Friday, November 19, 2010

Badi Porsche James Dean!


Porche 550 Spyder (little Bastard)
milik James Dean yang remuk!

SELURUH dunia digemparkan dengan kematian pelakon sensasi Hollywood, James Dean pada 30 September 1955. James Dean terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta lumba miliknya model Porsche Spyder 550 yang bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di lebuh raya berhampiran Cholame, California.
Selepas kematian James Dean, kereta Porsche yang mendapat jolokan ‘little bast*ard’ itu dibeli oleh seorang peminat kereta bernama George ‘King of Kostumizing’ Barris.
Semasa ditunda, kereta itu tergelincir dari ikatan lalu menghentam mekanik yang berada di belakang trak tersebut. Kaki mekanik tersebut patah.
          Barris menjual bahagian-bahagian kereta Porsche separuh remuk itu kepada dua orang doktor iaitu Dr. Troy McHenry dan Dr. William Eschrid yang juga pemandu kereta lumba amatur.
Semasa berlumba, kedua-dua doktor terlibat dalam nahas bersama-sama seorang lagi pemandu yang turut membeli batang syaf ‘little bast*rd’ daripada Borris. Dr. William Eschrid mati di tempat kejadian akibat perlanggaran dahsyat itu manakala Dr. Troy Henry cedera parah.
          Begitu juga yang terjadi kepada tayar Porsche James Dean yang dibeli oleh seorang pemuda. Dua buah tayar itu pecah serentak dan hampir mengakibatkan pemuda itu maut dalam nahas jalan raya.
          George Barris merasakan ‘little bast*rd’ membawa sial lalu dia tidak lagi mahu menjual mana-mana bahagian Porsche kepada sesiapa. Tidak lama kemudian pihak berkuasa pengangkutan jalan raya tempatan mengambil kereta yang separuh remuk itu untuk dijadikan sebagai pameran di sekolah-sekolah.
          Semasa dalam rangka lawatan ke sebuah sekolah tinggi di Sacramento, bahagian badan kereta itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap paha seorang pelajar. Bahagian paha pelajar itu patah dan dia dikejarkan ke hospital.
           Kereta tersebut disimpan ke dalam garaj selepas insiden yang menimpa pelajar berkenaan. Semasa berada dalam garaj, satu kebakaran berlaku tanpa diketahui puncanya. Anehnya, kesemua kereta yang berada dalam garaj terbakar tetapi ‘little bast*rd’ tidak terjejas.
          Porsche Spyder milik James Dean diusung lagi, kali ini dibawa pulang ke Salina, California dengan sebuah treler. Badinya masih kuat dan kali ini menghentam seorang pemandu sehingga terbunuh selepas ikatan penyambung tertanggal daripada bahagian treler berkenaan.
          Beberapa lagi kemalangan kecil berlaku melibatkan Porsche tersebut ketika dibawa ke Miami, Florida. Semasa dipamerkan, satu lagi kejadian aneh berlaku apabila kereta itu berderai kepada 11 bahagian tanpa sebarang sebab.
          George Barris membuat keputusan untuk mengambil semula kenderaan miliknya itu. Kesemua bahagian kereta yang terpisah itu dikumpulkan lalu dibungkus ke dalam beberapa kotak dan dibawa menaiki kereta api ke California. Anehnya kesemua kotak yang mengandungi bahagian ‘little bast*rd’ ghaib begitu sahaja tanpa dapat dikesan sebaik kereta api itu tiba di California.
130 little bastard bersama pemiliknya, James Dean.

No comments:

Post a Comment