Tuesday, January 29, 2013

Gua dah Kembali!!

Salam Sejahtera pembaca KLThugs sekalian..
Apa khabar kalian semua? sedar tak sedar rupa-rupanya lebih ENAM bulan abang KLThugs tak 'bersiaran' ya? Gua minta maaf kepada rakan-rakan yang menunggu rilisan karangan terbaru dari gua. Tak gua sangka, lebih enam bulan berhabuk, haduii.. maaflah...
sebenarnya inilah masalah berblogging. Bukan semua penulis blog boleh sustain dengan menulis setiap hari..melainkan medium blog adalah hasil periuk nasi blogger tersebut. Macam gua ni blogging adalah salah satu portfolio gua, gua tidak mencari sebarang keuntungan tetapi lebih kepada mengasah bakat gua sebagai realtime writer. Gua dah cuba untuk mendisiplinkan diri menulis sekurang-kurangnya dua kali sebulan di sini, namun, nyata, agak sukar boss..

Sebenarnya, KLThugs berhadapan emosi yang sangat murung sejak beberapa bulan ini. Sebagai seorang lelaki sejati, nyatalah menjadi dewasa bukanlah suatu perkara yang mudah. Mahu mencari karier, mencari harta, mencari identiti semata-mata untuk kehidupan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui usia ini sudah mencecah 26 tahun pada 15 Januari lalu, KLThugs lagi bertambah murung..

Masakan tidak, di penghujung usia 20 an, gua masih lagi berdiri di atas 'kaki' yang sama, berlegar dalam keselesaan dan keperitan dan sama... Berdepan dengan kemalasan yang sama. Aduh, pedih ulu hati nak menaip benda2 yang tak best ni..

Malah, sambutan kelahiran tahun ini tidak berseri lagi apabila suri tiada mengisi ruang di hati.. Itu mungkin satu bonus yang besar buat KLThugs, akibat terlalu bermain-main dengan hati orang.. Ya, ramai pria di luar sana tak mengaku, mereka tidak ampuh dengan kasih sayang seorang wanita. Bagi gua, gua memang bermasalah. Gua memang ada masalah dengan spesis yang bebeza dengan gua.. Maksud gua, kelemahan gua adalah wanita. Akibat terlalu taksub dengan kesombongan kebongkakan, gua tersungkur dengan citra cinta seorang wanita. Akibatnya, gua merana dan jadi lagu ni.. ehehe. So, padanlah muka gua! Padanlah muka, riding solo balik.

Tak apalah.

Nak buat macamana. Kalau suri hati itu terus lekat, tak kemana juga natijah dia nanti. Bukan kata gua tak ada cita-cita, tetapi gua KESIAN. Bila gua pandang diri gua sendiri, gua kesian dengan orang yang berada di sekeliling gua. Sentiasa terbeban dengan kehadiran gua. Maaf cakap, gua ni bagi beban buat family gua. Manakan tak, sudah ada kerjaya sendiri, tapi masih menempel di rumah bapak gua yang dah pencen, menghabiskan beras. Di pejabat, gua membebani kerja-kerja rakan sepejabat. Malah rakan-rakan gua sendiri tak pasal2 kena layan kerenah diri gua yang masih belum matang ni.. Jadi, instead gua KESIAN, ikut danlah suri gua tu nak buat apa dengan dirinya.

Dirinya masih ada cita-cita yang menggunung dan segumpal harapan dan janji yang harus dilunas.
Jadi kenapa gua harus menghalang.

Aduh, gua dah depress balik. lebih baik gua stop menulis sekarang sebelum semua rahsia gua bocor.. ehehe.
Salam ketemu lagi :)

2 comments:

  1. masih belum terlambat utk berubah ke arah yg lebih baik =D

    ReplyDelete
  2. ooo heartbroken abang naze. theres always be sunshine. chill aja.

    ReplyDelete