Thursday, December 29, 2011

Sebab saya ke mesin karaoke

Rata-rata ramai antara rakan-rakan aku tahu my passionate and enthusiasm = music! nak kata gila sangat tu tak adalah, tak pernah la pula mengambil tema 'no music. no life' which aku rasa tagline itu hanyalah salah satu agenda elite untuk menjahanamkan sosial anak muda di seluruh dunia. Dari music juga berbondong-bondong idealogi dan budaya lahir yang menghiasi segenap ruang streets dan gedung beli belah di seluruh pelosok negara. Tak payah aku state kat sini, kalau kalian berjalan di kota london hingga ke paris, balik semula ke Bukit bintang melalui celahan jalanraya di melbourne, hingga ke Tokyo, boleh aku katakan, music mempengaruhi tiap style anak muda...
ok, last time dengan Sentinel orang sedia maklum kami main Punk. Hardcore . Metal and such genre... itu passionate kami (aku secara khususnya).. Since The Last gig we performed at the paul Palace (yes it was 2009 baby!!) Sentinel dah tak beraksi di rumah jamming mahupun pentas tinggi.. apatah lagi nak lepak balut sesama..hahaha..

Masing-masing sibuk dengan life masing-masing which is kami terpaksa menghentikan aktiviti jamming. Pada aku perpecahan satu-satu band itu adalah kerana hati - hati di setiap pelusuk ahlinya tidak diselangi dengan kemistri.. lantas pembubaran pun terjadi.. tapi minat muzik takkan surut di hati aku, dan all of the band mates, cuma rezeki Sentinel itu takde buat masa sekarang..

Jadi aku terus melangsungkan kehidupan Metal aku tanpa mengiringi band. Aku tak apa, sebab sebagai penyanyi jamban tegar, jamban itu langsung tak pernah merungut tiap kali dia berdesing dengan pitching aku yang sangat ke laut.. begitu juga mesin karaoke. Biarpun Ibnor riza itu bukanlah Metal, namun sekurang-kurangnya aku masih menyanyi..

Dan selang beberapa tahun, beberapa usaha untuk menyanyi dalam band projek pun agak suam kuku.. adalah satu band projek hampir nyata kewujudannya, tapi oleh kerana ego-ego muzik dan kesibukan melampau bandmate aku yang berkerjaya mantap-mantap seperti engineer, banker, dan manager production house, band itu tidak dapat di realisasikan.

Tak apa, rezeki band masih belum ada.. lalu redbox atau segala macam pusat karaoke menjadi tempat luahan emosi aku yang bertong-tong (sungguhpun hanyalah emosi untuk lagu Anuar Zain). Lupakan Lamb of God, sebab sepanjang aku ke berbuah-buah pusat karaoke tak pernah lihat kelibat artis ini dalam list huruf 'L'. oleh sebab itu aku lebih selesa menyanyi lagui M.Nasir atau Zamani sekali. Tapi nasib baiklah senarai untuk lagu-lagu bahasa inggeris not bad.pernahlah aku melantangkan suara untuk lagu The Fray, Matchbox 20 malahan Incubus ketika assignment GRO pertengahan tahun lalu.




Sialan! Sebenarnya aku membebel dalam tulisan ni atas rasa rindu, sebab kepingin lagi menyanyi di atas pentas. Maksud aku lagu lagu deras ya. Tapi kalau ada kumpulan muzik ala-ala metal bernama Afterlife buat announcement untuk cari vokalis.. tak payah lah pergi audition. sebab apa, sudahlah datang lambat untuk appointment berjumpa dengan aku. Kemudian dengan bangsatnya langsung tak test vox aku sudah mereject aku. Kan ke bangsat? lawak betul budak2 putrajaya nih..

Lagipun mereka ni band korporat. Isap kote. kah kah kah!! Ampu kerajaan kuat..

Tuesday, December 27, 2011

Fakta Menarik tentang CATUR



1.    Catur merupakan permainan paling popular di dunia yang dimainkan oleh lebih dari 700 juta orang.

2.    Perlawanan antara Ivan Nakolik dan Goran Arsovic di Belgrade pada tahun 1989 alah rekod permainan paling lama iaitu selama 20 jam 15 minit dengan 269 gerakan draw.

3.    Pada tahun 1999, seorang kanak-kanak berumur 8 tahun bernama David Wei Ling Howell dari East Sussex, England pernah mengalahkan pemain catur professional iaitu Grandmaster John Nun sekaligus memecah rekod pemain catur paling muda mengalahkan seorang pro!

4.    Hanya dua orang sahaja peserta catur kategori wanita yang menyertai kejohanan catur dunia pada 2010. Perlawanan pertama, perlawanan final!

5.    Nisbah kemenangan buah putih ialah 38.4 % manakala buah hitam 31.9%. Sementara peratusan seri untuk kedua-dua buah ialah 38.4 %.

6.    Permainan catur adalah salah satu kurikulum sekolah rendah yang diajar hampir 30 buah negara di seluruh dunia antaranya Venezuala, Iceland dan Rusia. Kajian orang Belanda pula mendapati kanak-kanak lelaki yang bermain catur adalah 8% lebih bijak manakala kanak-kanak perempuan 12%. Bila agaknya nak diselaraskan di negara kita ya?

Soundwave Festival 2012 (First Wishlist this upcoming 2012)


I am going to Soundwave Festival Perth.. Yes, I am ready!!

Thursday, December 22, 2011

Dongeng tentang Hari Kiamat!




