OI! OI! ANDA INGAT LAGI BAND INI?? |
HAH! KALAU INGAT, MESTI KENAL BRADER NI!! |
“Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak
pernah hina Nabi Muhammad”
Oleh: Mohd. Nazirul Afiq Ismail
“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”
Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.
Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat. Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.
Yang paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?
Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!
Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrock ataupun Oi! ini.
Lokasinya di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.
Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja?
Bukan setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.
Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.
..kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” - Megat ACAB |
“Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi.
“You tahu, ana nyaris saman Mastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.
Namun, Megat bersyukur, disebabkan segala tohmahan dan fitnah inilah dia berubah.
Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku membawa Megat kembali ke pangkal jalan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2007. Suatu hari Megat diajak seorang rakannya bersembahyang di sebuah masjid.
“Kemudian kawan ana ini sudah baca satu ayat. Rupa-rupanya ayat ini adalah ayat dari kitab Al-Attaz di mana sudah menjadi amalan keluarga ana sejak beratus tahun yang lalu. Sejak dari situ ana sedar. Mengapa ana tidak ikut ajaran Islam yang menjadi ikutan keluarga ana beratus tahun?” cerita Megat.
Satu lagi kejadian menginsafkan berlaku ke atas diri Megat. Suatu
hari seorang kenalan Megat menghadiri majlis ilmu tasawuf di Jenderam Hilir membawa pulang poster beberapa gambar ilmuwan Islam.
“Ana terkejut, antara gambar poster itu adalah datuk saudara ana sendiri,” beritahu Megat.
Selepas dua peristiwa itulah, Megat mula berminat mahu mendalami ilmu agama.
“Semenjak dari hari itu hinggalah sekarang ana sudah mula belajar kembali mengenal Tuhan dan diri ana…” cerita Megat bersungguh-sungguh.
Bagaimana pula dengan skinhead? Penulis terus mengasak soalan. Bagaimana dengan budaya yang pernah ‘dibawa’ Megat sehingga menjadi fenomena remaja kita suatu ketika dulu dan menjadi permainan media sehingga dikatakan budaya skinhead ini menjadi racun terutama remaja Melayu kita.
“Skinhead dah tidak ada apa-apa lagi perjuangan yang relevan dengan ‘working class’. It is more worthy jihad for our religion either than anything else.
“Pada ana, skinhead kini sudah menjadi fesyen. Ramai teman ana sudah tidak lagi bersama skinhead. Ada tu memang ada. Tapi pakaian sudah casual.
“Macam ana sendiri sekiranya The ACAB ada invitation ana main juga, but tetap pakai, tapi jubah pakai jugalah. Secara personal semangat skinhead ana masih ada, mana boleh hilang setelah ana adalah antara orang terawal yang bawa ke sini.
..Ana sudah buang tatu, di tangan, dada." - Megat ACAB |
“Bayangkan selama 13 tahun, skinhead sudah pasti menjadi sebahagian diri ana. Tapi segala prinsip yang syirik dan bertentang dengan agama telah ana tinggalkan! Of course skinhead is a cult, but skinhead is not a religion. Tatu pun ana sudah buang!” jelas Megat lagi.
Megat mengakui dia takut apabila suatu hari kelak dipertanggungjawabkan kerana pernah membawa pengaruh skinhead pada budak-budak remaja di Malaysia.
“Pernah ada seseorang menuding jari pada ana memberitahu dia menjadi skinhead sebab ana. Ana mengaku kesilapan ana,” ujar Megat lagi.
Menurut Megat, dia menjadi budak skinhead ketika masih berumur belasan tahun.
“Ketika itu budak-budak lagi, umur 14-15 tahun jadi skinhead. Pada peringkat umur ana begini, apa sangatlah yang ana fikir. Kami mencari imej.
“Dari sudut muzik, pada zaman tu rock kapak dah jadi rock leleh, banyak kumpulan muzik yang jiwang muncul. Nak ikut scene itu dah tak boleh. Leleh!
