Wednesday, February 23, 2011

Elvis Presley hidup semula!


PADA penghujung 1980-an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki sedang menahan traknya untuk ditumpangkan.

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara. Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang berkenaan orang yang amat dikenalinya telah mati tiga tahun lepas. Penumpang tersebut ialah Raja Rock n’ Roll,  Elvis Presley.
          Menurut pakar psikiatri Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik. Dalam buku karangannya, Elvis After Life (Peachtree, 1987), sejak kematian Raja Rock n’ Roll pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika mendakwa terserempak kelibat jasad Elvis dengan pakaian yang lengkap.
          “Seorang psikoterapi, pernah bertemu Elvis pada zaman kanak-kanaknya mendakwa pada suatu hari ‘Elvis’ secara tidak diduga muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup. Padahal Elvis telah lama meninggal dunia.
Dr Raymond Moody
          “Seorang wanita lain turut berkongsi hal yang sama pada saya, menyatakan ketika dia sedang bergelut untuk bersalin, ‘Elvis’ muncul di sebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum. ‘Elvis’ membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat,” jelas Dr. Moody.
          Selain lawatan jelmaan hantu Elvis, legenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian fenomena paranormal yang tak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.
Keesokan harinya, Raja Rock n’ Roll itu betul-betul menemui ajal!


dalam kesamaran, seorang lelaki
 kelihatan menahan trak untuk ditumpangkan

Saturday, February 19, 2011

~ CANCELLED!! ~ Justin Bieber Concerts Live In KL 2011

JUSTIN BIEBER CONCERT CANCELLED!!

Yes!! exactly!!
so if you guys who already bought the ticket, can pass to me..!!
Bieber is dead man!!!! can't believe me??
dia sudah mati kena tembak sama police!!
dia jadik orang jahat sekarang...

kenapa??
tak percayaaa??

here is the pictures guys!!


he's being shot by the police... he appear in CSI tv show.. i dont really get any ideas apakah perwatakan jahat si Bieber nih.. nantilah abang cerita adik-adik, sebab takde keluar episod ni lagi kat astro!..hahahah!!
saperlah buat skrip bodoh nak matikan watak si jambu nih!!....

Rileks!

jangan marah haa.. Bieber fans!!

Tiket masih boleh guna...
Ini 21st April budak kicik kasi ramai stadium merdeka haa...

ini full news kasi bukak sini website.. jangan maraaaa haaa...

Thursday, February 17, 2011

Deftones destroyed Valentine's Spirit!! (deftones live in KL)

Chino Moreno Deftones Live in KL

14 February 2011
Bandar Baru Bangi!. 1945hrs (7.30 malam laahhhhh!!!!)

"Naze? Kau tak pergi tengok konsert Deftones ke?" kata-kata cik Wahida pendek.. terus mencanak ke jantung gua. Saat itu mata gua mula bergenang, jiwa  mula luluh... Arghh!! baru sahaja gua post FB bahawa gua kuciwa mengalas seluruh tulang belulang hingga menyalut tiap perasaan nan kalbu.. usah lagi sesiapa melonjak perasaan gembira tatkala kalian bakal berdating dengan Chino moreno yang bersuara tenor itu..

Gua hanya menggelengkan kepala!

"I just called up all music stores, eventhough online juga semua kata tiket RM 98 sudah habis!!" jawab gua dengan muka macho..padahal dah heartbreak ni!

"Laaa... apasal tak bagitau awal2? ku dapat TIKET tapi ku tak pergi.. malaslah aku, mana nak layan!" kata cik wahida...
Tiba2, perasaan gua berubah!! Seakan bunga layu tadi kini kembang kembali disinari matahari.. ahhh!!
Lalu cik wahida meneruskan kata-katanya.. "Cuba ko call nonie, ada tiket lebih katanya.. dia pergi tu.."

Gua mula mengukirkan senyuman.. seperti bakal tercipta sejarah malam ini..

