Tuesday, May 31, 2011

Justin Bieber agenda Yahudi?


BULAN lalu, penulis telah beberapa kali melalui lebuh raya lingkaran tengah dua. Berulang kali jugalah penulis terpandang sebuah papan iklan di flyover simpang menuju ke Pandan Jaya dan Taman Cempaka, Ampang Jaya. Papan iklan tersebut mempromosikan sebuah produk pencuci muka jenama antarabangsa. Menariknya, syarikat produk kecantikan tersebut menggunakan khidmat artis muda yang sedang meletup-letup namanya sebagai duta produk tersebut. Siapa lagi kalau bukan Justin Bieber!
Hah, apa yang menariknya? Tak ada apa yang menarik pun dengan papan iklan itu! Tetapi penulis berasa pelik, artis muda tersebut baru berumur 17 tahun, mukanya licin jambu, tapi oleh kerana populariti luar biasa penyanyi remaja tersebut, dia dilantik menjadi duta sabun pencuci muka. Lucu, suaranya pun masih belum pecah atau akil baligh!
            Begitulah rakusnya kapitalis-kapitalis di barat mengambil kesempatan terhadap setiap fenomena yang berlaku di dunia ini. Ada saja sumber yang boleh memenuhkan poket, pasti dieksploitasi selumat-lumatnya.
Nanti dulu, jangan salah faham! Penulis bukan nak menghentam hak syarikat kecantikan tersebut melantik budak-budak sekolah jadi duta. Lagipun mereka dah keluar duit beratus ribu dollar untuk mengeksploitasi budak itu, terpulanglah pada mereka. Betul tak?
            Tetapi secara peribadi penulis berasa kasihan pada beribu-ribu pengguna lebuh raya berkenaan setiap hari. Terpaksa mempercayai keberkesanan produk tersebut kerana yang pegang pencuci muka itu ialah Justin Bieber. Kalau nak muka jambu macam Justin Bieber, kena pakai produk mereka.
            “Arghh!! Justin Bieber, Justin Bieber! Menyampah!” keluh seorang teman penulis yang amat meminati muzik rock kapak. Teman penulis memang anti dengan Justin Bieber. Naik jelak dengan terlalu banyak kisah Justin Bieber dalam talian internet.
“Kau tengoklah, muka depan surat khabar kita pun muka dia. Buat persembahan kat stadium penuh, tapi kualiti apa pun tak ada! Menyampah aku dengan budak jambu ni! Meluat!” bentak teman penulis pada suatu hari. Ish, kenapa nak bengang sangat, teman penulis ni bukan seorang artis atau penggiat seni. Apa yang menyampah sangat dengan Justin Bieber pun penulis tak faham.
Masakan tidak, kalau tak ada kualiti takkanlah penuh stadium semasa budak jambu ini membuat persembahan di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu? Mestilah ada kualiti geng, 17 ribu tiket habis dijual! Siapa setuju Justin Bieber tak ada kualiti? Mestilah ramai yang tak setuju!
Apabila disogokkan kenyataan demikian, teman penulis hanya menggeleng-gelengkan kepala. Teman penulis senyum sinis dengan penyataan penulis.
“Lu buka internet, kasi buka Youtube, cari dia punya video. Berapa ramai yang kasi hentam? Sana bacalah kawan!” sindir teman penulis. Hm, benar dakwaan teman penulis, salah sebuah video klip terbaru Justin Bieber mendapat respon yang amat luar biasa di laman sesawang Youtube.com. Namun kebanyakannya menandakan ‘tidak suka’ pada klip video tersebut.


KLIK Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
 

Ok, jangan marah wahai teman. Penulis telah pun merujuk kepada beberapa portal hiburan termasuklah beberapa wartawan hiburan di Utusan Karya. Rata-ratanya memberi gambaran negatif terhadap persembahan  Justin Bieber. Ramai yang menyatakan dalam portal mereka bahawa persembahan Bieber biasa-biasa sahaja. Ada pula yang mengatakan budak ini besar kepala dan berlagak bagus kerana menghalang para wartawan daripada mengambil gambar semasa tiba di lapangan terbang. Ahh.. tenanglah, dah nama pun artis antarabangsa.
Mereka dah muak dengan kehidupan yang dipenuhi simbahan lampu flash kamera di negara sendiri. Takkanlah datang negara orang pun dapat simbahan lampu flash juga? Kenalah kita sambut dengan simbahan air mawar serta paluan kompang! Tak gitu wartawan-wartawan hiburan Malaysia?
Ini Aksi Bieber..