“Kami sebagai remaja pada zaman itu dahagakan rock bertenaga, dari situlah sebenarnya sejarah ACAB bermula. Kami berjuang untuk lifestyle baru, desperately wanting something new for that time. To create and build a new scene, skinhead,” terang Megat.
MEGAT HAFIZ bersama ACAB long years ago!! |
Ketika itu ACAB yang dipelopori Megat membawa banyak anjakan pada industri hiburan.
“Dalam situasi yang amat lembap di pasaran, kami boleh jual album standing artis-artis arus perdana seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Mana ada artis skinhead di luar sana macam kita. Malaysian skinhead is a rock scene,” katanya.
Bagaimana pula dengan budaya skinhead yang suka bergaduh? Mengapa ada tergamak sampai membu…
“Ana tak nafikan pada zaman ana memang ada pergaduhan. Cara kami bergaduh gentle, pakai tangan saja. Tapi lepas ideologi Nazi datang, makin banyak pula kes bergaduh sampai tikam-tikam ni. Mengapa?
“Skinhead bukan dipecahkan dengan banyak cabang TRAD, S.H.A.R.P (Skinhead Anti Rasis), Nazi ataupun R.A.S.H. (Skinhead Anarki Merah). Skinhead adalah satu.
“Ana tak nafikan kami pernah meletakkan logo SHARP dalam album kami. Tujuan kami adalah untuk memberitahu yang kami bukanlah skinhead yang rasis, kerana rata-ratanya mengaitkan skinhead dengan white power.
“Kalau di Malaysia sudah tentu Malay power. Disebabkan terlalu banyak kekalutan itu yang menyebabkan pergaduhan yang sia-sia. Kerana terlampau banyak sangat pergaduhan yang kadang-kadang membawa kematian menyebabkan ana tinggalkan scene. Kerana disebabkan suatu ideologi yang tak cukup kuat,” jelas Megat kesal.
Penulis hanya mengangguk tanda setuju. Penulis terus mengasak persoalan pada Megat yang kononnya dahulu dikatakan pernah membuat kenyataan anti-Rasulullah s.a.w. Ada juga spekulasi mengatakan Megat melakar tulisan No Muhammad untuk ditatukan pada tangannya.
Ternyata Megat amat terkejut dengan spekulasi ini dan menurutnya itulah suatu pembohongan yang besar.
“Fitnah! Ini fitnah! Wallahi ana tak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nak buat apa ana membenci datuk ana sendiri? I think you are talking about someone else... tipu semua tu.” Megat dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.
Tak mengapa Megat, bila seseorang ada nama sudah tentu ada pihak yang tak berpuas hati dan membuat macam-macam spekulasi. Tapi bagaimana pula pandangan Megat bila melihat dunia skinhead ini setelah ditinggalkan? Bagaimana dengan pengikut Megat yang ditinggalkan ini?
Megat terfana sebentar apabila penulis bertanyakan soalan sedemikian. Beberapa ketika kemudian Megat memandang penulis.
“Seperti yang ana nyatakan tadi, ana melakukan kesilapan. Ana tersilap apabila terlalu dedahkan perkara yang negatif pada mereka. Ana shoot gambar ana dengan tatu.
“Penyudahnya ramai yang mencacah tatu. Ada yang mencacah tatu penuh satu badan. Ada juga yang minum arak dengan selamba di tempat terbuka. I admit, I make mistake!
“Melalui Mestika, dengan ini ana menyeru pada skinhead teruskanlah berskinhead, skinheadlah selagi mau, tetapi tinggalkanlah perkara-perkara yang syirik.
“Perjuangan di sisi Islam itu lebih bermakna. Sudah tiada apa lagi perjuangan dalam skinhead. Ana juga sedang dalam pembikinan untuk menerbitkan album qasidah (syair dalam bahasa Arab).
“Tapi projek ini baru saja bermula. Mungkin ini salah satu cara ana dapat menebus kembali kesilapan ana kerana ana bermula semuanya dengan muzik,” terang Megat.