                            **********

:: Ni call no nonie 01*-*******. kalau ada tiket ko pergilah ye, kalau takde ko balik. - wahid::

Pendek pesanan ringkas yang gua terima.. Wah!! tak sabar kuhubungi Nonie.. tanpa memakai seatbelt, cakap fon, bawak laju nak mampos kat hiway, agak2nya berapa saman la aku dapat atas kesalahan trafik????

"Owh! nanti Nonie cuba minta, rasanya ada lagi kot tiket.." jawab Nonie si gadis manis ringkas sebaik saja gua membuat panggilan padanya..

Yes! Yes! Yes!! sebaik mendengar perkhabaran, gua drive makin laju ke ke KL Lives!! takpelah lewat sikit.. dah pukul 8.30pm pun.. ni mesti LMB tengah perform! melepas LMB pun dah 7-8 tahun gua tengok dorg perform!!

KL Live Centre. 2108hrs (sembilan lapan minit malam lahh!!)

Gua tiba bersama Nikki dengan tergesa-gesa, sempat lagi mandi tadi dan tukar baju (kan gua cakap, gua dah prepare, tiket dah habis je) Kesian noni! terpaksa tunggu kami hampir setengah jam, sampai semua orang dah masuk.. maaflah, jalansultan ismail..paham2 je lah.. dengan tercungap-cungap gua capai tiket itu... mataku bersinar2...

Citer banyak takde, gua melompat terus tanya sekuriti.. "ini tiket boleh access belakang stage tak???"

PAng!!! satu pelempang ringan aku terima...
"Beratur la bang..tiket complimentry je tu" kata sekuriti selamba gadaknya...gua akur..
apabila sudah menaiki eskelator panjat sendiri, aku berlari terus!! capai bunga ros dan ceklat.. berhimpit-himpit masuk ke dalam.. lalu terus moshing~ jauh di depan stage, kelihatan Chino sedang mencarut2 lagu Birthmark daripada album Andrenaline 1995 aduihh.. nak abes dahhh first song!!!

Pergh!! crowd macam kena histeria! gua dapat dengar sekeliling dok mencarut kata "Dah lama aku tunggu nih!!" Mereka semua seakan tak percaya band yang dah wujud sejak tahun 1989 ini turun ke Malaysia.. tanah airku tercinta!! Tapi malangnya venue macam gampang! Gua rasa ramai yang regret dengan usaha Tunetalk bawa deftones turun, band yang bukan kecik2 nama anak.. sekurang-kurangnya kalian kena tahu, penat penonton semua cari duit nak pergi nengok band dari sacramento, california nih!! maaflah Lo, walaupun gua dapat tiket complimentary, gua tetap ada hak nak complain!..hahahha gila kau! Lower Tier RM98, Upper Tier RM188 dan Rock zone Lower Tier Rm 388! sound sistem kena baik bhai!! penonton bukan tengok wayang! kat blakang macam haram soundnya.. air condition tak payah cerita! Masing-masing bersauna okay!!

Tanpa rasa simpati, chino sedang seronok berfoya-foya dengan mikrofonnya itu.. selepas itu si jambu yang berumur 37 tahun itu dengan kurang ajarnya menyanyi lagu-lagu dari seleksi album dolu-dolu sampai la sekarang! ... Engine No. 9, Be Quiet and Drive (Far Away), My Own Summer (Shove It), ...layan dohhh!! Lhabia, Around the Fur, Digital Bath dan  Knife Prty ya! persembahan Chino seangatlah gampang nikmatnya.. Namun begitu, aku tertanya-tanya.. siapakah kelibat si jambu yang sedang bermain bass pengganti Chi Ceng itu?? muda betul!! energetik yang amat! bertuah dia!! namun, pertanyaan itu teralih.. gua lagi suka cuci mata tengok Chino mencarut-carut atas stage.. suaranya begitu berdisiplin.. menyanyi dengan penuh emosi, ikut suka tekak dia...!!

