Thursday, April 7, 2011

Misteri imej kota keriangan di kaki langit





JURNAL Transaction oleh Persatuan Kemajuan Sains British, 1847, Dr. D.P Thompson melaporkan dua orang penduduk Birkenhead, Liverpool menyaksikan imej kota Edinburg di udara bertarikh 27 September 1846 selama lebih kurang 40 minit.
Imej yang terpancar di kaki langit begitu jelas menampakkan beberapa monumen dan istana kuno walhal jarak kota Edinburg terletak kira-kira 325 kilometer dari Liverpool!
imej gereja St. Mary muncul di persisiran pantai baltic??
Satu lagi keajaiban yang dilaporkan oleh akhbar London Times pada 28 Julai 1846 pada pukul 3.30 pagi di mana berpuluh-puluh orang saksi mendakwa munculnya imej gereja St. Mary di pesisiran pantai Baltic berdekatan Stralsund, Jerman.
Imej monumen itu berwarna biru begitu pucat muncul jelas selama 15 minit sebelum lenyap dan pudar dari pandangan.
Pada tahun 1887, seorang penggali emas dari Alaska, Dick Willoughby mendakwa menyaksikan sebuah kota lama di Pergunungan Fairweather yang muncul setiap kali musim panas.







Untuk membuktikan sahihnya kewujudan kota yang dilihat, Willoughby telah mengambil gambar sebagai bukti. Akhbar New York Times mengeluarkan berita tersebut dua tahun kemudiannya dan melakukan pengecaman pancaran imej kota lama tersebut adalah bandar Bristol, di England. Gambar-gambar yang diambil oleh penggali emas ini kemudiannya dibukukan oleh Miner W. Bruce berjudul Alaska.
Fakta kewujudan kota lama Miner Bruce turut dikuatkan lagi dengan kenyataan seorang bangsawan istana Perancis d’Abruzzi bernama C.W Thornton yang melakukan pendakian di Pergunungan St. Elias.
Adakah ini imej bristol?
Thornton menyatakan pada Miner bahawa dia menyaksikan kemunculan imej rumah-rumah lama dan gereja yang turut gah bersama menara selain paparan imej masjid siap dengan kubah begitu gah sebaik tiba di puncak gunung.
Selain Miner Bruce, Alexander Badlam turut memuatkan gambar dua buah kota yang disaksikan muncul di kaki langit di lembah-lembah glasier di Alaska termasuklah gambar milik penggali emas tadi dan beberapa keping yang difahamkan kononnya bandar-bandar di Asia.
Badlam turut memuatkan sekeping gambar yang diambil menunjukkan imej terbalik sebuah tasik beku seperti fatamorgana yang terbentuk di Selat Messina menerusi rilisan bukunya berjudul Wonders of Alaska.
Fata Morgana.

Fenomena kemunculan kota besar di kaki langit turut dilaporkan di Ireland. Istana ‘Duna Feadhreagh’ yang diberi jolokan istana kayangan sering kali muncul di pesisiran pantai Anthrim, Donegal dan Waterford.
Di Rathlin pada tahun 1817, kepulauan hijau dipercayai muncul tujuh tahun sekali di sini. Penduduk berhampiran dapat melihat dengan jelas, rumah-rumah, menara, istana malah asap daripada serombong mahupun orang sedang berlari-lari di kaki langit di pesisiran pantai. Keesokan harinya, kota itu lenyap, pandangan di lautan hanyalah kapal-kapal yang belayar.
Di Youghal, kota-kota konkrit dapat dilihat dengan jelas pada Oktober 1797, namun kota itu tidak dapat disahihkan dari benua yang mana satu.
Menariknya, setelah 15 tahun iaitu kira-kira bulan Jun 1801, kota yang muncul di kaki langit Youghal sudah berubah dengan tambahan landskap hutan yang tebal serta beberapa rumah agam yang sudah didirikan.
Benarkah wujudnya kota-kota ini di kaki langit?
          Fenomena ini berkait rapat dengan ilusi maya. Ilusi maya ataupun istilah ‘mirage’ dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai pencelaan atmosfera melalui ilusi optik.
Cahaya yang dipancar daripada suatu objek memungkinkan imej subjek boleh dipantulkan di udara, hinggakan kita sendiri mudah tertipu terhadap imej yang terpapar berada di hadapan kita.
Ilusi maya menjadi babak yang sering dipertontonkan dalam filem-filem Barat atau rancangan kartun di televisyen, di mana seorang pengembara yang sesat di gurun sering terpedaya terlihat oasis lengkap dengan pohon palma yang rendang.
Semakin pengembara itu bergerak ke arah subjek, semakin jauh pengembara itu tersesat nun jauh ke tengah gurun lalu mati kehausan. Rupa-rupanya kolam air besar yang dilihat itu hanyalah ilusi semata-mata.
Beberapa saintis dari Kanada menggunakan teori ilusi maya ini untuk menidakkan kewujudan dakwaan raksasa berleher panjang di tasik yang luas di Tasik Loch Ness ataupun kewujudan UFO yang dilihat di angkasa.
Tidak disangkal teori-teori ini ada benarnya. Menariknya, bukan oasis saja yang sering menjadi imej ilusi maya, malah kota besar turut  muncul di langit dan menjadi imej ilusi maya.
Wujudkah imej-imej kota di negara kita?
Di Kuala Lumpur, seorang pelancong asing yang kali pertama bermalam menunjukkan cahaya yang menyinari di kaki langit di pergunungan yang jauh. Dia begitu teruja dengan kehadiran cahaya yang begitu terang walaupun jaraknya begitu jauh.
Setelah mendapat penjelasan penduduk setempat, rupa-rupanya cahaya itu ialah pancaran lampu neon daripada kota keriangan Genting Highlands yang terletak berdekatan Janda Baik di Pahang!

No comments:

Post a Comment