Thursday, September 29, 2011

Cerita Seram Hostel / Asrama - Nenek merbok



          Mail ini sengaja memerli aku. Sebenarnya memang aku tidak menelaah buku, aku sedang menghabiskan sisa-sisa pembacaan komik penjelajahan ninja yang aku pinjam daripada budak bilik dorm sebelah. Aku ini kalau bab pinjam meminjam memang suka. Maklumlah, budak-budak sekolah, mana ada wang lebih nak berbelanja yang bukan-bukan. Mak dan abah beri wang saku, tapi hanya cukup makan, top-up telefon bimbit, dan tambang pulang ke rumah pada waktu cuti sekolah hujung minggu.

          Ding!

          Jam di dinding sudah menunjukkan jam 1.00 pagi. Sehelai demi sehelai muka surat aku selak. Seronok betul, keadaan sangat sunyi dalam bilik dorm aku. Teman-teman sebilik aku masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Tiada gangguan langsung! Kalau tidak, masa ini masih rancak dengan pillow talk, main daun terup sambil makan biskut kawan-kawan, main karom, main gitar dan macam-macam aktiviti lain yang sudah pasti tak ada kaitan dengan pelajaran. Ini semua gara-gara pelajar senior yang bercerita tentang kisah nenek merbok kepada kami tempohari.
          Menurut senior yang bercerita kepada kami, sekiranya ada di antara putera-putera mahupun puteri-puteri yang masih tak tidur sehingga lewat pagi, nenek merbok akan datang masuk ke bilik dorm dan mengganggu dengan menegur setiap orang yang masih belum tidur lagi. Kemudian, nenek merbok akan ketawa terkekek-kekek, macam burung merbok juga. Menurut senior, kepada senior, kepada senior yang entah kumpulan senior ke berapa.
          Kah! Kah! Kah! Sungguh kelakar terkenangkan cerita senior aku tempohari. Adakah patut nak takutkan pelajar-pelajar junior dengan cara begitu? Sudahlah namanya nenek merbok, tak komersil langsung! Ketawa mengekek macam burung merbok? Burung mana pandai ketawa!
           Kah! Kah! Kah!
         
          Aku terus menyambung pembacaanku di atas katil sehingga ke helaian mukasurat yang terakhir. Selepas menyusun kembali komik-komik di atas meja, aku kembali ke katil semula.

          Ding! Dong!

          Jam di dinding sudah menunjukkan jam 2.00 pagi. Mataku masih belum mengantuk. Aku tak biasa lelapkan mata dengan keadaan terang begini. Lalu aku bangkit dengan malas sekali menuju ke suis lampu yang terletak di dinding sebelah pintu masuk bilik dorm ini.
          “Ha, barulah boleh tidur macam ni. Apalah kau ni Mail, badan saja besar macam badak, tapi pengecut macam tikus! Dengan nenek merbok pun takut” sempat aku mengusik Mail walaupun aku tahu dia sudah berdengkur dan berselubung dalam selimut. Begitu juga dengan yang lain-lain. Masing-masing sudah lena dibuai mimpi, hanya aku seorang diri yang masih belum lena.
          Keadaan bilik yang terang benderang tadi sudah bertukar gelap gelita. Aku bergolek ke kiri, ke kanan. Malangnya aku masih belum mengantuk. Ahh, apa aku nak buat ni? Rakan-rakan yang lain sudah berlayar jauh dalam tidur mereka. Aku pula masih mencari kayu untuk bina bahtera. Tiba-tiba aku teringat kisah nenek merbok. Kenapa agaknya cerita dongeng sedemikian yang mereka jaja untuk menakut-nakutkan pelajar junior ya? Tiba-tiba terdetik dalam hatiku, apakata jika kisah nenek merbok yang menjadi bualan sepanjang seminggu ini adalah kisah benar?
          Bulu romaku tiba-tiba meremang. Tenang Apai, jiwa kau kental. Kau kalis cerita seram sebegini. Mana mungkin kisah nenek merbok itu kisah benar? Aku memujuk diri agar bertenang. Apai anak jantan!
          Ding! Dong! Ding!
          Jam di dinding sudah berbunyi lagi! Kali ini jam sudah menunjukkan jam 3.00 pagi. Sayup-sayup kedengaran bunyi ayam berkokok. Arghhh! Mataku masih belum tertutup! Aku masih belum mengantuk. Mana tak mengantuk, pulang dari padang selepas bermain bola sepak petang tadi aku terus tidur. Nasib aku baik pula hari ini warden asrama kami tidak meronda bilik ke bilik. Itu yang menyebabkan aku terlena sampai terlepas waktu isyak.
          Sedang aku bermonolog sendirian, tiba-tiba angin bertiup agak kuat dari luar. Sejuk, aku terus menarik kembali selimut. Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu sedang terbang kearah tingkap. Apa yang aku pasti ‘sesuatu’ yang terbang tadi adalah burung.
          Kepala aku mula berlegar-legar dengan persoalan. Burung apa yang terbang pagi-pagi begini? Tiba-tiba, angin bertiup kuat semula. Kali ini aku sudah mula rasa seram sejuk. Bulu roma tak usah cakaplah, memang dari tadi sudah meremang.
         