TAHUN demi tahun, ada saja ramalan mengenai dunia akan kiamat. Tapi ramalan demi ramalan yang dikemukakan dengan fakta-fakta itu tidak pernah tepat dan menjadi kenyataan seperti yang dijangkakan.
Adakah ini agenda Barat untuk merosakkan akidah umat Islam?  Bermacam-macam hujah yang dikeluarkan oleh mereka. Kadang-kadang ia mempengaruhi sesetengah orang untuk mempercayai bukti dan petanda yang diramalkan itu.
Akibatnya, biarpun ramalan demi ramalan, tahun demi tahun, namun kehidupan kita tetap diteruskan tanpa berlakunya Hari Kiamat sampailah sekarang, menginjak tahun 2012.
Bagaimanapun, ramalan berlakunya Kiamat pada tahun 2012, dianggap lebih hebat berbanding ramalan-ramalan lain yang pernah dibuat sebelum ini. Jika berdasarkan ramalan-ramalan lepas, kita sudah boleh mengkategorikannya sebagai kisah dongeng, tapi apakah ramalan  2012 juga termasuk dalam kategori kisah dongeng juga?
Ramalan ini berpunca daripada suku kaum Mayan yang tinggal di semenanjung Yucata, Amerika Tengah telah membuat perhitungan hari kiamat bersandarkan kalender suku kaum mereka (Aztec) yang bermula dari 3113 Sebelum Masehi dan berakhir pada 2012 Masihi, iaitu pada 21 Disember 2012.
kalendar matahari orang mayan

Berlandaskan manuskrip peninggalan suku kaum Maya itu juga ada menceritakan pada tahun 2012 munculnya satu gelombang galaksi besar yang dikenali sebagai badai matahari mengakibatkan berlakunya cuaca panas yang melampau-lampau yang akan menyebabkan semua kegiatan di muka bumi akan terhenti.
Selain ramalan kaum Maya, ada juga pihak yang masih percaya bahawa Planet X atau terkenal sebagai Planet Nibiru akan menghampiri bumi pada tahun 2012.
Walaupun Planet Nibiru tidak bertembung dengan bumi tetapi planet ini didakwa memiliki kekuatan magnetik sangat kuat yang hampir sama dengan matahari. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan graviti sehingga mampu mengoncang-goncang  bumi sehingga gunung ganang hancur lebur, bangunan menyembah bumi, air laut melimpah dan manusia terbang seperti rama-rama.
Berikut adalah ramalan-ramalan tentang Kiamat yang tidak menjadi tetapi pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu...


·        1666 – Kiamat Tahun Iblis

RAMAI  penganut Kristian yakin bahawa angka 666 berkaitan dengan Iblis, sehinggakan mereka telah meramal pada tahun 1666 akan berlakunya Hari Kiamat dan dunia berakhir kerana Tuhan marahkan Iblis. Namun pada tahun itu kiamat tidak berlaku sebaliknya terjadi satu kebakaran besar yang nyaris melenyapkan kota London dari muka bumi.

·        1806 – Telur ayam petanda kiamat

SEORANG penternak di Leeds, England  telah menemui telur ayam yang tertera pada kulitnya tulisan 'Christ is coming'.  Ramai orang telah mempercayai berita yang menggemparkan itu.  Namun, Seorang penduduk yang merasa khuatir kesahihan berita tersebut  telah memerhatikan ayam itu bertelur dan mendapati berlakunya penipuan. Telur itu didakwa telah ditulis terlebih dulu sebelum disumbatkan semula ke dalam dubur ayam.

·         23 April 1843 – Angkara wahyu William Miller
William Miller

WILLIAM Miller, seorang paderi Advent mendakwa beliau  telah menerima wahyu bahawa tarikh berlakunya Hari Kiamat akan jatuh pada 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844. Dalam pada itu, beliau sendiri turut membuat  andaian kiamat akan berlaku pada 23 April 1843. Namun, pada tarikh yang dijangkakan itu, tidak berlaku sebarang mala petaka seperti yang didakwa William. Maka, kumpulan itu telah membentuk gerakan yang dikenal sebagai Seventh Day Adventist.


·        22 Oktober 1844 - Ramalan kumpulan Millerite

SEORANG  paderi dari kumpulan Millerite, Samuel S. Snow juga telah meramalkan dunia akan berakhir pada 22 Oktober 1844, beliau amat yakin berdasarkan petunjuk kiamat yang terdapat di dalam Kitab Daniel. Tetapi kiamat tidak juga berlaku pada tanggal tersebut. Disebabkan itu, tarikh 22 Oktober 1844 dikenali sebagai ‘The Great  Disappointment’ atau ‘Kekecewaan Besar’ yang membuatkan aliran Millerite terpecah.


·        1910 - Komet Halley   

Komet Halley
PADA tahun 1881 seorang astronomi, mengandaikan hari kiamat akan berlaku disebabkan pelanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada tahun 1910. Astronomi itu mendakwa ekor komet Halley mempunyai gas dan debu yang beracun yang mampu membunuh dan melenyapkan manusia dan hidupan di muka bumi. Namun pada tahun itu tiada tragedi berlaku seperti dijangkakan.

·        November/Oktober 1982 – Ramalan  Pat Robertson

PADA akhir tahun 1976, Pat Robertson membuat ramalan dunia akhir zaman akan berakhir  pada bulan November atau Oktober 1982.  Dalam siaran The 700 Club pada  Mei 1980 beliau menyatakan: “Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan terjadinya hari penghakiman pada dunia. Dunia akan berakhir!”. Seperti dijangka, dunia tidak juga berakhir tetapi Pat Robertson yang meninggal dunia terlebih dulu.

·        1891 - Dongeng kaum Mormon -

RAMALAN ini dibuat oleh Joseph Smith seorang paderi dari Gereja Mormon. Beliau telah mengadakan satu perhimpunan di gerejanya pada Februari 1835 untuk memberitahu pengikutnya bahawa Jesus akan datang dalam tempoh 56 tahun ke hadapan. Dan pada hari itu akan berlakunya hari kiamat. Namun ramalannya tidak menjadi kenayataan.

·        1997 – Komet Hale-Bopp

PADA tahun 1997, ramalan dikaitkan dengan komet lagi. Kehadiran komet Hale-Bopp yang dijumpai pada tahun 1995 bergerak menuju ke arah bumi dan diramal akan bertembung dengan bumi pada bulan Mac 1997.  Sebanyak 39 orang pengikut Kristian Heaven's Gate telah membunuh diri kerana mereka yakin bahawa UFO yang mengikut di belakang komet tersebut akan menyelamatkan mereka dari bencana tersebut.

·        9 September 1999 – Ramalan Syamsuri

SEORANG lelaki bernama Syamsuri mendakwa bahawa dia adalah ‘Imam Mahdi’ utusan Tuhan dan meramalkan pada 9 September 1999 akan berlakunya Hari Kiamat. Sebelum tarikh ramalan itu tiba, beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan di hukum penjara selama 11 bulan. Namun pada tarikh ramalannya pada 9-9-1999 tiada apa-apa berlaku dan beliau sendiri merengkok  dalam penjara.

