Phython -Python is the common name for a family of constricting snakes - specifically Pythonidae. It is also the scientific name for a specific genera of snakes of the family Pythonidae.
Last two week, before Ramadhan... gua melepak ke rumah abang ngah PD rempit bersama abang long apit kanan belah utara yaitu Abang Long Bakso.. Abang long bilang sama aku yang abang long sudah 'bela' senjata baru. Maklumlah, dalam dunia kongsi gelap, kita kena sentiasa kreatif dan innovatiff untuk menaiktaraf ilmu kongsi gelap tak kiralah dalam apa jua field samada mengepow kedai mamak, bertumbuk pasal awek, serta merebut hak penjualan tam-tam di tabika-tabika kemas sepanjang jinjang hinggalah ke pantai bharu..
"kita kena kreatif nok!! mak tak nak orang kenal kongsi gelap mak yang paling tak akif dan innovatiff, meleysia buleh... nok-nok buleh! hidup kongsi gelap!!" kata abang long bakso dengan berkobar-kobar sambil membuka buah mangga yang kuncinya sudah berkarat...
Sebaik kami masuk ke teratak, abang ngah PD rempit sudah menyambut dengan boxer bersama telur yang terkonteng-konteng.. kuang hajar punya abang ngah!! ada patut sambut pakai boxer sambut gua dan abang long Bakso?? pergh, abang long terasa sangat jeles melihat buah abang ngah PD Rempitt yang semakin membuakk masak ranum di sebalik boxer biru (rasanya sejak zaman study lagi abang ngah PD Rempit sudah sarung boxer biru tu)..
abang long bakso usyar dengan jeles sambil mulut terkumat kamit menyumpah seranah.. gua mengangkat-angkat kening sahaja tanda respek pada abang long bakso... walaupun buah abang ngah PD Rempit sudah rankin tahap negro, tapi sebab nak dapat pencalonan jadi taiko cawangan KL ni, gua terpaksa mengampu abang long Bakso dengan mengatakan buahnya yang paling panjang dalam sejarah gua terserempak tatkala dia pakai boxer suatu ketika dulu...
agak kembang kempis jugaklah idung bang long bakso biler gua cakap camtu..
Ahh!! Pedulikan tentang buah abang ngah PD Rempit!! sakit hati mengenangkan betapa jelitanya buah abang ngah! boleh depressed tau!!! sekarang ni gua nak citer pasal pikkor - senjata baru abang long Bakso... memori kami terlalu indah!! waktu bibit-bibit awal pertemuan, pikkor sedang lena di singgah sana.. sebaik gua datang, abang long membakar curut dari seberang jenama 'nusantara' (lagi baik dari curut cuba)
"Mak dah ajar, kalau nak bagi pikkor kenal siapa master dia, melalui bau wangi cigar mak.. nanti pikkor terus jinak" jelas abang long bakso serius.. gua sabar je dengan explaination dia, mentang-mentang abang long, kerja asyik nak school orang je!! grrr....
Tanpa banyak bunyikk, abang long terus bermain-main dengan pikkor..
Abang Long Bakso agak terkial-kial nampaknya
tapikan gua tengok aksi abang long bakso macam ada sedikit kurang dengan Pikkor.. gua tak tahu apasal, lu orang tengok lah sendiri gaya abang long gua main dengan pikkor... jauh-jauh je dari muka dia yang GQ tu dengan Pikkor....
cium la sikit long.. ishhh!!
lepas tu abang ngah datang terus menggapai badan pikkkor yang lembik-lembik keras sejuk itu.. ye lah, gua
pegang kamera kan? sibuk je nak interframe gakk... "Nok, ambik gambor abang ngah cepat! nanti abang ngah nak masuk pesbukk..." gitulah kata-kata abang ngah yang begitu romantik pada gua.. alahai, gua tau, itu ayat pancing dari abang ngah PD Rempit nak suh ambik gambar dia dengan boxer yang seksi tu.. modal nak ayat cikaro-cikaro jambu kat facebook la kan ngah kan??? tapi abang ngah silappp!!! gua terus zoom nampak muka je... hahahah!! sorilah abang ngah PD Rempit... blog gua ni semua tutup aurat... (padahal dengki dengan buah abang ngah!)
