Tatkala aku melihat foto budak kecik ni, aku tersenyum.. Manis betul senyuman dia. Kemudian dia minum air kotak pula.. alahai, keletahnya cukup menyenangkan jiwa aku.. lucu betul.! Bibir merah macam buah ceri! Umur mesti dalam lingkungan 4-5 tahun budak ni.. Teringat pada adik sepupu aku nama Amirah. Macam ni lah dia senyum. Manis!
EE.. tengok gaya budak ni macam tak banyak cakap.. tapi kalau aku cucuk-cucuk perut dia mesti dia ketawa. Heheh..
Sayangnya ... budak ni adalah mangsa bunuh... lepas tu kena bakar pula oleh mat dadah.. aduhai, aku tak larat nak sambung kata-kata lagi.. terlalu pilu.. Kesnya hilang lepas mak dia beri empat ringgit untuk beli telur sama Maggi.. budak-budak 5 tahun pergi kedai..Hmm.. aduhai ibu Dirang, i put blame on you.. Kalau dah tinggal di kawasan ghetto, takkan lah anak 5 tahun dilepaskan sebegitu.. malah dari apa yang aku dengar, mak dia sedang sibuk menelaah facebook.. aduh.. teringat kata-kata ibu aku sikit masa dulu, kalau anak-anak ditimpa malang atas kelalaian ibu sendiri ibu takkan maafkan diri sendiri..
Maaf kalau ibu dirang terasa sakit hati... Sesungguhnya hatimu sudah remuk.
Entahlah, Speechless... bila aku baca phrase ini daripada Sinar harian aku jadi speechless..
“Mak sayang Dirang tak?” Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya Dirang? Walau DNA sudah mengesahkan mayat rentung itu anak mak, buah hati mak... mak seperti tidak percaya. Jauh di sudut hati mak masih mengharap itu bukan mayat Dirang. Bukan anak mak. Mak mahu Dirang pulang. Mahu peluk Dirang. Cium Dirang.
Dirang tahu...Hangat rangkulan Dirang, kucupan Dirang sebelum keluar dari rumah dan kemudian hilang, bagai masih terasa. Dirang...Dirang ingat tak? Setiap kali kita tidur bersama, Dirang tidak pernah tidak memeluk mak. Erat. Kejap!
Tapi selepas ini mak tidak dapat lagi merasainya. Tiada Dirang yang akan membelai rambut mak. Tiada Dirang yang merengek-rengek kecil di telinga mak. Tiada Dirang yang melontarkan ucapan manja “Mak sayang Dirang tak?’ Mak akan merindui segalanya.
Dirang...Sebelum kehilangan Dirang 1 Mac lalu, itu jugalah ucapan terakhir yang keluar dari mulut Dirang untuk mak. Mak sayang Dirang! Amat sayang! Terlalu sayang! Kasih mak pada Dirang tidak ada galang gantinya. Mak yakin Dirang tahu semuanya itu.
Dirang...Sejak Dirang lahir seingat mak, Dirang tidak pernah menyusahkan keluarga. Dirang anak yang baik. Tidak cerewet. Pandai berdikari. Dirang selalu bantu mak. Tolong mak jaga adik. Kalau adik Ainul Suhada nangis, Dirang cepat menghampir. Pujuk adik. Cium adik. Kalau mak nak mandikan adik, Dirang pantas pilih baju warna merah jambu untuk adik pakai. Tidak payah disuruh, Dirang melakukannya dengan segera.
Dirang...Pasti adik pun rindukan Dirang. Pasti adik tercari-cari mana kakak kesayangannya...
Dirang... anak mak suka melukis kan? Hari tu Dirang ada minta mak belikan buku untuk Dirang melakar. Maafkan mak sayang... mak belum sempat memenuhi permintaan Dirang itu. Maafkan mak nak!
Namun mak yakin... di sana, di sisi TUHAN, Dirang akan dapat yang lebih baik. Yang lebih hebat daripada apa yang Dirang harap.
Dirang tahu? Bila Dirang hilang, mak pergi cari Dirang di sana sini. Pagi, petang, siang dan malam mak keliling bandar cari Dirang. Berharap Dirang muncul segera. Sejak Dirang hilang, mak tidak lalu makan. Mak tidak dapat tidur. Hati mak terlalu bimbang. Mak takut Dirang diapa-apakan. Terlalu takut. Apalah yang dilakukan pembunuh itu pada Dirang? Mak tak sanggup memikirkannya.
Maafkan mak Dirang. Waktu Dirang disakiti mak tidak mampu membantu. Jeritan Dirang melaung nama mak tidak sampai ke telinga ini. Gagal memukul gegendang memberi syarat. Tidak dapat mak sahut.
Membayangkannya mak terasa terlalu sakit, Dirang. Badan mak seperti sama didera. Tubuh mak seperti sama dibakar.
TUHAN, kenapa begitu kejam pembunuh itu? Kenapa mesti dia sakiti anak saya? Kenapa dia mesti bunuh Dirang? Jika dia minta duit, saya bukan kaya. Malah tidak bekerja. Musuh pun tiada.
KLthugs: Hmm.. airmata gua sedang bergenang ni.
lancau kasik pancung tu mat pet..bodohh sialll
ReplyDeletezalim lagi kejam...
ReplyDelete