Showing posts with label Mastika. Show all posts
Showing posts with label Mastika. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Lizzie, gadis yang mahu gemuk makan 60 kali sehari! Tapi kurus macam anak patung!

Mungkin ramai gadis-gadis yang chubby dan 'comel-comel' di luar sana kepingin mahu body langsing seperti cikgu hot daripada UK iaitu Harriet Jenkins entri yang saya tulis dahulu. Pastinya ramai di kalangan anda ini sendiri yang sentiasa di cemuh macam cerita Siti Gorila yang saya tulis pada entri yang lepas DI SINI.. Tapi sebelum tu, baca dulu kisah Lizzie.. Siapa Lizzie ni? Ehehhh..

WAJAHNYA cengkung dengan tulang rahang tersembul. Tubuhnya kurus melidi, sekadar kulit yang membaluti tulang. Sekali pandang, gadis berusia 21 tahun ini ibarat mayat hidup! Anoreksia? Tidak! Lizzie Velasquez bukan seorang yang ekstrem mahu berdiet. Dia tidak mahu kurus. Lemak dan kalori yang amat ditakuti gadis seusianya, itulah yang Lizzie mahukan untuk tubuhnya. Pertama kali melihat Lizzie yang berat tubuhnya hanya 25 kilogram, orang akan mencemuh. Kata mereka, itulah jadinya jika terlalu obses, mahu kurus!

Hakikatnya, Lizzie mahu menggemukkan badan. Jika dapat dipindahkan lemak-lemak gadis di luar sana ke dalam tubuhnya, Lizzie sanggup! Jika anda makan tiga kali sehari, Lizzie pula makan sehingga 60 kali sehari! Menunya pelbagai, namun dalam kuantiti yang kecil. Setiap 15 minit hingga 20 minit sekali, Lizzie akan mengunyah.Tak kisah apa makanan pun. Coklat, pizza, ayam, aiskrim, kek dan apa saja yang berkalori tinggi akan ditelannya. Jumlah lemak dari makanan yang diambilnya sehari antara 5,000 hingga 8,000 kalori yang membolehkan gadis normal menjadi obesiti dengan jumlah kalori sebanyak itu.
Tetapi, tidak bagi Lizzie. Malah, jika dia boleh menambah beratnya sebanyak satu pound, itu pun sudah cukup membuat Lizzie melonjak kegirangan. Sebenarnya, gadis berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini mengalami sindrom yang amat jarang ditemui. Penyakit ini menyebabkan tubuh Lizzie gagal menyimpan lemak, sekali gus menghalang kenaikan berat tubuhnya.
Lizzie kena makan 60 kali sehari.. Amboi!

          Hal ini menyebabkan Lizzie menjadi perhatian para doktor untuk melakukan pelbagai kajian terutama dari sudut genetik. Ini kerana Lizzie dipercayai menghidap Neonatal Progeroid Syndrome (NPS), iaitu sindrom yang menyebabkan kehilangan lemak daripada tubuh, kemerosotan tisu dan proses penuaan yang terlalu cepat berbanding usia.
          Kelainan penyakit Lizzie sudah dikesan sejak kecil lagi. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.2 kilogram. Doktor ketika itu menjangkakan hayat Lizzie tidak lama. Malah, jika hidup sekalipun, Lizzie dikatakan tidak akan mampu berjalan, bercakap atau mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain.
          “Kami terpaksa membeli pakaian daripada kedai patung mainan. Pakaian bayi terlalu besar untuk Lizzie sewaktu dia lahir. Hanya pakaian boneka yang muat disarungkan ke tubuhnya,” cerita ibu bapa Lizzie. Semasa lahir, Lizzie mempunyai dua anak mata yang cantik keperang-perangan. Namun, sewaktu dia berusia empat tahun, anak mata kanannya mula berubah warna dan kemudian menjadi buta.


Lizzie dan rakan-rakan karibnya

          Lizzie membesar seperti biasa. Tetapi anehnya, tubuh Lizzie kekal kurus melidi. Pemeriksaan doktor mendapati, organ dalaman dan tulang Lizzie membesar secara normal sesuai dengan usianya. Tetapi, tiada lemak yang mampu disimpan oleh tubuh gadis kecil ini. Kadar lemak dalam tubuh Lizzie hampir kosong. Berat tubuhnya hanyalah berdasarkan organ, tulang dan kulit semata-mata. Oleh kerana itu, setiap 15 minit sekali Lizzie harus makan agar tubuhnya terus mendapat bekalan tenaga. Jika dia tidak makan walau dalam tempoh satu jam, tubuh Lizzie akan mula lemah longlai bagai orang kebuluran tidak makan beberapa hari. Gadis ini juga hampir dua kali kehilangan nyawanya. Pertama sewaktu berusia 16 tahun, apabila saluran apendiks Lizzie pecah. Dan kali kedua sewaktu berusia 19 tahun, akibat penyakit anemia yang melumpuhkan keupayaan sistem darahnya.
Pun begitu, berkat semangat dan sokongan keluarga, Lizzie masih mampu bertahan sehingga kini. Dua adiknya yang normal iaitu Marina, 15, dan Chris, 12, menjadi teman akrabnya. Kehidupan Lizzie sama seperti gadis seusianya. Dia ke sekolah dan meneruskan pengajian di kolej. Dia tetap keluar berjalan-jalan, menonton wayang bersama teman-temannya.

Cuma, pergerakan Lizzie agak terbatas untuk sesuatu aktiviti yang memerlukan tenaga. Setiap kali Lizzie melihat teman-temannya yang risau jadi gemuk kerana makanan, Lizzie akan berkata: “Jika saya di tempat kamu, itulah yang paling saya inginkan!” Lizzie berangan-angan agar tubuhnya menjadi montok  dan cantik seperti gadis lain tapi suratan nasib tidak menyebelahinya. Tapi, Lizzie tidak pernah menyalahkan takdir! Bahkan dia bernasib baik dapat hidup sampai saat ini.
         

Lizzie macam anak patung kan?
Kredit: Nita Dahnin
Hah! mungkin ramai gadis yang 'comel-comel' di luar sana bertekad nak diet kurus meleding.. rilekslah, apa barang kurus sangat gugurl? Nak diet tu dietlah.. tapi jangan sampai tak makan sampai anorexic sudah.. jadi macam Anna Wood.. eh? apa cerita Anna Wood? Klik sini untuk ke pautan artikel yang saya tulis tidak lama sebelum ni :)

KLThugs: Dulu gua kurus meleding, gua nak gemuk.. gua pun makan banyak-banyak !! Sekarang ni dah gemuk, nak kurus balik susah!! Sebabnya susah nak sekat selera yang sangat membuak-buak ini! Waduhhh!! Korang thuggers macam mana? Jangan jadi macam gua sudah!!

