Tuesday, July 31, 2012

Adam Adli: Kami bukan budak Jahat! - Ekslusif Interview!


KLthugs sedang menemubual, bertemu dan berbual,
bukan membeli belah .. dah beli belah yerr!



Shempoi.. the fab four
 tengok nih meleleh air mata..

Ada iras brader giler kentang kan? Apa? Mawi?
Ada ahh skett..


Slug: Adam adli
Logo: Anak Muda Inspirasi Negara KITA

Mukadimah KLThugs: Sebenarnya tulisan ni sudah melalui proses akhir untuk dirilis naskah arus perdana kira-kira Julai 2012 tetapi telah disekat oleh ketua pengarang untuk diterbitkan . Gua frustrated gila masa ni sebab gua rasa gua tak kacau siapa-siapa punya sensitiviti. Idea gila nak temuramah mamat ni sebenarnya memang idea gua, sebab gua rasa anak muda macam dia ni perlukan medium untuk bersuara. Tak kiralah dia ni pembangkang ka, penyokong ka.. kan? 
Melalui kaca matanya (ada rupa macam iqram dinzly dan Mawi World) gua dapat rasa apa yang dia nak perjuangkan beyond the politikal stuff, cuma 'seseorang' perlu groom Adam Adli untuk jadi promising leader in the future, yes, i can say he's a voice from the future.. take a look at him :). Btw, silalah enjoy interview session KLThugs dengan Adam Adli yang berlangsung di sekitar Bangsar Utama.

Kepada kalian yang tertanya-tanya siapakah Adam Adli, penulis dengan senang memperkenalkan pada kalian untuk ruangan ‘Anak Muda Inspirasi Negara Kita’.
Saya pasti, rata-rata kalian sudah mengenali figura aktivis mahasiswa baru berusia 22 tahun ini yang begitu kontroversi sekali di ruang siber.
Serah saja pada enjin carian Google, nah! Bersepah pautan blog dan rangkaian berita web perihal remaja yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Inilah remaja yang pernah membikin kontroversi menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera kebebasan akademik ketika bersama-sama pelajar-pelajar lain yang berhimpun menuntut kebebasan akademik pada tanggal 17 Disember tahun lalu di pekarangan Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
          Akibatnya, anak muda ini digantung pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak selama tiga semester. Anak muda ini dilabel sebagai ‘budak jahat’, pengacau dan menjadi alat pihak tertentu.
Rentetan peristiwa tersebut juga, Adam terus dikecam dan dikutuk oleh sekalian ramai rakyat Malaysia yang menganggap perbuatannya biadab dan kurang ajar.
Tidak kurang ada antara kita bercita-cita, kalau dapatlah budak Adam ini habis disiat-siat dan tidak kurang ramai yang hendak tumpang semangkuk, membelasah, memukul dan memijak budak jahat ini dek kesombongannya.
          “Kalau aku dapat budak jahat ni, memang aku tempeleng! Tak reti bersyukur! Kau belajar sajalah, jangan nak berdemo masa belajar, nak sertai politik konon, entah belajar pun tercicir! Bodoh! Bangang!” itu satu daripada ribuan komen yang penulis baca melalui tampalan blog.
Malah, sebuah video turut dimuat naik di laman Youtube yang memaparkan beberapa orang lelaki yang menggelar diri mereka ‘Panglima Perang’ turut menyelar tindakan Adam sampai hendak meludah dan menampar muka mahasiswa yang dicap ‘budak jahat’ ini.
          Akibat dicap sebagai ‘budak jahat’ Adam pernah ditumbuk oleh seorang penduduk ketika remaja itu turut menyertai rundingan dengan 34 orang penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi yang bakal dirobohkan beberapa bulan lalu.
‘Budak jahat’ ini kononnya dikatakan menyibuk urusan penduduk kerana bertindak naik ke kawasan atas flat dan bertemu dengan penghuni di sana.
Dalam video tersebut turut kelihatan beberapa penduduk memarahinya dengan mengeluarkan kata-kata kesat lantaran pelajar hingusan seperti Adam tidak layak campur urusan di kampung mereka.
          “Hah, belajar pun entah ke mana, keputusan CGPA pun 2.5, sibuk nak berdemo, sibuk nak berpolitik! Puii!” ini satu komen yang lain pula.
Kesian pula penulis baca komen-komen sadis sebegini. Alahai Adam, sebegitu teruk dibelasah di alam maya. Tak pasal-pasal orang membenci seorang bakal guru yang akan mengajar anak bangsa kita nanti sebagai ‘budak jahat’.
          Benarkah Adam seorang ‘budak jahat’ seperti yang dilabel sesetengah orang?
Penulis lalu mengatur pertemuan untuk berdepan dengan tuan punya badan yang kontroversi ini. Penulis mahu mendengar sendiri luahan hati mahasiswa yang sering dikritik tiap kali kemunculannya di portal-portal berita dan blog-blog di Internet...

