LEMBAH maut! Itu gambaran wilayah Ciudad Juarez, Mexico yang terletak bersebelahan lembah El Paso, Texas – laluan pedagang-pedagang najis dadah dan pusat pengumpulan mayat mangsa kekejaman kartel dadah.
Lebih 5,500 pembunuhan telah terjadi di sini sejak Januari 2008. Angka itu adalah satu per lima daripada 25 ribu kematian yang melibatkan urusan dadah di Mexico selepas Presiden Felipe Calderon melancarkan perang terhadap kartel dadah secara besar-besaran. Kartel ialah rangkaian antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain mengawal harga dadah.
ini sangat kejam! kepala bersepah-sepah di atas lantai.. |
Ketegangan konflik kawasan hitam ini dihangatkan lagi dengan drama terbaru pada Jun 2010 apabila salah seorang calon gabenor di lembah berdarah ini ditembak mati dipercayai didalangi oleh kartel Juarez.
Rodolfo Torre ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Empat orang yang lain turut sama dalam kereta termasuk pemandu turut terbunuh dalam insiden kejam tersebut.
Torre yang juga merupakan pemangku Ahli Majlis Persekutuan, Setiausaha kementerian Kesihatan dan juga Pengarah Pembangunan Integriti Keluarga menjadi sasaran kartel dadah kerana menteri ini sedang berkempen dalam pilihanraya kecil Tamaulipas.
Salah satu manifestonya adalah memastikan keharmonian sejagat di Mexico, tetapi hasratnya dimatikan oleh organisasi yang merasa terancam terhadap laungan kempen Torre di seluruh pekan-pekan.
geng samseng lawan samseng lain.. yang ini gambar sudah cukup bukti samseng tu memang samseng |
mayat hugo hernandez dijumpai di sini..ewww! |
Selain itu, gadis muda turut menjadi mangsa kekejaman hawa nafsu kartel-kartel dadah dan samseng jalanan di Juarez.
Sejak tahun 1993, angka kematian yang dilaporkan oleh kerajaan setempat adalah seramai 400 orang tetapi angka sebenar dikatakan lebih 5000 orang telah dibunuh setakat tahun 2005.
keluarga mangsa femicides berdemo! |
kubur mangsa wanita yang dibunuh kartel-kartel! |
gambar-gambar mangsa wanita muda |
kamera santiago berlumuran darah. |
mayat santiago yang ditembak mati dibawa keluar..kejam!! |
Sekurang-kurangnya sembilan orang wartawan termasuk Santiago dibunuh pada tahun lepas. Tujuan mereka menyerang wartawan dan juru foto kerana mereka tidak mahu pihak akhbar menyiarkan aktiviti haram yang sedang mereka jalankan.
cuba teka siapa gadis ini?? dia adalah ketua balai polis ciudad juarez, Marisol Valles Garcia, 20 tahun |
Kekejaman terus membelenggu Ciudad Juarez, satu demi satu pembunuhan berlaku bagi mempertahankan kedaulatan kartel dadah demi untuk memastikan produk mereka tiba dengan selamat dan dinikmati pengguna-pengguna tegar di seluruh dunia, termasuklah Malaysia!
pergh! ketua balai dia lawa la.... ketua balai kt tmpt ko lawa x? laki kan? ahahah...
ReplyDeleteni btol2 samseng dowh!
-fifi
thanx for reading my article fifi!!
ReplyDeleteciter nie br je kuar kat mjlah mastika..
ReplyDeletetp pic x byk..
seram nyer tgk pic kat cnie..
huhuhu
-niza
thanx for drop by n commented my article, niza :)
ReplyDeletetulis cerita pablo escobar pulak
ReplyDeletecikgu john =)
menarik tu cikgu john!! dalam plan!! thanx drop a comment!!
ReplyDeletemantap r..
ReplyDeleteyg ketua polis tu TERBAEK!!