Monday, July 1, 2013

Produser Pukimak Mahu cari untung (the most shit producer)

This been so fucked up post i will write about. Which it'll make you feel am a fucking whore bitch who love to spread the mother fucking vulgar word on internet.

Last week is was the difficult. Believe me, i got just a few bucks to survive around a week?
hell yeah, that's how i can describe how broke am i for about two month in a row.

no, it's 4 month in a row.
shit i feel helpless! it's all about the vgmc scam thing made me i am just load of shit! FUCK VGMC SCAMWHORE!
aku doakan kesialan babi pukimak to those who take my money and belanja anak bini dia makan. The guy name is Zam which is actively doing the new thing call CTFC (cybertrust fx) another scamwhore fucking shit!

I've lost Rm 5k because to believe this shit out. ya, know. i have to pay the bank around six hundred buck while my salary not more than 2k. SHIT LOAD! UKSB an oppressing company! We're fuckin slave cunt work like dog, pay small. SHIT SHIT SHIT!

I have a friend named Ewan, he have a qualification level SPM je sial, now he become a field manager. you know, ada kelayakan SPM, kerja 7-eleven lagi kompeni cina Vincent Tan. he got married, owned a car, live life happily ada masa main futsal and such. Aku ada kelayakan Diploma tapi gaji anak haram tak sampai 2k kerja macam lembu buat story naik orang itu ini tapi shitloads nak berjawatan boleh, tapi tak boleh claim OT and shitloads rule Exec mana boleh claim2. Budak2 degree kat opis ni pun gaji tak sampai tiga K kerja bertahun2 beranak besar semua. SHIT LOADS UKSB! fucked up!

ok, done with those semua keluahan and shitloads. Korang akan dapat pembalasan kat akhirat. walau sesen aku tak redha!

***

last week i'm on assignment to kluang (balik hari). My boss's assign me to wawancara one of inmates. tumpang one of his friends yang sekarang ni buka syarikat event entertainment such.
the thing is aku kena naik sekali his motherfucking merz and the shit is he ask me untuk tunggu somewhere dekat toll. Lagi shit, dia suruh balik naik bas damn ass, pickup aku dekat toll, tapi suruh aku balik naik bas ke KL sebab he's heading to south johor! hell mother fucker, macam mana aku nak sampai ke toll lah sial? Bukan ada bas yang boleh hantar aku semula ke toll! Tapi takpe, aku layankan aje sebab itu permintaan bos untuk interview inmates. Cerita ni exclusive sebab tak ada orang lain buat coverage.

so he picked us up at toll. then otw tu we talked almost like a friend. He told me about the business thing and some old stories cuz my boss was he college mates (even a hostel room mates). hey stupid mother fucker, i dont give a fucking care about those stories man! it's fuckin early in a morning (8am). i'm fuckin sleepy but shit is, i have to entertain you mother fucking stories! Shit!
It's almost 3 hrs driving tho! babi mata rabak!

Ok, finally we've reached there. He's wearing his fuckin coat, (a tipical businessman style). then, we enter the prison. M doing my thing, by memantau keadaan sekeliling tapi melayan pulak budak foto yang bajet cute ni. aku rasa nak sepak terajang this kid, suka act cute then konon innocent. ada banyak moment penting yang terlepas menyebabkan aku terasa budak ni pun fucker juga. Nak jugak suruh aku direct! shit loads u die in hell lah budak!

then the interview process is there. lepas tu aku interview KP penjara. then he give a guidelines to what to do, or what not to take. We did it nicely cuma aku menyampah dengan this motherfucking my boss mate ni tadi. Sikit2 puji KP. that's fuckin annoying! aku sendiri tengok KP pun menyampah bila he asking silly question which is aku sendiri pun tak pandai nak pull the joke somthing like that.

sampai petang aku interview inmates, then we are so fuckin clear dengan segala guidelines n such. ada benda dari sana aku kena bawak keluar, dan benda kena ada kelulusan penjara. we did it nicely. Tapi Kp ada cakap sebelum release the exclusive thing, submit all write up and photos to 'em.

