Friday, August 19, 2011

Orang Hunza makan untuk Hidup, bukan hidup untuk makan!



 HAMAYOON Baig, 102,  sedang berehat di rumahnya di Faizabad di Lembah Hunza yang terletak di kawasan Pergunungan  Himalaya, di utara Pakistan.
Udara sekitarnya sejuk dan nyaman. Cuaca masih berkabus meskipun matahari memanah terang. Pagi itu Hamayoon masih berselimut. Waktu siang, suhu sekitar 10-15 darjah celcius.
Lelaki ini pernah berkhidmat sebagai askar British selama sepuluh tahun dan kembali semula ke kampung halamannya bagi menghabiskan sisa hidupnya  sebagai peladang.
Hari itu, Hamayoon berpuasa. Amalan berpuasa setiap seminggu sekali menjadi amalan biasa puak Hunza. Sepanjang hari, Hamayoon berehat bagi menenangkan fikiran.
Esoknya, Hamayoon akan keluar bekerja seperti biasa. Biasanya Hamayoon bangun seawal pukul 5.00 pagi setiap hari.
Namun awal-awal pagi, Hamayoon tidak menyentuh sebarang makanan, sekalipun pada hari berkenaan dia tidak berpuasa.
Hamayoon keluar rumah dan berjalan kaki berbatu-batu ke kebunnya.  Bagi Hamayoon dan puak Hunza berjalan kaki sejauh 15 kilometer  hingga 20 kilometer  sehari, itu menjadi perkara biasa.
Rezeki awal Hamayoon,  cuma air mineral yang dibawa sudah cukup memberikan sumber tenaga. Air mineral itu di ceduk daripada mata air yang ditemui mengalir dicelah-celah perbukitan.
 Setelah berjalan berpuluh batu, barulah Hamayoon tiba di ladangnya. Hamayoon dan puak Hunza bergantung hidup terhadap alam semula jadi sebagai punca rezeki.
Hamayoon  menanam sendiri sayur-sayuran, memetik buah-buahan yang ditanam sebagai sumber makanan keluarganya.
Segala-galanya segar di Lembah Hunza. Makanan yang diproses supaya tahan lebih lama hanyalah buah-buahan kering yang dijemur bawah cahaya matahari dan hasil tenusu seperti keju dan mentega.
Tidak ada baja tiruan mahupun baja kimia yang digunakan dalam kebun Hamayoon dan penduduk Lembah Hunza.
Hamayoon juga tidak menggunakan sebarang racun makhluk perosak. Bahkan, racun perosak menjadi bahan larangan yang ditegah di Lembah Hunza!
Untuk menghalang serangga perosak mengganggu tanaman, Hamayoon menggunakan asap. Secara tidak langsung Hamayoon dapat melindungi tanamannya secara semula jadi.
Apa pula makanan Hamayoon dan puak Hunza? Hamayoon hanya makan dua kali sehari. Tengah hari
dan malam. Hidangan pertama hanya bermula pada pukul 12.00 tengahari, hidangan capati bersama kari kacang dal serta sayur-sayuran.
Pada sebelah malamnya, Hamayoon lebih gemar meminum susu, keju, tairu dan ayam. Kentang, kacang pis, lobak, bayam, salad, epal, buah pic, apricot, ceri, dan beri hitam termasuk sebagai diet harian Hamayoon.
Lelaki ini juga menggemari almond dan kacang apricot. Almond dimakan begitu saja atau dijadikan minyak sebagai resipi turun temurun.
Kebanyakan orang Hunza tidak gemar memakan daging sebagai diet harian kecuali sebagai hidangan istimewa apabila tiba majlis perkahwinan mahupun musim perayaan. 