·        31 Desember 1999 - Ramalan Joseph Kibwetere
Joseph Kibwetere

JOSEPH  Kibwetere dari Uganda (Afrika) iaitu seorang paderi dari  The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God, meramalkan  dunia akan berakhir pada 31 Disember 2000. Sebelum tarikh tersebut beliau telah mengarahkan pengikutnya berkumpul di dalam sebuah gereja. Setelah semua pengikutnya berkumpul, beliau lalu membakar gereja tersebut ketika semua orang sedang bertafakur. Sebaik kebakaran itu berjaya dipadam, pihak polis menemui sebanyak 330 tengkorak manusia yang dipercayai pengikut fanatik Joseph Kibwetere yang terbunuh dalam tragedi itu.
.
·        21 Disember 1954 - Ramalan Dorothy Martin

DOROTHY Martin mendakwa beliau telah membuat perjanjian dengan makhluk asing dari Planet Clarion. Katanya alien akan menghancurkan bumi dengan satu bencana banjir yang besar.
Hanya orang yang beriman sahaja terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam bencana tersebut. Tetapi, pada pukul 4.45 pagi, Martin telah menjelaskan yang dia mendapat pesanan baru dari makhluk asing. Katanya Tuhan murka dengan tindakan para pengikutnya yang banyak berubah fikiran. Tuhan memutuskan untuk membatalkan Hari Kiamat setelah ada manusia yang merasa was-was dengan kekuasaannya.

·        14 Julai 1960 – Ledakan bom di Amerika

ADA pihak tidak bertanggungjawab meramalkan bahawa kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik tentera Amerika Syarikat. Ekoran daripada berita tersebut, ada orang yang cuba membuat perahu untuk menyelamatkan diri. Namun kiamat seperti diramalkan tidak berlaku.

·        2 Februari 1962 – Ramalan astrologi India

SEORANG ahli astrologi India meramalkan kiamat akan berlaku pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari. Kononnya pada saat itu dunia akan hancur lebur dan bertukar menjadi debu.

·         2,000 – Ramalan Hal Lindsey

PADA tahun 2,000 banyak ramalan Hari Kiamat telah dibuat oleh orang-orang Barat antaranya oleh Hal Lindsey melalui tulisannya dalam buku yang bertajuk, “The Late, Great Planet Earth  yang diterbitkan pada tahun 1970 dan  Planet Earth 2000 A.D.: Will Mankind Survive? (1996).  Buku tersebut mendakwa dunia akan kiamat pada tahun 2,000 dan umat Kristian tidak perlu membuat persediaan masa depan mereka selepas tahun 2,000.

·        21 Mei 2011- Ramalan Harold Camping

DONGENG terakhir tentang Hari Kiamat ini dibuat oleh Harold Camping. Katanya, barang siapa yang percaya kata-katanya akan diangkat terus ke syurga, dan mana yang tidak percayakan ramalan mereka  akan tinggal di bumi dan hidup seperti dalam neraka selama lima bulan sehingga  tarikh 21 Oktober 2011. Pada tarikh itu Tuhan akan menghancurkan bumi dengan nyalaan api neraka.

 Walaupun pelbagai andaian dan ramalan dibuat, namun kita sebagai umat Islam, wajib percaya kepada kedatangan Hari Kiamat, iaitu  rukun iman yang keenam yang perlu diimani dan dipercayai.
Lambat atau cepat, Kiamat pasti akan tiba jua. Hanya orang yang leka dengan kehidupan duniawi sahaja yang akan rugi kerana Hari Kiamat atau Hari Kegoncangan itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
kredit: hanaffi ibrahim

KLThugs: Dah nama pun dongeng.. BTW, dongeng kaum mayan tentang kiamat 2012 memang hebat. Roland Emmerich buat modal filem sampai untung puluh ribu juta. Kemudian artis pun buat lagu, kapitalis buat iklan komersial. Sampai sekarang orang menunggu detik 12.12.12 nak tunggu bencana besar.. haisshhh!!




Wednesday, December 14, 2011

The Casualties live in KL 2011


When i saw the flier early August 2011, i was excited to watch these shit fellas rockin out during our Malaysia Day.. but.. Lame..!!  the gig supposed held on 16th September 2011 were postponed to the November. Then, it postponed again, and the confirmation date was last week 9th December 2011. After announcement from the organizer thru their facebook  - due to Jorge Harrera visa's matters and big flood on Thailand, i fuckin realize that it's not easy to bring a living legend perform here, in Malaysia.

Stucked in fuckin jam!

There's such a big barriers and problem's and etc matters plus a risky burdened the cost to pay their expenses. What if the band couldnt attract a lots of crowd to watch em? Plus, i heard there is so many rumours from the street that there will be a massive fights at the show.. Well, that's PUNK.. livin an exile ! indeed .. me, myself had my past issue with the stupid scumbag few years ago when i organized my punk gig at cheras back then 2006. Well, after few advice from my colleagues, i manage to control my emotion by not bringing any of weapon to ignite my hate to the scumbag(s) who messing up my gig on 2006.. Kinda vengeance tho!still, i've grown up..! no more fights, people, no more hates just me and my world.. so i decide to go home with handsclean!

P/s- Yet.. the scumbag appear at the show..! Shit! I should have second thoughts and bring my lovely edge Butterfly!

Kill this scumbag if you saw him

BTW, the ticket price were RM60 (it's around $18usd which almost the same price ticket at The Casualties Mexico's show few years ago which i watched it on youtube).. I came along with a niceguy named Hafiz (Glasswar R.I.P). He told me that he was the first person showing up at the venue (Doppel Cafe, Annexe).

Hafiz Niceguy

I supposed came along with my officemate Farid (Northern Riot) and Shytorn (Roomsick R.I.P) but this two maggots didnt show up until the show ended. Farid texted me that he cant show up because he's sick while Shytorn got his personal problems so called 'Panggilan Pulau'. So we have to excuse 'em with those kinda 'panggilan pulau' terms.. Poor punx! Janji Melayu! apa punnn tadaaakk!! Citt!!!