Baguslah begitu Megat, sekurang-kurangnya ada juga usaha daripada anda untuk menjernihkan kembali perkara yang keruh. Sebelum menamatkan pertemuan kami petang tersebut, penulis bertanyakan padanya bagaimana kehidupannya sehari-hari selepas berubah.
Megat menyatakan secara rohani kehidupannya lebih tenang, damai. Alhamdulillah, Megat juga mengajak rakan-rakan yang mahu menyertainya menghadiri majlis zikir setiap hari Ahad di Masjid al-Bukhary, Bukit Bintang.
Sebelum berpisah, Megat turut berpesan pada penulis: “Tulis benda baik-baik ya…”
Insya-Allah Megat, kami dari meja Mastika juga mendoakan agar Megat teruskan usaha mengenal Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang soleh. Insya-Allah… marilah bersama-sama kita berdoa semoga remaja kita yang tersesat di hujung jalan, berpatah balik ke pangkal jalan.
penulis bersama Megat.. (garang sangat muka tu bro!! :P) |
KLthugs: Ini artikel koleksi arkib penulis pada tahun 2009. Lama tak contact Megat, apa cerita The ACAB? Dengar cerita kawan-kawan yang join tabligh, Megat dah sampai Syria sebar dakwah?? Wahh...!!
hmmm bagus liputan anda........mcm baca mastika plak........
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah.. :)))
ReplyDeletesalam saudara..bgus liputan anda..share la kt fb..ramai peminat megat yg trcari2 kbr brita nya..
ReplyDeletesalam saudara/i..
ReplyDeletekalau tuan tak keberatan bolehlah share sekali :))
Hahahahaha!! Sebab Megat lah aku start dengar A.C.A.B since 2002 sampai lah dia pergi ke U.K. Sebab Megat lah aku start pegang gitar, main lagu A.C.A.B sampai lah aku main rock kapak 80an skang. Megat, those were the days. Do what you're happy with, as long as you don't hurt others, but bring happiness and hope to them.
ReplyDeleteomg..u the one who make this article???
ReplyDeleteas salam...
ReplyDeleteana pun sampai sekarang layan lagu ACAB...
Irama rocksteady yg sedap dan layan...
dan kerana lagu band ACAB lah ana join skinhead dulu...
IPOH CITY SKINNHEAD ( long time ago...)
MANE BOLEH!!!!MEGAT!!!KALO KO BERJIWA SKINHEAD,DEN,TERUSKANLAH!!!!TAPI BIMBING LA BDK2 SKIN DENGAN CARA ISLAM!!!AKU NGN BDK2 LAEN,TELAH TUBUHKAN SKINHEAD ISLAMIC!!!DAN ALHAMDULLILAH,BANYAK SOKONGAN!!!MEGAT PLEASE MEGAT,DATANGLA KEMBALI,MANE PERGI SKINHEAD 4 LIFE??!!WE MISS UU!!!OI!OI!OI!!!!SEGA SAGA,
ReplyDeleteskinhead islamic??...
ReplyDeletewatta??....
pk dulu sblm bt pape tidakan bro....
SH tu xsalah yg salah tu korang ikut bebulat culture dari barat.konpem la salah ! cuma aku kurang bersetuju dgn megat ttg working class. Working Class tu da wujud kt Malaysia, kebanjiran pendatang asing dan pengamalan sistem kapitalis yg melampau.adakah kita perlukan pemberontakkan ? tidak tetapi desakan dan komitmen terus berkerja.Megat ada pengaruh, selipkan unsur2x positif dlm lagu2x, create a troopers for ISLAM.mgkin lebih berkesan.
Deleteoi! oi!..
ReplyDeletebig river skin head maliiiii
huhu...mengarut je semua tu..
ReplyDeletebro.islam tak larang pun berhibur.cuma haram bila lalai.so.tak perlu SKINHEAD ISLAMIC.layan aje lagu ACAB tu.takde hal.tapi.ISLAM tetap ISLAM.maaf cakap. =)
ReplyDelete"the man who decide to change on 12th died on 11th" and MEGAT is not the man.hope so.ameen.
SKINHEAD 4 LIFE,,,CAYA LAH MEGAT,,
ReplyDeletemacam taik...