AHHH!! horny-nyaaaa... mengapa crowd di belakang ini hanya terkinja2 manja?? tidak ada body surf mahupun circle pit??? Awek-awek bertudung ramai lak tu.. jauh dihadapan pandangan, crowd di depan terkinja-kinja dengan kerek, moshing dan body surfing, ini tak bole jadi!!!! Lagu seterusnya Minerva, ramai gila yang terkinja-kinja, begitu juga dengan Bloody Cape yang menjadi feveret band Hollow of Hate (band metal local), serta single Diamond Eyes  di mana aku sing-along tanpa rasa segan silu membantai liriknya.. seterusnya CMND/CTRL menyusul bersama-sama lagu  Royal, Sextape,  Rocket Skates  dan lagu You've Seen The Butcher  yang begitu menikam jiwa!!

Semasa lagu Beauty School  dan Hole in the Earth berkumandang, gua pergi mendapatkan coke yang berharga RM5 sebab agak perit tekak ni nyanyi lagu-lagu dengan lirik yang salah.. sambil itu, gua sedang kejelesan melihat crowd nun jauh di depan sedang seronok moshing dan body surfing.. nafsu ingin berada di depan sampai puncak!! ahh... gua nak berada di depan!! gua tak kira!!  

Lalu, saat lagu Kimdracula sedang berkumandang, gua menyelinap dengan pantas tanpa peduli orang yang kena siku gua haha.. saat gua sedang berada dalam kepadatan crowd ketika dendangan lagu  Change (In the House of Flies), gua pun panjat atas badan sorang budak gemuk dan... gua pun terus surfing atas kepala-kepala penonton yang sedang berpeluh dengan kurang ajarnya!!..lalu mereka dengan rakusnya mengarak tubuh halusku ini ke depan hinggalahhhh...

GEDEGANGGGGGGGGGGG!!!!!!

"Aduhhhh!!" jeritan zahirku..apahal celaka sangat takde orang sambut gua ni... hah! Rupa-rupanya ambik ko, baik punya jatuh... atas besi padu hawaw!!


Pedih dan perit!! tapi bila aku bangkit, tengok sekeliling, rupanya aku sudah terperangkap dalam Rockzone.. which is the ticket price is RM 388!!! hahahhahhahahaha

cesss... masih pedih, tadi nak sangat body surf kan?? nah..hambekkk!!! kaw2!!
security takde plak nak tangkap atau menghalau.. lalu aku membuat muka selamba sambil terkinja terhengkot2!!

chino moreno with sergio vega- foto kredit utusan
Walaubagaimana pun, hatiku agak senang! ini kerana, Chino berada tidak jauh, sambil mendendangkan lagu Passenger! hanya 3-4 meter dari gua!!

WoooHOOOO!!! tanpa mengindahkan sakit pingang dan lengan, aku terus melompat dan surf, suirf, surf atas badan2 dan kepala penonton. Ketika tu si chino tengah menjerit lagu lamo dan nostalgia Back To School (Mini Maggit)..perghhhhh!!! gua dalam keinzalan!!!dapat juga surf for last song!!

Last song nih!!! adoii... pastu ketukan dram terakhir..dan chino berlalu meninggalkan stage..
aik? da habiss?? (pura-pura tak sangka) takkanlahh. kami semua menjerit encore... gua bersama sorang budak mat saleh yang paling tinggi kat situ, gua siku dia "scream with me dude.. " lalu white chap itu pun memegang bahu ku bersama2 encore untuk next song...

Akhirnya permintaan kami, di ijab kabulkan.. chino tampil semula ke pentas berbaju dalam putih menjadikan dirinya kelihatan lebih seksi...!!Awww!! apalagi, dorang terus belasah. lagu No Ordinary Love (Sade cover)  Root dan menutup persembahan dengan dendangan 7 Words..... ketika itu barulah aku perasan, mamat main bass itu (sergio vega) bukanlah seorang budak remaja, kedut2 wajahnya..haduhhh...kertu bhai!!  Yang bestnya lepas melepak kat luar, sempat berjumpa wan hollow, siap cakap bassist dia tu adik Patti Smith (seingat aku adik Patti Smith pernah kena assault by Sid Vicious)..yang noobsnya, aku bole percaya..cuma yang pelik apasallah si sergio vega ni takde nama 'smith'.. lagi satu apasal la kulit dia bukan main kelabu lagi??? dah balik google baru gua tau.. gua kena kencing! celaka ko wan!!!