Walaupun bukan semua penduduk Hunza mengamalkan diet vegetarian, penggunaan daging amat kecil sekali dalam piramid makanan mereka.
Hamayoon dan penduduk Hunza masih sihat afiat pada usia 100 tahun, boleh berladang dan berjalan kaki sejauh 15 kilometer sehari kerana amalan ini.
Kebanyakan kaum Hunza menganggap usia melebihi satu abad seperti Hamayoon bukanlah seorang tua seperti kita sangka tetapi masih muda remaja.
Menariknya, orang Hunza mengamalkan diet serupa digariskan oleh Hippocrates, bapa perubatan moden yakni, ‘makanan sebagai penawar terbaik kehidupan!’ 

Pertama: Jangan makan terlalu banyak melebihi keperluan. Orang Hunza hanya makan dua kali sehari.

Kedua: Jadikan sayur dan buah-buahan segar sebagai diet harian. Lebihkan makan sayur-sayuran mentah. Kurang kan makan daging.

Ketiga: Amalkan berpuasa seminggu sekali. Amalan berpuasa seminggu sekali yang diamalkan masyarakat Hunza berjaya merawat stres dan memberi ketenangan minda.

Keempat: Berjalan kaki sejauh 15 kilometer hingga 20 kilometer sehari. Itulah formula terbaik mengekalkan kesihatan sepanjang hayat amalan puak Hunza.


Roh-roh berkampung di Cornwall

Bendera Cornwall


PELBAGAI kisah seram dan mistik seolah-olah sentiasa menyelubungi segenap ruang bumi Cornwall, wilayah paling hujung di kepulauan British ini.


       Antara pusat penginapan yang terkenal dengan kisah seram itu berlaku di Jamaica Inn, Bolventor, berdekatan daerah Bodmin.
Nama hotel ini turut diabadikan sebagai tajuk novel karya Daphne du Maurier, novelis terkenal  berasal dari London serta filem seram oleh Alfred Hitchcock.
       Sehingga hari ini, ramai penginap Hotel Jamaica Inn mendakwa mereka merasa tidak selesa dengan kemunculan hantu seorang pelayar yang dipercayai mati dibunuh dilihat menghabiskan minuman di bar hotel tersebut.
Jelmaan pelayar ini dilihat kerap memasuki bar dan memesan minuman. Setelah menghabiskan minumannya, jelmaan pelayar ini keluar, lalu hilang di celah-celah kegelapan malam di Bodmin.
Bagaimanapun, kisah hantu paling popular yang sering muncul di Hotel Jamaica Inn ialah hantu pelayar berpakaian seperti kostum kurun ke 18.

Hantu pelayar ini dilihat kerap muncul dan selalu bersandar di dinding  legar hotel berkenaan ketika larut malam.

       Di pusat penginapan di The Wellington Hotel  di Lanreath pula, penduduk setempat mendakwa ia menjadi lokasi ‘hantu-hantu’berkampung.
Sering kali penghuni terserempak dengan kelibat lebih dari ‘seorang’ hantu di kawasan itu . Ada penghuni mendakwa melihat kelibat ‘seorang’ penunggang kereta kuda pada kurun ke-18 berlegar-legar di hadapan lobi lalu ghaib menembusi dinding hotel tersebut.
Kejadian aneh yang dilaporkan itu didakwa berlaku pada waktu yang berbeza. Menariknya,  setiap dakwaan dibuat oleh individu-individu terlibat sama dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi. Mereka melihat kelibat penunggang kuda pada kurun ke-18.