          Ehem! Ehem!
          Tiba-tiba aku terdengar suara berdehem dari suatu sudut di dinding membelakangkan kepala katil. Aku tersentak. Kaki aku sudah mula menggigil-gigil. Aku mahu toleh ke belakang dan mengintai, siapakah kelibat yang batuk di belakang? Tiba-tiba suara itu senyap dan mengekek ketawa.

          Ekekekekeke..!!
          Aduh! Kali ini aku betul-betul sudah ketakutan, mungkinkah ini suara…
          “Satu…!! katil satu dah tidur.. Dua..!! katil dua dah tidur…” Oh! tidak..!! tiba-tiba kedengaran suara dari sudut dinding tadi bersuara pula! Jangan-jangan ini adalah suara…
          “Tiga…!! Eh? Katil tiga tak tidur lagi..?Kenapa katil tiga tak tidur lagi?? Ekekekekekeke!!” Ya, inilah suara nenek merbok!! Makin lama makin kuat kedengaran kekekan nenek merbok!

          Ekekekekekeke! Ekekekek!
          Tidak! Aku terus tekapkan bantal pada mukaku. Tetapi makin lama, suara nenek merbok makin kuat terkekek-kekek ketawa!
          “ Katil tiga..? tak tidur lagi..?? ekekekekeke…”
Jantung aku berdegup laju.. aku paksa tutup mata. Debaran dadaku makin lama makin kuat, makin lama jantungku seakan bunyi deram. kuatnya sehingga aku sendiri menahan dada. Aku takut nenek merbok tahu aku masih tak tidur lagi. Kalau nenek dengar debaran jantung aku habislah!

          Dug! Dug! Dug! DUG! DUG!DUG!
          Tolong la nenek! Aku dah tidur! Janganlah datang…
EEEkekekekek!! Ekekekeke… suara nenek merbok ketawa makin lama makin kuat! makin dekat dengan telingaku.. sudah.. apa pula nak jadi lepas ni? Tolong…
          “Tolong! Jangan ganggu aku! Tolong! Tolong! Mail, tolong! Ampunkan cucu nek! Ampun!! AMPUN!!”

SWOOSSH....... !!! Kah! Kah! Kah! Kah!
         
          Tiba-tiba badanku terasa seperti disimbah air. Apa lagi, melompatlah aku dari katil. habis basah lencun badan aku. Tiba-tiba di depanku berdiri seseorang, bukan seorang nenek tua. Tetapi orang yang aku gerunkan selama ini. Cikgu Shukor, warden Asrama kami. Siap berkopiah dan berkain pelikat. Sebelah kanan tangannya memegang baldi manakala sebelah kiri tangannya memegang rotan panjang.
          Di sekeliling katil pula penuh dengan kawan-kawan seasrama. Masing-masing seperti baru balik dari surau. Memandangku sambil ketawa berdekah-dekah!
          Ah sudah! Aku lihat seluruh tubuhku, masih memakai baju sukan. Sah aku mengigau lagi.“Kamu panggil saya nenek? Wah, bukan main lagi kamu ya? Sudahlah tidur petang, melangkau pula waktu maghrib dan isyak, kemudian panggil saya nenek pula! Lekas, hulur punggung kamu.”

Piap! Piap! Piap!

Artikel ini adalah karya penulis untuk koleksi cerita seram "Ghaib! 2 :Fenomena yang menjadi misteri.. " terbitan TintaRona Publication Sdn Bhd 2011.

KLThugs: Credit goes to saudara Salehudinayub Abd Latif, bestfriend gua yang share cerita ni masa menuntut di RMC.. oldboys kan... haruslah banyak cerita seram camni!!