No problem, he did not mention it on which date i have to sent but i know m dealing with middle man. So aku hantar kat middle man habis cerita.
Then dalam meetup dengan KP tu pun ada sorang lagi producer yang membawa ke pada sesi ni. The guy named Jibby yang bagi guidelines tadi. the best thing is, he tell me that he want to email me what he want to say.

hell yeah. habis kerja hari tu we're off to bus station and to KL - STRAIGHT! fuck, memang penat tapi aku puas hati pasal keluar pagi balik malam berkhidmat untuk company.

**

Tuesday, January 29, 2013

BUKIT BINTANG - ANTARA ROCK n’ ROLL dan URUT KAKI




SEDIKIT masa lalu, sekitar penghujung tahun 90-an hingga awal tahun 2000, Bukit Bintang menjadi tumpuan peminat muzik bawah tanah berkumpul. Ketika itu juga, Bukit Bintang  menjadi  hab kepada anak muda yang meminati muzik alternatif bertukar-tukar material seperti demo tape. Melihat aksi pemuzik-pemuzik bawah tanah turun padang menjual album, demo tape atau CD di sini adalah pemandangan biasa. Transaksi wang tunai juga menjadi medium nombor dua kerana masing-masing ada yang bertukar material (sistem barter) seperti fanzine dengan album atau album dengan album. Wang tidak penting, tetapi kelangsungan budaya DIY (Do It Yourself – Buat Sendiri) itu yang paling dititikberatkan.
Dek kerana lambakan kedai-kedai yang menjual beraneka jenis pakaian di gedung beli belah Lot 10, Plaza Sungai Wang dan Plaza Bukit Bukit Bintang, secara tidak langsung  Jalan Bukit Bintang meriah dengan sajian pelbagai jenis fesyen yang diperagakan oleh anak-anak muda ketika itu.
        Jika anda masih ingat, ada saja pelbagai fesyen jalanan yang unik seperti gaya punk 70an, di mana ada golongan remaja mengenakan jaket kulit dengan pelbagai tampalan dan aksesori lain seperti butang tajam dan memakai but jenama Dr Martens yang beraneka warna. Skinhead, sebuah lagi pecahan budaya yang agak popular tidak terkecuali menjadi ikutan remaja. Begitu ramai remaja mengenakan kemeja-t sendat yang berjenama Fred Perry, Lonsdale atau Merc. Sudah pastilah dengan gaya rambut botak dan dengan tali suspender! Ada juga beberapa golongan remaja yang menggemari gaya lusuh rock seperti zaman genre grunge ketika kebangkitan muzik di Seattle suatu ketika dahulu! Ramai yang berseluar jeans lusuh dan tidak sedikit yang mengenakan kemeja-t hitam mempamerkan beraneka jenis nama kumpulan pujaan masing-masing. Nirvana, Kurt Cobain, Pearl Jam, Soundgarden dan berbagai-bagai nama kumpulan muzik grunge selain kemeja berkotak-kotak dipakai dengan merebeh.


        Itu belum dikira lagi dengan gaya clan-clan (kumpulan) hip-hop dan kumpulan peminat papan luncur yang dianggap paling hipster ketika itu.

        Persembahan gigs dianjurkan merata-rata tempat di sekitar Bukit Bintang. Banyak sebenarnya gig-gig dianjurkan di kawasan tengah bandar raya berhampiran Pasar Seni, atau sekitar Damansara, Petaling Jaya, tetapi Bukit Bintang menjadi hotspot dan lebih popular. Sebenarnya, sebelum Bukit Bintang menjadi tumpuan, Pasar Seni terlebih dahulu menjadi tumpuan penggiat muzik bawah tanah pada pertengahan tahun 80-an hingga tahun 90-an. Mungkin kerana lambakan pendatang asing yang menjadikan Pasar Seni, Kota Raya sebagai tempat mereka bersidai pada hujung minggu menjadikan penggiat-penggiat ini mencari lokasi yang lebih baik dan ‘trendy’.

