Chandra Wishnu, 57, seorang rakyat Indonesia malang menghidap penyakit barah kulit yang luar biasa. Sejenis tumor membengkak pada permukaan kulitnya hingga menjadi ketulan-ketulan yang berbuih seperti belon. Benjolan-benjolan kecil ini pada mulanya tumbuh pada kulit muka Chandra sebutir dua, tetapi lama-kelamaan kemudian merebak di bahagian belakangnya sehinggalah dipenuhi hampir seluruh badan ketika dia berumur 32 tahun.
Pelik! Pada peringkat awal, ibu bapa Chandra telah membawa dia ke hospital untuk mendapat rawatan daripada pakar dermatologi tetapi Chandra hanya diberi krim untuk mencegah kegatalan sahaja. Ini kerana kebanyakan doktor dan pakar kulit tidak dapat menyembuhkan penyakitnya yang dikatakan berpunca dari masalah genetik..
“Tiada rawatan khas untuk penyakit saya. Saya diminta untuk berjumpa dengan pakar dermatologi yang lain kerana mereka tidak tahu cara mengubati saya.” kata bapa kepada empat orang anak ini kepada wartawan dari banyak pelosok yang mewawancaranya. Kos berjumpa dengan pakar amat tinggi hinggalah bapanya berhenti membawanya bertemu doktor ketika dia berumur 24 tahun. Sudahlah duit banyak habis, penyakit pula makin teruk. Kasihan!
Chandra cukup menderita apabila cuaca panas terik, kulitnya yang menggelembung itu akan berasa sakit dan gatal-gatal. Mulalah tangannya menggaru-garu tangan, kaki, belakang badan, punggung dan hampir keseluruhan badannya. Kasihan!
Penderitaan penyakit misterinya itu membuatkan Chandra menjadi seorang yang begitu pasif dan anti sosial. Dia hanya berkurung di rumah. Kalau keluar pun hanya menghantar anaknya Hassunn ke sekolah.
“Itu pun saya pakai tiga lapis jaket dan penutup muka, lagipun saya bimbang anak perempuan saya akan diejek dan dibuli rakan-rakannya di sekolah,” katanya lagi. Bukan itu sahaja, layanan masyarakat sekitar turut menyebabkan lelaki ini tidak mahu keluar rumah langsung, kebanyakan daripada mereka melarikan diri kerana mereka takut akan dijangkiti penyakit sepertinya.
Lelaki ini hidup dalam keadaan tertekan dan kemurungan hinggakan pada suatu hari dia meminta isterinya Nanik Tri Haryani tinggalkannya. Namun, wanita yang dikahwininya selama 33 tahun enggan berpisah malah sentiasa memeluk, mencium dan mendakap suaminya dengan manja. Jauh sekali untuk minta cerai ataupun talak walaupun wajah jejaka yang dikahwininya sudah dilitupi dengan ‘buih-buih’ merah.
“Saya tidak akan tinggalkan seorang lelaki yang cekal begini. Malah cinta kami makin kuat, tidak akan sekali-kali saya surutkan rasa sayang saya kepadanya,” jawab isterinya. Lihat! Inilah cinta sejati!
Kulit anak-anak Chandra turut ditumbuhi ‘belon-belon’. |
Baru-baru ini Chandra tampil menemui media di Indonesia setelah mendapati anak sulungnya Martin Ananda, 32, dan anak perempuan Lis Chandra. 26, mendapat tanda-tanda awal sakit kulit sepertinya. Belon-belon kecil sudah kelihatan pada kedua wajah anaknya itu.
Chandra tidak membawa anaknya bertemu doktor kerana takut keadaan yang sama bakal terjadi kedua anaknya dalam masa yang sama dia sendiri tidak mampu untuk membiayai kos perubatan kedua anaknya.
“Saya bimbang tumor yang kecil ini akan membesar, jadi saya berharap kalau ada peluang siapa-siapa yang dapat membantu membiayai penyakit anak-anak saya,” katanya.
Chandra Wishnu ketika masih perawan |
No comments:
Post a Comment