Wednesday, September 14, 2011

Misteri lorong motosikal Federal Highway



MALAM itu saya ke Shah Alam untuk menghantar alat ganti komputer ke sebuah kedai. Alat ganti yang saya bekalkan tidak banyak dan bukanlah alat ganti yang besar. Kebanyakannya adalah alat ganti kecil dan beberapa jenis aksesori komputer yang lain seperti thumb drive, external hard disk ataupun pengecas bateri komputer riba. Menariknya, semua barang-barang ini adalah barang curi yang saya ambil dari kedai pembekal tempat saya bekerja. Keuntungannya amatlah lumayan. Sepanjang setahun saya melakukan kerja haram ini, saya tidak pernah tertangkap dengan bos saya.
          Setelah meletakkan semua barangan  ke dalam kotak motosikal, saya terus menghidupkan enjin motosikal bergerak melalui Jalan Hang Tuah dan terus masuk melalui Jalan Istana untuk susur keluar terus ke Lebuhraya Persekutuan. Seperti biasa, saya menggunakan laluan sikal sepanjang perjalanan saya. Saya terus tunggang motosikal empat lejang kepunyaan saya dan terus menuju ke destinasi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 25 minit.
          Apabila sampai sahaja ke destinasi pada jam 10.45 malam, pemilik kedai tempat saya bekalkan barangan komputer tersebut sudah tersenyum menyambut kehadiran saya. Kebiasaannya saya hantar barang-barang pada kedai tersebut pada malam Khamis. Oleh kerana pada minggu ini Rabu adalah cuti umum, saya menghantar pada hari Khamis. Setelah memberikan alat-alat ganti tersebut, saya memperoleh bayaran seperti yang telah dijanjikan.
          “ Wan, mari minum, saya belanja You.. ini malam ada promotion ladies night di Pub. Mari temankan I minum? Lepas minum you pulanglah, esok you cuti kan?” ajak pemilik kedai tersebut setelah menyerahkan wang. Saya mengangguk tanda setuju. Bukan senang tauke kedai ini nak keluarkan wang untuk belanja saya minum. Selepas memarkir motosikal dihadapan kedainya, saya berjalan bersamanya menuju ke pub.
          Lokasi pub tidak jauh dari premisnya. Dipendekkan cerita, selepas minum, saya pulang ke rumah. Selepas bersalaman dengannya, saya memecut motosikal menuju ke lebuh raya. Saya melihat jam tangan, sudah hampir pukul dua pagi. Sudah lewat. Jalan-jalan seluruh Shah Alam sudah mula lengang. Sebaik saya memasuki lorong motosikal, saya perasan, meter minyak sudah menunjukkan pada ‘E’. Saya terus berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak terdekat. Stesen minyak tersebut lengang. Sebaik saja selesai mengisi petrol, tiba-tiba kelihatan dari jauh lampu yang agak malap menuju ke stesen minyak yang sama. Motosikal jenis cup berwarna merah tersebut amat daif keadaannya, ditunggang pula oleh seorang lelaki tua dengan baju putih compang camping serta helmet berwarna kuning lusuh. Dalam hati saya tertanya-tanya ke mana agaknya arah tujuan lelaki tua ini. Dari raut wajahnya jelas menunjukkan lelaki ini sudah tua, dengan kedut di muka dan wajah yang muram. Perlahan-lahan lelaki tua ini berjalan menuju ke kaunter bayaran.
          Saya tinggalkan persoalan tersebut di stesen minyak kerana harus segera pulang. Saya terus menghidupkan enjin setelah mengisi petrol. Saya meluru masuk semula ke laluan motosikal. Dalam fikiran saya sudah terbayang sebuah kereta idaman saya kerana lagi beberapa bulan, dapatlah kumpul wang untuk saya bayar pendahuluan kereta.
          Lorong motosikal begitu gelap sekali. mujurlah lampu motosikal saya agak baik pencahayaannya. Dapatlah saya mengelak beberapa lopak yang saya rasa sudah bertahun-tahun tidak diselenggarakan. Sedang asyik saya menunggang, kelihatan jauh lampu brek malap di hadapan saya. Apabila motosikal tersebut berada di hadapan, saya terus memotong, dengan selambanya. Setelah saya potong motosikal tersebut, dada saya terus bergerak kencang. Perasaan gerun terus menyelubungi saya.
          Saya tersentak, motosikal yang baru saya potong tadi sama seperti motosikal yang saya lihat di stesen minyak. Pakcik tua, berbaju putih compang camping menaiki motosikal jenis cub. Tak mungkin! Mustahil!
          Ahh! Itu semua igauan saya saja! Ini mungkin pak cik yang lain pula. Haha.. saya terus pecut motosikal saya ke hadapan. Tiba-tiba saya terbau sesuatu yang harum pula. Bau harum seperti bunga. Ha, kali ini bukan saja dada saya berdebar, tetapi seluruh tengkuk saya sudah meremang-remang!
          Orang kata, kalau kita terbau harum, ada ‘sesuatu’ menghampiri kita. Ya Allah, takutnya! Sudahlah banyak pokok-pokok besar di sebelah kiri jalan. Kenapalah pihak berwajib negara kita ini menanam pokok-pokok besar di tepi-tepi jalan? Aduh! Bagaimana kalau ada langsuir yang bertenggek atas pokok tiba-tiba lapar menerkam penunggang motosikal? Bukankah kes naya tu?
          Sedang saya bermonolog dan menunggang di lorong motosikal yang gelap tersebut, keliahatan lampu brek berwarna merah malap sekali lagi di hadapan saya. Oh, tidak! Kelajuannya sama seperti motosikal yang baru sebentar tadi saya potong. Kali ini saya memberanikan diri memotong dengan perlahan-lahan.
          Motosikal jenis cup berwarna merah, sama seperti saya lihat tadi. Pakcik tua berpakaian compang camping, sama seperti saya lihat tadi dan yang paling penting, helmetnya juga sama. Berwarna kuning lusuh! Kali ini, pakcik tua itu tadi sempat menoleh dan melemparkan senyuman pada saya. Wajahnya amat menakutkan! Matanya terbeliak seperti mahu terkeluar biji mata! Tanpa membuang masa saya terus memecut motosikal saya sehingga hilang dari pandangan cermin sisi.
          Badan saya sudah berpeluh-peluh, walhal angin tongkahan arus amat sejuk sekali. sebaik melepasi menara TM di Kerinchi, kali ini dugaan yang lain pula terjadi, motosikal saya tiba-tiba terasa begitu berat. Kalau tadi saya tunggang melebihi 120km sejam, jarum penunjuk meter saya sudah turun ke 30 km sejam, padahal saya sudah pulas minyak pada kelajuan maksima!
          Saya jeling pada cermin sisi, saya amat terkejut! Rambut saya tiba-tiba kelihatan panjang berjurai-jurai. Tuhan saja tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Puas saya pulas minyak, tetapi motosikal saya masih terasa berat. Saya amat yakin, ada ‘sesuatu’ yang menumpang saya.
          Saya tekadkan hati. Saya membaca ayat kursi dan ayat-ayat lazim serta berselawat. Setelah beberapa ketika, akhirnya motosikal saya berfungsi seperti biasa. Saya terus pecut motosikal pulang ke rumah. Tanpa membuka kasut, saya melompat terus ke atas katil dalam bilik teman serumah saya dan terus menyelubung di dalam selimut. Tubuh saya menggigil, saya pejamkan mata rapat-rapat. Rakan serumah saya terkejut dengan perlakuan saya, segala pertanyaannya tidak saya hiraukan, saya amat ketakutan!