“CGPA terakhir saya 3.40!”

KALAU memang dasar ‘budak jahat’ dan asyik menyibuk hal orang lain yang tidak ada kena-mengena dengan pelajaran pastinya prestasi CGPA Adam jatuh teruk.
Benarkah keputusan CGPA Adam di UPSI 2.5 seperti digembar-gembur di blog-blog tertentu?
Pada hemat penulis, keputusan 2.5 daripada 4.00, adalah nyawa-nyawa ikan, macam pelajar tak baca buku. Tak serius belajar! Betul ke apa yang penulis dengar ni Adam?
          “Eh, tak betul! Keputusan terakhir saya bukan 2.5, CGPA terakhir seingat saya 3.40 daripada 4.00. Orang sengaja buat cerita tu!” beritahu Adam yang mengambil kursus TESL di UPSI.
Biasalah Adam, kalau orang dah cap ‘budak jahat’ semua benda yang kamu buat tak betul belaka. Sebab itulah, orang dah nasihat masa belajar, belajar bersungguh-sungguh, jangan nak campur aduk hal lain. Hah! Inilah jadinya.
“Pada saya, tohmahan tersebut hanya salah satu fitnah yang tidak benar,” kata Adam mempertahankan dirinya.
Tak apalah Adam, jangan terlalu emosional sangat. Banyak lagi soalan yang penulis nak tanya.
Apa yang mendorong Adam minat dunia aktivisme? Maklumlah, Adam seorang mahasiswa, jadi aktivis pelajar, buat apa menyibuk hal-hal politik pula. Pergilah hadap buku dan belajar sampai dapat ijazah. Tak gitu Adam?
          Adam tersenyum mendengar provokasi daripada penulis. Anak muda itu sebenarnya sudah bersedia daripada segala aspek termasuk mental dan fizikal apabila terjun sebagai seorang aktivis pelajar.
          Adam berpendapat, menjadi seorang aktivis pelajar sebahagian daripada exercise yang perlu dilalui oleh seseorang mahasiswa sebelum mereka keluar berkhidmat untuk masyarakat kelak.
          Sebagaimana mahasiswa diajar nilai-nilai murni di universiti supaya membantu masyarakat, begitulah yang dipraktikkan Adam sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat. Seboleh-bolehnya, Adam cuba mendekati dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
“Saya jadi aktivis pelajar bukan nak nama, bukan nak duit orang. Saya ikhlas nak bantu masyarakat! Kalau orang salah tafsir, itu hak mereka! Yang penting saya ikhlas bantu masyarakat!” jelas Adam lagi.
Kalau setakat Adam bantu masyarakat tak mengapa dik, tapi janganlah nak jadi hero pula. Bukankah itu petanda Adam asyik menyibuk? Lantas dicap ‘budak jahat’!
Kepada soalan itu, Adam merasakan, sesetengah masyarakat di luar sana membuat interpretasi salah terhadap aktivis pelajar sepertinya yang ikhlas menolong masyarakat.
“Mahasiswa perlu turun padang dalam setiap perkara atau satu-satu isu sebab suara mahasiswa, pandangan berkecuali daripada sebarang unsur politik. Suara kami neutral!” jawab Adam lagi.
Jadi, Adam dan aktivis pelajar lain sentiasa ‘berdiri di atas pagar’ tidak menyebelah mana-mana parti politik termasuk pemerintah ketika berjuang dalam satu-satu isu?
“Ya! Itulah sebaik-baiknya! Kami bukan mahu menangkan parti A atau parti B sebaliknya, mengkritik ke atas sistem dan kepincangan di atas sistem politik itu sendiri,” ujarnya bersungguh-sungguh yang ‘berdiri atas pagar’ bila berbicara.
Hmm! Jadi tidak benarlah dakwaan orang selama ini yang cuba mengaitkan Adam dengan parti politik tertentu? Itu tohmahan, fitnah juga ke?
“Ya, memang itu tohmahan yang sengaja direka. Itu juga satu fitnah yang dicipta memburuk-burukkan aktivis pelajar seperti kami. Akhirnya tercapailah hajat mereka! Cap kami ‘budak jahat!” ulas Adam tenang.
Nah, tolong jawab pula kenapa anda muncul di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur ketika pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang sibuk berurusan dengan penduduk, kenapa Adam pula yang perlu menyibuk di sana? Bukankah lebih baik Adam baca buku?
          “Saya dan aktivis pelajar lain datang atas rasa simpati sebab ada penduduk datang beritahu kami, flat mereka nak dirobohkan! Kami datang atas sifat ingin tahu, bukan nak buat kacau atau ganggu sesiapa.
          “Tapi bila sekumpulan penduduk tengok kami dan cam sebagai aktivis pelajar, mereka mulakan provokasi. Tuduh kami sebagai pengacau dan hasut penduduk!
“Sebenarnya kami tak ada kacau, tak hasut sesiapa. Kami cuma nak tahu saja. Kami juga tak mahu campur tangan!” cerita Adam bersungguh-sungguh.
Kalau tak campur tangan, macam mana Adam boleh ditumbuk?