Sori la ngah, nipple pun gua crop..hahaha
Namun begitu, hati gua makin melonjak mahu menyentuh tubuh pikkkor.. badan pikor yang melentik lentik buat nafsu nak pegang terus bergelojak.. lalu gua yang takut ular ni pun pegang je.. ahhh... nikmat rasanyaa... dan..sedikit show off aksi mesra kami yer.. jangan marah abang long bakso dan abang ngah PD Rempitt...ooopsss
Selepas cemolot dengan pikkor, pikkor menyorok jadi topi taliban
Gua pegang, ramas pikkor puas2.. maklumlah tengok badan lentik-lentik camtu saper leh tahannn!! makin lama gua main dengan pikkor, kami makin mesra hinggalah pikkor nak masuk dalam baju gua.. hahahaha.. abang long bakso unsyar ketat jer.. sikit2 nak marah, sikit2 nak marahh.. tak paham gua!! PMS ke haper???
lepas sesi beramah mesra dengan pikkor dihentikan (akibat kekangan exam, abang long bakso ada paper la pulak.. so abang long kena tidur awal) so gua pun beredar balik ke rumah bonda...
sebaikk sampai je ke rumah, dengan muka keronyokk gua masuk ke kamar makk aihhh... terkejut gua, ada ular sawa lagi besar berdengkur kat katil gua!!
23 Julai 2011 - Persembahan Konsert Incubus Live in KL bertaraf enam bintang! Mungkin ramai yang akan berpendapat penulis terlalu mengagung-agungkan persembahan artis luar negara. Namun itu hakikat yang harus ditelan kerana rata-rata penonton yang menghadiri konsert ini pulang dengan wajah yang penuh keriangan.
Bukan sekadar menikmati persembahan artis pujaan mereka tetapi sepanjang konsert tersebut berlangsung, boleh dikatakan semua berpendapat sama seperti penulis, kualiti persembahan live Incubus umpama memasang album di radio!
Penulis terlepas aksi pembukaan kumpulan rock tempatan Rosevelt , kerana terkandas di kesesakan lalu lintas akibat keluar lewat kerana tugasan lain. Namun menurut sumber penonton yang ditemui, Rosevelt membuat persembahan yang cukup bertenaga tepat jam 8.00 malam. Set selama 45 minit langsung tidak disia-siakan oleh lima anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur ini untuk mempamerkan persembahan yang bertenaga lantaran mereka dipilih oleh pemain gitar Incubus, Mike Einziger dalam suatu pertandingan pencarian band opening konsert mereka.
Gadis-gadiss yang meletup-letuppp dan giggles sizzles jiggless ~~ grrr
Penonton yang berada di segenap sudut lebih-lebih lagi wanita seakan diserang histeria sebaik kelibat Brandon Boyd muncul di tengah pentas. Mereka terus memulakan set dengan dendangan lagu popular ‘Megalomaniac’ tepat jam 9 malam diikuti lagu ‘Wish You Were Here’ di mana dua lagu ini merupakan ‘trademark’ lagu pembukaan di kebanyakan jelajah konsert mereka.
Ben Kenney agak malas perform malam tu, cautut crack sama snow banyak sangat kot?
tu pasal terbedukk?? ke stim duriann?? LOL!!
Lagu seterusnya ialah Pardon Me, di permulaan lagu ini dimulakan dengan bunyi geseran turntables DJ Kilmore serta bunyi-bunyian ‘kotor’ daripada efek gitar Mike Einziger. Kawalan bunyi komposisi lagu ‘kotor’ ini begitu baik tanpa menjejaskan kualiti lagu ini disertakan beberapa bahagian rap oleh Brandon. Ternyata, lagu Pardon Me menggamit nostalgia betapa band ini begitu kreatif bereksperimen dengan bunyi-bunyi pelik di awal kemunculan mereka.
