Friday, June 10, 2011

Fakta Kebuluran

Hayati foto-foto ini
tatkala anda sedang menjamu selera..






















Anda dah kenyang?

Mereka masih belum makan!!














ANDA HAUS???? NAK MINUM?? 


















·         Secara purata, seramai 954 juta manusia tidak mendapat khasiat makan yang sempurna, ini bermakna satu daripada tujuh orang bakal tidur dalam kelaparan pada malam ini.
·         Kenaikan harga barang di seluruh dunia di antara Jun 2010 hingga Februari 2011 turut menunjukkan peningkatan terhadap kebuluran sebanyak 44 juta daripada jumlah asal. Hampir mencecah satu bilion manusia! Jumlah kebuluran ini yang paling tinggi dalam sejarah yang pernah direkodkan.
·          Afrika berkongsi bahagian penduduknya yang paling malang di mana suku daripada keseluruhan manusia kebuluran. Sebanyak 578 juta mangsa kebuluran pula dicatatkan yang mendiami bahagian Asia dan seluruh Pasifik.
·         Kebuluran meragut lebih ramai nyawa manusia selepas penyakit AIDS dan malaria.
·         Kematian satu pertiga daripada kanak-kanak yang berusia kurang daripada lima tahun adalah berpunca daripada kurangnya zat makanan.
·         Tempoh 1,000 hari iaitu sejak bayi dilahirkan hinggalah berumur dua tahun merupakan tempoh paling penting tumbesarannya .
·         Seorang kanak-kanak hanya memerlukan kurang daripada seringgit untuk melengkapi nutrien pemakanannya manakala seramai 17 juta kanak-kanak lahir kurang zat setiap tahun
·         Pada tahun 2050, perubahan cuaca yang mendadak bakal meningkatkan bilangan kebuluran kanak-kanak seramai 24 juta orang. Sebahagiannya tinggal di kawasan pinggir gurun Sahara, Afrika.
Sumber: Who, WFP,  FAO,  UNICEF, UN.

1 comment:

  1. Hi ! Salam kepada tuan blog. Terima kasih tak terhingga kepada anda kerana mengarang post ini.



    Pertolongan dialukan. Tanpa sesen wang digunakan. Hanya click pada website dan jawab beberapa soalan. Untuk 1 soalan yang betul, sponsor akan mendermakan 10 butir nasi pada badan ini. Layari http://freerice.com/


    Untuk membantu saya menyebarkan kempen ini , sila like page ini http://www.facebook.com/pages/Freerice-Asia-Malaysia/139450022830315?ref=ts

    dan sila jemput rakan2 anda :)

    ReplyDelete