Friday, January 7, 2011

Cikgu Hot lagi Cun!! Harriet Jenkins~ rahsia body ramping, nasihat buat Siti.

SITI! Oh, Siti! Tak apa Siti, biarkan orang ketawakan Siti. Biar orang panggil Siti Gorila, Siti Tempayan atau Siti Gendut. Biarkan! Biarkan!
Jenkins bersama rakannya
          Siti! Oh, Siti! penulis nak kenalkan Siti dengan seorang gadis nun jauh dari London. Orangnya gendut, besar seperti tempayan, jalan bergendong-gendong macam labu bergolek atas tanah merah. Semua orang tak nak berkawan dengannya. Kesian dia!
          Namanya Harriet Jenkins, ramai orang gelar dia pumpkins. Orang ketawakan dia, tapi gadis ini tersenyum sahaja. Nak tahu berapa berat badan Jenkins? Mak oi, mencecah 170 kilogram, saiz Jenkins lebih besar daripada Siti.
          Siti! Oh, Siti! Siti tahu tak, berat badan Jenkins bertambah selepas mengalami trauma sejurus mengetahui bapanya terpaksa menjalani diagnosis kanser limpa.
hot tak saya?tunggu..
Jenkins mengalih perasaan murungnya dengan makan, makan dan makan! Semasa berada di hospital ketika menemani bapanya, gadis ini mengunyah coklat, ayam goreng, dan makanan yang tidak mempunyai zat yang lengkap. Sedih bukan?
          Siti nak dengar lagi cerita Jenkins?
Jenkins merupakan seorang lepasan A-Level di Universiti Nottingham dalam bidang bahasa Perancis, dia mahu menjadi cikgu. Malangnya selepas memohon jawatan guru, Jenkins gagal mendapat tempat di mana-mana sekolah pun. Siti nak tahu kenapa?
Jenkins gagal melepasi aspek fizikal sebab berat badannya yang melampau. Kesian, kan? Jenkins rasa tertekan, impiannya untuk menjadi seorang guru seakan musnah.
Lalu Jenkins bekerja menjawab panggilan di pusat panggilan telefon di sebuah syarikat swasta. Walau bagaimanapun, Jenkins tidak bekerja lama di sana.
tempting!!
Ini kerana dia mendapati makin banyak bungkusan makanan ringan bersepah di atas meja. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidupnya yang pelahap.
Jenkins tidak mahu lagi digelar labu atau tempayan. Jenkins mahu menghentikan penghinaan orang setiap kali dia berjalan membeli-belah di kota London.
Jenkins mahu menjadi seorang gadis cantik dan dipuja kerana dia masih muda, baru berumur 25 tahun!
          Jenkins mula mengikuti kursus tabiat pemakanan yang betul dan mengubah diet daripada coklat kepada ikan bakar dan salad hijau. Daripada makanan segera kepada makanan bermasak yang mengandungi nutrisi yang seimbang.
Sebaik mengubah cara pemakanan sahaja, Jenkins berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3.72 kilogram pada minggu pertama!
          Siti jangan terkejut, dalam masa sebulan, Jenkins berjaya menurunkan dua kali saiz pakaian kerana berat badannya susut sebanyak 10 kilogram. Hebat tak, Siti?
          Selepas mengubah cara pemakanan, Jenkins kemudiannya memulakan senaman dengan berjalan. Selepas itu Jenkins mula mengunjungi gimnasium dan sekarang hampir setiap hujung minggu Jenkins berjoging. Pada bulan lepas gadis ini turut sama menyertai larian ‘Great South Run’.
          Disiplin Jenkins mengawal pemakanan dan usahanya bersenam membuahkan hasil. Kini Jenkins tersenyum puas kerana berat badannya pada paras sihat dan ramping iaitu 69 kilogram.
Hampir seratus kilogram telah berjaya diturunkan sepanjang 18 bulan. Secara tidak langsung, Jenkins terus dinobatkan sebagai Miss Slimming World of the Year.
          Hebat bukan? Kalau Siti nak tahu, Jenkins langsung tidak melakukan pembedahan untuk membuang lemak kerana gadis itu sedar risiko yang diambil boleh mengakibatkan kecelakaan terhadap dirinya sendiri.
          Mungkin pengalaman Siti menunggu Faizal tak muncul-muncul pernah dialami oleh Jenkins, tapi hari ini, berduyun-duyun lelaki nak berkenalan dan berpacaran dengan Jenkins. Bahkan sekarang ramai jejak macho yang tergila-gilakan keayuannya.
Sudah menjadi lumrah lelaki hidung belang pantang melihat gadis berdahi licin. Tapi maaflah, Jenkins sudah tapis senarai nama lelaki yang layak untuk bertakhta dalam hatinya.
Itu tak penting bagi Jenkins, kerana yang paling utama, dia menarik nafas puas apabila berdiri di hadapan kelas dan mengajar. Ya, Jenkins berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang guru.
          Tak apalah Siti, biarkanlah orang hina Siti sekarang. Lepas ini penulis yakin Siti akan melakukan sesuatu seperti Jenkins untuk menutup mulut-mulut jahat yang kata Siti itu, Siti ini! Biarkan! Biarkan!
          Nanti bila Siti sudah cantik, ramping dan bergaya... pasti ramai yang lupa suatu ketika dulu orang pernah mencemuh dengan gelaran Siti Labu, Siti Tempayan, Siti Gendut, Siti Gorila dan entah apa lagi.
          Janganlah bersedih Siti... hari ini hari mereka, hari Siti pasti akan tiba jua! Kuatkan semangat macam Jenkins!




Lihatlah gadis cun lagi hot ini!! Harriet Jenkins yang marvelloussss~~




Beza? memang berbeza.. Harriet Jenkins dulu dan sekarang

4 comments:

  1. gile la. kuat betul semangat die. akhirnya jadi kurus jugak. tahniah diucapkan (^_^)

    ReplyDelete
  2. wahy, totally like this story..;p

    ReplyDelete
  3. Τhis is a truly insρіring post. I am alωays veгy impressed bу уour aгtiсlеs.

    Yоu οffer helрful stuff. Keeρ іt
    up. Keеp blogging. Reallу loоkіng
    fοrωard to going through your next blog post.
    Feel free to surf my web page fashion Hosiery

    ReplyDelete
  4. In а moге detaileԁ ρost,
    I hоρе to eхplain sοme of the гeaѕoning behind our choіces.

    Excellent reаѕoning herе. І really dο enϳoy viewing your blog.

    I leaгneԁ a Grеat dеal frοm them.
    Review my web-site :: height converter

    ReplyDelete