Mike 'Genius' Einziger
Sebaik tamat, Einziger tidak menunggu lama untuk menggerakkan ‘mesin pemusnahnya’ dengan memetik riff single hit mereka pada tahun 2006, Anna Molly (Untuk tengok video Klik Sini!!). Stadium Negara kembali bergegar kerana peminat masing-masing turut menyanyi bersama-sama. Sesungguhnya, muzik dan paduan vokal begitu signifikan apabila mereka meneruskan dendangan lagu seterusnya ‘Promises, promises’ dalam album terbaru ‘If Not Now, When?’
Jose, Brandon dan Kilmore.. Kilmore?? Kilmore!! Kilmore rentung hingga kacipp di situ.. kah kah kah!!
Seperti mana yang kita dengar dalam album, begitu jelas bahasa muzik yang di terjemah oleh kumpulan muzik yang berasal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat ini. Single ini merupakan lagu pertama yang dimainkan di Asia selepas album terbaru mereka dilancarkan pada 12 Julai yang lalu. Lunak suara vokalisnya sungguh seksi!
Dalam beberapa selingan, vokalis yang berumur 35 tahun itu tidak banyak berkomunikasi dengan peminat melainkan beberapa sapaan ‘Thank you boys and girls’ dan ucapan terima kasih. Seterusnya rangkaian lagu-lagu baru seperti Thieves dan Wolves mengiringi set mereka.
Brandon Habis stone dah ni.. feel habiss!!
Tiba-tiba band ini membuat kejutan dengan memainkan lagu “Glass” daripada album terbaik mereka sepanjang zaman S.C.I.E.N.C.E. yang diterbitkan pada tahun 1996. Beberapa penonton yang duduk di bahagian atas yang dari tadi hanya melayan lagu-lagu baru Incubus bingkas bangkit dan ‘headbanging’. Ternyata mereka bijak mengatur senarai lagu kerana rata-rata peminat Incubus ‘lama’ begitu berharap Incubus memainkan sekurang-kurangnya satu lagu daripada album terhebat sepanjang zaman ini.
Brandon kelihatan beberapa kali mengetuk-mengetuk alat muzik bongo di penghujung lagu ini lantas dia terus mencapai gitar merah untuk lagu seterusnya, Pistola. Ketika itu penulis dapat melihat begitu dalam penghayatan lirik nyanyian Brandon kerana lelaki ini hanya melaungkan ton suaranya selengkap mungkin tanpa mengendahkan audiens. Jelas Brandon benar-benar selesa di hadapan lebih dua ribu penonton malam itu.
kau memang genius mike, walaupun tergelincir satu dua note hehehe..
Lampu kembali gelap buat seketika selepas lagu Pistola tamat. Tiba-tiba tenaga penonton kembali hangat apabila Einziger mula memetik riff lagu masterpiece yang melonjakkan nama mereka di antarabangsa - Drive. Stadium Negara seakan suatu kumpulan koir besar kerana setiap bait lirik lagu ini dinyanyikan bersama-sama. Terdapat sedikit olahan pada awal lagu dan pengakhiran daripada lagu asal kerana Einziger mula mempamerkan solonya yang begitu ‘melekat’ walaupun sedikit tergelincir daripada nota muziknya. Kemudian ‘Talk Show On Mute’ menjengah di mana mood penonton menyanyi bersama mula mellow dengan lagu hit ini.
Lagu baru seterusnya ‘Adolescent’ sekali lagi menjamu hawa telinga, penonton termasuk penulis sudah kehilangan suara gara-gara cuba mengikut pitch vokalis tersebut. Lagu yang penuh penghayatan itu disampaikan dengan baik sekali oleh kesemua anggota walaupun kelihatan Ben Kenney kelihatan begitu bersahaja mengalun irama gitar bes dan Jose Pasillas yang kelihatan sedikit tercungap-cungap mengetuk dram yang begitu padu bunyinya.
Jose agak panchett di situ nampaknyaa...
Sebaik tamat, mereka Incubus terus mengucapkan selamat malam kepada Kuala Lumpur dan beredar ke belakang pentas. Walau bagaimanapun, penonton langsung tak berganjak di mana masing-masing menjerit mahu encore daripada Incubus.
Halo - best photo by Jennifer Thompson.. memang gempak pic nihh!!