Luka yang terkeluar isi! hari ni dah membengkak!
BTW, malam tu jadi saksi malam dating bersama deftones yang nikmat...fuhhh... walaupun ni haaa... podeh eh sampai skang... makin biru...!!! Namun begitu Gua Pulang dengan TERSENYUMMM :)









LAGI GAMBAR-GAMBAR BAKAR LINE... SCROLL JE BAWAH NI!!!

chino deftones live in kl. foto kredit utusan

NI la gelfren aku ..selalu pakai baju kurung,
hari ni dia pakai t-shirt plak..kerek betul.hahahahaha
wan kat tengah-tengah
menipu aku cakap sergio vega
adik patti smith!! cis, dah la pegi konsert pakai t-shirt skema!!
yang ni wajah keinzalan!!
kacak tak?? chino! bukan aku!! haha











siapakah si jambu yang sedang
bermain bass pengganti Chi Ceng itu?? muda betul!!



ni nmpak je harmoni, tapi! hazabb!!



crowd yang berpusu macam haremmm!!
aksi sebelum diberi pelempang



























Monday, February 7, 2011

Rasulullah Berbicara Tentang Dajjal

PADA suatu pagi, Rasulullah sedang berbincang dengan para sahabat baginda mengenai Dajal. Kadang-kadang, baginda meninggikan suaranya dan kadang-kadang baginda merendahkan suaranya sehingga kami  merasa seolah-olah berada dalam kelompok lebah.
            Apabila hari sudah petang, kami yang mendengar cerita Rasulullah pergi ke rumah baginda. Baginda telah tahu tentang maksud kedatangan kami. Tanya Rasulullah, “Apa khabar kamu semua?” Jawab kami, “Alhamdulillah, kami baik-baik saja. Maksud kedatangan kami ini sekadar hendak bertanya mengenai dajal dan mengapa apabila Rasulullah berbicara, kadang-kadang suara Rasulullah tinggi dan kadang-kadang rendah?”
Jawab Rasulullah, “Bukan Dajal yang mengkhuatirkan aku terhadap semua. Jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu, tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim.”
Sai Baba iras
Abdul Uzza bin Qathan?
            “Dajal pemuda berambut kerinting, matanya sepet; aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Sesiapa di antara kamu yang bertemu dengannya, hendaklah dibacakanpadanya permulaan surah Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia membuat kerosakan di kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah, kerana itu teguhkanlah pendirianmu!”
            Tanya kami “Berapa lamakah Dajal akan tinggal di bumi?” Jawab Rasulullah, “Selama empat puluh hari; satu hari seperti satu tahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.”
            Tanya kami, “Ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang?” Rasulullah menjawab,
            “Tidak tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.” Tanya kami, “Berapa kecepatannya di bumi?” Rasulullah menjawab,
            “Seperti ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka di ajaknya kaum itu beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan.”
            “Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih banyak kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya. Maka dia berlalu daripada mereka.”
            “Keesokan paginya, negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian (Dajal) melawat negeri yang telah rosak itu  dan berkata,
            “Keluarkanlah perbendaharaanmu!” Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri dan pergi mengikuti Dajal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.”
            “Kemudian dipanggilnya seorang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya dilempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil ketawa.”
            “Sementara Dajal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merosak, Allah Taala menurunkan Isa Al-Masih ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat Menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna sambil berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala, hujan akan turun dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripada biji-biji perak bagaikan mutiara.”
            “Orang kafir tidak boleh mencium nafasnya kerana sesiapa yang terkena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang. Maka Isa A.S akan mencari Dajal dan akan bertemu dengannya di pintu gerbang kota Lud (sebuah kota dekat Baitul Maqdis) lalu dibunuhnya Dajal tersebut.”
            “Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajal. Diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. :
            “Aku akan mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Oleh itu, selamatkanlah hambaKu yang soleh ke bukit.”
            Lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka meminum habis air telaga tersebut sehingga kering. Kemudian datang pula satu kumpulan lain, kata mereka: Sesungguhnya dahulu ada air disini. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan),”
            Kemudian Nabi Isa dan para sahanatnya turun ke bumi tetapi tidak sejengkal tanah pun didapatinya melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya berdoa kepada Allah S.W.T supaya dihilangkan bangkai-bangkai tersebut.
            Kemudian Nabi Allah Isa dan pengikutnya memohon kepada Allah S.W.T supaya dihancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah S.W.T mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati kesemuanya.”
            Allah kemudiannya perintahkan kepada bumi:
All seeing eye.. Dajal Al-Masih?
            “Tumbuhkan tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikan keberkatanmu!” Ketika itu, sekumpulan keluarga menjadi kenyang hanya dengan memakan sebiji delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Mereka sangat berkah sehinggakan susu seekor unta cukup menampung keperluan orang sekampung manakala susu seekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga dekat. Ketika itu, mereka sedang berada dalam keredhaan Allah Taala.
            Tiba-tiba Allah mengirim angin memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap orang mukmin dan muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka. Mereka bercampur baur seperti keldai. Sesudah itu terjadilah hari kiamat.”