ReplyDeletecopy paste mastika...
bagitaw la kaw copypaste..
bajet artikel kaw lak~
ini anon budak lagi ni.. letak nama la.. baru berani maki orang.. takat anon nak sound serupa pondan.. lu baca betul2 la mangkuk.. kah kah kah!!
ReplyDeleteSalam, alhamdulillah, megat kembali ke jalan Allah, nak dressing ala skinhead xjadi masalah, nak layan lagu skinhead pon xjadi masalah, tp nak tubuhkan Islamic Skinhead adalah amat tidak sesuai.kalau setakat lagu n pakaian, melayu pun adaptasi jugak, Irama tradisional yang diselit dengan nilai murni islam juga budaya melayu.Pakaian melayu, baju melayu digunakan untuk pergi bersolat(beribadah) ialah pakaian org melayu. Jelas kalau setakat lagu dan pakaian tidak bermasalah.Cuma kalau nak tubuhkan ideologi Skinhead islamic nih, walaupun niat murni, boleh mendatangkan fitnah.Cukuplah Wahabi dan Tasauf berbalah nak mengatakan mereka betul,Walhal keduanya tergolong ahli sunnah wal jamaah. jgnlah munculkan lagi ideologi lain. Tidak cukupkah Al quran dan Sunnah tinggalan Rasulullah S.A.W? so,siga saga,berubahlah, KIta dilahirkan islam, dan kita harus beriman.Perjuangan sebenarnya perjuangan ialah kita membebaskan diri dari jajahan ideologi Barat.Kerana Illuminist dan masonic xkan biarkan islam itu dipenuhi dengan keadilan.
ReplyDeletemegat nih da waruk member siap begamba time jumpa kat sebuah masjid d mesir Kaherah .. tp style fesyen mmg xleh lari dgn boot ... gua pom sama boot dr martens ... SkinHead 4LIFE
ReplyDeleteAs Salam saya juga seperti megat satu masa dahulu.. Setiap kali ACAB beraksi pasti saya akan follow.. Apa pun saya meninggalkan scene pada thn 2003 dan kembali menjadi kehidupan manusia biasa.. punca lebih kurang macam megat juga kerna keturunan saya juga adalah org2 yang tinggi ilmu ugamanya.. Kita adalah insan terpilih kerana Allah memberi hidayah serta kesempatan utk membetulkan semula akidah kita selaku umat Islam yang telah rosak.. Kepada saudara-saudara yang beragama Islam diluar, kembali lah ke fitrah kita sebagai seorang Islam.. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.. - Ex-Skin Along Poli
ReplyDeleteBUAT APE NK BERPAKAIAN SKINHEAD? kita orang Islam pakailah pakaian orang Islam.. klu dah berubah tu teruslah beristiqamah.. skinheads for live? mengarut semua tue.. tue kata² orang barat yg terjebak dengan skinhead. kita orang Islam so ikutlah budaya orang Islam.. kelak kamu akan di soal di padang mahsyar. ex oi!
ReplyDeleteislam for life~~
Deletegud job megat ak sokng ko n ak pegang janji ko..albm arb pn arb laa..janji dpt dgr suare ko..
ReplyDeleteada lagi anon nyebok... macam dia tau sangat... pnh rasa tak pa la.. ni anon kaki politik nih...
ReplyDeleteIslam is the way of life
ReplyDeletebullshit skinhead Islamic
jgn guna nama Islam bg menghalalkan matlamat
just listen to the music if you want buat mcm dgr faizal tahir.
ISLAM itu SEJAGAT.Jgn lupa !
Deleteapa yg SH perjuangkan xbnda yg salah (berdsarkan kajian dan knowledge rakan2x).yg salah amik culture barat.ni msti xbaca sejarah.
andai SH boleh ajak bbdk mencari imej supaya kuat kepada agama, keras berusaha untuk memajukan ekonomi negara dan bersedia mengorbankan jiwa di medan tempur adakah itu salah dari sudut ISLAM ?
kita hanya perlu ubah WESTERN LIFE to ISLAMIC LIFE and BELIEF.