Beberapa minit kemudian mereka keluar dan menamatkan set encore lagu berjudul The Warmth dan sudah tentunya lagu cliche Incubus ‘Nice To Know You’ mengakhiri persembahan.
Penulis masih mengharapkan beberapa buah lagu dimainkan seperti single sensasi mereka Love Hurts dan Summer Romance (Anti Gravity Love Song), namun itu sahaja persembahan mereka tahun ini. Nilai tiket RM 203 betul-betul berbaloi (LOL!!) dengan persembahan yang berkualiti sebegini dan oh, ya, Brandon tidak membuat gimik membuka baju seperti insiden konsert mereka pada tahun 2006. Penulis percaya ramai juga gadis-gadis turut kecewa. Buat Tunetalk (yes you !!kapitalis jason lo!!) selaku penganjur, tahniah, konsert ini antara yang terbaik pada tahun ini!!
KLTHUGS:Maaf, ini formal punya review gua hantar untuk newspaper, sebab tu bahasa gampang formal.. Oleh sebab diorang kekurangan page (kerana David Archuletta menang page tersebutt) maka gua post kat sini.. versi carut-carutnya ada jer bro.. kalau gua rajin, nanti gua taip review dari Athirah sesat, jalan jammed, nak bergaduh ngn security sebab tak boleh bawak masuk DSLR, pembahagian Arena dengan Lower Tier dan sampai habis Q kat parking, sampailah ada orang merajuk sebab gua kena ngorat kat budak-budak jambu kat Qbistro.. memang gua nak mencarut kat Jason Lo.. hahaha
Photo credit goes to: Jennifer Thompson/ Makata Khalil/ YKWYA
NUN jauh di sebuah Kampung Bulaksari 7 di ceruk Kecamatan Mampir, Surabaya, suasana begitu tenang pada siang hari. Kelihatan beberapa orang suri rumah sedang memampatkan surat khabar lama, kotak-kotak serta beberapa ikat naskhah majalah di laman rumah. Mereka akan membawa ikatan-ikatan kertas-kertas lama ini ke pekan untuk dijual kemudian hasil jualan lusuh ini akan disalurkan ke dalam dana untuk membangunkan kampung mereka.
Di suatu kawasan lain kelihatan sekumpulan lelaki sedang membersihkan longkang, memotong rumput serta menanam pokok bunga sebagai hiasan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, masing-masing tidak lokek tenaga membanting tulang sama-sama membangunkan kampung.
Ya, seluruh Surabaya dan sekitar Jawa mengetahui tetangga Bulaksari 7 begitu teguh perpaduan antara mereka. Setiap bulan ada saja pertemuan antara tetangga untuk bermesyuarat dan bertukar-tukar pandangan bagaimana untuk mengindahkan lagi persekitaran kampung mereka.
Malah, di sini, terbinanya sebuah warung yang diberi nama ‘Gotong-royong’ yang menjual makanan di mana perolehannya digunakan untuk membeli peralatan seperti cangkul, benih pokok, sabit dan pelbagai peralatan lain kegunaan penduduk kampung.
Menurut salah seorang penduduk, Sri Winarti, semangat penduduk kampung semakin memuncak untuk menjadikan kampung mereka sebagai kampung terbaik setelah dijadikan projek kampung contoh oleh pemerintah Kota Surabaya.
“Kelak suatu hari nanti kami bakal menjadikan kawasan kampung kami sebagai zon persekitaran paling indah dan paling bersih di Surabaya, malah di seluruh dunia!” kata Sri Winarti dengan yakin.
Setelah dinobatkan sebagai kampung contoh, pada suatu hari ketua kampung tersebut, Heru Subijanto mengusulkan impiannya untuk menjadikan persekitaran kampungnya bebas daripada asap rokok.
Heru Subijanto
Misinya menjadikan kampungnya bebas asap rokok seakan mustahil kerana kebanyakan penduduk Kampung Bulaksari 7 merupakan perokok tegar.Namun, dengan bantuan isterinya, mereka menyampaikan mesej bahaya asap rokok kepada golongan isteri dengan harapan golongan isteri ini tadi memujuk suami mereka berhenti merokok.
