Tuesday, March 20, 2012

Lizzie, gadis yang mahu gemuk makan 60 kali sehari! Tapi kurus macam anak patung!

Mungkin ramai gadis-gadis yang chubby dan 'comel-comel' di luar sana kepingin mahu body langsing seperti cikgu hot daripada UK iaitu Harriet Jenkins entri yang saya tulis dahulu. Pastinya ramai di kalangan anda ini sendiri yang sentiasa di cemuh macam cerita Siti Gorila yang saya tulis pada entri yang lepas DI SINI.. Tapi sebelum tu, baca dulu kisah Lizzie.. Siapa Lizzie ni? Ehehhh..

WAJAHNYA cengkung dengan tulang rahang tersembul. Tubuhnya kurus melidi, sekadar kulit yang membaluti tulang. Sekali pandang, gadis berusia 21 tahun ini ibarat mayat hidup! Anoreksia? Tidak! Lizzie Velasquez bukan seorang yang ekstrem mahu berdiet. Dia tidak mahu kurus. Lemak dan kalori yang amat ditakuti gadis seusianya, itulah yang Lizzie mahukan untuk tubuhnya. Pertama kali melihat Lizzie yang berat tubuhnya hanya 25 kilogram, orang akan mencemuh. Kata mereka, itulah jadinya jika terlalu obses, mahu kurus!

Hakikatnya, Lizzie mahu menggemukkan badan. Jika dapat dipindahkan lemak-lemak gadis di luar sana ke dalam tubuhnya, Lizzie sanggup! Jika anda makan tiga kali sehari, Lizzie pula makan sehingga 60 kali sehari! Menunya pelbagai, namun dalam kuantiti yang kecil. Setiap 15 minit hingga 20 minit sekali, Lizzie akan mengunyah.Tak kisah apa makanan pun. Coklat, pizza, ayam, aiskrim, kek dan apa saja yang berkalori tinggi akan ditelannya. Jumlah lemak dari makanan yang diambilnya sehari antara 5,000 hingga 8,000 kalori yang membolehkan gadis normal menjadi obesiti dengan jumlah kalori sebanyak itu.
Tetapi, tidak bagi Lizzie. Malah, jika dia boleh menambah beratnya sebanyak satu pound, itu pun sudah cukup membuat Lizzie melonjak kegirangan. Sebenarnya, gadis berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini mengalami sindrom yang amat jarang ditemui. Penyakit ini menyebabkan tubuh Lizzie gagal menyimpan lemak, sekali gus menghalang kenaikan berat tubuhnya.
Lizzie kena makan 60 kali sehari.. Amboi!

          Hal ini menyebabkan Lizzie menjadi perhatian para doktor untuk melakukan pelbagai kajian terutama dari sudut genetik. Ini kerana Lizzie dipercayai menghidap Neonatal Progeroid Syndrome (NPS), iaitu sindrom yang menyebabkan kehilangan lemak daripada tubuh, kemerosotan tisu dan proses penuaan yang terlalu cepat berbanding usia.
          Kelainan penyakit Lizzie sudah dikesan sejak kecil lagi. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.2 kilogram. Doktor ketika itu menjangkakan hayat Lizzie tidak lama. Malah, jika hidup sekalipun, Lizzie dikatakan tidak akan mampu berjalan, bercakap atau mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain.
          “Kami terpaksa membeli pakaian daripada kedai patung mainan. Pakaian bayi terlalu besar untuk Lizzie sewaktu dia lahir. Hanya pakaian boneka yang muat disarungkan ke tubuhnya,” cerita ibu bapa Lizzie. Semasa lahir, Lizzie mempunyai dua anak mata yang cantik keperang-perangan. Namun, sewaktu dia berusia empat tahun, anak mata kanannya mula berubah warna dan kemudian menjadi buta.


Lizzie dan rakan-rakan karibnya

          Lizzie membesar seperti biasa. Tetapi anehnya, tubuh Lizzie kekal kurus melidi. Pemeriksaan doktor mendapati, organ dalaman dan tulang Lizzie membesar secara normal sesuai dengan usianya. Tetapi, tiada lemak yang mampu disimpan oleh tubuh gadis kecil ini. Kadar lemak dalam tubuh Lizzie hampir kosong. Berat tubuhnya hanyalah berdasarkan organ, tulang dan kulit semata-mata. Oleh kerana itu, setiap 15 minit sekali Lizzie harus makan agar tubuhnya terus mendapat bekalan tenaga. Jika dia tidak makan walau dalam tempoh satu jam, tubuh Lizzie akan mula lemah longlai bagai orang kebuluran tidak makan beberapa hari. Gadis ini juga hampir dua kali kehilangan nyawanya. Pertama sewaktu berusia 16 tahun, apabila saluran apendiks Lizzie pecah. Dan kali kedua sewaktu berusia 19 tahun, akibat penyakit anemia yang melumpuhkan keupayaan sistem darahnya.
Pun begitu, berkat semangat dan sokongan keluarga, Lizzie masih mampu bertahan sehingga kini. Dua adiknya yang normal iaitu Marina, 15, dan Chris, 12, menjadi teman akrabnya. Kehidupan Lizzie sama seperti gadis seusianya. Dia ke sekolah dan meneruskan pengajian di kolej. Dia tetap keluar berjalan-jalan, menonton wayang bersama teman-temannya.

Cuma, pergerakan Lizzie agak terbatas untuk sesuatu aktiviti yang memerlukan tenaga. Setiap kali Lizzie melihat teman-temannya yang risau jadi gemuk kerana makanan, Lizzie akan berkata: “Jika saya di tempat kamu, itulah yang paling saya inginkan!” Lizzie berangan-angan agar tubuhnya menjadi montok  dan cantik seperti gadis lain tapi suratan nasib tidak menyebelahinya. Tapi, Lizzie tidak pernah menyalahkan takdir! Bahkan dia bernasib baik dapat hidup sampai saat ini.
         

Lizzie macam anak patung kan?
Kredit: Nita Dahnin
Hah! mungkin ramai gadis yang 'comel-comel' di luar sana bertekad nak diet kurus meleding.. rilekslah, apa barang kurus sangat gugurl? Nak diet tu dietlah.. tapi jangan sampai tak makan sampai anorexic sudah.. jadi macam Anna Wood.. eh? apa cerita Anna Wood? Klik sini untuk ke pautan artikel yang saya tulis tidak lama sebelum ni :)

KLThugs: Dulu gua kurus meleding, gua nak gemuk.. gua pun makan banyak-banyak !! Sekarang ni dah gemuk, nak kurus balik susah!! Sebabnya susah nak sekat selera yang sangat membuak-buak ini! Waduhhh!! Korang thuggers macam mana? Jangan jadi macam gua sudah!!

3 comments:

  1. klu nak kurus kena carik awek kurus gak.. ok good luck

    ReplyDelete
  2. ni mcm apa dah baiii.
    cautut+bongkers = mcm ni la o_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngahahaha... cautut batu kot.. ngehehehe

      Delete