Wednesday, February 23, 2011

Elvis Presley hidup semula!


PADA penghujung 1980-an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki sedang menahan traknya untuk ditumpangkan.

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara. Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang berkenaan orang yang amat dikenalinya telah mati tiga tahun lepas. Penumpang tersebut ialah Raja Rock n’ Roll,  Elvis Presley.
          Menurut pakar psikiatri Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik. Dalam buku karangannya, Elvis After Life (Peachtree, 1987), sejak kematian Raja Rock n’ Roll pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika mendakwa terserempak kelibat jasad Elvis dengan pakaian yang lengkap.
          “Seorang psikoterapi, pernah bertemu Elvis pada zaman kanak-kanaknya mendakwa pada suatu hari ‘Elvis’ secara tidak diduga muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup. Padahal Elvis telah lama meninggal dunia.
Dr Raymond Moody
          “Seorang wanita lain turut berkongsi hal yang sama pada saya, menyatakan ketika dia sedang bergelut untuk bersalin, ‘Elvis’ muncul di sebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum. ‘Elvis’ membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat,” jelas Dr. Moody.
          Selain lawatan jelmaan hantu Elvis, legenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian fenomena paranormal yang tak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.
Keesokan harinya, Raja Rock n’ Roll itu betul-betul menemui ajal!


dalam kesamaran, seorang lelaki
 kelihatan menahan trak untuk ditumpangkan

6 comments:

  1. gua dah jengok blog lu.. perghh!! memang layan...

    ReplyDelete
  2. jengok je?? cipan betol! follow la sekali..kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. weh..aku tgk gambaq tu rasa seram..dah la aku dok
    sorang-sorang ni..waaaaa

    ReplyDelete
  4. hah! amira cepat kawenn.. nanti tidur berorang-orangan! btw thanx for dropped by :)

    ReplyDelete
  5. okey laaa i pollow... ni gua follow blog lu ni x dapat duit ker.. aii.. yg lu bila plak nak jd ahli mjlis tertingi penanggah.. ada elaun siutt.. bnyakkk tuu!!!

    ReplyDelete
  6. perghhh!! gua nak jadi ahli majlis terlampai boleh? menggalah mencanak..tapi galasan tu betul berat batu belah betangkup lah.. mampu ke lu bayar penanggah? ahahaha

    ReplyDelete