          “Itulah mereka salah anggap pada aktivis pelajar. Mereka anggap aktivis pelajar budak jahat!” jawab Adam mempertahankan dirinya.
Adam mengambil contoh, sebelum kejadian itu, suatu malam, seorang lelaki penduduk tempatan di Kampung Kerinchi datang menemuinya, sebaik mereka baru selesai bermesyuarat.
Lelaki itu memberitahu flat di situ akan dirobohkan. Lelaki itu minta Adam dan aktivis pelajar datang memberi sokongan supaya flat itu tidak dirobohkan.
          “Kami datang pagi itu seperti orang lain, hanya melihat-lihat apa yang berlaku, tak ada buat apa pun. Kami tanya orang-orang di sana berapa orang yang tidak mahu berpindah, seperti kebanyakan orang lain yang curious, kemudian duduk di bawah.
“Kemudian jentolak pun sampai. Hinggalah sekumpulan penduduk yang nampak dan cam kami sebagai kumpulan pelajar dan mulakan provokasi,” jelas Adam.
          Ketika itulah Adam nampak kelibat seorang wanita yang berada di tingkat atas flat sedang menangis kerana rumahnya bakal dirobohkan. Adam naik dan berniat untuk bertanya kenapa agaknya wanita tersebut sekeluarga menangis walhal kumpulan penduduk yang lain berada di bawah sedang memaki-maki wanita tersebut.
Atas dasar simpati dan sifat ingin tahu yang menebal, Adam dan rakan-rakannya berhasrat untuk naik ke atas dan bertemu dengan wanita tersebut. Mungkin ada perkara yang anak-anak muda ini boleh bantu.
          “Sebelum itu kami bertanya dengan pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas, mereka memberitahu bahawa mereka akan merobohkan rumah yang tidak didiami sahaja. Lalu saya dan rakan-rakan naik ke atas.
“Selepas berbual-bual dengan wanita berkenaan, kami pun turun ke bawah kerana pada saya urusan kawasan tersebut tak perlu kami campur tangan. Ketika turun itulah saya ditumbuk!” cerita Adam lagi.
Bagi Adam, kejadian itu tidak disangka-sangka akan berlaku kerana dia datang semata-mata ikhlas hendak menolong. Bagi Adam, sebagai aktivis pelajar, rasa ingin tahu mahasiswa sepertinya terlalu tinggi. Tujuannya semata-mata untuk membantu mereka yang memerlukan di mana perlu bukan untuk buat kacau.
“Bagi saya semua isu mahasiswa kena ambil tahu. Mahasiswa perlu ambil peduli hal ehwal masyarakat mereka,” luah Adam menjelaskan fungsi antara masyarakat dan mahasiswa dengan wajah yang serius.
          Mungkin selepas rentetan daripada 17 Disember orang ramai menyangka anak muda ini akan berhenti dari menghimpit sebarang isu.
          “Kalau sebelum ini saya mencari satu-satu isu untuk diperjuangkan, namun kini isu sendiri yang datang berlegar mencari saya.
Politic is politic, aktivisme mahasiswa adalah berbeza, unik, di mana ia hanya berlaku tiga hingga empat tahun dalam kehidupan seseorang,” beritahu Adam yang kagum sejarah mahasiswa yang memperjuangkan nasib penduduk Baling, Teluk Gong, isu Tasik Utara sekitar tahun 1973 atau 1974.
 “Kes tersebut berjaya dibawa ke mahkamah dan penduduk menang tuntutan, pampasan. Itu yang memberi saya inspirasi,” cerita Adam ketika ditanya lanjut kenapa anak muda ini tidak mahu berdiam diri setelah diprovokasi.
Menyentuh isu turun bendera, Adam menceritakan dia terpaksa
bersembunyi di sebuah kampung kerana bimbangkan keselamatannya terancam.        
Ketika bersembunyi dan berlindung di sebuah kampung, ada seorang mak cik menyatakan sokongan dan menjentik perasaan anak muda yang dilabel ‘budak jahat’ itu.
“Saya masih ingat, mak cik tersebut cakap pada saya, suasana sebegini kali terakhir, dirasai sekitar tahun 1970-an. Waktu itu, mahasiswa akan bersama masyarakat ketengahkan satu-satu isu untuk diselesaikan.
“Maka hari ini saya boleh nafikan kata-kata orang di luar sana yang menyelar tindakan mahasiswa seperti kami tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat, tidak benar sama sekali,” tegas Adam lagi.
          Sebenarnya perbualan kami berlanjutan hingga ke lewat malam, tapi kebanyakannya berkisar isu politik, sistem dan sastera yang mungkin memakan beberapa muka surat lagi.
Nah, dengarlah sendiri suara anak muda ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari selain membuat spekulasi dari caci maki. Tepuk dada, tanya hati! 
KLThugs: Teringat pulak memori ketika zaman sekolah selalu participate dalam sajak dan syair.. puisi sekian-sekian.. 

