PADA tanggal 8 September 1980, Alex Tanous, seorang pakar psikik Amerika Syarikat telah ditemu bual oleh Lee Speigel untuk siaran radio NBC.
Temu ramah untuk rancangan Unexplained Phenomena itu diadakan di pejabat Persatuan Penyelidikan Psikik Amerika Syarikat di New York City.
Menerusi rancangan itu, Speigel meminta Tonous membuat ramalan mudah, menarik dan menguja perhatian pendengar rancangan tersebut yang rata-ratanya peminat muzik rock berusia antara 18 hingga 35 tahun.
“Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajalnya tidak lama lagi. Ia akan berlaku bila-bila masa daripada sekarang. Kematiannya akan memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang kerana kemasyhurannya,” ramal Tonous begitu yakin.
Alex Tanous |
Semasa membuat ramalan itu, Tonous merenung ke arah sebuah bangunan mewah yang terletak bersetentang dengan pejabatnya.
Tanpa menyatakan nama, Tonous hanya memberi gambaran bintang rock itu menetap di Amerika namun bukan dilahirkan di negara itu. Tiada siapa dapat meneka bintang rock yang diramal Tonous dalam temu bual berkenaan.
Mark David Chapman - Pembunuh Lennon |
Tapi, tiga bulan selepas temu bual itu disiarkan, dunia dikejutkan dengan berita kematian penyanyi terkenal John Lennon.
Bintang rock anggota kumpulan The Beattles itu ditembak mati dari jarak dekat di depan pintu masuk kediamannya, Apartment Dakota, iaitu bangunan mewah yang direnung Tonous semasa membuat ramalan tersebut.
The Dakota |
No comments:
Post a Comment