perceval spencer |
PADA musim bunga 3 Mei 1812, seorang lelaki Inggeris bernama John Williams mengalami mimpi aneh sebanyak tiga kali berturut-turut. Dia bermimpi seorang lelaki bertubuh rendah memakai kot berwarna hijau gelap menembak mati Perdana Menteri England, Spencer Perceval pada bahagian dada di hadapan bilik kot kawasan lobi Parlimen.
Apabila Williams bangkit dari tidur dan menceritakan pengalaman mimpinya pada rakan-rakan dia ditertawakan dan mereka menganggap mimpinya itu mengarut dan sekadar mainan tidur. Walaupun menganggap mimpi itu sebagai amaran, tetapi Williams tidak mengendahkannya lantaran dia sendiri tidak berminat dalam politik.
Sungguhpun begitu, watak mangsa bunuh yang muncul dalam mimpi Williams iaitu Spencer Perceval turut mengalami mimpi yang sama pada malam 11 Mei 1812.
Semasa bersarapan pagi, Perceval menceritakan tentang mimpinya ditembak di dada oleh seorang lelaki gila berkot hijau gelap di lobi Parlimen kepada isterinya.
Isteri dan anak-anaknya bimbang lalu menasihati Perceval tidak meneruskan urusan rasminya di Parlimen pagi itu, namun Perceval berdegil.
Perdana Menteri itu cuma menganggap mimpinya itu sebagai mainan tidur dan dia tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai orang penting negara gara-gara mimpi bodoh!
gambaran perceval spencer ditembak |
Semasa Perceval berjalan menuju ke lobi Parlimen, seorang lelaki bertubuh kecil memakai kot berwarna hijau gelap mengacu pistol ke arah dada Perceval dan menembaknya sehingga mati. Hari itu terukir sejarah satu-satunya Perdana Menteri England mati dibunuh.
No comments:
Post a Comment