When we stepped inside, the were lot's of punx and bunch kids we're hanging at the stage, obnoxiously drunk and talked shit to each other - a normal views at punx gig. For sure, they're waiting the gig start but there's a few people from the organizer setup the stage with the equipment. Hence, it's almost 8.30pm. I was hanging in front of stage to sightseeing. Most of 'em are regular faces, there's a mohawkian, liberty spikers, motocycle boots, leather with colorfull of fools, spikes.. skinheads, skingirls, few hardcore kids and geeks.. After awhile, i saw Nasir Zosobi, Ben and Amin. What a surprise! They're my blood! Haha! It's good to met 'em at the show.. I've didnt manage to hang around with them about few years except Nasir which i've met him few month ago (a fast evening) at Melaka.
Amin, Nasir, Ben

We used to taking photos, had a drinks and gossipping like those days while waiting the show start.. what a gatherings!

Ok, I'm lazy to write more.. enjoy the photos lads!







Crowd, while local bands perform

After a while.. here we go.. The Casualties!!
p/s ... Meggers came first, i manage to take his photos but all blurred. sorry Meggers!


Jake The Casualties


Rick Lopez The Casualties


Jorge The Casualties


The Casualties setup their equipment




Camwhoring is my new addiction
on the dancefloor








Jake 'No Rockstar Atitude'

That cap guy totally fucked!!

Amoi dari jerman ni pun sibuk nak bergambar dengan gua.. grrr

Respect to KLHC, and Cupen (Roomsick)..
who present me this sexy leather jacket!



Tuesday, December 6, 2011

PEREMPUAN MELAYU BONGOK-BONGOK!! Ini kisah perempuan melayu jadi keldai negro..

Pendedahan Eksklusif Permata Afrika

This is really great job!”

Oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail 

WANITA berusia 30-an  ini kelihatan sungguh elegan dan glamor. Penampilannya begitu menawan. Sebaik tiba, wanita ini terus mengukir senyuman.
     Orangnya manis, kulit putih mulus, gebu. Pertuturannya cermat, satu-persatu ayat terbit daripada bibir mungilnya itu. Hidung mancung persis pelakon Bollywood. Secara peribadi, penulis memberi markah penuh untuk aspek kecantikan bagi gadis Melayu buat Suziela! Lima bintang!
     Kami terus bersembang penuh mesra di sebuah coffee-house yang terletak di kawasan membeli-belah terkemuka di Selangor.
     Tapi apa kisah menarik yang Suziela nak bongkarkan?
“Hah, dengarlah... ni yang Suziela nak cerita!” tutur gadis manis ini.
     Kira-kira setahun lalu Suziela berkenalan dengan seorang lelaki Afrika bernama Nikkita berasal dari Nigeria semasa dia menghadiri sambutan hari jadi rakan baiknya di Kuala Lumpur. 
Sewaktu awal perkenalan, lelaki Afrika ini memberitahu Suziela,dia menjalankan urusan perniagaan pelbagai barangan di China.
Nikkita sering berulang-alik dari Malaysia ke China untuk urusan perniagaan import-eksport. Kononnya bisnes ini perniagaan keluarga.
     “Saya langsung tak mengesyaki apa-apa, yang saya tahu dia berniaga di sini secara sah di sisi undang-undang!” cerita Suziela.
     Suatu hari, lelaki Afrika itu meminta Suziela membuat panggilan telefon. Suziela diminta untuk bercakap dengan seorang wanita berbangsa Cina. Skripnya sudah tersedia, kononnya Suziela perlu memberitahu wanita Cina tersebut kekasih hatinya bernama Robert Lauren sedang mengalami masalah dan terkandas di lapangan terbang.
Suziela hanya perlu memberitahu kepada wanita berbangsa Cina itu bahawa kekasihnya itu tidak apa-apa. Dia hanya perlu membayar sejumlah wang untuk melepaskannya daripada ditahan imigresen.
     Semasa perbualan di talian telefon, wanita Cina itu meminta kebenaran untuk bercakap dengan kekasihnya yang bernama Robert itu. Suziela mula jadi gelabah kerana semasa membuat panggilan, hanya Nikkita yang berada di hadapannya.
Lalu Suziela memberi signal kepada Nikkita apabila wanita ini hendak bercakap dengan kekasihnya bernama Robert. Sambil menggerakkan bibir, Nikkita menyuruh Suziela memutuskan talian, kononnya Robert akan telefon semula perempuan Cina tadi.
     Sebaik menamatkan talian, Nikkita mengeluarkan telefon bimbit lain dari poketnya. Nikkita terus mendail satu nombor dan membuat panggilan. Sebaik talian bersambung alangkah terkejutnya Suziela apabila Nikkita mengeluarkan kata-kata manis dan pujuk rayu kepada wanita yang berada dalam talian tersebut.
     Please baby, help me. I’m stuck here in airport, I bring loads of cash but all money in my luggage had been declared by the immigration... please help me bank in money, do whatever she asked, give how much she want, i’ll pay back to you sweetie!”
..begitulah antara kata-kata yang meniti di bibir tebal Nikkita.
     Suziela tergamam seketika sebaik sahaja mendengar Nikkita berkata-kata manis berserta pujuk rayu. Dengan siapakah kekasihnya itu bercakap? Dengan siapakah Nikkita rujuk sebagai ‘baby’ dan ‘sweetie’ tadi? Darahnya mula berderau.
     Sebaik mematikan talian, Nikkita meminta Suziela menjawab panggilan daripada wanita Cina tadi. Nikkita memberi nombor akaun yang sudah terpapar di skrin komputer ribanya.
     Kurang daripada seminit, telefon berdering. Suziela yang masih kebingungan dengan persoalan yang bertubi-tubi menyerang benak fikirannya menjawab panggilan telefon tersebut dan mengikut arahan Nikkita. Wanita berbangsa Cina itu setuju untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan tadi. Selesai sahaja menjawab panggilan, Nikkita terus menyatakan hal sebenar kepada kekasihnya itu.
     “Rupa-rupanya Robert Lauren ialah nama samaran Nikkita. Nikkita menceritakan hal sebenar yang berlaku. Wanita yang bercakap dengan Nikkita ialah orang yang sama bercakap dengan saya sebelumnya tadi. Ya, wanita Cina yang memasukkan wang ke dalam akaun yang terpapar di skrin komputer riba Nikkita!” cerita Suziela lagi.
     Jika selama ini Suziela hanya membaca kegiatan Phishing dan Black Money oleh warga Awang Hitam di dada-dada akhbar, hari ini wanita yang duduk di hadapan saya adalah sebahagian daripada konco-konco mereka.
‘Phishing’ merupakan suatu sindiket zaman moden yang melibatkan penipuan menerusi SMS, talian Internet serta talian telefon. ‘Phishing’ atau secara sebutan disebut ‘fishing’ memang kena dengan penzahiran aktivitinya – memancing mangsa. Bezanya, kalau memancing mangsanya ialah ikan, tetapi ‘phishing pula mangsanya ialah orang. Tak kiralah lelaki atau perempuan.
     “Seperti saya cerita tadi, saya terjebak dalam kegiatan ‘phishing’ ini secara tak sengaja. Saya langsung tak tahu kegiatan boyfriend saya Nikkita pada awal perkenalan dengannya kira-kira setahun yang lalu!” jelas Suziela.
Selepas pengalaman pertama melakukan kegiatan ‘phishing’ini, Suziela makin seronok dengan pekerjaan baru ini. Ya, satu demi satu mangsa masuk perangkap Awang Hitam yang menjadi kenalan barunya itu. Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa adalah dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
“Semenanjung pun ramai, jangan terkejut!” cerita wanita yang berasal dari utara tanah air ini.
     Modus operandinya amatlah mudah. Awang Hitam ini akan mendaftar nama palsu di laman sosial seperti Facebook atau Myspace,dan menyamar sebagai lelaki mat saleh.
Ya, Awang Hitam ini tadi ‘bersalin kulit’. Kemudian dengan menggunakan profil palsu mencari kenalan yang kebanyakannya wanita yang berkerjaya. Sedikit kata-kata pujian manis ditaburkan. Jika respons diberikan, fasa seterusnya dilaksanakan. Apabila mangsa sudah jinak dengan kata-kata manis, mereka berkasih-kasihan dengan chattingantara satu sama lain.
Ketika chatting menggunakan kamera-web, sindiket ini akan menggunakan rakaman video palsu seorang lelaki kulit putih yang sedang berpura-pura melihat skrin komputer sambil menaip papan kekunci. Penipuan mereka sungguh profesional! Mangsa tak akan tahu ditipu hidup-hidup kerana rakaman itu memang nampak seperti kita chatting secara langsung dengan lelaki tersebut.
Selepas menggunakan kata-kata manis, pelbagai pujuk rayu digunakan untuk membuatkan mangsa-mangsa ini mempercayai mereka. Hinggakan ada yang sanggup berbogel depan kamera menunjukkan aksi mengghairahkan serta tidak kurang ada yang bangga mempamerkan alat sulit terhadap kekasih ‘mat saleh’nya.
“Kalau saya tunjuk, awak mesti tak percaya, ini saya ada bukti beberapa gambar mangsa yang menunjukkan alat sulit masing-masing. Hah, yang ini gambar seorang suri rumah yang sudah berpangkat opah dari Perak,” kata Suziela tersengih.
Terpapar beberapa gambar menjijikkan wanita separuh umur menunjukkan kemaluan mereka. Penulis tepuk dahi! Mana tidaknya, sudah berpangkat opah, bertudung dengan sempurna tapi perangai... Nauzubillah!