Khabarnya, di sekitar hotel tersebut juga ada penghuni ternampak kelibat seorang gadis di atas menara hotel, berjalan mundar-mandir kemudian ghaib.
Kelibat gadis yang dinyatakan itu merupakan roh seorang gadis yang terbunuh akibat terjun dari menara hotel tersebut kerana cintanya terputus di tengah jalan. Kisah gadis membunuh diri itu menjadi cerita klasik di kalangan penduduk setempat.
Satu lagi keanehan berlaku melibatkan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing di perkampungan Lanreath.
Seringkali dilihat haiwan-haiwan ini mengejar bayang-bayang seolah olah mengekori roh-roh yang berkeliaran di hotel tersebut. Anehnya tiada sesiapa ternampak jenis hantu apakah yang dikejar anjing dan kucing tadi.
Duporth, sebuah daerah lain di Cornwell terdapat sebuah rumah agam usang tinggalan biarawati yang menetap di situ.
Selepas rumah agam tersebut kosong, penduduk setempat mendakwa terdengar pelbagai bunyi-bunyian yang pelik hampir setiap hari.
Antaranya, bunyi percikkan mancis, laci disorong masuk dan keluar tanpa diketahui puncanya. Setelah rumah agam itu dirobohkan dan dibina sebuah rumah tumpangan, lain pula halnya terjadi.
Penduduk setempat ternampak pula kelibat biarawati ataupun roh digelar ‘Flo’ menjelma di sudut-sudut ruang di rumah tumpangan tersebut.
Bilik-bilik kosong yang tidak berpenghuni itu dikatakan menjadi kediaman rasmi roh-roh Flo. Kadang-kadang terdengar bunyi mesin jahit berputar, dapur dihidupkan dan banyak lagi bunyi-bunyian yang pelik seolah-olah bilik-bilik yang kosong di situ berpenghuni.
Menariknya, apabila pekerja di rumah tumpangan itu menegur agar dihentikan bunyi-bunyian yang menyeramkan, roh-roh tersebut akur dan suasana kembali sunyi sepi.
       Selain daerah-daerah yang dinyatakan tadi, Teluk  Blackwall Cove yang terletak di utara Cornwall paling banyak meragut nyawa. Misteri perlanggaran itu masih menimbulkan tanda tanya.
Diberitakan, banyak kapal dagang yang berlabuh di perairan teluk ini kononnya berlanggar dengan batu-batan di persisiran pantai berkenaan.
Berdasarkan faktor geografi, teluk ini bukanlah lokasi strategik untuk kapal-kapal berlabuh kerana lokasinya yang amat berbahaya.  Ia digunakan  penyeludup-penyeludup sebagai pelabuhan alternatif  bagi memasuki perairan Cornwall sebelum membawa barang dagangan ke tanah besar.
       Ada sebuah lagi kisah seram dialami berlaku oleh seorang penduduk semasa melalui jalan raya  yang menghubungkan antara pekan Mevagissey dan pekan Truro.
Kejadian pelik ini dialami oleh Cliff Hocking yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke hospital di Truro untuk melawat isterinya yang sakit.
Sedang membelok keretanya melalui jalan yang bengkang-bengkok itu, tiba-tiba muncul kereta kuda lama meluru ke arah Cliff dari arah yang berbeza.
Dalam keadaan panik itu, Cliff tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lelaki itu memijak pedal brek sambil meletakkan lengannya di muka untuk melindungi impak pertembungan tersebut.
Selang beberapa saat,  Cliff mengalihkan lengannya setelah menyedari tiada apa-apa kemalangan yang berlaku.
Anehnya, tiada sebarang pelanggaran, kereta kuda di hadapannya lenyap dari pandangan!
Gambaran yang dilihat Cliff  ketika itu amat jelas. Dia dapat melihat seorang lelaki yang sedang menunggang kereta kuda itu memakai kot berkolar panjang di lehernya.
Bersebelahan penunggang itu pula ada seorang pengawal yang memakai kot berwarna merah, bertopi tinggi berwarna hitam sambil membunyikan hon bertalu-talu.
       Kejadian aneh tersebut amat mengejutkan warga Cornwall  kerana kereta kuda yang dinyatakan Cliff itu mirip dengan kereta kuda yang digunakan oleh perkhidmatan penghantaran surat pada kurun ke-18.

Kejadian-kejadian aneh dan magis terus diperkatakan orang dan ia menjadikan sebahagian warisan bumi Cornwall, kekal diselubungi misteri.

Monday, August 15, 2011

Eksekutif Seksi Perompak Bank..

Layan dulu seleksi foto-foto ini...







