Showing posts with label Unexplained Phenomena. Show all posts
Showing posts with label Unexplained Phenomena. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Elvis Presley hidup semula!


PADA penghujung 1980-an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki sedang menahan traknya untuk ditumpangkan.

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara. Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang berkenaan orang yang amat dikenalinya telah mati tiga tahun lepas. Penumpang tersebut ialah Raja Rock n’ Roll,  Elvis Presley.
          Menurut pakar psikiatri Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik. Dalam buku karangannya, Elvis After Life (Peachtree, 1987), sejak kematian Raja Rock n’ Roll pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika mendakwa terserempak kelibat jasad Elvis dengan pakaian yang lengkap.
          “Seorang psikoterapi, pernah bertemu Elvis pada zaman kanak-kanaknya mendakwa pada suatu hari ‘Elvis’ secara tidak diduga muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup. Padahal Elvis telah lama meninggal dunia.
Dr Raymond Moody
          “Seorang wanita lain turut berkongsi hal yang sama pada saya, menyatakan ketika dia sedang bergelut untuk bersalin, ‘Elvis’ muncul di sebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum. ‘Elvis’ membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat,” jelas Dr. Moody.
          Selain lawatan jelmaan hantu Elvis, legenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian fenomena paranormal yang tak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.
Keesokan harinya, Raja Rock n’ Roll itu betul-betul menemui ajal!


dalam kesamaran, seorang lelaki
 kelihatan menahan trak untuk ditumpangkan

Wednesday, January 19, 2011

Ramalan kematian John Lennon


PADA tanggal 8 September 1980, Alex Tanous, seorang pakar psikik Amerika Syarikat telah ditemu bual oleh Lee Speigel untuk siaran radio NBC.
Temu ramah untuk rancangan Unexplained Phenomena itu diadakan di pejabat Persatuan Penyelidikan Psikik Amerika Syarikat di New York City.
       Menerusi rancangan itu, Speigel meminta Tonous membuat ramalan mudah, menarik dan menguja perhatian pendengar rancangan tersebut yang rata-ratanya peminat muzik rock berusia antara 18 hingga 35 tahun. 
       “Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajalnya tidak lama lagi. Ia akan berlaku bila-bila masa daripada sekarang. Kematiannya akan memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang kerana kemasyhurannya,” ramal Tonous begitu yakin.
Alex Tanous

       Semasa membuat ramalan itu, Tonous merenung ke arah sebuah bangunan mewah yang terletak bersetentang dengan pejabatnya.
       Tanpa menyatakan nama, Tonous hanya memberi gambaran bintang rock itu menetap di Amerika namun bukan dilahirkan di negara itu. Tiada siapa dapat meneka bintang rock yang diramal Tonous dalam temu bual berkenaan.

Mark David Chapman
- Pembunuh Lennon

Tapi, tiga bulan selepas temu bual itu disiarkan, dunia dikejutkan dengan berita kematian  penyanyi terkenal John Lennon.
Bintang rock anggota kumpulan The Beattles itu ditembak mati dari jarak dekat di depan pintu masuk kediamannya, Apartment Dakota, iaitu bangunan mewah yang direnung Tonous semasa membuat ramalan tersebut.






The Dakota