“Ini baru sikit, mangsa lelaki Afrika ini bukan sahaja suri rumah, malah ada yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta, polis, guru, malahan golongan bijak pandai seperti doktor turut menjadi mangsa. Kes opah ni mudah saja, kalau dia taknak bayar, kita ugut dia dan katakan mahu sebar gambar lucahnya kepada ahli keluarganya mahupun dalam Internet!” beritahu Suziela tersenyum lebar
Ada tiga pelan paling biasa digunakan Awang Hitam ini untuk menjilat harta wanita-wanita berkerjaya ini.
     Pelan pertama biasanya dirancang untuk wanita-wanita yang tinggal jauh dari lapangan terbang. Kononnya mereka baru tiba dari luar negara ke Malaysia membawa bagasi yang penuh dengan wang tunai. Oleh sebab membawa banyak wang tunai dalam bagasi, barangan mereka ditahan kerana kononnya melakukan kesalahan membawa wang tunai dengan jumlah yang amat besar
Kemudian untuk ‘melepaskan’ bagasi-bagasi tersebut, mereka diminta untuk membayar sejumlah wang untuk sijil pelepasan.
“Kami keluarkan bil dan hantar kepada mereka. Ketika inilah watak saya dihidupkan. Saya boleh jadi apa saja, pegawai imigresen atau pegawai yang meluluskan segala yang boleh membuatkan teman lelaki ‘mat saleh’nya itu selamat dan dilepaskan. Kiranya saya ini jadi orang tengahlah,” cerita Suziela  sambil tersenyum.
     Setelah wang dimasukkan, panggilan kedua dibuat.
     “Kali ini kita minta duit untuk insurans pula. Lepas dah dapat, kita buat panggilan lagi kononnya berlaku salah faham. Wang yang sepatut dibayar bukan mengikut nilai ringgit Malaysia, tetapi nilai matawang asing. Apabila wang diterima, proses seterusnya kita hantar lagi bil-bil lain yang tidak relevan!” tambahnya lagi.
     Sambil menghirup kopi, Suziela terus memerihalkan kegiatan haramnya dengan lebih lanjut. Menurutnya, mangsa-mangsa ini sanggup bergolok gadai dengan membuat pinjaman bank semata-mata untuk memastikan kekasihnya itu dibantu. Dah nama pun sayang kan?
     “Begitu juga dengan pelan kedua. Kami menggunakan taktik menghantar parcel kepada mangsa ini. Kononnya di dalam parcel itu ada hadiah berupa barangan elektronik seperti macbook, i-Pad, jam tangan mewah atau apa saja yang mahal kepada mangsa padahal itu semuanya umpan palsu untuk mereka!” dedah Suziela bersahaja.
     Apabila sampai kemuncaknya, Suzielaakan berpura-pura mengatakan ada wang tunai sebanyak ratusan ribu turut dibungkus bersama parcel tersebut. Lalu mangsa-mangsa yang ditipu ini mempercayai bulat-bulat kerana terpedaya kononnya teman lelaki ‘mat saleh’ yang kaya beri hadiah mahal-mahal termasuklah wang ringgit.
     “Kita hantar mereka bil itu bil ini, bila bil pertama dah selesai, datang bil lain begitulah seterusnya sampailah mereka mengalah dan sedar diri ditipu!” jelasnya yang setakat ini sudah mengaut sebanyak RM500 ribudalam tempoh dari awal Januari hingga bulan Mei memperdaya wanita-wanita berkerjaya tadi.
     “Pelan ketiga pula kita guna nama Petronas. Kononnya boyfriend mereka ini mat saleh kaya yang kerja di pelantar minyak...pernah sekali ada satu mangsa sampai bank-in beratus ribu hinggakan kami kena hantar ‘stop bill’ selepas tak ada idea langsung nak hantar bil apa. Memang mereka ni semua mudah kena tipu!” cerita Suziela lagi.
     Bagaimana pula jika mangsa yang sedar dan buat laporan polis? Suziela tak takutkah dengan penguatkuasaan undang-undang? Suatu hari nanti mungkin Suziela terperangkap?
“Terus terang saya katakan saya langsung tak takut. Kami
bekerja secara profesional, boyfriend saya dan rakan-rakan Afrikanya begitu teliti dengan tiap perkara yang kami lakukan.
“Kami ada prosedur kami sendiri untuk menipu mangsa
tetapi secara jujur saya beritahu pada Mastika, sebenarnya para wanita yang ditipu ini terlalu bodoh kerana membuka peluang untuk dipergunakan. Mereka yang membiarkan diri mereka ditipu!” katanya Suziela menyindir.
     “Lagipun ada juga yang nak bullshit saya balik. Apabila saya menyamar kononnya saya ni dari syarikat kurier, mereka merayu-rayu bantu suami mereka. Suami? Tolonglah, awak tu nak kena tipu, berani nak tipu saya balik? Memang habis saya kebas semua wang simpanan mereka. Ada yang lebih menarik, wanita-wanita ini tadi ada suami. Tetapi gatal punya fasal, bila suami tidur dia chatting dengan jantan lain. Boyfriend mat saleh katakan!” tegasnya.
     Menurut Suziela, sepanjang mengenali Nikkita, dia sifatkan kekasih hatinya sebagai seorang yang amat baik. Nikkita berasal dari keluarga yang baik-baik. Cuma keadaannya yang tersepit akibat ditipu ketika tiba ke Malaysia oleh ejen menyebabkan dia terpaksa mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan.
     “Dia orang susah, begitu juga dengan lelaki Afrika yang lain. Rangkaian mereka terlalu luas, terlalu ramai melakukan kegiatan sebegini. Mereka ni kalau tak buat ‘phishing’, mereka buat sindiket black money.
“Oleh sebab rata-rata mentaliti penduduk di negara Asia Tenggara amat prihatin, sindiket-sindiket Afrika ini berleluasa hinggalah saat ini!” cerita Suziela bersungguh-sungguh.
     Penulis terdiam sejenak. Adakah wanita yang duduk di hadapan ini tidak langsung rasa gentar atau bersalah terhadap kegiatannya menipu ramai orang? Lalu penulis lontarkan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran ini.
     Nyata dengan helaan nafas berbaur ego, Suziela memberi kata-kata yang amat ringkas tetapi cukup mendalam.
     “Itu sebabnya saya tampil bertemu dengan saudara. Saya dah tak larat nak buat kerja macam ni. Saban hari bilangan mangsa yang terdiri daripada kalangan wanita kita sendiri kian meningkat saban hari. Kalau dahulu ada dua atau tiga orang mangsa. Sekarang ni makin lama makin bertambah. Dari dua tiga orang kini mencecah tujuh lapan orang!” katanya sambil mengeluh.
     Berbicara hal dosa dan pahala, Suziela hanya mengangkat-angkat bahunya.
     “Kalau dah ada sepuluh ribu, dua puluh ribu depan mata, jangan kata anda tak gelap mata, tipulah kalau anda nak menolak, lagipun saya pilih-pilih juga mangsa.
“Saya masih ada pertimbangan. Walaupun saya dikenali dengan julukan ‘Permata Afrika’, namun apabila saya menolak untuk menipu sesetengah mangsa, saya turut diselar Nikkita kononnya saya ni terlalu emosional. Saya masih ada perasaan belas!” jelasnya sebelum menamatkan perbualan.
     Sebelum kami beredar, Suziela menerima sebuah panggilan daripada seorang mangsa barunya yang berasal dari Melaka.
     “Lihatlah, sebentar lagi wanita bernama Adrina ini akan masuk duit tiga ribu. Dan esok seorang lagi mangsa dari Singapura akan masuk duit sebanyak dua ratus ribu. This is really great job!” cerita Suziela mengakhiri perbualan kami.
     Sayang sekali, wanita secantik Suziela yang mendapat julukan ‘Permata Afrika’ ini sanggup jadi petualang, perosak bangsa sendiri demi wang dan orang asing!
     Pelik sungguh, mengapalah wanita-wanita kita mudah kelabu mata, diperdaya hidup-hidup oleh Awang Hitam tidak habis-habis!