JIKA pembaca-pembaca budiman melayari laman sesawang waima blog-blog dari Jakarta atau Indonesia beberapa bulan lalu, pastinya terkesan berita yang menyesakkan dada perihal seorang wanita seksi memenuhi tampalan-tampalan berita eksklusif di dada-dada akhbar negara republik tersebut.




          Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh pelayar Internet, kelibat wanita tersebut menjadi bualan daripada serambi di rumah-rumah kampung di Jawa Timur hinggalah ke kawasan Bandaraya Jakarta yang berkepadatan sepuluh juta itu.
Siapakah perihal wanita seksi yang KLthugs uar-uarkan ini? Apa ceritanya?
          Bukan! Bukan Maria Ozawa atau Julia Perez! Fenomena Miyabi ataupun kisah busuk ‘coli laser’ Julia Perez tak perlu kita cerita, jijik!
Tapi ini cerita wanita seksi pegawai tinggi perhubungan awam Citibank! Adakah logik pendapatan seorang pegawai perhubungan awam senior bank mampu memiliki sebuah kereta mewah berjenama Hummer H3, Mercedes Benz 350, sebuah kereta sport berjenama Ferrari 430 Scuderia dan sebuah Ferrari California?




Selain itu, wanita seksi ini turut memiliki tiga buah banglo mewah lengkap dengan kolam renang di bahagian Jakarta Selatan. Yang pastinya, rumah-rumah banglo milik wanita seksi ini jauh kelihatan lebih mewah berbanding tetangganya.


Gaya hidup wanita seksi ini yang serba mewah pastinya menimbulkan tanda tanya. Harta peribadi wanita seksi ini ditaksirkan bernilai puluhan juta ringgit. Kenderaan miliknya sahaja mencecah hampir sepuluh juta ringgit.
          “Kami langsung tak kenal siapakah gerangan wanita tersebut. Semasa dia melintasi kami berbaju polos putih dengan jaket denim yang berpadanan seluar jeannya, seluruh mata memandang lenggok wanita ini berjalan menuju ke arah Jabatan Siasatan Polis Kebangsaan. Dia memang seksi!” jelas Dharta Widiamasto, seorang wartawan Sun Tv, rangkaian televisyen tempatan.
          Ketika itu, Dharta bersama dengan beberapa wartawan dari pelbagai agensi berita sedang melepak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Jakarta untuk mencari bahan berita pada pagi 23 Mac.
          Esoknya, seluruh Indonesia gempar dengan tajuk muka depan akhbar nasional republik itu: ‘Pegawai eksekutif seksi – pembobol Citibank’.
Ternyata tembelang wanita seksi, ibu kepada tiga orang itu akhirnya pecah jua. Wanita seksi ini terpaksa turun naik mahkamah setelah disabitkan kesalahan menggelapkan duit pelanggan Citibank lebih 17 bilion rupiah (RM6.03 juta).
Melinda Dee, 48, atau dikenali sebagai Inong Dee terus menjadi perhatian media cetak dan elektronik sehingga mencetuskan fenomena. Modus operandinya mudah, Melinda membina suatu pelan pelaburan untuk mencairkan dana bank namun pelaburan itu sebenarnya tidak wujud.
 “Pihak Citibank sendiri yang melaporkan pada pihak polis pada 14 Mac lalu merancang untuk memfailkan saman sivil terhadap Melinda untuk menuntut kembali wang yang telah diseleweng,” jelas Halapancas Sijamuntak, peguam bela Melinda.
Tambah kontroversi kehidupan peribadi Melinda juga dikatakan panas. Wanita seksi ini dikatakan menyimpan dan menaja ‘anak ikan’ yang juga seorang pelakon filem dan model Indonesia, Andhika Gumilang, 22.