Wednesday, February 2, 2011

Dedicate to Kuala Lumpur.. In My Heart!!

<>
<>
<>
<>
<>
<>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
<>
<>
 
 

Wilayah Persekutuan Flag (recent)
 
Wilayah Persekutuan Flag (Old)
 Country 
      Malaysia                                                         
State                                                            


Establishment
     1849
Granted city status
    1972
Granted Federal Territory
   1974
Government
 Mayor (Datuk Bandar)
   Ahmad Fuad Ismail  From 14 December 2008

Area
   243 km2 (93.8 sq mi)

City
   21.95 m (72 ft)

Population (2010)
 - City : 1,627,172 (1st)
 - Density : 6,696/km2 (18,912/sq mi)

 - Metro : 7.2 million
 - Demonym : KL-ite / Kuala Lumpurian

 - HDI (2009): 0.647 (medium)
(7th)



Time zone : MST (UTC+8)


Postal code :
50xxx to 60xxx
68xxx

Mean solar time : UTC + 06:46:48

National calling code: 03

License plate prefix: Wxx (for all vehicles except taxis) HWx (for taxis only)

ISO 3166-2MY-14

Website: dbkl.gov.my




Selamat mnyambut hari wilayah!!! I was born in Kuala Lumpur General Hospital 24 years ago.. and I am really proud to shout I AM KL-Lite!!! I LOVE KL!!! yoo hooo!!!


this is a history about Kuala Lumpur guys!!


Raja Abdullah (Malay Cheif of Klang
 - Orang Besar Kelang)
- Kuala Lumpur has its origins in the 1850s, when the Malay Chief of Klang, Raja Abdullah hired some Chinese labourers to open new and larger tin mines for tin prospectors.  


- The miners landed at the confluence of Sungai Gombak (previously known as Sungai Lumpur, meaning "muddy river") and Sungai Klang (Klang River) to open mines at Ampang, Pudu and Batu. These mines developed into a trading post which became a frontier town.


- The tin prospectors settled in Ampang, and formed gangs within themselves. The two largest Chinese gangsters, the Hakka-dominated Hai San and the Hokkien-dominated Ghee Hin, frequently engaged in warfare to gain control of tin production in the town


- The incessant warfare between the two factions brought tin mine production to a standstill, prompting the British, who ruled the Federation of Malaya at that time, to appoint a Chinese Kapitan (headman) to administer Kuala Lumpur.


- Hiu Siew, the owner of a mine in Lukut, was elected as the first Kapitan. As one of the first traders to arrive in Ampang (along with Yap Ah Sze), he sold provisions to the miners in exchange for tin.


- Early Kuala Lumpur had many problems, including the Selangor Civil War; it was also plagued by diseases and constant fires and floods.


 
Yap Ah Loy (3rd Chinese Capitan)
- Around the 1870s, the third Chinese Kapitan of Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, emerged as leader, and became responsible for the survival and subsequent systematic growth of this town. He began to develop Kuala Lumpur from a small, obscure settlement into a booming mining town.