Friday, February 17, 2012

Kartunis Carlos Latuff idola rakyat Palestin





TANGANNYA menari-nari, melukis sesuatu di atas meja yang berselerak dengan kertas-kertas dan cat berwarna-warni. Hampir lima belas minit melukis, terserlah lakaran kartun sebuah kapal freedom yang membawa misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Kapal yang sarat membawa barangan makanan dan ubatan itu dilukis sedang melalui Lautan Mediterranean menuju ke Genting Gaza. Lelaki berambut keriting ini kemudian melakar pula seekor sotong kurita raksasa sedang membelit kapal berkenaan dengan lambang swastika Nazi.
Wajah sotong kurita itu digambarkan sungguh bengis, matanya merah menyala, gambaran kemarahan Yahudi menghalang misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Lelaki berambut keriting itu merasa puas. Memang Israel sekejam Nazi cuba menghalang misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Malah kekejaman Israel lebih dahsyat dari Nazi Jerman.
Keesokannya, 15 Mac 2010, lakaran kartun lelaki itu disiarkan dalam akhbar Mesir Al-Watani al-Youm. Kartun sindiran itu yang mengaitkan rejim Zionis dengan fahaman Nazi Hitler menyebabkan kedutaan Israel di Mesir menjadi berang.
Israel membuat kenyataan kepada media bahawa lakaran kartun itu sebagai satu bentuk fitnah jahat karikaturnya Carlos Latuff terhadap bangsa Yahudi.
“Banyak kenyataan dan karikatur anti-Yahudi telah disiarkan dalam media Mesir tetapi kami tidak mahu mengulas mengenainya. Tapi kali ini, karikatur ini bukan lagi menggambarkan tentang dasar Israel, tetapi merupakan fitnah, mengaitkan kami dengan Nazi Jerman,” kata jurucakap kedutaan Israel.
Reaksi segera itu mendorong kartunis berkenaan, Carlos Latuff, 44, menyindir kenyataan Duta Israel itu.
 “Duta Israel sepatutnya menunjukkan keprihatinannya terhadap rakyat Palestin sama seperti mana dia prihatin terhadap lukisan saya,” kata Carlos Latuff dalam e-melnya kepada Reuters.
Bayangkan hanya melalui lakaran kartun sahaja Carlos Latuff berjaya menggoncang maruah Israel yang gah dengan kezalimannya terhadap rakyat Palestin. Paling mengejutkan akibat tindak-tanduknya itu Carlos Latuff diharamkan menjejakkan kaki ke bumi Palestin atau Israel.
Sebelum ini, sindiran dan kritikan daripada media Mesir  berhubung tindakan tentera Yahudi menghalang kapal-kapal yang membawa misi bantuan ke Gaza langsung tidak diendahkan oleh rejim Zionis itu.
Namun kali ini, lukisan Carlos Latuff cukup menggegar sehinggakan menggugat keangkuhan Israel. Karyanya banyak mengkritik Israel sehingga dituduh sebagai anti-Semitik. Malah Latuff juga berani mengkritik askar Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan.
Melalui wawancara dengan majalah mingguan Yahudi-Amerika, The Forward, pada Disember 2008, Latuff memberi reaksi terhadap  tuduhan anti-Semitik.
“Kartun-kartun saya tidak memfokuskan kepada orang Yahudi atau ajaran Yahudi. Fokus saya adalah Israel sebagai entiti politik, sebagai suatu pemerintahan, tentera mereka menjadi satelit kepentingan Amerika Syarikat di Timur Tengah, khususnya kekejaman Israel ke atas Palestin,” beritahu Latuff.













Siapa Carlos Latuff?

CARLOS Latuff dilahirkan pada 30 November 1968 di Rio De Janeiro, Brazil. Simpatinya kepada penduduk Palestin bermula sewaktu beliau membuat kunjungan pertamanya ke bumi Gaza pada akhir 1990-an.
Semasa berada di Gaza, terdetik perasaan kasihan dan sedih dalam diri Carlos Latuff apabila melihat penindasan dan kekejaman dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa.
Dia merasa hiba apabila melihat sendiri rumah-rumah penduduk dibom, tiada bekalan air bersih, kanak-kanak Palestin tindak mendapat makanan berzat sejak sekatan ekonomi dilakukan rejim Yahudi dengan restu Amerika Syarikat.
  Secara diam-diam, Carlos Latuff, 44, berasa kagum dengan kecekalan dan semangat rakyat Palestin yang ditemui. Rata-rata mereka tidak pernah berputus asa biarpun dicengkam kemiskinan dan kelaparan.
Walaupun rakyat Palestin diperlakukan sebegitu kejam dan dizalimi, namun mereka tetap bangkit berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada kerakusan rejim Zionis.
“Saya rasa bangga bertemu rakyat Palestin yang gagah dan berani mempertahankan tanah air mereka sendiri!” beritahu Carlos Latuff.
Bermula dari kunjungan pertama itulah, Carlos Latuff mula menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin yang ditindas melalui lakaran karikatur.
Karikatur lukisannya tersiar dalam pelbagai media di Timur Tengah, akhbar  di Amerika Syarikat,Turki, Lebanon dan Perancis. Antara karikatur terkenal beliau ialah IsraHell, Israel refuses lift blockade BASTARDS Gaza aid ship attacked, Nuclear Israel dan banyak lagi.
Malah, Latuff pernah memenangi pertandingan kartun Hollocaust peringkat antarabangsa di Iran pada tahun 2006.
Akibat sokongannya terhadap Palestin, Carlos Latuff  mengalami nasib sama, diharamkan oleh rejim Zionis memijak bumi Palestin mahupun Israel. Namun begitu semangat juangnya masih membara.
Carlos Latuff masih bersemangat untuk membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman kuasa Israel. Sekarang nama Carlos Latuff menjadi idola bagi rakyat Palestin. Karikatur lukisan beliau yang menyindir Israel sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminatnya di seluruh dunia.
Malah sebagai bukti sokongan kepada Palestin, Carlos Latuff sendiri tidak lekang dengan selendang Palestin yang dililit di bahu dan lehernya.
Kehadiran Carlos Latuff dengan lakaran kartunnya juga turut memberi suntikan semangat kepada pejuang-pejuang Palestin menentang rejim Zionis.
Walaupun Carlos Latuff tidak seagama dengan kita, namun, dia memiliki sifat berperikemanusiaan yang tinggi, tiada tolok bandingnya dengan pejuang-pejuang Palestin.
Syabas Carlos Latuff. Beliau kini bukan lagi berjuang sendirian, tetapi bersama masyarakat antarabangsa termasuk di Malaysia terus memberi tekanan kepada Israel agar lebih prihatin nasib rakyat Palestin.
Ayuh! Bebaskan bumi Palestin daripada penindasan Israel.

KLThugs: Teringat dengan komentar ustaz Hakim MyKhilafah Center Malaysia (Hizbut Tahrir) . Katanya barat bijak mengalih perhatian kita dengan menggunakan terma pergolakan Palestin dan Israel sebagai pergolakan 'tebing barat'. Walhal tidakkah kita sesama Islam ini bersaudara? Kenapa kita kata itu masalah tebing barat? Maka bijaklah mereka mengaburkan mata umat Islam dengan supaya mengasingkan pergolakan ini sebagai state, bukan sebagai Ummah.. Renungkanlah thuggers...