Paling mengejutkan, ketika kes Melinda mula menjadi tumpuan media, Melinda mendakwa Andhika merupakan suaminya. Padahal pada masa yang sama, Melinda Dee masih lagi naik turun mahkamah untuk menyelesaikan proses perceraian dengan suami pertamanya, Adus Ally.
Pasangan ini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak tahun 2008, cuma perceraian mereka belum rasmi.
“Kami sudah bernikah, tetapi secara sirri (gantung). Tolong jangan ganggu saya lagi,” jelas Andhika pada 26 April melalui Jawa Pos.
Andhika dikatakan enggan menemui media akibat tertekan. Pernah suatu ketika dahulu model bertubuh sasa ini menafikan dia ditaja oleh seorang wanita kaya kerana sering dilihat memandu kereta sport Ferrari ke lokasi penggambaran.
Ketika ditanya dalam sebuah program televisyen, Andhika dengan tegasnya menyatakan kemewahan yang dimilikinya atas usahanya dalam bidang perniagaan. Nyata, tembelangnya juga pecah.
Namun di sebalik kemewahan hidup mereka, Melinda lebih banyak mendapat cercaan di laman-laman blog dan forum di Internet kerana melakukan pembedahan plastik payu dara dan bahagian wajah yang kerap hingga mengubah penampilannya.
Namun langit tidak selalu cerah, baru-baru ini Melinda dimasukkan ke hospital kerana dikatakan mengalami penyakit radang payu dara mengakibatkan wanita itu sering sakit ketika ditemui media.

Hmm... nampaknya nasib terus-menerus tidak menyebelahi wanita ini. Sama-samalah kita ambil teladan dari kisah Melinda ini. Sesungguhnya amanah yang kita terima hendaklah kita jaga untuk keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Wang bukanlah segala-galanya untuk membeli kebahagiaan hidup!
Puas tatap foto Melinda Dee? Ini foto tatkala Inong masih muda.. ada banyak beza tak?
KLThugs: Ada sugar mummy cmni kat sini? hehehehe....

Thursday, August 11, 2011

Bermesra dengan Pico

Phython -Python is the common name for a family of constricting snakes - specifically Pythonidae. It is also the scientific name for a specific genera of snakes of the family Pythonidae.

Last two week, before Ramadhan... gua melepak ke rumah abang ngah PD rempit bersama abang long apit kanan belah utara yaitu Abang Long Bakso.. Abang long bilang sama aku yang abang long sudah 'bela' senjata baru. Maklumlah, dalam dunia kongsi gelap, kita kena sentiasa kreatif dan innovatiff untuk menaiktaraf ilmu kongsi gelap tak kiralah dalam apa jua field samada mengepow kedai mamak, bertumbuk pasal awek, serta merebut hak penjualan tam-tam di tabika-tabika kemas sepanjang jinjang hinggalah ke pantai bharu..

"kita kena kreatif nok!! mak tak nak orang kenal kongsi gelap mak yang paling tak akif dan innovatiff, meleysia buleh...  nok-nok buleh! hidup kongsi gelap!!" kata abang long bakso dengan berkobar-kobar sambil membuka buah mangga yang kuncinya sudah berkarat...

Sebaik kami masuk ke teratak, abang ngah PD rempit sudah menyambut dengan boxer bersama telur yang terkonteng-konteng.. kuang hajar punya abang ngah!! ada patut sambut pakai boxer sambut gua dan abang long Bakso?? pergh, abang long terasa sangat jeles melihat buah abang ngah PD Rempitt yang semakin membuakk masak ranum di sebalik boxer biru (rasanya sejak zaman study lagi abang ngah PD Rempit sudah sarung boxer biru tu)..

 abang long bakso usyar dengan jeles sambil mulut terkumat kamit menyumpah seranah.. gua mengangkat-angkat kening sahaja tanda respek pada abang long bakso... walaupun buah abang ngah PD Rempit sudah rankin tahap negro, tapi sebab nak dapat pencalonan jadi taiko cawangan KL ni, gua terpaksa mengampu abang long Bakso dengan mengatakan buahnya yang paling panjang dalam sejarah gua terserempak tatkala dia pakai boxer suatu ketika dulu...


agak kembang kempis jugaklah idung bang long bakso biler gua cakap camtu..