- In 1880, the state capital of Selangor was moved from Klang to the more strategically advantageous Kuala Lumpur


- In 1881, a flood swept through the town following a fire which engulfed it earlier. These successive problems destroyed the town's structures of wood and atap (thatching). As a response, Frank Swettenham, the British Resident of Selangor, required that buildings be constructed of brick and tile. 
Frank Sweetwnham (British Resident of Selangor)



- Many of the new brick buildings mirrored those of shop houses in southern China, characterised by "five foot ways" as well as skilled Chinese carpentry work. This resulted in a distinct eclectic shop house architecture typical to this region. A railway line increased accessibility into the growing town. Development intensified in the 1890s, leading to the creation of a Sanitary Board. In 1896, Kuala Lumpur was chosen as the capital of the newly formed Federated Malay States.


- A mixture of different communities settled in various sections of Kuala Lumpur. The Chinese mainly settled around the commercial centre of Market Square, east of the Klang River, and towards Chinatown. The Malays, Indian Chettiars, and Indian Muslims resided along Java Street (now Jalan Tun Perak). The Padang, now known as Merdeka Square, was the center of the British administrative offices.


- During World War II, Kuala Lumpur was captured by the Japanese army on January 11, 1942. They occupied the city until August 15, 1945, when the commander in chief of the Japanese Seventh Area Army in Singapore and Malaya, Seishirō Itagaki, surrendered to the British administration following the Atomic bombings of Hiroshima and Nagasaki.


- Kuala Lumpur grew through the war, the rubber and tin commodity crashes and the Malayan Emergency, during which Malaya was preoccupied with the communist insurgency


- In 1957, the Federation of Malaya gained its independence from British rule. Kuala Lumpur remained the capital through the formation of Malaysia on September 16, 1963.
::: Sources - Wikipedia -
Sungai Gombak (old days)



  
Sungai Klang (recent days)

Strike a Pose!!!!!!!! me with background of KLC! (recent days)


Tuesday, February 1, 2011

"Imej Tengkorak Muncul di hadapan saya!" - Saari Amri


"Ini cerita saya, sewaktu sedang koma..." - Saari Amri




Seperti yang Dicherita-kan oleh Komposer Saari Amri kepada Penu-lis..