11 comments:

  1. Cantik MP3 tu....xpelah tuannya xdapat jumape Adam Adli, kire MP3 pun cukuplah....hahahahaha

    ReplyDelete
  2. After looking into a handful of the blog articles on your web site, I
    seriously like your way of writing a blog. I saved as a
    favorite it to my bookmark website list and will be checking
    back in the near future. Please visit my web site too and let me know how
    you feel.
    Also visit my homepage www.daily-wet-tshirt.com

    ReplyDelete
  3. Incredible! This blog looks exactly like my old one!

    It's on a entirely different topic but it has pretty much the same page layout and design. Great choice of colors!
    Feel free to surf my webpage teen porn

    ReplyDelete
  4. I relish, cause I discovered just what I used to be taking a look
    for. You've ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a great day. Bye
    Feel free to visit my blog : Girlfriend Gives Her Boyfriend A Blowjob

    ReplyDelete
  5. Hi friends, its wonderful paragraph concerning educationand entirely explained, keep it
    up all the time.
    My website : free teen porn

    ReplyDelete
  6. Can I just say what a comfort to uncover somebody that actually understands what
    they are discussing on the net. You certainly know how
    to bring an issue to light and make it important.
    More and more people need to check this out and understand this side of the story.
    It's surprising you're not more popular since you
    surely have the gift.
    Here is my blog post ... Lifelock promo code

    ReplyDelete
  7. Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed!

    Extremely useful info specially the last part :) I care for such information a lot.

    I was seeking this certain info for a very long time.

    Thank you and best of luck.
    Here is my weblog ; usa bank account with atm card

    ReplyDelete
  8. Great beat ! I wish to apprentice whilst you amend your website, how can i subscribe
    for a weblog website? The account aided me a acceptable deal.
    I have been tiny bit familiar of this your broadcast offered vibrant transparent idea
    Also see my website :: Zulily coupon code

    ReplyDelete
  9. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
    You definitely know what youre talking about, why waste your intelligence
    on just posting videos to your site when you could be giving us
    something informative to read?
    My webpage - google adsense earnings

    ReplyDelete
  10. Heya outstanding blog! Does running a blog such as this require a large amount of work?

    I've virtually no knowledge of programming but I had been hoping to start my own blog soon. Anyway, if you have any ideas or tips for new blog owners please share. I know this is off subject however I simply had to ask. Cheers!
    My web-site : cheap iPhone 5 for sale online

    ReplyDelete