Joseph Smith seorang paderi dari Gereja Mormon. Beliau telah mengadakan satu perhimpunan di gerejanya pada Februari 1835 untuk memberitahu pengikutnya bahawa Jesus akan datang dalam tempoh 56 tahun ke hadapan. Dan pada hari itu akan berlakunya hari kiamat. Namun ramalannya tidak menjadi kenayataan.
· 1997 – Komet Hale-Bopp
PADA tahun 1997, ramalan dikaitkan dengan komet lagi. Kehadiran komet Hale-Bopp yang dijumpai pada tahun 1995 bergerak menuju ke arah bumi dan diramal akan bertembung dengan bumi pada bulan Mac 1997. Sebanyak 39 orang pengikut Kristian Heaven's Gate telah membunuh diri kerana mereka yakin bahawa UFO yang mengikut di belakang komet tersebut akan menyelamatkan mereka dari bencana tersebut.
· 9 September 1999 – Ramalan Syamsuri
SEORANG lelaki bernama Syamsuri mendakwa bahawa dia adalah ‘Imam Mahdi’ utusan Tuhan dan meramalkan pada 9 September 1999 akan berlakunya Hari Kiamat. Sebelum tarikh ramalan itu tiba, beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan di hukum penjara selama 11 bulan. Namun pada tarikh ramalannya pada 9-9-1999 tiada apa-apa berlaku dan beliau sendiri merengkok dalam penjara.
· 31 Desember 1999 - Ramalan Joseph Kibwetere
JOSEPH Kibwetere dari Uganda (Afrika) iaitu seorang paderi dari The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God, meramalkan dunia akan berakhir pada 31 Disember 2000. Sebelum tarikh tersebut beliau telah mengarahkan pengikutnya berkumpul di dalam sebuah gereja. Setelah semua pengikutnya berkumpul, beliau lalu membakar gereja tersebut ketika semua orang sedang bertafakur. Sebaik kebakaran itu berjaya dipadam, pihak polis menemui sebanyak 330 tengkorak manusia yang dipercayai pengikut fanatik Joseph Kibwetere yang terbunuh dalam tragedi itu.
.
· 21 Disember 1954 - Ramalan Dorothy Martin
DOROTHY Martin mendakwa beliau telah membuat perjanjian dengan makhluk asing dari Planet Clarion. Katanya alien akan menghancurkan bumi dengan satu bencana banjir yang besar.
Hanya orang yang beriman sahaja terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam bencana tersebut. Tetapi, pada pukul 4.45 pagi, Martin telah menjelaskan yang dia mendapat pesanan baru dari makhluk asing. Katanya Tuhan murka dengan tindakan para pengikutnya yang banyak berubah fikiran. Tuhan memutuskan untuk membatalkan Hari Kiamat setelah ada manusia yang merasa was-was dengan kekuasaannya.
· 14 Julai 1960 – Ledakan bom di Amerika
ADA pihak tidak bertanggungjawab meramalkan bahawa kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik tentera Amerika Syarikat. Ekoran daripada berita tersebut, ada orang yang cuba membuat perahu untuk menyelamatkan diri. Namun kiamat seperti diramalkan tidak berlaku.
· 2 Februari 1962 – Ramalan astrologi India
SEORANG ahli astrologi India meramalkan kiamat akan berlaku pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari. Kononnya pada saat itu dunia akan hancur lebur dan bertukar menjadi debu.
· 2,000 – Ramalan Hal Lindsey
PADA tahun 2,000 banyak ramalan Hari Kiamat telah dibuat oleh orang-orang Barat antaranya oleh Hal Lindsey melalui tulisannya dalam buku yang bertajuk, “The Late, Great Planet Earth yang diterbitkan pada tahun 1970 dan Planet Earth 2000 A.D.: Will Mankind Survive? (1996). Buku tersebut mendakwa dunia akan kiamat pada tahun 2,000 dan umat Kristian tidak perlu membuat persediaan masa depan mereka selepas tahun 2,000.
· 21 Mei 2011- Ramalan Harold Camping
DONGENG terakhir tentang Hari Kiamat ini dibuat oleh Harold Camping. Katanya, barang siapa yang percaya kata-katanya akan diangkat terus ke syurga, dan mana yang tidak percayakan ramalan mereka akan tinggal di bumi dan hidup seperti dalam neraka selama lima bulan sehingga tarikh 21 Oktober 2011. Pada tarikh itu Tuhan akan menghancurkan bumi dengan nyalaan api neraka.
Walaupun pelbagai andaian dan ramalan dibuat, namun kita sebagai umat Islam, wajib percaya kepada kedatangan Hari Kiamat, iaitu rukun iman yang keenam yang perlu diimani dan dipercayai.
Lambat atau cepat, Kiamat pasti akan tiba jua. Hanya orang yang leka dengan kehidupan duniawi sahaja yang akan rugi kerana Hari Kiamat atau Hari Kegoncangan itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
kredit: hanaffi ibrahim
KLThugs: Dah nama pun dongeng.. BTW, dongeng kaum mayan tentang kiamat 2012 memang hebat. Roland Emmerich buat modal filem sampai untung puluh ribu juta. Kemudian artis pun buat lagu, kapitalis buat iklan komersial. Sampai sekarang orang menunggu detik 12.12.12 nak tunggu bencana besar.. haisshhh!!
kalaulah kiamat tahun ni.. olimpik takkan berlangsung!!
ReplyDeletekapitalis..freemason..yahudi..matahari..smua nk kasi sesat sjaaaa haha
ReplyDeletekita tengok je nanti....
ReplyDelete