          Keesokan harinya, saya mengalami demam panas yang teruk. Peristiwa tersebut menginsafkan saya supaya tidak lagi melakukan kerja yang mendatangkan hasil yang haram. Selepas dari kejadian tersebut, saya sudah berubah dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Artikel ini adalah karya penulis untuk koleksi cerita seram "Ghaib! 2 :Fenomena yang menjadi misteri.. " terbitan TintaRona Publication Sdn Bhd 2011.
KLThugs: Cerita ni berdasarkan pengalaman rakan gua yang berlaku kira-kira 3 tahun lalu beb!

Friday, September 9, 2011

Melayu di ambang Murtad

Murtad dalam definasi kamus bermaksud meninggalkan (“keluar”) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.


Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.


Kes-kes Murtad yang hangat di Malaysia

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan story ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.



Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 menjangkau 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.



Statistik Permohonan Tukar Agama


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:-

1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.



Kes Aisyah binti Haji Bukhari.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia. Duduk di Lembah Keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia telefon pada 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian,” katanya. Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu me min ta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan:-
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

- Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
- Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik“.

Kita tak boleh buat apa-apa kerana Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syarak akan terbatal.
Maksud agama rasmi Malaysia iaitu Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, perasmian parlimen dll dan tidak lebih daripada itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi, agama…semuanya tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.


Kes Hartina binti Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya ke KL sewaktu 19 tahun untuk mencari kerja. Tidak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya sebagai Hindu dengan mencalitkan nandek di dahi. Malahan, anak yang sudah kafir itu, mencabar bapanya dengan memperlihatkan dirinya, kekasih dan kawan-kawan kekasihnya berpeluk-pelukan di dalam restoran. Haji Kamarudin takek tengkuk kekasihnya itu. Menggelupur terus lelaki itu di depan restoran.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan kekasihnya sampai pengsan. Adik lelaki Hartina yang berumur 16 tahun turut dibelasah kerana cuba menyelamatkan akidah kakaknya di depan restoran tempat bapanya berniaga.
Apa Hartina buat ketika itu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report mengatakan bapanya memukul kekasihnya. Selama 14 hari Haji Kamarudin dan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap akibat report Hartina, anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tidak cukup dengan itu, disaman pula bapanya RM3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Dia juga menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari iaitu nama untuk agama barunya iaitu agama Hindu.
Semasa masih terlantar di hospital (akibat dipukul), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana kekasih Hartina yang beragama Hindu itu, ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Haji Kamarudin, anak dan anak saudaranya dikurung ke lokap sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin juga dikenakan pelbagai tuduhan. Setakat itu saja, sudah 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kes melibatkan Yusof bin Abdullah.
Saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal mengikut agamanya yang dahulu, Santana. Mempunyai seorang isteri, anak lelaki bernama Sunjay (if not mistaken) yang berusia 2 tahun ketika itu. Yusof mengajak isterinya memeluk Islam sementelah abangnya juga lebih 20 tahun memeluk Islam. Isterinya menolak. Yusof bawa anaknya peluk Islam dengan nama Mohamad Sya zani bin Yusof. Selama 2 tahun dia hidup dua beranak.
Selepas 2 tahun, bekas isterinya (yang masih memeluk Hindu) datang dan melarikan anaknya ke KL bersama kekasih barunya. Yusof segera ke mahkamah syariah Alor Setar, min ta keluarkan perintah hak penjagaan ke atas anaknya.
Melalui surat hak penjagaan mahkamah, Yusof ke KL dan ambil semula anaknya. Bekas isterinya pula pergi ke mahkamah tinggi KL min ta hak penjagaan anak. Mahkamah tinggi meluluskan per min taan wanita ini. Namun, dia buat report polis bila tidak dapat ambil anaknya itu. Tahu polis buat apa? Polis cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap selama 8 hari. Sya zani dipulangkan pada emaknya.
Hari ni, Sya zani kembali menjadi Hindu. Tak cukup dengan itu, bekas isteri Yusof, memohon kepada mahkamah tinggi agar batalkan perintah hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah syariah Alor Setar kepada Yusof.
Kes Suzie Teoh pula.
Dalam kes Suzie Teoh iaitu budak perempuan Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya yang marah, menyaman anaknya itu dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan seterusnya mengheret anaknya ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada makamah, agar pengisytiharaan anaknya ke dalam Islam dianggap tidak sah.
Ketika itu, Tun Salleh Abas yang bertindak sebagai hakim, seorang yang alim dan warak. Apabila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun Salleh Abas menangis. Terpaksa buat pengisytiharaan ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibu bapanya selagi belum cukup umur 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena min ta kebenaran ibu bapa. Suzie Teoh yang memeluk Islam ketika 16 tahun dianggap tidak sah’.
Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail itu selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, selepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka semula kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Mahkamah ketika itu mendapat liputan meluas dengan wartawan tempatan dan wartawan asing yang mahu mendengar keputusan Suzie Teoh.
Suzie yang baru berumur 18 tahun, sambil menangis berkata, “Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini”. Maka Tun Salleh Abas dengan bangganya mengisytiharkan pengIslaman Suzie itu sah dengan nama barunya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir yang paling teruk adalah kes saudara kita, Ibrahim.
Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
Terjadi pada malam hari Valentine 14 Februari, sewaktu anak Melayu kita yang Islam bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Ibrahim bukan saja dipancung kepalanya sehingga putus malahan tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa min ta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk, darah mereka masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu dan bukan kerana dia Islam. Dalam s eja rah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula s eja rah Islam mengenai Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan mata. Amar diugut supaya menukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar berkata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula daripada bawah tembus ke jantung dan mampu berkata, “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Akhirnya mengikut s eja rah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap”. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (kalau tak silap).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ini sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebiji, 70 ribu Melayu tak sembahyang di Stadium Shah Alam. Belum kira yang di rumah, leka melayan siaran langsung perlawanan bola.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir (iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir). Sebelum mati, dia meninggalkan wasiat yang ditulis dengan emas di London . Dia berkata, ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam‘.