Atas usaha yang berlanjutan, sedikit demi sedikit penduduk kampung dapat menerima saranan Heru Subijanto. Akhirnya dalam masa tiga tahun, sebanyak 65 keluarga bersetuju untuk berganding bahu menjadikan kawasan kampung mereka sebagai bebas merokok.
Lalu papan tanda zon bebas merokok mula didirikan di kawasan kampung. Sebaik saja melangkah di pintu gerbang kampung berkenaan, pelawat disajikan dengan papan-papan tanda amaran bahaya merokok dan kesan-kesan merokok kepada generasi seterusnya.
Bekas abu rokok besar turut diletakkan di penjuru pintu gerbang bersama dengan kain rentang tercatat amaran: ‘Matikan rokok anda di sini!’ – sebagai simbolik tiada lagi asap rokok di kampung mereka.
Bagi merealisasikan impiannya, Heru turut membuat petisyen untuk menghalang perniagaan berunsur tembakau dijual di kawasan kampung. Hasratnya diterima oleh peruncit-peruncit walaupun tembakau merupakan salah satu punca pendapatan peruncit-peruncit berkenaan.
Tanggal 12 Disember 2010, Kampung Bulaksari 7 dimasyhurkan sebagai perkampungan bebas asap rokok oleh Datuk Bandar Tri Risma Harini.
Namun begitu, terdapat beberapa penduduk yang masih merokok secara rahsia di kebun atau di laman rumah tetapi dengan nasihat berterusan dan pendidikan terhadap bahayanya merokok kepada kesihatan penduduk lain, perokok-perokok ini tadi terpaksa melepaskan gian mereka di luar kawasan kampung.
Heru menceritakan, dia pernah disuruh mencuba merasai sendiri bagaimana untuk menikmati rokok yang dibeli isterinya.
“Saya mencubanya, langsung tak ada nikmat! Pelik, bagaimana orang bisa ketagih rokok!” beritahu Heru dengan wajah jijik seperti dilaporkan VHRmedia.
heru bersama anugerahnya
Berkat kebijaksanaan Heru Subijanto dan penduduk kampungnya memperhebatkan kempen zon bebas merokok akhirnya telah mendapat pengiktirafan.
Pada awal Julai 2011 yang lalu Heru Subijanto dan Kampung Bulaksari 7 dianugerahkan Plazmokefree oleh Hotel Plaza Surabaya yang mengiktiraf individu atau perkumpulan yang berkempen bahaya tembakau.
Menariknya usaha Heru itu dipilih sebagai pemenang utama sekali gus mengetepikan beberapa penyertaan organisasi lain kerana dilihat kempennya menyasarkan kumpulan masyarakat bersepadu serta paling berjaya.
Nah, anda lihatlah sendiri! Walaupun hanya berkedudukan jawatan sebagai seorang budak pejabat, namun apabila diberi mandat sebagai seorang ketua kampung, Heru dengan penuh amanah menggunakan kuasanya dengan bijaksana untuk memajukan serta melakukan sesuatu untuk komunitinya.
Adakah tok empat dan ketua-ketua kampung di negara kita yang membaca artikel ini teringin hendak mengikut jejak murni Heru Subijanto dan Kampung Bulaksari 7?
KLTHUGS: Pernah berhenti merokok suatu ketika dahulu. lepas tu merokok semula dengan kadar dua kali ganda.. gila! Pernah mendapat pesanan dari abang sepupu, 'kalau nak berhenti, berhenti terus'
·Secara purata, seramai 954 juta manusia tidak mendapat khasiat makan yang sempurna, ini bermakna satu daripada tujuh orang bakal tidur dalam kelaparan pada malam ini.
·Kenaikan harga barang di seluruh dunia di antara Jun 2010 hingga Februari 2011 turut menunjukkan peningkatan terhadap kebuluran sebanyak 44 juta daripada jumlah asal. Hampir mencecah satu bilion manusia! Jumlah kebuluran ini yang paling tinggi dalam sejarah yang pernah direkodkan.
·Afrika berkongsi bahagian penduduknya yang paling malang di mana suku daripada keseluruhan manusia kebuluran. Sebanyak 578 juta mangsa kebuluran pula dicatatkan yang mendiami bahagian Asia dan seluruh Pasifik.