Ada plak skinhead Islamic, skinhead for life, mrapu ja ampa ni...Bro megat nuh dh brubah,kita kena hormat,bagi semangat,hat mana blom brubah nuh ha ikut sama la brubah...toksah la nk ajaq dia hal lama,kan dia dh habaq hat lama dia dh pon tinggalkn...laa ni kita kasi semangat kt bro megat agar dia dpt pimpin kwn2 skinhead dia nuh smua ke jln yg Benar...may Allah bless all of us...Amin ya rabbal al amin...
ReplyDeleteApa citer Jerry pimple?
ReplyDeletebetter skinhead drpd pekida,perkasa,bunyi nk slamat agama bgsa,tp lu org yg caca marba!.oi! Oi! Oi! Skinhead islamic?woi,pe nk kait agama?.skinhead 2 ideologi bkn agama.bodo la.skinhead selamanya!. Romper stomper.
ReplyDeleteDah lama aku mencari gambar megat berseban yang cantik kini baru berjumpa... yela macam baca mastika pulak
ReplyDeleteaku jalan jalan ke kedai music lama,terjumpa pulak CD A.C.A.B..dkt 10 tahun dah album tu dkt kedai tu..aku pun membeli...pergi ke section tape,ada 3 album A.C.A.B yang cover album dah pudar..hehe...
ReplyDeleteerrr... mane pegi ahli yg lain ? masih bersama lagi ke ape..? nape x interview dorang skali ? arghh !! i am too curious !!
ReplyDeleteahli lain masih ada lg kalo x silap drumer dia join group the times,edy ada bersama Gerhana Ska Cinta....
ReplyDeleteMegat telah jumpa kenikmatan sebenar dengan mendekati Allah SWT. Janganlah dirayu lagi supaya beliau aktif ber muzik. Muzik lebih cenderung membawa kita kearah kerosakan dan melalaikan bila terlalu fanatik. Nasihat pakcik kepada followers Megat yang masih lagi stand as SKIN HEAD enthusiast, cuba anda pergi belajar baca Al Quran serta dalami tafsirnya, in sya Allah akan ditemukan kelazatan sebenar yang tidak pernah dicapai melalui muzik, dan ia berterusan. Wallahu a' lam.
ReplyDeletegood megat...skinhead sudah lama bro..,.skrg pn skin dah xbp rmai lg kt kl tu..elok lah kte kmbli ke pgkl jln...perjuangan oi skinhead!!!
ReplyDeletegood megat...skinhead sudah lama bro..,.skrg pn skin dah xbp rmai lg kt kl tu..elok lah kte kmbli ke pgkl jln...perjuangan oi skinhead!!!
ReplyDeleteabangggg nazeeee. hahaha k bai
ReplyDeleteabang nazeeeeeeeeeeeeeeeee haha k bai
ReplyDeleteHi... saya siti... salah seorang peminat blog nie...
ReplyDeleteminta peminat lain reply... boleh kita kenalan kat sini...
Here is my site; Shasta
KARKUN for life
ReplyDeletentah... skrg buyong dgn megat pon da berkawan.. mana ade gado2 nazi sharp dah... Salam 1 Malaysia...
ReplyDeleteAPA kabar bro?Mesti ingat x lupe member lame.Akula Aswad Razak PD skinhead.
ReplyDeleteAPA khabar bro?Mesti ingat member lama x Lupe.A kula Aswad Razak PD skinhead.
ReplyDeleteApe khabar bro?Mesti ingat member lame xlupe.A kula Aswad Razak PD skinhead.
ReplyDeleterespect from kl city skinhead
ReplyDeletePerrggg.. Superb bro! You know what, I was influenced by Skinhead scene in 2002 (tingkatan 2 ), till this time I still listen to the music but just the music ok... No For the culture. Terus berjuang bradah
ReplyDeleteSalam bro...mana cerita silat sepelek yg bro interview dulu?lama menunggu...
ReplyDelete*daripada jejaka oblong..