        Saya masih teringat, ketika masih berumur belasan tahun, medium Internet tidak meluas seperti hari ini. Jika tidak mahu terlepas persembahan-persembahan gigs di sekitar ibu kota, pergi ke Bukit Bintang, tanya saja kepada remaja-remaja yang menempel di hadapan gedung Lot 10, atau di Jalan Walter Garnier (belakang KL Plaza – kini Farenheit), mereka pasti akan memberitahu di mana lokasi gig dianjurkan.
        Itu sudut pandangan biasa sebelah siang pada hujung minggu. Pada sebelah malam pula Bukit Bintang begitu meriah dengan berbagai hiburan yang hidup pada hujung minggu. Banyak kelab-kelab malam yang dibuka untuk menarik pelancong-pelancong luar menikmati suasana malam di Bukit Bintang. Antara kelab malam yang popular di Bukit Bintang sudah pastilah Planet Hollywood. Di sini menjadi tumpuan warga kota malah pelancong asing menghabiskan sisa-sisa kehidupan malam selain beberapa bar dan pub di sekitar jalan ini.

        Lampu-lampu neon yang bergemerlapan di sekitar Bukit Bintang bukan sahaja menarik perhatian pelancong dan warganya, tetapi turut menarik kupu-kupu malam bersidaian mencari pelanggan di sekitar Jalan Bukit Bintang. Namun begitu, kehadiran mereka tidak begitu ramai kerana kupu-kupu malam ini lebih banyak dijaga oleh bapa-bapa ayam. Bapa-bapa ayam inilah yang lebih ramai bersidai menarik pelanggan untuk mengikutnya masuk di celah-celah lorong melampiaskan nafsu. Namun menjelang pagi, aktiviti persundalan ini lenyap menggantikan urusan perniagaan sebagai galang.
         
BUKIT BINTANG SEKARANG
Kemeriahan muzik bawah tanah sekitar penghujung tahun 1990-an dan awal tahun 2000 memang menjadi kenangan yang nostalgik di Bukit Bintang. Ada saja cerita suka duka ‘penghuni’ di dalamnya.
        Hinggalah lewat tahun 2007-2008, Bukit Bintang tidak lagi menjadi lokasi penggiat muzik bawah tanah berkumpul. Remaja-remaja yang tadi sudah membesar dan semakin dewasa. Mereka tidak lagi menghabiskan masa dengan menebeng di tepi-tepi tangga gedung beli belah. Malah, kuasa Internet turut menyumbang ‘kehilangan’ entiti komuniti ini yang lebih gemar berada di ruang sosial maya seperti MySpace kemudiannya Facebook dan Twitter. Risalah-risalah gig tidak lagi mudah dilihat bertaburan ditampal di dinding-dinding lorong sekitar Bukit Bintang, tetapi berganti di ‘Wall’ laman sosial (internet).

SUDAH lama penulis tidak menjejakkan kaki ke Bukit Bintang pada hujung minggu. Di kesempatan pada cuti hujung minggu lalu, saya sempat menjenguk-jenguk kawasan ‘permainan’ belia-belia yang rajin bertandang ke sana. Malangnya lorong-lorong di kawasan sekitar Bukit Bintang sudah tidak lagi dipenuhi dengan remaja-remaja yang sama. Generasi baru yang berkiblatkan muzik dari Korea Selatan membiak begitu banyak dan bertebaran di hadapan gedung beli belah Pavilion. Ada juga yang masih mengenakan fesyen ketika saya nyatakan di atas tetapi mereka tidak lagi ke hulu ke hilir dengan demo tape atau risalah-risalah gig terbaru. Kebanyakan dari muda-muda mudi ini lebih banyak mengusung iPad atau kamera DSLR sahaja.