Wednesday, January 4, 2012

Ada yang dah erect? pfffftttt!!!

Last fourthnight weekend was freakin out..!
My boss assigned me and my colleague buat tajuk 'Cegah Sebelum Parah' untuk next issue.
Apabila diberi satu-satu tajuk, macam biasa kami akan kembangkan kepada beberapa angle. Macam biasa jugalah aku spoke out untuk bagi benda yang ridiculous. It's not ridiculous actually, it's outrageous.
Outrageous untuk readers, bukan untuk orang journalist macam kami. Ngeh!

Coincidently my mate, Nuar ada buat topic pasal WAKE (Rumah Perlindungan untuk Wanita HIV) last month. At the same time mereka (Kementerian Wanita) pun ada beli iklan, so apa salahnya kami sambung dengan something yang almost sama bukan? Sebab selama ini aku memang suka buat cerita social dalam tulisan aku.
Then aku talk to Nuar, mungkin kita boleh dapatkan few responden daripada rumah perlindungan tersebut. Kebetulan sudah ada pondan yang sudah berubah untuk ditemuramah dan seorang lady yang bekerja outreach mengagih free condom willing to help us.

"Kau interview Noraini. Dia ni sukarelawan daripada WAKE. Dia selalu ke lorong-lorong, jumpa pekerja seks dan bagi kaunseling pada mereka tentang HIV," kata Nuar sambil menulis contact number dalam kertas. Cantiklah! this one is really good! Boleh buat siaran langsung punya story!

Then after a week, we manage to meet up somewhere at Chow Kit, ya, Lorong Haji Taib is Noraini's territory. On that day, Napi, another team mate couldnt show up because he got a problem with his car and unable to help me to meet up Noraini. Nampaknya gua kena buat assignment sorang-sorang.. alahai, macam tak biasa pula. Namun setelah beberapa ketika baru aku tarsadar. Awal petang tersebut Noraini ada beritahu kondom yang dia nak bawa pada malam itu sedikit tebal dari biasa.. untuk mak nyah katanya. Jadi scara tak langsung malam itu gua akan bertemu pondan-pondan. DAMN! kebetulan hari itu aku pakai seluar putih ke pejabat. Tak balik rumah terus shoot ke Chow Kit. Surely penampilan aku hari tu akan attract those ladyboys yang sedang menayang buah dada palsu. Gosh! Mesti horror! Mesti aku kena mengurat.. itu tadahal, bukan sekali dua sebab last time aku pernah bekerja lewat malam di menara EON Bank Jln Raja Laut which situated nearby LHT. Usah cakaplah, jalan-jalan di Pavilion pun ada je yang mensuwiitt pada aku.. tapi yang tak enaknya jantan! kalaulah gadis-gadis, mungkinlah considerable untuk aku tinggalkan emel atau fb untuk aku sambung ayat.. kah kah!

Ok. Sekarang mood takut sudah selubung. Apa macam kalau samseng Chowkit kacau aku tengah buat kerja? Itu aku tak berapa takut sebenarnya.. betul! Aku tak goyang sebab aku pun thugs jugakk..hahahaha..
Tapi macam mana kalau aku kena rogol dengan maknyah2 ni? siapa nak tolong? Hey, gua masih dara lagi okay? takkan aku nak risiko perawan aku malam tu? Arghh!! Stressed! Stressed!! DAMN!

Still, aku drive ke Chowkit with worried. Jarang rasa insecure macam ni walaupun banyak dulu buat kerja undercover. Aku bukan apa.. Allergi sikit sama ladyboy. hahahaha.. bukan tak tahan godaan lah sial! hahaha.. walaupun, aku call juga my friend, PD to be caretaker aku malam tu. Malangnya dia sedang date dengan GF. So nak taknak terpaksa juga minta tolong Nikki untuk teman yang sedang makan dengan adik di PJ. Gosh, tak pernahlah rasa nak menyusahkan orang. Tapi terpaksa sebab aku risau coz aku tak kenal siapa dia Noraini ni. Ye, she's coordinator untuk rumah WAKE tapi masalahnya umur Noraini ni sudah menjangkau 50 tahun. Kalau aku dirogol ke, apa ke..haishhhh!! simpang malaikat 44!! haduiiii...

Bila aku sampai, cerita banyak takde terus mengorek cerita si Noraini sebagai seorang volunteer pada kerja-kerja sosial ni. Lot's of story dohh!! Baru aku tahu rupa-rupanya aktiviti penyundalan di sini sangat cepat. It's daily basis. Mesti kalian tertanya macam mana aktiviti penyundalan berlaku. OK, like this.. Pekerja seks akan merayau cari customer kat bawah. Bila dah dapat, mereka naik atas rumah kedai. Rumah-rumah tu ada penyewa. Kemudian penyewa akan 'sewakan' kepada pekerja seks ini bilik untuk diorang beromen dalam tempoh sejam. Hanya RM6-7 untuk satu sesi lempiasan nafsu. So, ada pekerja seks akan menyewa selama sehari which harga bilik sewa satu hari adalah RM100. Mereka akan kutip setiap hari. Here it goes boys and girls. Daily basis punya business. Mana ada bilik yang available, mereka akan 'pinjam sat'.

Kemudian aku dibawa berjalan di sekitar lorong-lorong dan mengagih kondom pada mak nyah.
Mak aihh.. Lawa-lawa sial pondan malam tu.. buah dada semua terjojol-jojol! melimpah ruah..
Waktu aku jalan dengan Noraini tu, pergh.. ada je yang mengurat.. Ada satu pondan ni, pergh!! memang cun gila! Sekali taste la pulak.. Sekali dia bersuara.. aduhh, garauu!! hahaha...
Gua pun bantai tersengih je lah kalau dah nama pun kerja.. kemudian gua snap gambar.. aduhai, getis menggetissssss... hahahaha.. Sedih pulak aku tengok ramai betul bangsa jantan macam aku jadi macam ni. Rupa-rupanya bukan melayu dan india menyundal di sini, tapi indon pun ramai.. genteng-genteng sinetron gituu wahhh!! haha.. ada yang dah erect? hahah..

dalam pada tu banyaklah si Noraini ni bercerita pasal nyah-nyah di sini. Mak aihh, aku tengok dia tegur pondan2 sini dah macam dia pulak mak ayam..hahaha

Sebenarnya pekerja-pekerja seks di sini homeless. mereka tidur di street yang bersih berhampiran kawasan bank di kawasan Chowkit. Yeargh! Dan korang mesti pelik, dapat customer punya ramai, dan pelacuran adalah satu pekerjaan yang mudah dapat duit tapi tidur di jalanan? ya, di jalanan! Tahu sebab apa? Sebab mereka ni menagih dadah.. Kerana dadah mereka melacur dan menyundal. get it? Ceritanya mudah, adanya pelacuran kerana adanya penagihan dadah.. Secara asasnya, punca kepada pelacuran adalah daripada dadah. That's perkaitan! how's dat?