Ahh!! Pedulikan tentang buah abang ngah PD Rempit!! sakit hati mengenangkan betapa jelitanya buah abang ngah! boleh depressed tau!!! sekarang ni gua nak citer pasal pikkor - senjata baru abang long Bakso... memori kami terlalu indah!! waktu bibit-bibit awal pertemuan, pikkor sedang lena di singgah sana.. sebaik gua datang, abang long membakar curut dari seberang jenama 'nusantara' (lagi baik dari curut cuba)

"Mak dah ajar, kalau nak bagi pikkor kenal siapa master dia, melalui bau wangi cigar mak.. nanti pikkor terus jinak" jelas abang long bakso serius.. gua sabar je dengan explaination dia, mentang-mentang abang long, kerja asyik nak school orang je!! grrr.... 

Tanpa banyak bunyikk, abang long terus bermain-main dengan pikkor..



Abang Long Bakso agak terkial-kial nampaknya



tapikan gua tengok aksi abang long bakso macam ada sedikit kurang dengan Pikkor.. gua tak tahu apasal, lu orang tengok lah sendiri gaya abang long gua main dengan pikkor... jauh-jauh je dari muka dia yang GQ tu dengan Pikkor....


cium la sikit long.. ishhh!!

lepas tu abang ngah datang terus menggapai badan pikkkor yang lembik-lembik keras sejuk itu.. ye lah, gua
 pegang kamera kan? sibuk je nak interframe gakk... "Nok, ambik gambor abang ngah cepat! nanti abang ngah nak masuk pesbukk..." gitulah kata-kata abang ngah yang begitu romantik pada gua.. alahai, gua tau, itu ayat pancing dari abang ngah PD Rempit nak suh ambik gambar dia dengan boxer yang seksi tu.. modal nak ayat  cikaro-cikaro jambu kat facebook la kan ngah kan??? tapi abang ngah silappp!!! gua terus zoom nampak muka je... hahahah!! sorilah abang ngah PD Rempit... blog gua ni semua tutup aurat... (padahal dengki dengan buah abang ngah!)
Sori la ngah, nipple pun gua crop..hahaha


Namun begitu, hati gua makin melonjak mahu menyentuh tubuh pikkkor..  badan pikor yang melentik lentik buat nafsu nak pegang terus bergelojak.. lalu gua yang takut ular ni pun pegang je.. ahhh...  nikmat rasanyaa... dan..sedikit show off aksi mesra kami yer.. jangan marah abang long bakso dan abang ngah  PD Rempitt...ooopsss




Selepas cemolot dengan pikkor, pikkor menyorok jadi topi taliban



Gua pegang, ramas pikkor puas2.. maklumlah tengok badan lentik-lentik camtu saper leh tahannn!! makin lama gua main dengan pikkor, kami makin mesra hinggalah pikkor nak masuk dalam baju gua.. hahahaha.. abang long bakso unsyar ketat jer.. sikit2 nak marah, sikit2 nak marahh.. tak paham gua!! PMS ke haper???
lepas sesi beramah mesra dengan pikkor dihentikan (akibat kekangan exam, abang long bakso ada paper la pulak.. so abang long kena tidur awal) so gua pun beredar balik ke rumah bonda...

sebaikk sampai je ke rumah, dengan muka keronyokk gua masuk ke kamar makk aihhh... terkejut gua, ada ular sawa lagi besar berdengkur kat katil gua!!



Kah Kah Kah!!!

Thursday, August 4, 2011

Incubus INNW Tour (Live in KL) - Review

"Fist to the air!! duriaannn....!!"

