Tuesday, April 12, 2011

Fakta menarik tentang komputer



Hah! satu hari berapa jam anda menggunakan komputer?
ni layan dulu fakta menarik tentang komputer :)


     Tahukah anda siapa pencipta komputer pertama di dunia? Beliau adalah Sir Harold Thomas Flower. Komputer pertama yang diciptanya pada tahun 1941 dinamakan sebagai Colossus dan digunakan oleh sebuah unit ketenteraan Inggeris bagi memecahkan kod transmisi radio pihak Nazi.

Nama komersil pertama komputer ialah ENIAC iaitu singkatan daripada Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Computer. ENIAC seberat 60 ribu paun dicipta pada tahun 1945 untuk kegunaan pihak tentera. Tetapi komputer ini tidak mampu untuk menyimpan data.


ENIAC pada tahun 1940-an



Siapa orang yang terkaya kerana perisian komputer? Orang itu ialah William Henry Gates atau lebih dikenali sebagai Bill Gates. Beliau menjadi orang yang terkaya di dunia selama lebih 10 tahun berturut-turut. Gates adalah pengasas Microsoft, salah satu perisian komputer yang amat laris dan popular digunakan.



Komputer juga tidak lari daripada serangan bug atau ‘serangga’ yang mudah melumpuhkan sistem komputer. Jangan salah, ‘bug’ bukanlah serangga hidup yang bernyawa, tetapi adalah lambang pada kegagalan terhadap program komputer kerana sesuatu kerosakan atau kekurangan dalam program itu sendiri.

Modem pertama dihasilkan pada tahun 1950-an. Bahagian pertahanan udara Amerika meminta direka sebuah alat yang boleh digunakan untuk menghantar data melalui telefon. Pada tahun 1962, modem pertama dilancarkan iaitu Bell 103 dengan kelajuan 300 bit per saat.
BELL 103

Permainan pertama atau game komputer terawal dihasilkan pada tahun 1947, iaitu sekadar satu permainan pesawat yang menembak satu sasaran.

Permainan komputer paling mahal diperbuat daripada emas 18 karat dan sekelilingnya bertatahkan berlian. Game ini yang dihasilkan di London dijual pada harga $25,000,00 USD dan merupakan yang termahal di dunia.

Alas tetikus atau mouse pad yang paling mahal di dunia berharga USD489,000 yang diperbuat daripada fiber karbon yang padat.


inikah rupanya tetikus yang paling mahal di dunia?


Kedai komputer pertama yang dibuka ialah The Computer Store’ di California pada tahun 1975. Kedai ini dibuka oleh Dick Heiser dan menjual pelbagai peralatan dan buku berkaitan komputer.

Virus MyDoom worm yang menyerang perisian computer pada tahun 2004 telah menyebabkan kerugian sehingga $38.5 juta USD dan merupakan kerugian yang paling tinggi disebabkan serangan virus.

woarrr.. mydoomworm boleh di-heal dengan W32
Apakah karektor komputer termahal yang dihasilkan? Watak Smeagol atau Gollum dalam filem Lord of the Ring. Ia muncul sebagai karektor janaan komputer yang paling mahal dengan menggunakan teknologi WETA Digital menghasilkan lebih 200 ekspresi wajah dan 300 pergerakan otot.

Smeagol / gollum
Web browser pertama dihasilkan oleh Marc Andreesen pada tahun 1993 iaitu NCSA Mosaiz namun penggunaannya tidak meluas. Hanya pada tahun 2000, WorldWideWeb direka sebagai enjin pencarian komersil pertama yang lebih meluas penggunaannya. Nama web browser itu kemudian ditukar menjadi Nexus dan kemudian ditukar lagi menjadi Mozilla.

Mozilla firefox


Sir Timothy John Tim Berners-Lee adalah orang pertama yang mencipta website komputer pada tahun 1991. Website itu ialah http://nxoc01.cern.ch

Sir Timothy John Tim Berners-Lee

Kamera berkomputer atau webcam pertama digunakan pada tahun 1991 oleh seorang pelajar di Cambrige University. Webcam tersebut digunakan untuk menghasilkan sebuah program yang menampilkan gambar secara online. Pada tahun 1993 barulah penggunaan webcam mula dikenali oleh pengguna Internet.

webcam

2 comments:

  1. Appreciate this post. Let me try it out.
    Look into my blog post - CAMERAS

    ReplyDelete