Okay, done with dat.. nak baca detail, beli mastika Mac 2012 yang akan keluar pertengahan februari. Lama sangat? Sorylah, Sebab story bulan Feb 2012 load dengan cerita aku interview maknyah penghidap HIV.. story dah banyak sangat so kena injak untuk later issue... BTW aku petik sikit previu sebagai sneak peak..


"...Kadang-kadang ada juga antara penghuni rumah WAKE yang keluar jumpa kawan, kemudian tak balik-balik. Maka, wanita ini jugalah yang akan pergi mencari sampai ke lorong gelap ini.
          “Saya risau, kalau-kalau mereka ini jatuh atau berlaku kemalangan. Maklumlah, kebanyakan daripada mereka ini antibodi dah tak kuat. Saya cukup risau!” katanya sebaik kami mengagihkan kondom-kondom di seberang jalan.
          “Eh, aku tak pakailah benda ni mak ayam.. tak best!” kata salah seorang ladyboy yang berada di situ sebaik Noraini menghulurkan tiga paket kondom kepadanya.
          “Kenalah pakai, saya baru urus jenazah salah seorang budak HIV. Teruk keadaan dia. Ambil ni,” pantas Noraini memberikan paket-paket kondom itu ke tangan seorang ladyboy yang memakai baju separuh bogel. Sempat juga ladyboy ini bermain mata dengan penulis. Aduhai!
          Ya, Noraini bukan sahaja bertugas sebagai koordinat rumah WAKE 3, mengagih kondom, tetapi wanita ini turut menguruskan jenazah penghuni WAKE yang meninggal dunia. Eh? Kenapa sampai dah meninggal dunia pun Noraini kena urus? Takkan tak ada keluarga waris yang tuntut jenazah?
          “Itulah yang paling menyedihkan. Sebenarnya susah nak cakap bab ini. Kebanyakan pembawa wabak HIV ini menyisihkan diri dari keluarga. Bukan satu dua kes, tapi banyak,” cerita Noraini dengan wajah yang sugul.
          “Sebenarnya kebanyakan dari mereka ini tidak bercerita perihal masing-masing dengan terperinci bila mereka datang. Mereka menyisihkan diri dari keluarga kerana mereka malu untuk memberitahu pada keluarga. Pernah juga satu kes baru-baru ini seorang klien kami yang meninggal dunia. Puas kami cari keluarga waris tapi tak jumpa, hinggalah saya terpaksa menghubungi pihak polis untuk mencari keluarga waris,” tambahnya lagi dengan nafas yang sedikit tersekat.
          Menurut Noraini, dengan berkat usaha, akhirnya dia dapat menghubungi keluarga waris yang tinggal di sebuah negeri Pantai Timur.
Seluruh keluarga waris datang sampai enam tujuh buah kereta dari pantai timur, bawa pulang, mandikan, kapankan, ke bumikan dan ditalkinkan dengan sempurna – walau mayat sudah membujur. Ketika itulah Noraini tahu rupa-rupanya Allahyarham melarikan diri bertahun-tahun sudah lamanya.
“Bukan sahaja jenazah penghidap HIV Muslim, tetapi saya juga
pernah menguruskan mayat berbangsa India,” sambung Noraini lagi.
Mayat kliennya itu dimandikan dan diurus sehingga pengebumian kerana mayat waris langsung tidak dituntut oleh keluarga. Sedihnya!
          Kalau ditanya bagaimana perasaan Noraini, sudah pastinya wanita ini berasa sedih. Mana yang telah meninggal dunia, diuruskan tetapi jauh di sudut hatinya apa yang lebih sedih apabila ada penghuni yang datang mengadu ketika sakit dijaganya, dibawa ke hospital tetapi bila sudah sembuh, kembali semula ke lorong-lorong menjalani kegiatan lama...."

okay.. sikit2 saja ya.. kalian nak baca detail dapatkan issue Mac..




Ini dia... bertimpa kauu!!







Ini gambar mak hayam yang sudah bertaraf legend di sini.. heheh

Tuesday, December 6, 2011

PEREMPUAN MELAYU BONGOK-BONGOK!! Ini kisah perempuan melayu jadi keldai negro..

Pendedahan Eksklusif Permata Afrika

“This is really great job!”

Oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail 

WANITA berusia 30-an  ini kelihatan sungguh elegan dan glamor. Penampilannya begitu menawan. Sebaik tiba, wanita ini terus mengukir senyuman.
     Orangnya manis, kulit putih mulus, gebu. Pertuturannya cermat, satu-persatu ayat terbit daripada bibir mungilnya itu. Hidung mancung persis pelakon Bollywood. Secara peribadi, penulis memberi markah penuh untuk aspek kecantikan bagi gadis Melayu buat Suziela! Lima bintang!
     Kami terus bersembang penuh mesra di sebuah coffee-house yang terletak di kawasan membeli-belah terkemuka di Selangor.
     Tapi apa kisah menarik yang Suziela nak bongkarkan?
“Hah, dengarlah... ni yang Suziela nak cerita!” tutur gadis manis ini.
     Kira-kira setahun lalu Suziela berkenalan dengan seorang lelaki Afrika bernama Nikkita berasal dari Nigeria semasa dia menghadiri sambutan hari jadi rakan baiknya di Kuala Lumpur. 
Sewaktu awal perkenalan, lelaki Afrika ini memberitahu Suziela,dia menjalankan urusan perniagaan pelbagai barangan di China.
Nikkita sering berulang-alik dari Malaysia ke China untuk urusan perniagaan import-eksport. Kononnya bisnes ini perniagaan keluarga.
     “Saya langsung tak mengesyaki apa-apa, yang saya tahu dia berniaga di sini secara sah di sisi undang-undang!” cerita Suziela.
     Suatu hari, lelaki Afrika itu meminta Suziela membuat panggilan telefon. Suziela diminta untuk bercakap dengan seorang wanita berbangsa Cina. Skripnya sudah tersedia, kononnya Suziela perlu memberitahu wanita Cina tersebut kekasih hatinya bernama Robert Lauren sedang mengalami masalah dan terkandas di lapangan terbang.
Suziela hanya perlu memberitahu kepada wanita berbangsa Cina itu bahawa kekasihnya itu tidak apa-apa. Dia hanya perlu membayar sejumlah wang untuk melepaskannya daripada ditahan imigresen.
     Semasa perbualan di talian telefon, wanita Cina itu meminta kebenaran untuk bercakap dengan kekasihnya yang bernama Robert itu. Suziela mula jadi gelabah kerana semasa membuat panggilan, hanya Nikkita yang berada di hadapannya.
Lalu Suziela memberi signal kepada Nikkita apabila wanita ini hendak bercakap dengan kekasihnya bernama Robert. Sambil menggerakkan bibir, Nikkita menyuruh Suziela memutuskan talian, kononnya Robert akan telefon semula perempuan Cina tadi.
     Sebaik menamatkan talian, Nikkita mengeluarkan telefon bimbit lain dari poketnya. Nikkita terus mendail satu nombor dan membuat panggilan. Sebaik talian bersambung alangkah terkejutnya Suziela apabila Nikkita mengeluarkan kata-kata manis dan pujuk rayu kepada wanita yang berada dalam talian tersebut.
     “Please baby, help me. I’m stuck here in airport, I bring loads of cash but all money in my luggage had been declared by the immigration... please help me bank in money, do whatever she asked, give how much she want, i’ll pay back to you sweetie!”
..begitulah antara kata-kata yang meniti di bibir tebal Nikkita.
     Suziela tergamam seketika sebaik sahaja mendengar Nikkita berkata-kata manis berserta pujuk rayu. Dengan siapakah kekasihnya itu bercakap? Dengan siapakah Nikkita rujuk sebagai ‘baby’ dan ‘sweetie’ tadi? Darahnya mula berderau.
     Sebaik mematikan talian, Nikkita meminta Suziela menjawab panggilan daripada wanita Cina tadi. Nikkita memberi nombor akaun yang sudah terpapar di skrin komputer ribanya.
     Kurang daripada seminit, telefon berdering. Suziela yang masih kebingungan dengan persoalan yang bertubi-tubi menyerang benak fikirannya menjawab panggilan telefon tersebut dan mengikut arahan Nikkita. Wanita berbangsa Cina itu setuju untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan tadi. Selesai sahaja menjawab panggilan, Nikkita terus menyatakan hal sebenar kepada kekasihnya itu.
     “Rupa-rupanya Robert Lauren ialah nama samaran Nikkita. Nikkita menceritakan hal sebenar yang berlaku. Wanita yang bercakap dengan Nikkita ialah orang yang sama bercakap dengan saya sebelumnya tadi. Ya, wanita Cina yang memasukkan wang ke dalam akaun yang terpapar di skrin komputer riba Nikkita!” cerita Suziela lagi.
     Jika selama ini Suziela hanya membaca kegiatan Phishing dan Black Money oleh warga Awang Hitam di dada-dada akhbar, hari ini wanita yang duduk di hadapan saya adalah sebahagian daripada konco-konco mereka.
‘Phishing’ merupakan suatu sindiket zaman moden yang melibatkan penipuan menerusi SMS, talian Internet serta talian telefon. ‘Phishing’ atau secara sebutan disebut ‘fishing’ memang kena dengan penzahiran aktivitinya – memancing mangsa. Bezanya, kalau memancing mangsanya ialah ikan, tetapi ‘phishing’ pula mangsanya ialah orang. Tak kiralah lelaki atau perempuan.
     “Seperti saya cerita tadi, saya terjebak dalam kegiatan ‘phishing’ ini secara tak sengaja. Saya langsung tak tahu kegiatan boyfriend saya Nikkita pada awal perkenalan dengannya kira-kira setahun yang lalu!” jelas Suziela.
Selepas pengalaman pertama melakukan kegiatan ‘phishing’ini, Suziela makin seronok dengan pekerjaan baru ini. Ya, satu demi satu mangsa masuk perangkap Awang Hitam yang menjadi kenalan barunya itu. Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa adalah dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
“Semenanjung pun ramai, jangan terkejut!” cerita wanita yang berasal dari utara tanah air ini.
     Modus operandinya amatlah mudah. Awang Hitam ini akan mendaftar nama palsu di laman sosial seperti Facebook atau Myspace,dan menyamar sebagai lelaki mat saleh.
Ya, Awang Hitam ini tadi ‘bersalin kulit’. Kemudian dengan menggunakan profil palsu mencari kenalan yang kebanyakannya wanita yang berkerjaya. Sedikit kata-kata pujian manis ditaburkan. Jika respons diberikan, fasa seterusnya dilaksanakan. Apabila mangsa sudah jinak dengan kata-kata manis, mereka berkasih-kasihan dengan chattingantara satu sama lain.
Ketika chatting menggunakan kamera-web, sindiket ini akan menggunakan rakaman video palsu seorang lelaki kulit putih yang sedang berpura-pura melihat skrin komputer sambil menaip papan kekunci. Penipuan mereka sungguh profesional! Mangsa tak akan tahu ditipu hidup-hidup kerana rakaman itu memang nampak seperti kita chatting secara langsung dengan lelaki tersebut.
Selepas menggunakan kata-kata manis, pelbagai pujuk rayu digunakan untuk membuatkan mangsa-mangsa ini mempercayai mereka. Hinggakan ada yang sanggup berbogel depan kamera menunjukkan aksi mengghairahkan serta tidak kurang ada yang bangga mempamerkan alat sulit terhadap kekasih ‘mat saleh’nya.
“Kalau saya tunjuk, awak mesti tak percaya, ini saya ada bukti beberapa gambar mangsa yang menunjukkan alat sulit masing-masing. Hah, yang ini gambar seorang suri rumah yang sudah berpangkat opah dari Perak,” kata Suziela tersengih.
Terpapar beberapa gambar menjijikkan wanita separuh umur menunjukkan kemaluan mereka. Penulis tepuk dahi! Mana tidaknya, sudah berpangkat opah, bertudung dengan sempurna tapi perangai... Nauzubillah!