23 Julai 2011 - Persembahan Konsert Incubus Live in KL bertaraf enam bintang! Mungkin ramai yang akan berpendapat penulis terlalu mengagung-agungkan persembahan artis luar negara. Namun itu hakikat yang harus ditelan kerana rata-rata penonton yang menghadiri konsert ini pulang dengan wajah yang penuh keriangan.
Bukan sekadar menikmati persembahan artis pujaan mereka tetapi sepanjang konsert tersebut berlangsung, boleh dikatakan semua berpendapat sama seperti penulis, kualiti persembahan live Incubus umpama memasang album di radio!
Penulis terlepas aksi pembukaan kumpulan rock tempatan Rosevelt , kerana terkandas di kesesakan lalu lintas akibat keluar lewat kerana tugasan lain. Namun menurut sumber penonton yang ditemui, Rosevelt membuat persembahan yang cukup bertenaga tepat jam 8.00 malam. Set selama 45 minit langsung tidak disia-siakan oleh lima anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur ini untuk mempamerkan persembahan yang bertenaga lantaran mereka dipilih oleh pemain gitar Incubus, Mike Einziger dalam suatu pertandingan pencarian band opening konsert mereka.

Gadis-gadiss yang meletup-letuppp dan giggles sizzles jiggless ~~ grrr


Penonton yang berada di segenap sudut lebih-lebih lagi wanita seakan diserang histeria sebaik kelibat Brandon Boyd muncul di tengah pentas. Mereka terus memulakan set dengan dendangan lagu popular ‘Megalomaniac’ tepat jam 9 malam diikuti lagu ‘Wish You Were Here’ di mana dua lagu ini merupakan ‘trademark’ lagu pembukaan di kebanyakan jelajah konsert mereka.


Ben Kenney agak malas perform malam tu, cautut crack sama snow banyak sangat kot?
tu pasal terbedukk?? ke stim duriann?? LOL!!


Lagu seterusnya ialah Pardon Me, di permulaan lagu ini dimulakan dengan bunyi geseran turntables DJ Kilmore serta bunyi-bunyian ‘kotor’ daripada efek gitar Mike Einziger. Kawalan bunyi komposisi lagu ‘kotor’ ini begitu baik tanpa menjejaskan kualiti lagu ini disertakan beberapa bahagian rap oleh Brandon. Ternyata, lagu Pardon Me menggamit nostalgia betapa band ini begitu kreatif bereksperimen dengan bunyi-bunyi pelik di awal kemunculan mereka.


Mike 'Genius' Einziger


Sebaik tamat, Einziger tidak menunggu lama untuk menggerakkan ‘mesin pemusnahnya’ dengan memetik riff single hit mereka pada tahun 2006, Anna Molly (Untuk tengok video Klik Sini!!). Stadium Negara kembali bergegar kerana peminat masing-masing turut menyanyi bersama-sama. Sesungguhnya, muzik dan paduan vokal begitu signifikan apabila mereka meneruskan dendangan lagu seterusnya ‘Promises, promises’ dalam album terbaru ‘If Not Now, When?’


Jose, Brandon dan Kilmore.. Kilmore?? Kilmore!! Kilmore rentung hingga kacipp di situ.. kah kah kah!!


            Seperti mana yang kita dengar dalam album, begitu jelas bahasa muzik yang di terjemah oleh kumpulan muzik yang berasal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat ini. Single ini merupakan lagu pertama yang dimainkan di Asia selepas album terbaru mereka dilancarkan pada 12 Julai yang lalu. Lunak suara vokalisnya sungguh seksi!
Dalam beberapa selingan, vokalis yang berumur 35 tahun itu tidak banyak berkomunikasi dengan peminat melainkan beberapa sapaan ‘Thank you boys and girls’ dan ucapan terima kasih. Seterusnya rangkaian lagu-lagu baru seperti Thieves dan Wolves mengiringi set mereka.

