Gadis ini namanya Anna Wood, cantik bukan? |
HEBAT! Harriet Jenkins, pernah digelar pumpkins, orang ketawakan badannya seberat 170 kilogram, tapi sekarang gadis ini sudah cantik macam Anna Wood, 16.
Eh, siapa pula Anna Wood. Gadis ini macam juga Jenkins yang sudah cun-melecun, hingga ramai jejaka macho yang tergila-gilakan keayuannya.
Hmm! Jika sesiapa melihat senyuman dan lirikan Anna, pasti akan membayangkan sesuatu, ingin memiliki gadis cantik ini sebagai buah hatinya.
Betul! Ramai jejaka terpesona dengan kecantikan Anna. Lihat tubuhnya yang gebu dan berisi tapi tidaklah gemuk sangat macam Jenkins. Berat badan Anna cuma 63 kilogram.
Saham Anna makin melambung sebab dia seorang pelajar cantik dan bijak. Potongan tubuh Anna cantik sebab dia aktif dalam sukan renang dan polo air di Sekolah Tinggi Wimbledon. Semua guru di sekolahnya memuji-muji Anna seorang pelajar yang cantik, baik dan berdisiplin.
Tapi... biasalah. Mana ada manusia yang berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang ada. Kalau boleh mahu cantik dan cantik lagi.
Begitu juga dengan Anna. Anda hendak tahu, walaupun ramai yang memujinya cantik tapi Anna merasakan dirinya gemuk dan dia perlu melangsingkan tubuhnya supaya lebih cantik.
Bermula 5 Januari 2009, Anna memulakan dietnya yang tersendiri. Bagi hidangan tengah hari gadis ini hanya mengambil lobak merah atau epal. Ada kalanya dia hanya mengambil daun saderi untuk santapan tengah harinya.
Selepas beberapa bulan berat badan Anna turun sedikit. Tapi Anna masih tidak berpuas hati lantas gadis ini memutuskan untuk meminum air kosong sahaja bagi menggantikan hidangan tengah harinya.
Anna Wood makin kurus dan melengkung.. |
Sejak itulah Anna mula mengalami gangguan yang disebut sindrom anoreksia nervosa merasa dirinya gemuk sehingga tidak ada selera untuk makan.
Selama tiga bulan mengamalkan diet tersebut, berat badan Anna turun kepada 50 kilogram. Penurunan yang mendadak ini disedari oleh jurulatih renang sekolahnya lalu memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa Anna untuk diberi perhatian lanjut.
Namun berat Anna terus turun mendadak sehingga membimbangkan pengetua di sekolahnya. Berikutan itu pengetua sekolah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa Anna untuk membawa pelajar itu ke Merton Child and Adolescent Mental Health Services (CAMHS) untuk diberi rawatan psikologi dan terapi.
Anna juga diberi pelan pemakanan harian agar dia mendapat diet yang seimbang. Pun begitu keadaan Anna kembali normal hanya seketika sahaja. Selepas itu Anna kembali kepada tabiat lamanya tidak mahu makan.
Tambah memburukkan keadaan, doktor tidak membenarkan Anna turut serta dalam ekspedisi ke Brazil yang dianjurkan pihak sekolahnya.
Ketika itu keadaan kesihatan Anna tidak mengizinkan. Hal ini membuatkan Anna semakin tertekan dan menyebabkan gadis ini langsung tidak mahu makan.
Pada bulan Ogos, yakni selepas lapan bulan melakukan diet melampaunya, Anna dimasukkan ke Hospital Capio Nightingale di Marylebone, London.
Waktu itu beratnya turun begitu kritikal sehingga jatuh kepada 39 kilogram. Lantaran itu, Anna ditempatkan di unit kecelaruan pemakanan di hospital tersebut.
Pun begitu sindrom anoreksia nervosa yang dialami Anna tetap menghantui dirinya. Anna gagal untuk melepaskan diri dari cengkaman belenggu sindrom tersebut.
Penghujung Disember 2009, Anna terus dengan diet gilanya kerana merasakan dirinya masih gemuk sehingga benci melihat dirinya sendiri.
Tingkah laku abnormal Anna sukar dikawal meskipun berbagai-bagai ikhtiar telah dilakukan keluarganya untuk memulihkannya.
Kemuncaknya, Anna pengsan pada bulan Februari 2010 dan menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat masalah kegagalan jantungnya berfungsi.
Hah! Kepada pembaca, bersyukurlah dengan anugerah Allah! Kalau dah cantik tu tak payahlah nak kurus-kuruskan badan sampai jadi rangka bernyawa. Jangan ikut cara Anna, tak pasal-pasal mati muda anoreksia nervosa.
annorexia nervousa |
eee ngerinya... xmo la kuwush sgt, mmg xcantik pn. tp law shaping blk ok kot... hehehee
ReplyDeletehahaha.. dah meninggal pun si Anna wood ni.. thanx shutdown sudi singgah dan komen :)
ReplyDeletethanx shutdown sudi singgah n comment!!
ReplyDeletewow... takutnye la bace story nie..
ReplyDeletecamne die ble hidup dgn minum air je??
-shukrina@rina-
gila babeengg kuruih nk mampoih o_O
ReplyDelete