MALAM itu aku sedang sibuk mengemas skor lagu untuk artis baru. Dalam waktu yang sama, artis didikanku selama ini sedang direbut, bernaung bawah label syarikat yang lain.
Kusut fikiranku! Tidak semena-mena, pintu pejabatku diketuk. Aku tersentak! Siapa yang mengganggu malam-malam begini? Rupa-rupanya ada dua orang gadis sudah tercegat di hadapan pintu.
Salah seorangnya menangis teresak-esak dengan muka penuh lebam-lebam. Aku terfana! Selepas beberapa ketika, aku buka pintu juga.
       “Tolong Bang Saari, tolong… boyfriend pukul saya bang! Kami tak ada tempat perlindungan! Kami ditinggalkan. Tolong bang, tolong!” kata seorang gadis kepadaku.
Dari tutur bahasanya, jelas gadis-gadis ini dari Sabah.  Aku simpati melihat raut wajah mereka. Mereka meminta bantuan dariku.
Aku tak berani hendak tumpangkan mereka dalam pejabat. Takut orang dari jabatan agama menyerbu premisku ini dan aku akan dituduh bersekedudukan dengan bukan mahram.
Habis karier aku nanti! Terpampang di dada-dada akhbar seorang komposer terkenal ditangkap khalwat. Lagipun mereka baru belasan tahun ditambah pula isteriku yang tercinta sedang sarat mengandung anak kedua.
       Malam itu aku bawa mereka menginap di sebuah hotel di Jalan Pudu. Aku belikan mereka makanan dan berikan sedikit wang. Selepas memberikan nasihat kepada mereka, aku beredar. Takut aku diserbu di hotel itu pula.
       Esoknya, pagi-pagi sedang aku bersarapan di pejabat, seorang lelaki pula menyerang aku di premis tempat aku mencari rezeki.
Lelaki ini mendakwa teman lelaki gadis yang meminta pertolonganku, semalam. Dia datang dengan mengugut aku supaya jangan ganggu gadisnya yang datang meminta bantuanku semalam.
Aku tidak takut dengan sebarang ancaman darinya. Aku tidak melakukan apa-apa terhadap gadis yang aku bantu semalam. Teman lelaki gadis tersebut berang bila mendengar jawapanku.
Sebelum beredar, lelaki itu sempat memberi amaran: “Aku takkan lepaskan kau, Saari!”
Selepas tiga hari insiden diugut berlaku, pada suatu malam aku mengalami batuk yang luar biasa. Ketika itu aku berada di studio. Aku batuk-batuk sehingga terkeluar darah.
Aku amat terkejut! Ah! Sangkaanku mungkin kerana aku terlalu banyak merokok. Tak mengapa, mungkin esok baiklah, bisik hatiku.
Apabila batuk seakan tidak kebah, aku segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.  Malangnya doktor tidak mempercayai aku muntah darah kerana aku tidak kuat merokok. Lalu aku pulang ke pejabat semula.
Seharian, aku melakukan tugas dalam studio seperti biasa sehinggalah jam sudah menunjukkan hampir waktu subuh. Baru aku teringat, esok pagi-pagi lagi aku perlu ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan anak didikku. Aku perlu pulang sekarang!
       Ketika perjalanan pulang, banyak perkara yang bermain di fikiranku. Hal-hal di studio, hal-hal artis dan beberapa hari lepas hal yang berkaitan teman wanita orang.
Ah! Kubiarkan saja semua perkara berlegar-legar di fikiranku. Yang penting, esok salah satu masalahku dapatlah diselesaikan.
Aku terus nyalakan enjin motosikal berkuasa tinggiku ini. Aku mahu pulang! Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba dadaku berdebar.
Aku rasa seperti tidak sedap hati apabila terkenangkan tiba-tiba kenapa aku batuk berdarah tadi? Kemudian baru aku teringat kata-kata ancaman teman lelaki gadis yang aku bantu tempoh hari?
 Boleh jadi aku telah terkena buatan lelaki tersebut? Aku mengelamun sendirian. Motosikal kupecut semakin laju di Jalan Ampang.
       Sedang aku melintasi jalan di hadapan Hotel De Palma, Ampang, tiba-tiba suatu bayangan aneh menghadap mukaku dengan sekelip mata.
Bayangan itu berbentuk imej tengkorak berkepala putih. Aku terus tersentak dari lamunan. Ya Allah, aku beristighfar. Kenapa imej tengkorak itu berlalu betul-betul di hadapanku? Hatiku berdebar-debar. Terus kupecut motosikal menuju ke rumah.
       Esoknya pagi-pagi aku sudah bangun. Ada urusan di TV3 berkenaan hal kumpulan UK’s yang masih belum selesai. Aku hidupkan enjin motosikal dan terus tunggang menuju ke Kuala Lumpur.
