DI DAPUR sebuah restoran di Manado, Sulawesi, Indonesia, kelihatan seorang lelaki sedang memegang hujung ekor seekor tikus. Tikus hutan itu sudah pun mati sebenarnya dan kini badannya dijinjit secara terbalik, kepala di bawah. Sebelah lagi tangan lelaki itu, menyemburkan api dari dapur gas ke arah tikus tersebut untuk membakar dan membuang bulu tikus berkenaan. Kini badan tikus itu menjadi putih pucat.
Itu tikus kasi salai dulu.. |
Tikus-tikus ini dikumpulkan dalam satu bakul |
Setelah siap, tikus itu dan tikus-tikus lain yang telah dibuang bulunya tadi dipotong kepalanya. Kemudian badannya dibelah menjadi dua bahagian. Nampaklah segala isi badannya yang merah dan masih berdarah lagi. Setelah itu, kedua-dua bahagian tadi dipotong sama besar menjadi empat. Setiap satu bahagian mempunyai sebelah kaki.
Kasi potong empat atau dadu |
Kini, lelaki itu membasuh potongan-potongan tikus tersebut sampai bersih. Apabila sudah bersih, ia dimasukkan ke dalam besen, lalu dicampur dengan garam, kunyit dan macam-macam rempah lagi.
Kasi perap sama rempah sama cili |
Api dinyalakan. Kuali berisi minyak masak diletakkan di atas tungku. Apabila minyak sudah mendidih, ketulan-ketulan daging tikus itu digoreng hingga rangup. Sudah siap.
Tikus goreng yang sedang panas itu degan pantas diletakkan ke dalam pinggan bersama sepiring serbuk cili. Pelayan datang lalu menghantarnya kepada pelanggan yang sejak tadi sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati tikus goreng tersebut.
Mereka memasukkannya ke dalam mulut dan mula mengunyah isinya yang panas berasap itu dengan penuh nikmat hingga terpejam biji mata. Daging tikus itu dimamah-mamah, kemudian ditelan...
Yeeakkkk...!!
Tikus goreng sebenarnya menjadi kegemaran sebahagian warga Indonesia, khususnya di Manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Kepada kita, makanan itu amat pelik dan jijik sekali, tetapi kepada mereka, tidak.
Sebenarnya, selain tikus goreng, banyak lagi makanan-makanan pelik yang menjadi kegemaran sebahagian daripada penduduk negara tersebut. Satu lagi makanan pelik di Indonesia ialah kaki monyet goreng. Kaki ini digoreng garing. Daging dan tulang kaki haiwan itu kemudian dikunyah sekali, lalu ditelan sampai habis.
Kaki katak goreng dan kelawar salai juga menjadi kegemaran sebahagian penduduk negara tersebut. Ia dijual di pasar-pasar dan.... rangup sekali pak!
Keropok ikan? Taklah!! nilah Borewos!! |
- Hungary: Darah babi dicampur telur adalah antara makanan kegemaran mereka. Di tersebut ada musim menangkap babi. Pada musim itu, mereka akan mengejar haiwan berhidung `mancung’ itu berkeliling rumah. Apabila sudah dapat, babi itu akan dikelar lehernya. Darah yang memancut keluar akan ditadah terus ke dalam belanga, kemudian dicampur telur, lalu digoreng. Jadilah telur dadar darah babi! Yeaakkk!! Belum habis lagi, Yob! Kepala babi tidak dibuang begitu saja, membazir. Sebaliknya ia dipanggang. Lemak dan lendir yang menitis dari kepala babi itu ditadah ke dalam satu bekas yang diletakkan di lantai. Di dalam bekas itu pula terdapat sejenis sup. Seorang penulis blog yang pernah menulis tentang makanan pelik itu memberitahu, dia melihat kawan perempuannya memakan sup lendir babi tersebut, kemudian menjilat bibirnya... slurrppp.
Apakah adunan yang bercampur dengan darah ini? clueless!! |
· Selatan Amerika Syarikat: Antara yang terkenal ialah otak tupai. Mula-mula tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak , kemudian dengan menggunakan jari dan garfu, kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya. Kata orang yang pernah makan, rasanya macam cendawan.
· Ukraine: Salo – lemak babi yang disimpan dalam tong atau dimakan sejuk, sama ada secara mentah , goreng atau rebus.
· Austria: Beuschl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warga negara itu. Ia diperbuat daripada hati, ginjal dan jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus.
· Thailand: Di kalangan masyarakat Karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar. Tikus yang telah garing itu kemudian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal, lalu dimakan bersama pulut. Kalau di Malaysia lebih kurang macam makan pulut berlauk rendang dan sambal ikan bilislah...
· Perancis : Tete de veau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi-segi. Otak lembu diletakkan di sudut pinggan, kemudian dimakan sejemput demi sejemput, macam kita memakan tempoyak.
Teete De Veau.. macam lempuhh ler yeop!! |
Ni pon Tete De Veau.. version cream puff!! |
· Norway: Smalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali.
Smalahove |
· Trinidad: Puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka.
· Hong Kong: Daging kucing dimakan bersama roti kukus.
· Afrika: Susu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih. Ia merupakan makanan kegemaran masyarakat Masaai.
Inilah cara-cara puak Masaai dapatkan darah lembu ya? Geng Black Metal minum darah kambing cam gini ke?
· Filipina: Anjing-anjing yang kurus kering, berkurap, berkutu dan suka merayau ke sana ke mari mengais sampah, akan ditangkap untuk dijadikan makanan. Pemandangan ini adalah biasa di Filipina. Di Batangas misalnya, anjing-anjing yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi-tepi jalan macam itik panggang.
Daging anjing juga menjadi kegemaran di banyak negara Asia lain. Dikatakan di Korea, pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji. Bagaimanapun, di akhir uji kaji tersebut, anjing tersebut dibunuh dan dimakan oleh para penyelidik tersebut!
Daging anjing juga menjadi kegemaran penduduk Vietnam.
· Sepanyol dan Kanada: Testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini dibuat barbeque!
· Changsha, China: Terdapat restoran-restoran tertentu yang sebahagian lauknya dicampurkan dengan susu ibu!
Sebenarnya, banyak lagi makanan pelik yang terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, pelik bagi kita tidak semestinya pelik bagi mereka. Maksudnya, budu dan tempoyak adalah makanan pelik dan jijik kepada masyarakat Barat, tetapi kepada kita, tidak. Begitulah sebaliknya.
Sesungguhnya Tuhan telah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa, dan mereka hidup dengan pelbagai budaya dan kepercayaan. Itulah yang menjadikan dunia ini begitu indah dan berwarna-warni. Apa yang perlu kita lakukan ialah saling mengenali dan saling menghormati, walaupun kita berasa jijik dan tidak setuju dengan apa yang mereka lakukan.
NOTA: Perlu diingat, artikel ini bukan bermaksud makanan itu dimakan oleh semua penduduk negara terbabit.
KLThugs: Pernah makan sate ulat sagu, sate belalang kunyit, sate torpedo, sate biji getah dan beraneka sate pelik-pelik di karnival 1001 rasa sate kajang 2010..