Monday, August 23, 2010

Prolog brahhhhh~!!

Salam, selamat sejahtera..
lebih dari setahun saya ingin mewujudkan blog, tapi oleh kerana terlalu risau terhadap tulisan-tulisan saya yang bakal menjurus ke arah bidaah dan ke arah topik yang merapu, saya tunda - tangguh hasrat untuk mewujudkan blog.. Hari ini, blog saya wujud juga atas desakan beberapa pihak yang mahu melihat tulisan insan bongok ini.. terima kasih, anda tahu siapa diri anda, kalian tahu siapa kalian di sisi saya.. saya terima kritikan, terus berikan komen, kritikan untuk memacu pemikiran saya dalam suatu bentuk yang matang - telus.. saya cuba selitkan unsur-unsur lucu dan 'human interest' untuk kita sama-sama dapat menafaat.. maaf, mungkin beberapa kata kata tidak bersesuaian sebagai daftar kata istilah dewan bahasa, tapi yang penting maksud itu jelas.. blog ini mungkin juga mengandungi:

kandungan bahasa yang berat.. (75 kg beb!)
kandungan bahasa yang agak kesat..(emosi sentiasa hadir okay?)
...asing (english, etc etc)
terpulanglah pada anda untuk interpret okay??

Oh ya.. sambil-sambil tu saya nak ambil kesempatan mengajak kalian menuju ke Kota Singa pada 5 November ini sempena konsert jelajah Asia band HATEBREED band yang berasal dari Connecticut, U.S
Tiket boleh lah tahan dalam RM 149.00 - RM 200.00.. kira dalam scene hardcore, band ni otai lahh.. 
Production yang bawa ni.. 28K production.. make it realize dudes!! marilah menonton Jamey Jesta dan krew-krew! Bawa jalur gemilang dan semangat Mosh dari sini okay! mosh = brotherhood! nak pergi? jom..PM me...kita naik train KTM wooT! WooT!!
Selamat berpuasa folks!

naze666
Aug23/2010 10.05 pm

No comments:

Post a Comment