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, pada 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung ketika itu tumbang di tangan Kristian. Pada 1511 kerajaan Islam Melaka pula tumbang. Kemudian, jatuhnya kerajaan Islam Pattani, kerajaan Islam Kedah, kerajaan Islam Mindanao, kerajaan Islam Acheh dan semuanya tumbang satu demi satu.



Macamana perkara ini boleh terjadi?
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok s eja rah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap eja an), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?
Ia dinamakan sebagai gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia . Menggunakan kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita.


Contoh penyebaran melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian Melayu muslim tempatan yang mencer min kan Kristian muslim Melayu s eja ti…’Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian’.

Cara kebajikan pula, hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulan, palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisma.Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Di konsert, di panggung wayang, di kelab-kelab malam, malahan terikut-ikut dalam pergaulan seharian kerana orang Melayu kita suka bermegah dengan sikap kebaratan. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati untuk menanganinya.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan penulisan ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, penulisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Ini lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

p/s: gua dapat content ni daripada sumber facebook.. tidak memiliki sebarang pemilikan dalam kontent sekadar mau abadikan dalam KLthugs blog..

Hantu-hantu berkeliaran di Utusan Karya, Bandar Baru Bangi

Suatu Hari, di suatu ketika, saat yang lalu...