        Saya merindui kedai-kedai yang menjual koleksi album yang di sekitar Bukit Bintang dan KL Plaza. Saya masih teringat berbual panjang bersama rakan-rakan tentang perkembangan muzik semasa, selepas kami bertemu di kedai kaset suatu ketika dahulu. Dulu ada sebuah kedai menjual koleksi-koleksi vinyl berhampiran gedung Lot 10, telah berganti dengan kedai makan.
        Ketika saya mengayunkan langkah di hadapan Menara Maybank, saya begitu terkejut dengan perubahan yang semakin menjadi-jadi di Bukit Bintang. Pembinaan MRT sedang dijalankan di tengah hiruk pikuk Jalan segi tiga emas tersebut tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila semakin banyak pusat urutan kaki yang bertebaran di hampir seluruh kawasan. Mengapa begitu banyak sekali pusat urutan sedangkan seingat saya lapan atau sembilan tahun lalu, pusat urutan tidak sebegini banyak.

        Begitu ramai sekali gadis-gadis sunti duduk menebeng bersidai di bahu-bahu jalan dan kaki lima memegang sekeping kertas risalah menjual perkhidmatan urut kaki. Saya rasa tidak senang kerana jam di tangan saya baru menunjukkan pukul 3 petang. Situasi ini begitu janggal buat saya kerana begitu banyak sekali dijalankan pada waktu siang buta.
        Timbul persoalan pada benak saya adakah kawasan Bukit Bintang yang dipenuhi dengan pusat beli belah ini menyebabkan begitu banyak pusat-pusat urut kaki di sini? Adakah trend beli belah - terlalu letih berjalan menyebabkan perniagaan perkhidmatan urut kaki, menjadi trend sekarang?
        Hati saya menjadi semakin tidak senang apabila melihat kelibat gadis-gadis tadi kebanyakannya bukanlah warga tempatan. Lebih memeningkan kepala apabila melihat pakaian mereka. Kain di dada sengaja dilondehkan.

Saya mengintai beberapa kawasan yang seingat saya dahulu lot-lot kedai yang dimiliki oleh perniagaan urut kaki ini adalah pejabat, kedai gambar malah kedai buku dan majalah. Namun, semuanya telah dihuni oleh pengurut-pengurut berkulit gebu ini yang entah ada permit atau tidak.
        Saya sebenarnya mengesyaki di sebalik perkhidmatan urut kaki, mereka ini ada membuat transaksi haram yang hanya berlindung di sebalik servis melegakan sakit-sakit. Mungkin, mereka ini menjual ‘pakej ke syurga’? Semuanya boleh jadi kerana beberapa kali saya melihat kelibat anak muda tak kiralah apa bangsa sekali pun tanpa segan silu mencuit gadis-gadis yang berdada lebar ini. Kemudian mereka masuk ke dalam premis dan hilang dari pandangan mata saya.

        Apabila matahari semakin tenggelam, kawasan ini seakan berpesta dengan lebih ramai lagi gadis-gadis montok muncul entah dari mana. Mereka berusaha menarik pelanggan dengan senyuman manis di samping memakai skirt pendek paras paha. Selepas seorang demi seorang yang lalu, disapa.
        Saya garu kepala dan menjadi keliru apabila berada di sini. Ura-ura nak membawa adik-adik saya dan adik-adik sepupu bersiar-siar di sini cuti sekolah yang lalu, tetapi melihatkan keadaan Bukit Bintang seakan pusat hiburan di Pat Pong, Thailand, saya batalkan niat saya. Lebih baik saya habiskan masa berkualiti di rumah tonton rancangan kartun bersama mereka.

         Bukan apa, saya risau kelak nanti apabila pelancong-pelancong yang datang menyinggahi akan memandang serong terhadap rakyat Malaysia. Tak mustahil apabila pelancong-pelancong asing pulang nanti mereka akan kata gadis-gadis yang menempel tadi adalah rakyat Malaysia yang tidak ada kelas menjual perkhidmatan mengurut di tepi jalan!

