Wednesday, January 12, 2011

cahaya UFO mengakibatkan Accident!!


imej UFO by peter turosq
 PADA musim panas 1979, dua orang remaja mendakwa terlihat objek bercahaya terang melintasi kereta mereka ketika sedang memandu di jalan raya di Minnesota, Amerika Syarikat.
Sebaik sahaja objek bercahaya tersebut melintasi kereta mereka yang sedang meluncur laju, tiba-tiba kedua-dua remaja berkenaan mengalami tekanan daya pada tubuh seperti ditekan dan kedua-duanya melekap pada tempat duduk masing-masing.
          Tiba-tiba, kereta yang dipandu laju hilang sebarang kawalan sehingga membuatkan kedua-dua remaja itu hampir maut melanggar pengadang jalan.
          Selang beberapa minggu kemudian, seorang anggota polis turut mengalami perkara yang sama di Minnesota pada pukul 1.40 pagi. Keretanya tidak berjaya dikawal selepas cahaya ganjil melintasi pemandangannya.
Akhirnya kereta yang dipandu laju tadi terhenti dengan sendiri dan terseret sehingga ke bahu jalan. Anggota polis yang sedang ketakutan itu terus pitam.
          Sebaik sahaja anggota polis berkenaan tersedar, dia mendapati pengelap cermin keretanya tertanggal selain antena radio kereta tersebut bengkok. Anehnya, jam pada paparan dashboard kereta menunjukkan lewat 14 minit daripada waktu sebenar.
          Menurut Pusat Penyelidikan UFO di Evanston, Illinois, kedua-dua insiden yang menimpa dua orang remaja dan anggota polis berkenaan bukanlah suatu yang janggal kerana lebih 440 kes telah dilaporkan di seluruh dunia.
               Rata-ratanya kes kemalangan atau hampir mengakibatkan kemalangan disebabkan oleh gangguan kuasa elektrokimia sehingga merosakkan enjin dan siaran radio.
          “Kesemua kes ini tidak dapat dihuraikan dengan penjelasan secara saintifik,” jelas seorang ahli astrofizik, Mark Rodenghier yang menganalisis semua laporan-laporan berkaitan kemalangan-kemalangan seperti ini.
Kenyataan Mark Rodengheir mendapat perhatian pengeluar kereta Ford. Mereka membuat pemeriksaan semula kereta yang dipandu anggota polis tadi dan mendapati kenderaan tersebut mengalami fenomena yang tidak dapat dirungkaikan secara teknologi kejuruteraan.  
Mark Rodenghier

Persoalannya, adakah semua dakwaan ini boleh dihuraikan dengan teori elektrokimia atau sekadar mitos yang sengaja diadakan untuk menarik perhatian dunia terhadap kewujudan makhluk asing?
         

 


No comments:

Post a Comment