JAM sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Matahari amat terik memancar cahayanya di luar pejabat Utusan Karya Kompleks Utusan Bandar Baru Bangi. Bahang cuaca di luar pejabat tidak memberi apa-apa kesan terhadap keharmonian yang sedang berlaku dalam bangunan satu tingkat ini. Hal ini berikutan sistem penyaman udara pejabat berfungsi dengan baik sehinggakan penulis terpaksa memakai baju sejuk. Masing-masing sibuk menghadap komputer dan mengetuk papan kekunci sambil diselang-seli bunyi deringan telefon yang kunjung tiba.
          Selepas beberapa ketika, kawasan dalam pejabat Utusan Karya tiba-tiba bertukar hangat! Masing-masing bangkit daripada kerusi empuk kusyen hitam kuning berjalan berbondong-bondong menuju ke dalam dewan makan. Hampir semua kerusi-kerusi empuk di bahagian masing-masing kosong! Suasana pejabat yang tadinya harmoni bertukar kecoh! Wartawan Mastika, Kairul Anwar Yusop mula-mula menarik perhatian penulis dengan berlari anak-anak sambil tersengih-sengih macam kerang busuk menuju ke dewan makan.
          Penulis yang terpinga-pinga segera mengikut rakan-rakan pejabat lain menuju ke dalam dewan makan. Kelihatan Ruhaya Abdul Hamid mula-mula sampai selaku wartawan cemerlang di tempat kejadian kerana mendapat pesanan ringkas daripada rakan-rakan seangkatan ‘GBS’ menerusi talian BlackBerry Messenger yang baru dibelinya setelah mendapat bonus tahun lepas. Di sudut lain pula kelihatan Mohd Rizal Bujang sedang berbual dan menyakat Mohd Farid Elias yang dari tadi menyikat rambutnya yang ikal.
Ruang kerusi meja makan telah dipenuhi. Peliknya, meja-meja makan itu tadi dilapikkan dengan kain batik. Mungkin aktiviti pemujaan sedang berlaku dalam dewan yang padat dengan orang-orang di sini? Sebelum penulis melangkah masuk ke dalam dewan tadi, hidung penulis ditusuk aroma pulut kuning yang harum. Gilai tawa mula didengari di sana sini. Yang pastinya hilaian tawa Aqilah Nasihah Raban, Setiausaha Sulit En Badrul Azhar adalah yang paling mengerikan.
Penulis jadi seram sejuk! Bukan sebab ngeri terdengar gilai gadis comel ini, tetapi suhu dewan makan hampir mencecah suhu tahap beku! Apa yang sedang berlaku? Hampir semua orang macam tak sedar diri ketawa terkekek-kekek. Mereka semua kena sampuk kah? Apa kena pula dengan kain batik atas meja dan pulut kuning? Untuk dipersembahkan kepada siapa? Mungkin sedang berlaku ritual mistik padahal beberapa ketika tadi suasana pejabat begitu harmoni. Penulis mengokot sambil mata meliar memandang tiap pelosok dewan yang sederhana besar itu.
Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh umur memakai baju bunga-bunga pelangi berdiri dari tempat duduk di tengah-tengah keramaian. Keadaan menjadi hening seketika, seluruh mata dalam dewan memandang kepada wanita anggun tersebut. Wanita anggun itu ialah Ketua Unit Majalah Keluarga,  Normala Hamzah, bukanlah seorang bomoh atau pawang.
“Hari ini Team Majalah Wanita berbesar hati dapat menjamu anda semua makan sempena prestasi majalah yang meningkat kebelakangan ini. Alhamdulillah!”
          Fuhh..! Lega hati penulis! Ada majlis makan-makan rupanya, ingatkan ada orang kena sampuk! Mana taknya, sejak kebelakangan ini sering saja kedengaran wujudnya entiti paranormal yang menampakkan kehadiran mereka di ruang-ruang yang luas di pejabat kami.
          Benar! Dakwaan ini bukan dakwaan yang tidak berasas! Dengar cerita kononnya beberapa wartawan langsung tidak muncul-muncul selepas terserempak dengan lembaga yang mengerikan di pejabat.
          Ada beberapa warga kerja Utusan Karya khabarnya bertemu dengan kelibat lembaga aneh semasa bekerja lebih masa menyiapkan artikel di pejabat. Baru-baru ini penulis sempat berbual-bual dengan orang kuat NUJ, iaitu Tuan Presiden yang segak, saudara Latip Mat Radzi yang juga Artis Grafik untuk Majalah Al-Islam. Menurut cerita saudara Latip, dia sering terserempak dengan kelibat lembaga seorang wanita tua yang berjalan terhegeh-hegeh di perkarangan tandas..
          “Wajahnya hodoh! Sangat hodoh! Abang terserempak perempuan tua tu masa berjalan menuju ke tandas. Tapi abang buat tak nampak je. Takkan nak tegur pula kan?” katanya lagi. Menurut tok imam merangkap tok bilal serta tok siak surau Utusan Karya ini, peristiwa itu berlaku ketika dia bekerja lebih masa di pejabat. Lebih-lebih lagi tuntutan bebanan kerja yang menginjak jam 12 tengah malam.
          Selain saudara Latip, Puan Jem dan Puan Izan dari cleaning department turut mengadu perkara-perkara aneh berlaku semasa kedua wanita elegan ini membanting tulang melakukan kerja-kerja pembersihan ruang pejabat Utusan Karya.
          “Akak tak pernah pula terserempak, tapi pernahlah ‘rasa-rasa’ kehadiran ‘benda’ itu.” Jelas Puan Izan ketika ditemu bual penulis.
          “Ada sekali dua ketika akak sedang nak bersihkan tandas lelaki, tiba-tiba jamban bahagian tengah dengan tak semena-mena ‘flush’ dengan sendiri. Nak kata ada orang, baru pukul 6.30 pagi padahal waktu pejabat hanyalah bermula pukul 9.00 pagi.” Katanya dengan mata yang terbeliak.
          “Pengalaman lain pula berlaku ketika akak sedang mengemop lantai pantry pagi-pagi. Tiba-tiba telefon berbunyi di bahagian meja Harmoni. Mula-mula bunyi sekali, akak buat tak endah saja, tapi bila dah dua tiga kali berdering akak pun angkat ganggang. Akak ingat siapalah yang agaknya yang ada urusan penting telefon pagi-pagi ni namun tiada suara atau nada yang menyahut. Panggilan sesat agaknya!” Jelasnya dengan panjang lebar.
