SEMAKIN maju tamadun dunia, semakin meningkat pula kes-kes jenayah. Walaupun pelbagai hukuman dilaksanakan sejak dulu sampai sekarang, namun sedikit pun tidak menurunkan peratusan kadar jenayah.
Agak-agaknya, jika kita kembalikan semula kaedah hukuman zaman dulu ke atas penjenayah di zaman sekarang, boleh berkurangkah jumlah penjenayah?
· Dikambus hidup-hidup - Mangsa diikat, dicampak ke dalam lubang dan dikambus hidup-hidup. Hukuman ini popular semasa Perang Dunia ke-2 dulu. Tentera Jepun menanam hidup-hidup ribuan mangsa yang terdiri daripada warga Cina.
· Patukan ular - Salah satu hukuman mati yang tertua di dunia. Sebuah lubang disediakan dan diisi dengan pelbagai ular berbisa. Mangsa diikat lalu dicampak ke dalam lubang tersebut dan akhirnya mati akibat dipatuk ular berbisa.
· Cangkuk tubuh - Sejenis alat seperti cangkuk yang bermata tajam digunakan untuk hukuman ini. Pesalah akan diikat secara bogel pada sebatang kayu. Kemudian, penyeksa akan menggunakan alat tadi untuk merobek kulit mangsa hingga ke daging sedikit demi sedikit. Ia berupa satu seksaan sebelum kematian.
The spanish tickler! gerunn!! |
· Bakar hidup-hidup - Hukuman mati dengan kaedah membakar telah digunakan sejak berabad lamanya. Paling biasa dilihat adalah dengan mengikat si pesalah pada tiang kayu lalu dibakar hidup-hidup di hadapan orang ramai.
Kaedah ini juga salah satu bentuk hukuman yang dipraktikkan di Afrika Selatan. Tayar diisi dengan petrol lalu disarungkan ke bahagian dada pesalah. Kemudian, pesalah itu akan dibakar. Getah tayar yang berisi petrol akan mencairkan tubuh si pesalah.
Bakor je? Bakor?? Perghh!! |
· Dipijak gajah - Salah satu kaedah popular yang pernah digunakan sejak ribuan tahun dahulu menggunakan gajah bagi melaksanakan hukuman mati pada pesalah. Haiwan yang berat itu akan memijak si pesalah hingga mati.
Pijak Perut!! Pijak Perut! |
· Potong pancaindera – Hukuman ini dimulai dengan hidung si pesalah dipotong terlebih dahulu. Kemudian, sebelah tangannya dan sebelah kakinya pula dipotong. Akhir sekali, bermula dari bahagian kemaluan, si pesalah dibelah dua hingga ke pinggang dan akhirnya mati.
Ini bukan bersunat!! tapi potong 'anu' terus!! Ouuuchh!! |
· Potong halus-halus - Pesalah diikat. Kemudian sedikit demi sedikit kulitnya akan dihiris dan dimulakan dengan memotong beberapa anggota badan yang kecil dahulu seperti jari, kaki dan tangan. Tujuannya untuk memanjangkan jangka hayat si pesalah agar lebih terseksa sebelum menemui kematian.
· Sayat dengan pisau - Hukuman ini mudah. Leher si pesalah di sayat dengan pisau berulang kali hingga menampakkan isinya. Kemudian, lidah mereka ditarik keluar melalui luka yang terbuka pada leher tadi. Pesalah tidak mengambil waktu yang lama untuk mati bila menjalani hukuman ini.
· Gantung, belah perut dan penggal leher - Bentuk hukuman ini agak panjang sedikit. Pesalah akan diikat pada sebatang kayu lalu diheret ke tempat hukuman. Leher pesalah kemudian digantung untuk waktu singkat hingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian, perut mereka dibelah dan isi perut mereka dibakar di depan mangsa. Akhir sekali, kepalanya pula akan dipenggal.
· Simenkan kaki dan lempar dalam air - Cara ini diperkenalkan oleh golongan mafia di Barat. Kaki mangsa diletakkan dalam sebuah bekas lalu dicurahkan simen hingga paras betis. Setelah simen itu kering, kaki mangsa akan sebati dalam simen yang sudah mengeras itu. Kemudian, mangsa akan dilemparkan ke dalam air lalu tenggelam dan akhirnya mati lemas.
· Penggal kepala- Alat pemenggal kepala yang amat popular zaman dulu. Pisau tajam bersaiz besar diikat dengan tali. Kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah, lalu apabila tali dilepaskan, sepantas kilat pisau akan jatuh memenggal kepala si mangsa.
· Ikat dan tenggelamkan - Hukuman ini biasanya dikenakan secara berpasangan di Perancis pada zaman dulu. Lelaki dan wanita diikat bersama dalam keadaan bogel. Lalu pasangan itu akan ditenggelamkan ke dalam air hingga lemas. Jika tidak dilemaskan, mereka berdua akan diseksa dengan libasan pedang hingga mati.
· Ikat pada kayu - Kaedah ini biasa kita lihat dalam filem. Mangsa diikat pada kayu salib dan kemudian digantung tinggi. Mangsa dibiarkan perlahan-lahan terseksa tanpa makan dan minum hingga akhirnya mati.
· Isi dalam bekas logam - Antara kaedah paling kejam pada zaman Yunani kuno. Pesalah akan dimasukkan ke dalam bekas logam berbentuk lembu, seolah-olah pesalah berada dalam perut lembu. Di bawah lembu besi itu dinyalakan api yang akan membuat logam pijar dan si pesalah akan dipanggang di dalamnya hingga mati.
Perghh!! Memang kejam bhai!! |
Hmm! Macam mana? Walaupun hukuman ini nampak tidak bertamadun tapi bagus juga untuk melupuskan penjenayah yang semakin tidak berperikemanusiaan dan menakutkan orang melakukan jenayah.
KLThugs: Selalu kena hukum tidur luar kalau balik rumah lewat malam.
tapi..dlm banyak2 hukuman..hukuman yg dilakukan ke atas emosi adalah satu2nya yg lebih memudaratkan sampai org boleh gila, meroyan dan last sekali terjun bangunan atau makan racun...it's slow deadly death... ewwww.. lebeh parah kalau berhari2 muram durja..airmata sampai leh jadi tasik.. kas paham sket ye en.writer!! ----> 'Be very careful if you make a woman cry, because God counts her tears. The woman came out of a man's rib. Not from his feet to be walked on. Not from his head to be superior, but from the side to be equal. Under the arm to be protected, and next to the heart to be loved'
ReplyDeleteye ker? adoi yai.. cynical bunyinya tu..
ReplyDeleteaku pernah tengok video orag sula orang..
ReplyDeletetapi taktau kejadian tu kat mana..macam kat india..laki tu di sula depan orang ramai..satu lagi video orang poong tangan orang..gila tajam parang depa guna..
takleh tidoq brapa ari asyik teringat ja....
huhuhu
..cynical tak cynical...bukankah ia nya bisa menCAIRkan hati mana2 lelaki..lelagi lelaki yg pernah mnyintai seseorang bohsia sekali punss.. woopsss ..taubat sudaaa
ReplyDelete