Brandon Habis stone dah ni.. feel habiss!!
            Tiba-tiba band ini membuat kejutan dengan memainkan lagu “Glass” daripada album terbaik mereka sepanjang zaman S.C.I.E.N.C.E. yang diterbitkan pada tahun 1996. Beberapa penonton yang duduk di bahagian atas yang dari tadi hanya melayan lagu-lagu baru Incubus bingkas bangkit dan ‘headbanging’. Ternyata mereka bijak mengatur senarai lagu kerana rata-rata peminat Incubus ‘lama’ begitu berharap Incubus memainkan sekurang-kurangnya satu lagu daripada album terhebat sepanjang zaman ini.
            Brandon kelihatan beberapa kali mengetuk-mengetuk alat muzik bongo di penghujung lagu ini lantas dia terus mencapai gitar merah untuk lagu seterusnya, Pistola. Ketika itu penulis dapat melihat begitu dalam penghayatan lirik nyanyian Brandon kerana lelaki ini hanya melaungkan ton suaranya selengkap mungkin tanpa mengendahkan audiens. Jelas Brandon benar-benar selesa di hadapan lebih dua ribu penonton malam itu.
kau memang genius mike, walaupun tergelincir satu dua note hehehe..


            Lampu kembali gelap buat seketika selepas lagu Pistola tamat. Tiba-tiba tenaga penonton kembali hangat apabila Einziger mula memetik riff lagu masterpiece yang melonjakkan nama mereka di antarabangsa - Drive. Stadium Negara seakan suatu kumpulan koir besar kerana setiap bait lirik lagu ini dinyanyikan bersama-sama. Terdapat sedikit olahan pada awal lagu dan pengakhiran daripada lagu asal kerana Einziger mula mempamerkan solonya yang begitu ‘melekat’ walaupun sedikit tergelincir daripada nota muziknya. Kemudian ‘Talk Show On Mute’ menjengah di mana mood penonton menyanyi bersama mula mellow dengan lagu hit ini.
            Lagu baru seterusnya ‘Adolescent’ sekali lagi menjamu hawa telinga, penonton termasuk penulis sudah kehilangan suara gara-gara cuba mengikut pitch vokalis tersebut. Lagu yang penuh penghayatan itu disampaikan dengan baik sekali oleh kesemua anggota walaupun kelihatan Ben Kenney kelihatan begitu bersahaja mengalun irama gitar bes dan Jose Pasillas yang kelihatan sedikit tercungap-cungap mengetuk dram yang begitu padu bunyinya.

Jose agak panchett di situ nampaknyaa...


            Sebaik tamat, mereka Incubus terus mengucapkan selamat malam kepada Kuala Lumpur dan beredar ke belakang pentas. Walau bagaimanapun, penonton langsung tak berganjak di mana masing-masing menjerit mahu encore daripada Incubus.



Halo - best photo by Jennifer Thompson.. memang gempak pic nihh!!
 

            Beberapa minit kemudian mereka keluar dan menamatkan set encore lagu berjudul The Warmth dan sudah tentunya lagu cliche Incubus ‘Nice To Know You’ mengakhiri persembahan.
Penulis masih mengharapkan beberapa buah lagu dimainkan seperti single sensasi mereka Love Hurts dan Summer Romance (Anti Gravity Love Song), namun itu sahaja persembahan mereka tahun ini. Nilai tiket RM 203 betul-betul berbaloi (LOL!!) dengan persembahan yang berkualiti sebegini dan oh, ya, Brandon tidak membuat gimik membuka baju seperti insiden konsert mereka pada tahun 2006. Penulis percaya ramai juga gadis-gadis turut kecewa. Buat Tunetalk (yes you !!kapitalis jason lo!!) selaku penganjur, tahniah, konsert ini antara yang terbaik pada tahun ini!!
KLTHUGS: Maaf, ini formal punya review gua hantar untuk newspaper, sebab tu bahasa gampang formal.. Oleh sebab diorang kekurangan page (kerana David Archuletta menang page tersebutt) maka gua post kat sini.. versi carut-carutnya ada jer bro.. kalau gua rajin, nanti gua taip review dari Athirah sesat, jalan jammed, nak bergaduh ngn security sebab tak boleh bawak masuk DSLR, pembahagian Arena dengan Lower Tier dan sampai habis Q kat parking, sampailah ada orang merajuk sebab gua kena ngorat kat budak-budak jambu kat Qbistro.. memang gua nak mencarut kat Jason Lo.. hahaha

Photo credit goes to: Jennifer Thompson/ Makata Khalil/ YKWYA