“Ini baru sikit, mangsa lelaki Afrika ini bukan sahaja suri rumah, malah ada yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta, polis, guru, malahan golongan bijak pandai seperti doktor turut menjadi mangsa. Kes opah ni mudah saja, kalau dia taknak bayar, kita ugut dia dan katakan mahu sebar gambar lucahnya kepada ahli keluarganya mahupun dalam Internet!” beritahu Suziela tersenyum lebar
Ada tiga pelan paling biasa digunakan Awang Hitam ini untuk menjilat harta wanita-wanita berkerjaya ini.
     Pelan pertama biasanya dirancang untuk wanita-wanita yang tinggal jauh dari lapangan terbang. Kononnya mereka baru tiba dari luar negara ke Malaysia membawa bagasi yang penuh dengan wang tunai. Oleh sebab membawa banyak wang tunai dalam bagasi, barangan mereka ditahan kerana kononnya melakukan kesalahan membawa wang tunai dengan jumlah yang amat besar
Kemudian untuk ‘melepaskan’ bagasi-bagasi tersebut, mereka diminta untuk membayar sejumlah wang untuk sijil pelepasan.
“Kami keluarkan bil dan hantar kepada mereka. Ketika inilah watak saya dihidupkan. Saya boleh jadi apa saja, pegawai imigresen atau pegawai yang meluluskan segala yang boleh membuatkan teman lelaki ‘mat saleh’nya itu selamat dan dilepaskan. Kiranya saya ini jadi orang tengahlah,” cerita Suziela  sambil tersenyum.
     Setelah wang dimasukkan, panggilan kedua dibuat.
     “Kali ini kita minta duit untuk insurans pula. Lepas dah dapat, kita buat panggilan lagi kononnya berlaku salah faham. Wang yang sepatut dibayar bukan mengikut nilai ringgit Malaysia, tetapi nilai matawang asing. Apabila wang diterima, proses seterusnya kita hantar lagi bil-bil lain yang tidak relevan!” tambahnya lagi.
     Sambil menghirup kopi, Suziela terus memerihalkan kegiatan haramnya dengan lebih lanjut. Menurutnya, mangsa-mangsa ini sanggup bergolok gadai dengan membuat pinjaman bank semata-mata untuk memastikan kekasihnya itu dibantu. Dah nama pun sayang kan?
     “Begitu juga dengan pelan kedua. Kami menggunakan taktik menghantar parcel kepada mangsa ini. Kononnya di dalam parcel itu ada hadiah berupa barangan elektronik seperti macbook, i-Pad, jam tangan mewah atau apa saja yang mahal kepada mangsa padahal itu semuanya umpan palsu untuk mereka!” dedah Suziela bersahaja.
     Apabila sampai kemuncaknya, Suzielaakan berpura-pura mengatakan ada wang tunai sebanyak ratusan ribu turut dibungkus bersama parcel tersebut. Lalu mangsa-mangsa yang ditipu ini mempercayai bulat-bulat kerana terpedaya kononnya teman lelaki ‘mat saleh’ yang kaya beri hadiah mahal-mahal termasuklah wang ringgit.
     “Kita hantar mereka bil itu bil ini, bila bil pertama dah selesai, datang bil lain begitulah seterusnya sampailah mereka mengalah dan sedar diri ditipu!” jelasnya yang setakat ini sudah mengaut sebanyak RM500 ribudalam tempoh dari awal Januari hingga bulan Mei memperdaya wanita-wanita berkerjaya tadi.
     “Pelan ketiga pula kita guna nama Petronas. Kononnya boyfriend mereka ini mat saleh kaya yang kerja di pelantar minyak...pernah sekali ada satu mangsa sampai bank-in beratus ribu hinggakan kami kena hantar ‘stop bill’ selepas tak ada idea langsung nak hantar bil apa. Memang mereka ni semua mudah kena tipu!” cerita Suziela lagi.
     Bagaimana pula jika mangsa yang sedar dan buat laporan polis? Suziela tak takutkah dengan penguatkuasaan undang-undang? Suatu hari nanti mungkin Suziela terperangkap?
“Terus terang saya katakan saya langsung tak takut. Kami
bekerja secara profesional, boyfriend saya dan rakan-rakan Afrikanya begitu teliti dengan tiap perkara yang kami lakukan.
“Kami ada prosedur kami sendiri untuk menipu mangsa
tetapi secara jujur saya beritahu pada Mastika, sebenarnya para wanita yang ditipu ini terlalu bodoh kerana membuka peluang untuk dipergunakan. Mereka yang membiarkan diri mereka ditipu!” katanya Suziela menyindir.
     “Lagipun ada juga yang nak bullshit saya balik. Apabila saya menyamar kononnya saya ni dari syarikat kurier, mereka merayu-rayu bantu suami mereka. Suami? Tolonglah, awak tu nak kena tipu, berani nak tipu saya balik? Memang habis saya kebas semua wang simpanan mereka. Ada yang lebih menarik, wanita-wanita ini tadi ada suami. Tetapi gatal punya fasal, bila suami tidur dia chatting dengan jantan lain. Boyfriend mat saleh katakan!” tegasnya.
     Menurut Suziela, sepanjang mengenali Nikkita, dia sifatkan kekasih hatinya sebagai seorang yang amat baik. Nikkita berasal dari keluarga yang baik-baik. Cuma keadaannya yang tersepit akibat ditipu ketika tiba ke Malaysia oleh ejen menyebabkan dia terpaksa mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan.
     “Dia orang susah, begitu juga dengan lelaki Afrika yang lain. Rangkaian mereka terlalu luas, terlalu ramai melakukan kegiatan sebegini. Mereka ni kalau tak buat ‘phishing’, mereka buat sindiket black money.
“Oleh sebab rata-rata mentaliti penduduk di negara Asia Tenggara amat prihatin, sindiket-sindiket Afrika ini berleluasa hinggalah saat ini!” cerita Suziela bersungguh-sungguh.
     Penulis terdiam sejenak. Adakah wanita yang duduk di hadapan ini tidak langsung rasa gentar atau bersalah terhadap kegiatannya menipu ramai orang? Lalu penulis lontarkan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran ini.
     Nyata dengan helaan nafas berbaur ego, Suziela memberi kata-kata yang amat ringkas tetapi cukup mendalam.
     “Itu sebabnya saya tampil bertemu dengan saudara. Saya dah tak larat nak buat kerja macam ni. Saban hari bilangan mangsa yang terdiri daripada kalangan wanita kita sendiri kian meningkat saban hari. Kalau dahulu ada dua atau tiga orang mangsa. Sekarang ni makin lama makin bertambah. Dari dua tiga orang kini mencecah tujuh lapan orang!” katanya sambil mengeluh.
     Berbicara hal dosa dan pahala, Suziela hanya mengangkat-angkat bahunya.
     “Kalau dah ada sepuluh ribu, dua puluh ribu depan mata, jangan kata anda tak gelap mata, tipulah kalau anda nak menolak, lagipun saya pilih-pilih juga mangsa.
“Saya masih ada pertimbangan. Walaupun saya dikenali dengan julukan ‘Permata Afrika’, namun apabila saya menolak untuk menipu sesetengah mangsa, saya turut diselar Nikkita kononnya saya ni terlalu emosional. Saya masih ada perasaan belas!” jelasnya sebelum menamatkan perbualan.
     Sebelum kami beredar, Suziela menerima sebuah panggilan daripada seorang mangsa barunya yang berasal dari Melaka.
     “Lihatlah, sebentar lagi wanita bernama Adrina ini akan masuk duit tiga ribu. Dan esok seorang lagi mangsa dari Singapura akan masuk duit sebanyak dua ratus ribu. This is really great job!” cerita Suziela mengakhiri perbualan kami.
     Sayang sekali, wanita secantik Suziela yang mendapat julukan ‘Permata Afrika’ ini sanggup jadi petualang, perosak bangsa sendiri demi wang dan orang asing!
     Pelik sungguh, mengapalah wanita-wanita kita mudah kelabu mata, diperdaya hidup-hidup oleh Awang Hitam tidak habis-habis!