Dalam hatiku masih rasa berdebar. Kenapa agaknya imej tengkorak berkepala putih melintasi hadapanku? Ah! Kubiarkan saja perasaan itu berlegar-legar di kepalaku. Namun perasaan itu seolah-olah memberikan petanda sesuatu. Tapi petanda apa?
       Pagi itu, aku tunggang motosikal dengan perasaan yang kosong. Mataku seperti tertutup! Aneh pandangan mataku juga terasa kosong!
Sedang aku melalui Jalan Ampang, betul-betul di lampu trafik hadapan Hotel De Palma, aku melanggar lampu merah. Dengan tak semena-mena lori dari simpang kanan menuju ke Kuala Lumpur bertembung dengan motosikalku.
 Sebaik saja motosikal berkuasa tinggiku berlanggar, aku tidak sedarkan diri…
       Saat itu dunia aku menjadi gelap. Selama 21 hari aku koma. Menurut cerita bapa mentuaku, peluang aku hidup amat tipis!
Aku masih ingat bagaimana dia menceritakan keadaanku yang sangat tenat ketika dalam ambulans. Nyawaku benar-benar sudah sampai di penghujung…
Semasa rawatan, ramai bertanya pada doktor bagaimana keadaanku. Jawapan yang diberikan oleh doktor adalah aku tiada peluang untuk hidup.
Menurut doktor, dadaku penuh dengan darah beku. Selepas rawatan demi rawatan, alhamdulillah, aku beransur pulih.
Begitu ramai yang melawatku di hospital. Isteri, keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, media, semua datang melawatku. Tapi sayang sekali, seorang pun tidak kukenali.
Mereka kata aku adalah seorang komposer terkenal. Pencipta lagu yang dikagumi, tapi malangnya diriku sendiri pun tak kenal. Yang aku tahu, namaku Saari tapi apa yang berlaku sebelum ini aku tidak sedar.
Sepanjang lima tahun itu aku berubat, macam-macam jenis rawatan aku terima. Satu Malaysia aku pusing untuk mendapatkan rawatan kampung.
Ribuan wang ringgit telah dihabiskan untuk merawat aku. Wang yang selama ini aku simpan hasil pencarianku dalam bidang muzik habis dibuat belanja.
       Selepas aku pulang ke rumah, aku sering didatangi orang yang melawat. Suatu hari aku bertanya kepada isteri, kenapa agaknya ramai orang datang ke rumah kita?
Isteri saya mengalirkan air mata, sebak mendengar soalanku. “Abang, kan accident … lihatlah keratan akhbar, abang accident…” jawab isteriku.
 Ya, sepanjang lima tahun itu aku jadi bingung. Cakap merapu-rapu, begitulah antara yang cabaran ibu, isteri dan keluargaku sepanjang menjaga aku ketika masih belum sihat.
       Suatu ketika aku bertemu semula dengan doktor yang merawatku. Dia menyatakan aku adalah kes yang pertama dalam sejarah hidupnya sebagai seorang doktor.
Saya masih ingat kata-katanya: “Saari, sepanjang saya bertugas sebagai doktor, kamu pesakit pertama yang masih selamat walaupun terlibat kemalangan teruk.
“Motosikal kamu hancur, kamu tak luka, tak patah, darah kamu beku tapi hari ini kamu masih berada di hadapan saya!” begitulah kata-kata doktor tersebut.
       Selepas mendengar cerita doktor tersebut, aku mula sedar. Ya, aku terlibat dalam kemalangan yang dahsyat tetapi tiada luka parah mahupun patah.
Aku dimasukkan ke ICU, tapi alhamdulillah hari ini aku masih bernafas. Masih boleh berjalan atas bumi Tuhan dan menikmati pancainderaku.
Aku kenang kembali apa kesilapanku. Begitu banyak perkara hitam telah aku lakukan tetapi Tuhan itu masih memberi aku nikmat-Nya.
       Barulah aku sedar selama ini aku banyak memberi sedekah kepada yang memerlukan. Bukan aku hendak bercakap riak ataupun takbur tetapi itulah rezeki yang aku peroleh sebelum ini.
Alhamdulillah, ada juga aku salurkan pada anak-anak yatim dan pada orang yang memerlukan. Ada juga rakan-rakan yang sebelum ini susah, aku bantu.
Aku menikmati ganjaran atas kebaikan yang telah aku laksanakan sebelum ini. Aku mula sedar peluang ‘hidup’ kali kedua ini adalah dari rahmat-Nya.
Alhamdulillah. Tuhan masih sayangkan aku. Walaupun zaman aku sudah berlalu dalam industri hiburan ini, namun hasil dari pencarianku sebelum ini masih aku nikmati hingga sekarang.
Syukur kepada-Mu ya, Allah!

penulis merakam kenangan
bersama Saari Amri di
Datacrest Studio, Cheras
KLthugs: Saari Amri sekarang dalam perancangan menulis biografi kisah hidupnya sebagai komposer terkenal termasuk kisah tentang kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya enam tahun lalu.
Rilisan terbaru Saari Amri - Tajam berbisa