          Selepas dari kejadian tersebut, apabila telefon berbunyi, bulu roma Kak Izan pasti meremang, tapi bila dah selalu sangat, wanita yang berasal dari Masjid Tanah ini sudah lali dengan gangguan-gangguan panggilan sesat tiap kali bertugas pada awal pagi.
          “Nak cari story untuk Mastika ke? Cuba tanya Fadhil. Fadhil pun ada pengalaman jumpa dengan entiti paranormal di pejabat ini.” Cadang wanita berkulit kuning langsat ini lagi. Tanpa membuang masa penulis segera bertemu dengan wartawan sensasi Majalah Mangga ini. Sebaik ditanyakan soalan, Fadhil agak tergagap-gagap menjawabnya.
          “I takut nak cerita, seram! Eee..” kata Fadhil sambul mengurut-urut dadanya. Dari riak wajah Fadhil, kelihatan jejaka yang berasal dari Pantai Timur ini agak trauma terhadap kejadian yang menimpa dirinya beberapa bulan yang lalu. Setelah dipujuk berkali-kali, Fadhil akhirnya berkongsi juga pengalaman mistiknya dengan penulis.
          “Masa tu kami deadline, team Mangga bekerja hingga larut malam. Sedang I sibuk menaip story, tiba-tiba I rasa nak buang air kecil. Lepas tu I bangunlah terus pergi toilet.” Jelas Fadhil memulakan bicara.
          “Pintu tandas lelaki kan bertentang dengan tandas wanita. Sebaik saja I selesai berhadas, I pun cucilah tangan sambil suluh muka di depan cermin tandas yang besar tu. Kebetulan pintu tandas wanita tidak bertutup. Begitu jugalah halnya dengan pintu tandas lelaki.” katanya dengan bersungguh-sungguh.
          “Bila dah suluh muka tu depan cermin, dengan secara tak sengaja haruslah nampak tandas wanita yang dah sedia terbuka pintunya. Dengan sekilas pandang, I perasan rupa-rupanya ada suatu lembaga sedang berdiri di hadapan cermin tandas wanita. Wajahnya tunduk ke lantai!” tambah Fadhil lagi. Kali ini matanya dijegilkan.
          Menurut Fadhil, susuk tubuh lembaga tersebut menyerupai salah seorang grafik artis bertaraf otai di UKSB yang juga seorang pemilik blog yang paling glamor di Gemencheh, Negeri Sembilan.
          “Ya, macam abang Jang! Mula-mula I ingat Abang Jang yang berdiri depan cermin tu, tapi mana ada orang malam-malam buta ni melainkan Team Mangga yang tinggal di pejabat berperang untuk deadline!” Jelas Fadhil lagi.
          Bertalu-talu persoalan yang menusuk ke minda penulis. Apakah jelmaan yang Fadhil lihat itu merupakan penunggu yang sama seperti yang dinyatakan oleh Saudara Latip? Atau jelmaan ‘belaan’ grafik artis otai tersebut? Amat mustahil seorang yang berpekerti mulia seperti saudara Jang mengamalkan ilmu hitam dan perkara-perkara ghaib. Sepanjang mengenali saudara otai ini, banyak pelajaran liku-liku kehidupan yang sering dikongsi pada penulis. Mustahil Jang membela makhluk halus! Kita tunggu sahaja penjelasan rasmi daripada abang Jang ataupun nama seperti di kad pengenalannya iaitu Azman Taha di Penanggah.blogspot.
          Selain Fadhil, brader skodeng dari team Mangga turut tidak terlepas menjadi mangsa penampakan entiti halus. Brader skodeng atau nama timangan manja Nuek Chikanos dikatakan selamat daripada gangguan halus tanpa mengalami trauma. Mana taknya, kalau penulis adalah seekor hantu, penulis pun takut dengan Nuek! Mahu hantu pula yang trauma kalau jumpa Nuek!
          Selain kelibat entiti yang sering menonjol pada waktu-waktu tertentu, aktiviti paranormal turut terjadi selepas tamatnya waktu kerja. Sejak setahun yang lalu, hampir kebanyakan staf lelaki dirasuk hantu selepas peruntukan Kelab Sukan dan Rekreasi memutuskan untuk membeli sebuah meja pingpong. Staf-staf lelaki ini akan mula bermain menentang sesama sendiri hinggalah masing-masing tidak sedar azan Maghrib berkumandang. Kadang-kadang tengah azan itu jugalah permainan sedang ‘tie-break’. Beberapa staf yang dirasuk roh ini tadi ada kalanya sering dimarahi isteri masing-masing kerana lewat sampai rumah atau lewat jemput balik kerja. Bahayanya, hantu-hantu pingpong itu tadi boleh merasuk setiap staf yang singgah menonton. Tiap kali gaji, ada sahaja di kalangan penonton membeli bat pingpong untuk menyertai ‘ritual’ ini.
          Melihatkan begitu banyak kehadiran entiti-entiti yang hadir di pejabat Utusan Karya, penulis yang juga seorang wartawan Mastika (yang sering dilabel sebagai majalah Mistik nombor satu) berpakat dengan Saiful Rizal Shariff (wartawan majalah Infiniti) untuk merungkai misteri ini. Pengalaman beberapa musim mengendalikan slot cerita seram dan mistik di majalah masing-masing menyebabkan kami sepakat untuk menghubungi seorang pawang yang dikhabarkan luar biasa hebatnya. Ya, memang ramai sebenarnya bomoh-bomoh yang handal di kalangan warga kerja UKSB sendiri, namun begitu penulis mengalami beberapa masalah ketika meminta bantuan bomoh-bomoh ini tadi.
          Mengikut sejarah semasa Utusan Karya beroperasi di Taman Shamelin dahulu, hantu-hantu yang menghuni kawasan tersebut berjaya ditangkap melalui sedutan botol soya oleh warga kerja sendiri iaitu saudara Firhat Yasir. Penulis beberapa kali memujuk saudara Firhat untuk membantu menghalau hantu kali ini di Utusan Karya tapi malangnya saudara Firhat Yasir sudah beberapa tahun meninggalkan arena sedut-menyedut hantu ini, skil pun dah lupa.
          “Lupakanlah, kau carilah bomoh lain. Pengeras aku dah mahal sekarang, lagipun mana kau nak cari botol soya ‘Yeo’s’? Kalau ada, aku boleh tolong buatkan.” Begitulah antara alasan anak jati Selayang ini berdalih apabila penulis menyuarakan hasrat.
          “Tak apa, aku kenal pawang baik punya! Namanya Wak Temulawok. Esok lepas kerja dia sampai dari Sungai Lembing, Kuantan. Kau tunggu ajalah!” tiba-tiba Saiful teringat salah seorang contact yang pernah memberi kerjasama dengannya dahulu.