NOTA: Petikan daripada hasil temuramah gua dengan Suziela dalam Mastika Julai 2011

Mutakhir: Warga Nigeria ditembak mati polis (KOSMO)

04/12/2011 1:58pm

 
KUALA LUMPUR — Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.
Chin Wah berkata, lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.
"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 November lepas pukul 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Jumaat depan,” katanya. - Bernama
KLTHUGS: Macam-macam hal! pundeklah warga Nigeria ni.. kasi bikin satu pindaan dalam kabinet lah sial.. ini industri main ratus ribu ringgit satu orang, kalau puluh orang tak ke berjuta-juta ringgit? bagi masuk senang-senang, dia senang kita susah! Kena pulak perempuan Melayu BONGOK-BONGOK

Friday, November 11, 2011

Hikayat Pembunuh Kucing Zaman Moden

Ish... Ish... Ishh!! Kejamnya!!!

“ARGHHHHH!! Dia buat dahh!! Celaka betul kucing abang sebelah ni!!” Boy menjerit keberangan apabila mendapati sekali lagi anak kucing belaan jiran sebelah kencing di atas kasut Converse miliknya yang diletak sebelah pasu bunga.
“Pagi-pagi bau hancing! Woi Macha, aku pinjam kasut kau ya!” jerit Boy pada rakan serumahnya yang sedang lena tidur di ruang tamu. Muka Boy merah padam memandang kasut kanvas putihnya yang kekuningan sudah kering di kencing kucing.
Selepas menyarung kasut rakan serumahnya, Boy berjalan menuju ke pintu pagar. Kali ini darahnya berderau! Dua ketul najis berwarna hijau kehitaman pekat sebesar ibu jari kaki terletak betul-betul di hadapan pintu pagar. Najis itu masih panas. Baunya terus menusuk hidung Boy yang masih belum bersarapan.
“Aduhh! Berak lagi? Dah letak pasir depan pagar pun berak jugak dekat sini? Iskkk!!” bebel Boy tak berkesudahan.
Matanya menjeling ke arah tiga ekor kucing di balik pagar rumah sebelah. Anak kucing berwarna putih tompok hitam sedang merayap-rayap di sekeliling pasu bunga, manakala seekor lagi berwarna coklat sedang menetek puting ibunya.
Ibu kucing yang berwarna putih tompok perang itu menguap beberapa kali. Sesekali mata anak kucing berwarna coklat itu melilau-lilau ke arah udara dengan pandangan mata yang sayu.
“Oh, dah berak buat-buat tak pandanglah? Santaplah puas-puas, petang ni tahulah nasib korang,” getus hati Boy sambil menapak menuju ke kolej.
Lepas habis kelas, Boy dan Macha lepak merokok di anjung rumah. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, Macha mengacah-acah anak kucing yang sedang bermain-main di bahagian pagar sebelah rumahnya.
“Miiiaaaaauuuu... !! Puusssss !! Pussss... miaaaauuuuu...!!” panjang muncung Macha mengacah kedua-dua ekor anak kucing yang sedang bergomol antara satu sama lain sambil memetik-metik jari.
“Miaauuu... miaaauuuu...! mmmiiauuuuu...!!!” kedua-dua ekor anak kucing yang sedang menguit-nguit telinga sesama sendiri memandang ke arah Macha.
Seakan diumpan kepala ikan goreng, anak-anak kucing itu berlari ke arah Macha. Anak kucing berwarna coklat menguit-nguit jari Macha.  Dengan tidak semena-mena Boy yang dari tadi duduk mencangkung di sebelah Macha menyambar belakang tengkuk salah seekor daripada anak kucing itu.
“Argggggg mariiiiiii...!!” Anak kucing coklat yang Boy pegang dicampak terus ke dalam plastik sampah hitam.
“Yowwwwwww!!!” Anak kucing coklat tadi mengerang kesakitan apabila tubuhnya dicampak dengan kasar. Terkapai-kapai si koko kelemasan apabila dicampak ke dalam plastik. Berkali-kali si koko mencakar-cakar dari dalam. Si koko menguis-nguis untuk cuba keluar daripada plastik itu, tetapi gagal.
“Ni Boy, yang lasak nihh...!!” kata Macha sambil mencekuk si tompok.
Kali ini si tompok pula dicampak ke dalam plastik sampah hitam dengan kasar bersama-sama adiknya. Mengerang kesakitanlah si tompok apabila menerima nasib yang sama seperti abangnya.
“Miaauuu... Miauuuuu... Miauuuuuuu!!” bertalu-talu bunyi ngiauan anak-anak kucing yang kelemasan dalam plastik sampah hitam. Kedua-duanya bercakaran dalam plastik hitam cuba untuk melepaskan diri.
“Syhhhhh...!! Duduk dalam tu diam-diam! Nanti tuan korang dengar,” kata Boy sambil mengangkat plastik hitam itu dan menebuk beberapa lubang untuk anak-anak kucing itu bernafas. Beberapa kali plastik hitam itu ditampar.
Macha terus menghidupkan enjin motosikal di hadapan rumah mereka. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berlalu keluar daripada kawasan perumahan dan menuju ke arah sebuah tasik berhampiran terletak tidak jauh dari situ.
          “Aku ambil yang coklat ni Macha, aku rasa yang coklat nilah yang kencing atas kasut aku...” kata Boy sambil mengangkat si koko yang mengiau dengan suara yang lemah. Matanya sayu memandang Boy yang kerap menyepak tubuhnya apabila si koko selalu muntah di bawah selipar atau membuang najis di hadapan pintu pagar rumah anak-anak teruna itu. Pernah sekali kaki si koko terkehel kerana sepakan Boy agak kuat. Seminggu jugalah si koko berjalan tempang.
          “Miauuuuuuu... miauuuuuuu... miauuuu...” berkali-kali anak kucing comel itu mengiau. Suara ngiauan si koko sudah lemah, mungkin masih kesakitan akibat ditampar oleh remaja durjana ini tadi.
          Tiba-tiba dengan selamba Boy melambung anak kucing bermata biru itu terus ke tengah tasik. Lambungannya sungguh tinggi hingga berkocak air tasik yang dari tadi tenang.
Blopp... Bloppp... Bloppp!!
Si koko terus tenggelam tidak timbul. Begitulah kejamnya tindakan anak muda ini.
          “Hah, turn aku pulak... Tompok ni aku nak tengok dia terkapai, jadi aku campak kat tebing saja...” kata Macha sambil mencengkam tengkuk si tompok yang dari tadi mengiau tidak henti.
Dipandangnya mata anak kucing itu sambil tersenyum tanpa sedikit pun rasa belas. Misai si tompok hampir gondol kerana beberapa kali digunting oleh Macha kerana mencakar tempat duduk motosikal anak muda hitam manis itu beberapa minggu yang lalu.
Jenglot tanah ini lagi kejam, beberapa kali jugalah si tompok pernah dilambung-lambung macam bola. Kadang-kadang sampai berdesing kepala si tompok dibuatnya.
          “Okey tompok... mari kita belajar berenang...!” Macha mencampak dengan perlahan anak kucing itu di pinggir tasik. Tanpa sedikit pun rasa simpati, Macha hanya tertawa kecil apabila melihat keletah si tompok terkapai-kapai menguit-nguit tangannya di udara.
Terpancar sinar kenikmatan pada wajah Macha apabila melihat si tompok berusaha untuk timbul di permukaan tasik. Macha ketawa sambil bercekak pinggang.
Lalu... Blopp... blopp... blopp!!!
 Si tompok menerima nasib yang sama seperti abangnya tenggelam di Tasik Kesuma gara-gara kebodohan mereka kerana kencing, berak dan muntah di anjung milik manusia durjana itu.
          “Perghh... kau memang kejam Macha. Aku lambung kucing tu jatuh terus tercabut nyawa. Kau siap boleh tengok dia terkapai-kapai lagi,” kata Boy yang berbadan gempal sambil membonceng motosikal rakan serumahnya.
          “Hang jangan banyak bunyi Boy, kalau anak-anak kucing tu kencing lagi atas kasut dan berak depan pagar, sanggup nak cuci?” balas Macha sambil tersengih-sengih. Boy tanpa banyak bicara hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Kedua-dua jerangkung hidup ini terus berlalu meninggalkan kawasan Tasik Kesuma, Beranang yang menjadi pusara dua ekor anak kucing apabila kawasan tasik makin gelap dimakan senja.