KLTHUGS: Terlalu banyak memori di Bukit Bintang.. Masih teringat-ingat ruang masa lalu masa rajin lepak. Pernah bekerja FnB line di Kenny Rogers di KL Plaza, Teppanyaki di Sungei Wang Plaza. Lepas habis belajar pernah jadi sales coordinator untuk WWF fund campaign, Jack Tan Marketing di Bukit Bintang gak.

Gua dah Kembali!!

Salam Sejahtera pembaca KLThugs sekalian..
Apa khabar kalian semua? sedar tak sedar rupa-rupanya lebih ENAM bulan abang KLThugs tak 'bersiaran' ya? Gua minta maaf kepada rakan-rakan yang menunggu rilisan karangan terbaru dari gua. Tak gua sangka, lebih enam bulan berhabuk, haduii.. maaflah...
sebenarnya inilah masalah berblogging. Bukan semua penulis blog boleh sustain dengan menulis setiap hari..melainkan medium blog adalah hasil periuk nasi blogger tersebut. Macam gua ni blogging adalah salah satu portfolio gua, gua tidak mencari sebarang keuntungan tetapi lebih kepada mengasah bakat gua sebagai realtime writer. Gua dah cuba untuk mendisiplinkan diri menulis sekurang-kurangnya dua kali sebulan di sini, namun, nyata, agak sukar boss..

Sebenarnya, KLThugs berhadapan emosi yang sangat murung sejak beberapa bulan ini. Sebagai seorang lelaki sejati, nyatalah menjadi dewasa bukanlah suatu perkara yang mudah. Mahu mencari karier, mencari harta, mencari identiti semata-mata untuk kehidupan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui usia ini sudah mencecah 26 tahun pada 15 Januari lalu, KLThugs lagi bertambah murung..

Masakan tidak, di penghujung usia 20 an, gua masih lagi berdiri di atas 'kaki' yang sama, berlegar dalam keselesaan dan keperitan dan sama... Berdepan dengan kemalasan yang sama. Aduh, pedih ulu hati nak menaip benda2 yang tak best ni..

Malah, sambutan kelahiran tahun ini tidak berseri lagi apabila suri tiada mengisi ruang di hati.. Itu mungkin satu bonus yang besar buat KLThugs, akibat terlalu bermain-main dengan hati orang.. Ya, ramai pria di luar sana tak mengaku, mereka tidak ampuh dengan kasih sayang seorang wanita. Bagi gua, gua memang bermasalah. Gua memang ada masalah dengan spesis yang bebeza dengan gua.. Maksud gua, kelemahan gua adalah wanita. Akibat terlalu taksub dengan kesombongan kebongkakan, gua tersungkur dengan citra cinta seorang wanita. Akibatnya, gua merana dan jadi lagu ni.. ehehe. So, padanlah muka gua! Padanlah muka, riding solo balik.

Tak apalah.

Nak buat macamana. Kalau suri hati itu terus lekat, tak kemana juga natijah dia nanti. Bukan kata gua tak ada cita-cita, tetapi gua KESIAN. Bila gua pandang diri gua sendiri, gua kesian dengan orang yang berada di sekeliling gua. Sentiasa terbeban dengan kehadiran gua. Maaf cakap, gua ni bagi beban buat family gua. Manakan tak, sudah ada kerjaya sendiri, tapi masih menempel di rumah bapak gua yang dah pencen, menghabiskan beras. Di pejabat, gua membebani kerja-kerja rakan sepejabat. Malah rakan-rakan gua sendiri tak pasal2 kena layan kerenah diri gua yang masih belum matang ni.. Jadi, instead gua KESIAN, ikut danlah suri gua tu nak buat apa dengan dirinya.

Dirinya masih ada cita-cita yang menggunung dan segumpal harapan dan janji yang harus dilunas.
Jadi kenapa gua harus menghalang.

Aduh, gua dah depress balik. lebih baik gua stop menulis sekarang sebelum semua rahsia gua bocor.. ehehe.
Salam ketemu lagi :)