Ini Pula Aksi anak-anak kita..

Hah!! sah anak-anak kita..!
            “Tolong sedar wahai bangsa Malaysia, sila kaji kemasukan hiburan ke tanah air, Justin Bieber salah satu agenda yahudi dan barat untuk merosakkan anak Melayu. Tolong cari siapa dalang di sebalik ‘Justin Bieber’.”
            Hah, ini SMS yang penulis terima daripada salah seorang pembaca. Pembaca ini menggelar diri sebagai Elle. Eh? Apa yang dimaksudkan oleh Elle? Dalang di sebalik ‘Justin Bieber’? Ahh, jangan kata Justin Bieber ini propaganda yahudi atau barat untuk menghancurkan orang Islam di Malaysia!
            Penulis nak beri angka pada Elle. 17000. Tolong baca semula Elle, berapa kosong selepas nombor 17. Ya, 17 ribu. Ini fakta angka, kalau Elle tak suka, 17 ribu kepala-kepala inilah yang hadir konsert Justin Bieber. Penyokong kuat Justin Bieber memang ramai di Malaysia!
            “Jangan banyak cerita, tulis fasal Ludacris sama Scooter Braun..” kata teman penulis. Ludacris? Apa tu? Jenama kereta ke? Atau jenama coklat antarabangsa? Apa kena mengena antara Ludacris dan budak jambu bernama Justin Bieber ni?

LUDACRIS

SIAPA suka tonton filem sekuel Fast and Furious pasti kenal dengan watak Tej Parker. Ya, watak gila-gila seorang bekas pelumba kereta haram yang merupakan rakan baik watak polis menyamar (Brian O’Conner) yang dimainkan oleh Paul Walker. Watak Tej sentiasa ditunggu-tunggu penampilannya dalam sekuel filem lumba kereta yang popular ini. Lantaran itu pada tahun 2011, watak Tej Parker dihidupkan semula membantu pasukan Dominic Toretto merompak wang haram milik ahli politik Sao Paulo, Brazil.
Itu satu. Sebelum terkenal di layar perak, lelaki berbibir tebal ini lebih dahulu dikenali sebagai seorang penyanyi rap di Hollywood. Berasal daripada Illionis, Amerika, penyanyi rap yang juga bekas DJ radio ini amat dikenali dengan dengan imej budak nakal yang sering menyanyikan lagu-lagu rap berunsur lucah.
            Lucah? Betul! Lucah! Rasanya tanpa memerihalkan kehidupan rapper ini dengan lebih mendalam, rata-rata peminat Ludacris sedia maklum isi kandungan tiap bait lirik penyanyi ini kebanyakannya berunsur lucah. Sila cari dalam talian internet klip-klip video penyanyi rap ini. Kalau ada unsur yang baik, lampirkan video tersebut menerusi e-mel kepada penulis. Oh ya, perlu disertakan bersama lirik dan maksudnya sekali ya?
            Buat anda yang tidak mempunyai talian internet, teruskan membaca perihal Ludacris ini. Penulis bukan membuat dakwaan membuta tuli. Tetapi inilah faktanya. Pada awal tahun 2000, lelaki berketurunan afro-amerika ini memulakan langkahnya merakamkan lagu-lagu berunsur lucah dalam album berjudul  Back for the First Time’.
            Ini bukti pertama. Lagu ‘What’s your fantasy?’ duet bersama seorang penyanyi seksi Shawna. Hah, melihatkan saja tajuknya sahaja dah menggambarkan bagaimana lagunya bukan? Tak apa, penulis lampirkan sedikit sedutan lirik bahagian korus lagu ini untuk gambaran secara ringkas.
‘I wanna li li lick you from the top to the toe/ and i wanna move from the bed down to the floor/ I wanna ah ah I make it sound good you don’t wanna leave/ but i want to kn kn kn knows your fantasy’
            Ok, cukup.. keseluruhan lirik ini biarlah penulis simpulkan. Ia hanyalah sebuah lagu fantasi seksual Ludacris yang dihuraikan secara ekspresif, dengan penuh terperinci. Rapper ini mahu melakukan hubungan kelamin bersama gadisnya di belakang bilik VIP kelab malam dengan bermain krim putar, di tempat duduk paling belakang panggung wayang, di dalam tab mandi, di atas lambakan buku-buku di perpustakaan, serta di belakang Rumah Putih. Selain itu negro poyo ini turut menyatakan mahu melakukan hubungan seksual di tandas awam, di taman bunga, serta di dalam bilik darjah.
            Hah, patutlah banyak betul video-video rakaman amatur anak-anak muda kita bertebaran di internet. Idola mereka sendiri menyuruh mereka buat aksi-aksi tak senonoh di tempat awam. Dalam bilik darjah? Siapa yang guna bilik darjah? Takkan eksekutif bank atau peniaga madu lebah di pasar malam? Sudah tentulah budak sekolah! Setuju? Lebih menggemparkan pada ayat terakhir rangkap lagu dinyatakan ‘..like up on the roof roof roof tell your boyfriend not to mad at me.’
            Wah, sah memang lagu ini tidak diciptakan untuk menghangatkan hubungan romantis suami isteri. Ada sesiapa dapat tangkap maksud rangkap terakhir lagu ini secara metafora?
Klip: What's Your Fantasy
            Itu baru satu lagu. Ludacris banyak rakam lagu yang macam ni. Pada tahun 2003, jembalang ini muncul dengan single yang seterusnya yang berjudul P*ss* Poppin’ (P-Poppin) menerusi album ‘Chicken n Beer’. Terang lagi bersuluh, jembalang tanah ini seakan menemui formula bagaimana melariskan jualan album. Ya, imej budak nakal berhasil! Single menggunakan tajuk lagu alat sulit wanita meraih jualan album yang memberangsangkan iaitu sebanyak 2.7 juta unit.
Klip Pussy Poppin versi cencored..