·Kebuluran meragut lebih ramai nyawa manusia selepas penyakit AIDS dan malaria.
·Kematian satu pertiga daripada kanak-kanak yang berusia kurang daripada lima tahun adalah berpunca daripada kurangnya zat makanan.
·Tempoh 1,000 hari iaitu sejak bayi dilahirkan hinggalah berumur dua tahun merupakan tempoh paling penting tumbesarannya .
·Seorang kanak-kanak hanya memerlukan kurang daripada seringgit untuk melengkapi nutrien pemakanannya manakala seramai 17 juta kanak-kanak lahir kurang zat setiap tahun
·Pada tahun 2050, perubahan cuaca yang mendadak bakal meningkatkan bilangan kebuluran kanak-kanak seramai 24 juta orang. Sebahagiannya tinggal di kawasan pinggir gurun Sahara, Afrika.
BULAN lalu, penulis telah beberapa kali melalui lebuh raya lingkaran tengah dua. Berulang kali jugalah penulis terpandang sebuah papan iklan di flyover simpang menuju ke Pandan Jaya dan Taman Cempaka, Ampang Jaya. Papan iklan tersebut mempromosikan sebuah produk pencuci muka jenama antarabangsa. Menariknya, syarikat produk kecantikan tersebut menggunakan khidmat artis muda yang sedang meletup-letup namanya sebagai duta produk tersebut. Siapa lagi kalau bukan Justin Bieber!
Hah, apa yang menariknya? Tak ada apa yang menarik pun dengan papan iklan itu! Tetapi penulis berasa pelik, artis muda tersebut baru berumur 17 tahun, mukanya licin jambu, tapi oleh kerana populariti luar biasa penyanyi remaja tersebut, dia dilantik menjadi duta sabun pencuci muka. Lucu, suaranya pun masih belum pecah atau akil baligh!
Begitulah rakusnya kapitalis-kapitalis di barat mengambil kesempatan terhadap setiap fenomena yang berlaku di dunia ini. Ada saja sumber yang boleh memenuhkan poket, pasti dieksploitasi selumat-lumatnya.
Nanti dulu, jangan salah faham! Penulis bukan nak menghentam hak syarikat kecantikan tersebut melantik budak-budak sekolah jadi duta. Lagipun mereka dah keluar duit beratus ribu dollar untuk mengeksploitasi budak itu, terpulanglah pada mereka. Betul tak?
Tetapi secara peribadi penulis berasa kasihan pada beribu-ribu pengguna lebuh raya berkenaan setiap hari. Terpaksa mempercayai keberkesanan produk tersebut kerana yang pegang pencuci muka itu ialah Justin Bieber. Kalau nak muka jambu macam Justin Bieber, kena pakai produk mereka.
“Arghh!! Justin Bieber, Justin Bieber! Menyampah!” keluh seorang teman penulis yang amat meminati muzik rock kapak. Teman penulis memang anti dengan Justin Bieber. Naik jelak dengan terlalu banyak kisah Justin Bieber dalam talian internet.
“Kau tengoklah, muka depan surat khabar kita pun muka dia. Buat persembahan kat stadium penuh, tapi kualiti apa pun tak ada! Menyampah aku dengan budak jambu ni! Meluat!” bentak teman penulis pada suatu hari. Ish, kenapa nak bengang sangat, teman penulis ni bukan seorang artis atau penggiat seni. Apa yang menyampah sangat dengan Justin Bieber pun penulis tak faham.
Masakan tidak, kalau tak ada kualiti takkanlah penuh stadium semasa budak jambu ini membuat persembahan di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu? Mestilah ada kualiti geng, 17 ribu tiket habis dijual! Siapa setuju Justin Bieber tak ada kualiti? Mestilah ramai yang tak setuju!
Apabila disogokkan kenyataan demikian, teman penulis hanya menggeleng-gelengkan kepala. Teman penulis senyum sinis dengan penyataan penulis.