Kehadiran Wak Temulawokk


          Hari dijanjikan pun tiba. Selepas subuh, pawang yang dikhabarkan hebat bab menghalau hantu memulakan sudah siap dengan tempayan, kemenyan berserta keris dan limau. Mula-mula Wak mengasap-asap seluruh kawasan pejabat dengan kemenyan.
          “Ado tigo jo.. tok rame, sonang ajo nih!” katanya sambil tersengih. Giginya rongak. Suasana yang sunyi kini seram sejuk! Wak yang dari tadi jalan mendada tiba-tiba mengokot. Mungkin Wak sudah rasuk?
          “Tu..tutup aircond bulehh?? Se.sejukk!!” katanya sambil menggigil.
          Lokasi pertama yang dituju adalah tandas lelaki. Selepas kemenyan dibakar dan di asapkan, tiba-tiba Wak Temulawok terus bersila dan terkumat kamit membaca mantra.
          “Mlawok, Mlawok, Mlawok..” berulang-ulang kali. Tiba-tiba mata Wak terbeliak!
          “Hah, tu dia! Haiiihhhhhhh!!!!!” tak semena-mena muncul kepala berambut panjang dari bahagian sisi tandas. Kepala tersebut tidak berbadan yang hanya tinggal isi badan yang sudah berceramuk melayang terbang menuju ke arah Wak Temulawok.


          “Hiyarghhh!! Kapunden karang-karang bilawakkk....  TEMMULAAAWOKKKKK!!!” Wak Temulawok terus menangkap kepala tersebut dan masuk ke dalam tempayan.
          “Ada sekor lagi, yang ni pocong.. haiiippppp!!!” tiba-tiba pocong terus melompat keluar dari tandas jamban tengah. Penulis terpinga-pinga memandang hantu bungkus itu keluar dari mana penulis tak tahu. Tiba-tiba Wak dengan segera memeluk hantu pocong itu dan terus memasukkan ke dalam tempayan.
          “Selese sudoh sini.. kedepe pulok!” kata Wak sebaik menangkap hantu yang dipercayai penanggal itu. Lalu kami terus ke bilik pingpong. Tanpa membuang masa, Wak Temulawok terus membakar kemenyan dan membaca mantra.
          “Punoh, punoh wehh!! Dio buak gini pulokk!!” tiba-tiba Wak menggeleng-geleng kepala. Menurut Wak, hantu yang sering merasuk staf-staf ini yang paling kuat. Tiba-tiba Wak ketawa sendirian. Kemudian dia bercakap seorang diri. Kemudian dia ketawa lagi hinggalah beberapa minit, Wak berbisik sesuatu pada kami.
          “Hantu Tino gini, guano? Ajak lawe pingpong deh! By the way her name is Sally” kata Wak sambil tersenyum. Menurut Wak lagi, hantu tersebut merupakan puntianak yang sudah kematian suami. Melalui komunikasi yang berlangsung antara Wak dan Sally, puntianak tersebut mahu perlawanan pingpong dilangsungkan. Perlawanan ini perlawanan satu lawan satu di mana Sally meminta kelebihan mata handicap sebanyak 10 markah. Sekiranya Wak berjaya mengalahkan Sally, Sally dan rakan-rakannya yang menghuni kawasan UKSB akan tinggal dalam tempayan dan menjadi penunggu.
          Beberapa ketika kemudian kemenyan dibakar lagi. Dengan tak semena-mena terdengar ngilaian yang nyaring dari hujung sudut bilik. Tiba-tiba Sally pun muncul dengan kain kapan berjuntaian berserta bat pingpong jenama butterfly.

           Kemudian perlawanan pingpong pun berlangsung antara Sally dan Wak Temulawok. Permulaan permainan agak perlahan namun beberapa kali permainan kelihatan begitu rancak dengan masing-masing berbalas smash. Wak Temulawok kelihatan agak tercungap-cungap membalas serangan Sally bertubi-tubi. Namun Wak langsung tidak hilang fokus sepanjang permainan berlangsung.

         
Akhirnya dalam masa 15 minit, Wak berjaya mengalahkan Sally. Walaupun diberi kelebihan 10 mata, Sally tak mampu menumpaskan Wak yang begitu handal ‘menjawab’ bola potong atau bola silang. Sebaik Wak mencapai mata akhir dan memenangi perlawanan, puntianak yang selama bertahun menghuni di Utusan Karya berjaya dikurung di dalam tempayan bersama-sama dengan hantu penanggal dan pocong tadi.

          Akhirnya entiti-entiti yang selama ini mengganggu operasi seharian UKSB berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam tempayan besar oleh Wak Temulawok. Namun satu perkara yang mengejutkan penulis apabila tempayan itu tidak boleh dibawa keluar daripada bangunan ini. Menurut Wak, tempayan itu akan kekal berada di ruang pejabat UKSB sampai bila-bila dan menjadi penunggu.
          Sebelum pulang Wak sempat berpesan pada penulis bahawa bila-bila masa sahaja tempayan itu bisa bocor dan penunggu dalam tempayan itu akan kembali keluar dan mengganggu warga kerja UKSB.
          “Kalu jaga jemaah di surau, InsyaAllah tempayan itu tak bocor,” pesan Wak Temulawok sebelum pulang ke Sungai Lembing.

P/S: Sebenarnya kisah ini adalah kisah benar. Bahagian jemputan Wak Temulawok hanyalah imaginasi penulis. kebetulan wak Cat Farish agak free untuk photoshoot, penulis pun sauk dia jadi model kejap. Oh ya, plannya artikel ni ditulis untuk tinta, tapi sebab tokey Zulkarnain Zakaria bilang cerita ni terlampau merapu, maka penulis rasa elok diabadikan di sini...

KLTHUGS: Pernah diganggu ketika bertugas di office..perghh!! tak perlu diceritakan