            Jika pembaca masih tak percaya dakwaan penulis yang jembalang ini jaguh muzik porno, sila cari lagu single  album ini yang seterusnya iaitu ‘Splash Waterfalls’. Cari sendiri makna lirik lagu dan pastinya pembaca bakal terkejut beruk dengan kata-kata lucah di setiap bait-bait lirik.
Klip Splash Waterfalls

            Bukan sekadar bait-bait lirik berunsur lucah, malah jantan negro ini turut merakamkan sebuah klip video menghisap ganja di sebuah gudang penanaman ganja. Sambil menyedut dan menghisap gulungan rokok ganja, jantan negro ini terkinja-kinja menunjukkan gudang tanaman ganja tersebut kepada kamera. Hah, seks, dadah dan alkohol. Rasanya tak perlu penulis ulas perihal jembalang ini mempromosikan minuman kencing setan itu. Berlambak dalam klip videonya.
Klip Blueberry Yum-yum, aksi menghisap ganja..

            Itu baru dua tiga lagu, padahal jembalang ini dah buat  rakam album sebanyak tujuh buah, tak termasuk yang bakal menerjah pasaran Malaysia tahun ini iaitu album terbarunya yang berjudul Ludaversal. Bila-bila masa saja daripada sekarang!
            Berbalik kepada Justin Bieber, apa signifikannya jembalang tanah ini dengan budak jambu paling popular ini? Hah, untuk pengetahuan, lagu Justin Bieber yang meletup-letup di carta muzik antarabangsa mahupun carta muzik tempatan berjudul ‘Baby’ mendapatkan khidmat rapper Ludacris pada pertengahan lagu tersebut. Walaupun pendek, ya, secara halus Ludacris dikenali  peminat-peminat Justin Bieber. Siapa peminat Justin Bieber yang menjerit-jerit macam kena sampuk semasa remaja ini mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada April yang lalu kalau bukan adik-adik kita, anak-anak kita, adik sepupu sepapat kita mahupun anak jiran kita?
             Mudahkan teori teman penulis? Penyerapan minda secara tak sengaja, secara halus menjahanamkan pemikiran anak bangsa kita. Inilah dikatakan penjajahan minda melalui lagu. Penulis percaya sebaik artikel ini disiarkan, ramai yang akan menyelar dakwaan penulis mengatakan budak jambu tersebut adalah ejen bagi semua dakwaan-dakwaan ini.

Scooter Braun bersama perintisnya
            Tak apalah, penulis dah bina shield untuk teman penulis terdahulu. Sebelum diselar, penulis nak tanya pada mereka ini kenalkah mereka pada Scooter Braun? Kalau kenal mereka pasti akan nyatakan individu inilah yang bertanggungjawab merekrut bakat-bakat muda baru dan Justin Bieber adalah salah seorang perintisnya yang paling berjaya. Oh, ya adakah mereka tahu yang Scooter Braun ini seorang Yahudi berasal dari Hungary?
            Itulah shield yang penulis maksudkan!