NOTA: Petikan daripada hasil temuramah gua dengan Suziela dalam Mastika Julai 2011

Mutakhir: Warga Nigeria ditembak mati polis (KOSMO)

04/12/2011 1:58pm

 
KUALA LUMPUR — Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.
Chin Wah berkata, lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.
"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 November lepas pukul 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Jumaat depan,” katanya. - Bernama
KLTHUGS: Macam-macam hal! pundeklah warga Nigeria ni.. kasi bikin satu pindaan dalam kabinet lah sial.. ini industri main ratus ribu ringgit satu orang, kalau puluh orang tak ke berjuta-juta ringgit? bagi masuk senang-senang, dia senang kita susah! Kena pulak perempuan Melayu BONGOK-BONGOK

Friday, November 11, 2011

Hikayat Pembunuh Kucing Zaman Moden

Ish... Ish... Ishh!! Kejamnya!!!

“ARGHHHHH!! Dia buat dahh!! Celaka betul kucing abang sebelah ni!!” Boy menjerit keberangan apabila mendapati sekali lagi anak kucing belaan jiran sebelah kencing di atas kasut Converse miliknya yang diletak sebelah pasu bunga.
“Pagi-pagi bau hancing! Woi Macha, aku pinjam kasut kau ya!” jerit Boy pada rakan serumahnya yang sedang lena tidur di ruang tamu. Muka Boy merah padam memandang kasut kanvas putihnya yang kekuningan sudah kering di kencing kucing.
Selepas menyarung kasut rakan serumahnya, Boy berjalan menuju ke pintu pagar. Kali ini darahnya berderau! Dua ketul najis berwarna hijau kehitaman pekat sebesar ibu jari kaki terletak betul-betul di hadapan pintu pagar. Najis itu masih panas. Baunya terus menusuk hidung Boy yang masih belum bersarapan.
“Aduhh! Berak lagi? Dah letak pasir depan pagar pun berak jugak dekat sini? Iskkk!!” bebel Boy tak berkesudahan.
Matanya menjeling ke arah tiga ekor kucing di balik pagar rumah sebelah. Anak kucing berwarna putih tompok hitam sedang merayap-rayap di sekeliling pasu bunga, manakala seekor lagi berwarna coklat sedang menetek puting ibunya.
Ibu kucing yang berwarna putih tompok perang itu menguap beberapa kali. Sesekali mata anak kucing berwarna coklat itu melilau-lilau ke arah udara dengan pandangan mata yang sayu.
“Oh, dah berak buat-buat tak pandanglah? Santaplah puas-puas, petang ni tahulah nasib korang,” getus hati Boy sambil menapak menuju ke kolej.
Lepas habis kelas, Boy dan Macha lepak merokok di anjung rumah. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, Macha mengacah-acah anak kucing yang sedang bermain-main di bahagian pagar sebelah rumahnya.
“Miiiaaaaauuuu... !! Puusssss !! Pussss... miaaaauuuuu...!!” panjang muncung Macha mengacah kedua-dua ekor anak kucing yang sedang bergomol antara satu sama lain sambil memetik-metik jari.
“Miaauuu... miaaauuuu...! mmmiiauuuuu...!!!” kedua-dua ekor anak kucing yang sedang menguit-nguit telinga sesama sendiri memandang ke arah Macha.
Seakan diumpan kepala ikan goreng, anak-anak kucing itu berlari ke arah Macha. Anak kucing berwarna coklat menguit-nguit jari Macha.  Dengan tidak semena-mena Boy yang dari tadi duduk mencangkung di sebelah Macha menyambar belakang tengkuk salah seekor daripada anak kucing itu.
“Argggggg mariiiiiii...!!” Anak kucing coklat yang Boy pegang dicampak terus ke dalam plastik sampah hitam.
“Yowwwwwww!!!” Anak kucing coklat tadi mengerang kesakitan apabila tubuhnya dicampak dengan kasar. Terkapai-kapai si koko kelemasan apabila dicampak ke dalam plastik. Berkali-kali si koko mencakar-cakar dari dalam. Si koko menguis-nguis untuk cuba keluar daripada plastik itu, tetapi gagal.
“Ni Boy, yang lasak nihh...!!” kata Macha sambil mencekuk si tompok.
Kali ini si tompok pula dicampak ke dalam plastik sampah hitam dengan kasar bersama-sama adiknya. Mengerang kesakitanlah si tompok apabila menerima nasib yang sama seperti abangnya.
“Miaauuu... Miauuuuu... Miauuuuuuu!!” bertalu-talu bunyi ngiauan anak-anak kucing yang kelemasan dalam plastik sampah hitam. Kedua-duanya bercakaran dalam plastik hitam cuba untuk melepaskan diri.
“Syhhhhh...!! Duduk dalam tu diam-diam! Nanti tuan korang dengar,” kata Boy sambil mengangkat plastik hitam itu dan menebuk beberapa lubang untuk anak-anak kucing itu bernafas. Beberapa kali plastik hitam itu ditampar.
Macha terus menghidupkan enjin motosikal di hadapan rumah mereka. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berlalu keluar daripada kawasan perumahan dan menuju ke arah sebuah tasik berhampiran terletak tidak jauh dari situ.
          “Aku ambil yang coklat ni Macha, aku rasa yang coklat nilah yang kencing atas kasut aku...” kata Boy sambil mengangkat si koko yang mengiau dengan suara yang lemah. Matanya sayu memandang Boy yang kerap menyepak tubuhnya apabila si koko selalu muntah di bawah selipar atau membuang najis di hadapan pintu pagar rumah anak-anak teruna itu. Pernah sekali kaki si koko terkehel kerana sepakan Boy agak kuat. Seminggu jugalah si koko berjalan tempang.
          “Miauuuuuuu... miauuuuuuu... miauuuu...” berkali-kali anak kucing comel itu mengiau. Suara ngiauan si koko sudah lemah, mungkin masih kesakitan akibat ditampar oleh remaja durjana ini tadi.
          Tiba-tiba dengan selamba Boy melambung anak kucing bermata biru itu terus ke tengah tasik. Lambungannya sungguh tinggi hingga berkocak air tasik yang dari tadi tenang.
Blopp... Bloppp... Bloppp!!
Si koko terus tenggelam tidak timbul. Begitulah kejamnya tindakan anak muda ini.
          “Hah, turn aku pulak... Tompok ni aku nak tengok dia terkapai, jadi aku campak kat tebing saja...” kata Macha sambil mencengkam tengkuk si tompok yang dari tadi mengiau tidak henti.
Dipandangnya mata anak kucing itu sambil tersenyum tanpa sedikit pun rasa belas. Misai si tompok hampir gondol kerana beberapa kali digunting oleh Macha kerana mencakar tempat duduk motosikal anak muda hitam manis itu beberapa minggu yang lalu.
Jenglot tanah ini lagi kejam, beberapa kali jugalah si tompok pernah dilambung-lambung macam bola. Kadang-kadang sampai berdesing kepala si tompok dibuatnya.
          “Okey tompok... mari kita belajar berenang...!” Macha mencampak dengan perlahan anak kucing itu di pinggir tasik. Tanpa sedikit pun rasa simpati, Macha hanya tertawa kecil apabila melihat keletah si tompok terkapai-kapai menguit-nguit tangannya di udara.
Terpancar sinar kenikmatan pada wajah Macha apabila melihat si tompok berusaha untuk timbul di permukaan tasik. Macha ketawa sambil bercekak pinggang.
Lalu... Blopp... blopp... blopp!!!
 Si tompok menerima nasib yang sama seperti abangnya tenggelam di Tasik Kesuma gara-gara kebodohan mereka kerana kencing, berak dan muntah di anjung milik manusia durjana itu.
          “Perghh... kau memang kejam Macha. Aku lambung kucing tu jatuh terus tercabut nyawa. Kau siap boleh tengok dia terkapai-kapai lagi,” kata Boy yang berbadan gempal sambil membonceng motosikal rakan serumahnya.
          “Hang jangan banyak bunyi Boy, kalau anak-anak kucing tu kencing lagi atas kasut dan berak depan pagar, sanggup nak cuci?” balas Macha sambil tersengih-sengih. Boy tanpa banyak bicara hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Kedua-dua jerangkung hidup ini terus berlalu meninggalkan kawasan Tasik Kesuma, Beranang yang menjadi pusara dua ekor anak kucing apabila kawasan tasik makin gelap dimakan senja.

