PADA 4 Mac 1966, pesawat DC8 milik Canadian Pacific Airline mengalami kecelakaan ketika mendarat dalam keadaan cuaca buruk dan penglihatan yang terbatas di lapangan terbang Antarabangsa Tokyo.
Daripada 72 orang penumpang dan anak kapal, hanya lapan orang yang selamat. Dua daripada mereka adalah sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Hong Kong.
gambar sebelum pesawat terhempas di Gunung Fuji |
Para penumpang yang terselamat segera diberikan rawatan kecemasan. Mereka yang ingin meneruskan perjalanan, dibenarkan melakukannya dengan menaiki pesawat lain. Begitu juga dengan pasangan pengantin baru ini. Mereka meneruskan perjalanan ke Hong Kong dengan menaiki pesawat British Overseas Airways Corporation (BOAC) Fligt 911, menggunakan Boeing 707.
Bagaimanapun, selepas 18 jam terselamat dalam kecelakaan kali pertama di Tokyo, dan baru beberapa puluh minit berlepas, pesawat BOAC Flight 911 pula mengalami kemalangan. Ianya berlaku ketika pesawat berkenaan berada di sekitar gunung Fuji yang laluannya dipilih bagi memberikan pemandangan indah kepada para penumpang.
laporan akhbar BOAC 911 terhempas |
Ketika berada di udara pergunungan itu, ribut tiba-tiba melanda menyebabkan pesawat berkenaan gagal dikawal, lalu terhempas. Kali ini, pasangan pengantin baru itu tidak bernasib baik. Mereka meninggal dunia bersama 122 penumpang dan anak kapal yang lain.
gambar BOAC 911 sebelum terhempas (close-up) |
Sungguh ngeri kalo lihat yang kayak gitu sekarang banyak sekali kejadian pesawat tiba2 jatuh dan menimbulkan bnayak korban jiwa,semoga kita nanti meninggal dalam keadaan yang baik......
ReplyDeleteterima kasih Tiket Pesawat Murah kerana sudi baca entri saya.. ikuti blog saya untuk lebih info! :)
ReplyDelete