Tuesday, December 27, 2011

Fakta Menarik tentang CATUR



1.    Catur merupakan permainan paling popular di dunia yang dimainkan oleh lebih dari 700 juta orang.

2.    Perlawanan antara Ivan Nakolik dan Goran Arsovic di Belgrade pada tahun 1989 alah rekod permainan paling lama iaitu selama 20 jam 15 minit dengan 269 gerakan draw.

3.    Pada tahun 1999, seorang kanak-kanak berumur 8 tahun bernama David Wei Ling Howell dari East Sussex, England pernah mengalahkan pemain catur professional iaitu Grandmaster John Nun sekaligus memecah rekod pemain catur paling muda mengalahkan seorang pro!

4.    Hanya dua orang sahaja peserta catur kategori wanita yang menyertai kejohanan catur dunia pada 2010. Perlawanan pertama, perlawanan final!

5.    Nisbah kemenangan buah putih ialah 38.4 % manakala buah hitam 31.9%. Sementara peratusan seri untuk kedua-dua buah ialah 38.4 %.

6.    Permainan catur adalah salah satu kurikulum sekolah rendah yang diajar hampir 30 buah negara di seluruh dunia antaranya Venezuala, Iceland dan Rusia. Kajian orang Belanda pula mendapati kanak-kanak lelaki yang bermain catur adalah 8% lebih bijak manakala kanak-kanak perempuan 12%. Bila agaknya nak diselaraskan di negara kita ya?

3 comments:

  1. ontahh.. konda kondi diajar ehh kek sekolah pakcik

    ReplyDelete
  2. aku dr kecik2 xlepas men chess ni doh..bengap siut hahaha

    ReplyDelete
  3. thx cupen..pembaca tegar blog gua..haha

    ReplyDelete