Ish... Ish... Ishhh!!!
Yang ini pun kejam juga!!

HAH! Nama gua Bob. Panggil saja Bob Nazi! Jangan tanya gua banyak-banyak kenapa nama gua Bob Nazi. Nama gua ni diberi oleh kawan-kawan gua yang tinggal satu kejiranan dengan gua nun di Bangi, Selangor sana.
Mula-mula budak-budak panggil gua Bob saja, tapi semuanya gara-gara salah seorang kawan gua yang sedang stim hisap ganja memberi gua pisau untuk gua membunuh...!!
Tak apalah, dah alang-alang gua buka cerita, biarlah gua cerita sampai habis. Tapi kalian semua janganlah marahkan gua kalau gua cerita buat kalian semua sakit hati sama gua. Gua nak cerita pasal macam mana gelaran Nazi melekat pada nama gua.
Ceritanya begini, gua ni salah seorang student di sebuah kolej swasta yang  terletak di Selangor. Pada cuti semester dua tahun yang lalu, gua tak habiskan banyak masa berfaedah dengan pergi cari kerja sambilan ataupun menjadi pengasuh budak. Gua hanya lepak di rumah dan membuta pada siang hari. Pada waktu malam gua akan lepak di kedai mamak menonton bola ataupun lepak di rumah kawan-kawan main permainan video sampai subuh.
Selain lepak mamak, gua selalu melepak dengan kawan-kawan gua
dalam rumah kosong yang terletak di pinggir taman perumahan kami. Rumah tersebut sudah dua tahun tak berpenghuni. Mungkin bank lelong atau tidak ada penyewa yang baru, itu gua tak pasti. Rumah kosong ni merupakan port rasmi gua dan rakan-rakan gua menghisap ganja.
Maklumlah, kalau selalu sangat balut ganja dalam rumah gua dan kawan-kawan, lama-lama boleh kantoi dengan mak bapak kami atau jiran-jiran. Lagipun bau asap ganja ni kuat!
Dipendekkan cerita pada suatu petang gua dengan rakan-rakan
sedang menghisap ganja di rumah kosong. Sedang kami meracik-racik daun ganja kering dan tembakau rokok di bilik paling hujung tingkat atas, tiba-tiba kami terbau aroma yang kurang menyenangkan...
Yekk!! Rupa-rupanya seketul tahi kucing yang masih lembik ada di sebalik pintu bilik tidur besar. Cis! Mata gua melilau dan perasan ada seekor kucing betina yang bunting berwarna kelabu sedang menjilat-jilat tapak kakinya tidak jauh dari tempat najis itu terletak.
Gua terus naik angin bila tengok kucing bunting tersebut. Mana taknya, rumah tu port paling cantik dan selamat untuk gua dan kawan-kawan gua melepas gian.
Tiba-tiba ada kucing sial yang datang buat taik. Gua tak banyak cerita, gua terus capai pisau tajam yang diguna untuk buat bong, iaitu tabung untuk menghisap ganja.
Lepas tu gua ajak kawan-kawan gua angkut kucing betina tu turun ke ruang tamu. Hati gua meluap-luap tengok mata kucing yang pandangannya macam tak bersalah minta simpati. Tapi gua tak peduli, port gua sudah busuk dengan bau taik!
Tanpa banyak bicara, gua suruh kedua-dua kawan gua pegang kaki kucing itu. Masing-masing ikut saja apa yang gua suruh, maklumlah, kepala masing-masing tengah stim!

          Gua terus tusukkan pisau ke perut kucing sampai pangkal, tanpa belas! Kucing yang bunting itu menjerit kesakitan. Kemudian gua terus toreh hingga ke bahagian kaki, kira-kira sejengkal panjangnya. Darah memancut-mancut keluar dari perut kucing yang sedang mengiau-ngiau. Lalu terkeluarlah janin anak kucing. Tiga ekor janin kesemuanya. Perghhh!!!
Selepas itu kami lepaskan kucing betina yang sedang mengerang kesakitan ke lantai. Kucing yang sedang kesakitan itu berjalan lemah tanpa arah dan mengiau-ngiau tanpa henti.
Janin yang tergantung dari perut kucing itu masih kecil, terjuntai-juntai meleret apabila ibunya berjalan lemah mengelilingi ruang tamu.
Gua dan kawan-kawan gua menikmati ilmu sains dengan penuh asyik apabila darah dan janin yang terburai bersama-sama isi perut kucing berjuntaian di lantai simen.
Masing-masing hanya terlopong bila melihat janin yang kecil dan comel itu sedang mengokot. Beberapa ketika kemudian, kucing itu terus rebah dengan mulut yang terbuka.
Hah, sebab tulah kawan-kawan gua panggil Bob Nazi! Kalian suka kucing? Gua tak! Gua benci kucing! Sebab kucinglah gua jadi kejam!

NOTA: Kedua-dua kisah di atas adalah berdasarkan pengalaman kisah benar rakan sekolej penulis sewaktu menuntut di sebuah institusi awam beberapa tahun lalu.
Semasa penulis bertanyakan bagaimana perasaan mereka ketika melakukan perkara terkutuk itu, ketiga-tiga responden yang berumur pertengahan 20-an itu langsung tidak pernah menyesal dengan tindakan kejam yang mereka lakukan. Mereka anggap menyeksa kucing hanyalah seperti menampar seekor nyamuk. Ish... ishh... ish! Sedihnya!! – Mohd. Nazirul Afiq Ismail.

KLTHUGS: Perghh.. memang ngeri.. tapi sebenarnya ramai yang berkelakuan macam ni.. Adakah kerana masalah psikologi? Atau tiada didikan agama? Kalian tell me.. Lepas gua publish dalam Mastika, macam-macam feedback gua dapat.. malah ada cerita lagi ngeri daripada ini dan macam hitz cerita Hero (klik sini) yang gua tulis sebagai peledak..