Ish... Ish... Ishhh!!!
Yang ini pun kejam juga!!

HAH! Nama gua Bob. Panggil saja Bob Nazi! Jangan tanya gua banyak-banyak kenapa nama gua Bob Nazi. Nama gua ni diberi oleh kawan-kawan gua yang tinggal satu kejiranan dengan gua nun di Bangi, Selangor sana.
Mula-mula budak-budak panggil gua Bob saja, tapi semuanya gara-gara salah seorang kawan gua yang sedang stim hisap ganja memberi gua pisau untuk gua membunuh...!!
Tak apalah, dah alang-alang gua buka cerita, biarlah gua cerita sampai habis. Tapi kalian semua janganlah marahkan gua kalau gua cerita buat kalian semua sakit hati sama gua. Gua nak cerita pasal macam mana gelaran Nazi melekat pada nama gua.
Ceritanya begini, gua ni salah seorang student di sebuah kolej swasta yang  terletak di Selangor. Pada cuti semester dua tahun yang lalu, gua tak habiskan banyak masa berfaedah dengan pergi cari kerja sambilan ataupun menjadi pengasuh budak. Gua hanya lepak di rumah dan membuta pada siang hari. Pada waktu malam gua akan lepak di kedai mamak menonton bola ataupun lepak di rumah kawan-kawan main permainan video sampai subuh.
Selain lepak mamak, gua selalu melepak dengan kawan-kawan gua
dalam rumah kosong yang terletak di pinggir taman perumahan kami. Rumah tersebut sudah dua tahun tak berpenghuni. Mungkin bank lelong atau tidak ada penyewa yang baru, itu gua tak pasti. Rumah kosong ni merupakan port rasmi gua dan rakan-rakan gua menghisap ganja.
Maklumlah, kalau selalu sangat balut ganja dalam rumah gua dan kawan-kawan, lama-lama boleh kantoi dengan mak bapak kami atau jiran-jiran. Lagipun bau asap ganja ni kuat!
Dipendekkan cerita pada suatu petang gua dengan rakan-rakan
sedang menghisap ganja di rumah kosong. Sedang kami meracik-racik daun ganja kering dan tembakau rokok di bilik paling hujung tingkat atas, tiba-tiba kami terbau aroma yang kurang menyenangkan...
Yekk!! Rupa-rupanya seketul tahi kucing yang masih lembik ada di sebalik pintu bilik tidur besar. Cis! Mata gua melilau dan perasan ada seekor kucing betina yang bunting berwarna kelabu sedang menjilat-jilat tapak kakinya tidak jauh dari tempat najis itu terletak.
Gua terus naik angin bila tengok kucing bunting tersebut. Mana taknya, rumah tu port paling cantik dan selamat untuk gua dan kawan-kawan gua melepas gian.
Tiba-tiba ada kucing sial yang datang buat taik. Gua tak banyak cerita, gua terus capai pisau tajam yang diguna untuk buat bong, iaitu tabung untuk menghisap ganja.
Lepas tu gua ajak kawan-kawan gua angkut kucing betina tu turun ke ruang tamu. Hati gua meluap-luap tengok mata kucing yang pandangannya macam tak bersalah minta simpati. Tapi gua tak peduli, port gua sudah busuk dengan bau taik!
Tanpa banyak bicara, gua suruh kedua-dua kawan gua pegang kaki kucing itu. Masing-masing ikut saja apa yang gua suruh, maklumlah, kepala masing-masing tengah stim!

          Gua terus tusukkan pisau ke perut kucing sampai pangkal, tanpa belas! Kucing yang bunting itu menjerit kesakitan. Kemudian gua terus toreh hingga ke bahagian kaki, kira-kira sejengkal panjangnya. Darah memancut-mancut keluar dari perut kucing yang sedang mengiau-ngiau. Lalu terkeluarlah janin anak kucing. Tiga ekor janin kesemuanya. Perghhh!!!
Selepas itu kami lepaskan kucing betina yang sedang mengerang kesakitan ke lantai. Kucing yang sedang kesakitan itu berjalan lemah tanpa arah dan mengiau-ngiau tanpa henti.
Janin yang tergantung dari perut kucing itu masih kecil, terjuntai-juntai meleret apabila ibunya berjalan lemah mengelilingi ruang tamu.
Gua dan kawan-kawan gua menikmati ilmu sains dengan penuh asyik apabila darah dan janin yang terburai bersama-sama isi perut kucing berjuntaian di lantai simen.
Masing-masing hanya terlopong bila melihat janin yang kecil dan comel itu sedang mengokot. Beberapa ketika kemudian, kucing itu terus rebah dengan mulut yang terbuka.
Hah, sebab tulah kawan-kawan gua panggil Bob Nazi! Kalian suka kucing? Gua tak! Gua benci kucing! Sebab kucinglah gua jadi kejam!

NOTA: Kedua-dua kisah di atas adalah berdasarkan pengalaman kisah benar rakan sekolej penulis sewaktu menuntut di sebuah institusi awam beberapa tahun lalu.
Semasa penulis bertanyakan bagaimana perasaan mereka ketika melakukan perkara terkutuk itu, ketiga-tiga responden yang berumur pertengahan 20-an itu langsung tidak pernah menyesal dengan tindakan kejam yang mereka lakukan. Mereka anggap menyeksa kucing hanyalah seperti menampar seekor nyamuk. Ish... ishh... ish! Sedihnya!! – Mohd. Nazirul Afiq Ismail.

KLTHUGS: Perghh.. memang ngeri.. tapi sebenarnya ramai yang berkelakuan macam ni.. Adakah kerana masalah psikologi? Atau tiada didikan agama? Kalian tell me.. Lepas gua publish dalam Mastika, macam-macam feedback gua dapat.. malah ada cerita lagi ngeri daripada ini dan macam hitz cerita Hero (klik sini) yang gua tulis sebagai peledak..