“Lu buka internet, kasi buka Youtube, cari dia punya video. Berapa ramai yang kasi hentam? Sana bacalah kawan!” sindir teman penulis. Hm, benar dakwaan teman penulis, salah sebuah video klip terbaru Justin Bieber mendapat respon yang amat luar biasa di laman sesawang Youtube.com. Namun kebanyakannya menandakan ‘tidak suka’ pada klip video tersebut.
KLIK Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
Ok, jangan marah wahai teman. Penulis telah pun merujuk kepada beberapa portal hiburan termasuklah beberapa wartawan hiburan di Utusan Karya. Rata-ratanya memberi gambaran negatif terhadap persembahanJustin Bieber. Ramai yang menyatakan dalam portal mereka bahawa persembahan Bieber biasa-biasa sahaja. Ada pula yang mengatakan budak ini besar kepala dan berlagak bagus kerana menghalang para wartawan daripada mengambil gambar semasa tiba di lapangan terbang. Ahh.. tenanglah, dah nama pun artis antarabangsa.
Mereka dah muak dengan kehidupan yang dipenuhi simbahan lampu flash kamera di negara sendiri. Takkanlah datang negara orang pun dapat simbahan lampu flash juga? Kenalah kita sambut dengan simbahan air mawar serta paluan kompang! Tak gitu wartawan-wartawan hiburan Malaysia?
Ini Aksi Bieber..
Ini Pula Aksi anak-anak kita..
Hah!! sah anak-anak kita..!
“Tolong sedar wahai bangsa Malaysia, sila kaji kemasukan hiburan ke tanah air, Justin Bieber salah satu agenda yahudi dan barat untuk merosakkan anak Melayu. Tolong cari siapa dalang di sebalik ‘Justin Bieber’.”
Hah, ini SMS yang penulis terima daripada salah seorang pembaca. Pembaca ini menggelar diri sebagai Elle. Eh? Apa yang dimaksudkan oleh Elle? Dalang di sebalik ‘Justin Bieber’? Ahh, jangan kata Justin Bieber ini propaganda yahudi atau barat untuk menghancurkan orang Islam di Malaysia!
Penulis nak beri angka pada Elle. 17000. Tolong baca semula Elle, berapa kosong selepas nombor 17. Ya, 17 ribu. Ini fakta angka, kalau Elle tak suka, 17 ribu kepala-kepala inilah yang hadir konsert Justin Bieber. Penyokong kuat Justin Bieber memang ramai di Malaysia!
“Jangan banyak cerita, tulis fasal Ludacris sama Scooter Braun..” kata teman penulis. Ludacris? Apa tu? Jenama kereta ke? Atau jenama coklat antarabangsa? Apa kena mengena antara Ludacris dan budak jambu bernama Justin Bieber ni?
LUDACRIS
SIAPA suka tonton filem sekuel Fast and Furious pasti kenal dengan watak Tej Parker. Ya, watak gila-gila seorang bekas pelumba kereta haram yang merupakan rakan baik watak polis menyamar (Brian O’Conner) yang dimainkan oleh Paul Walker. Watak Tej sentiasa ditunggu-tunggu penampilannya dalam sekuel filem lumba kereta yang popular ini. Lantaran itu pada tahun 2011, watak Tej Parker dihidupkan semula membantu pasukan Dominic Toretto merompak wang haram milik ahli politik Sao Paulo, Brazil.
Itu satu. Sebelum terkenal di layar perak, lelaki berbibir tebal ini lebih dahulu dikenali sebagai seorang penyanyi rap di Hollywood. Berasal daripada Illionis, Amerika, penyanyi rap yang juga bekas DJ radio ini amat dikenali dengan dengan imej budak nakal yang sering menyanyikan lagu-lagu rap berunsur lucah.
Lucah? Betul! Lucah! Rasanya tanpa memerihalkan kehidupan rapper ini dengan lebih mendalam, rata-rata peminat Ludacris sedia maklum isi kandungan tiap bait lirik penyanyi ini kebanyakannya berunsur lucah. Sila cari dalam talian internet klip-klip video penyanyi rap ini. Kalau ada unsur yang baik, lampirkan video tersebut menerusi e-mel kepada penulis. Oh ya, perlu disertakan bersama lirik dan maksudnya sekali ya?
Buat anda yang tidak mempunyai talian internet, teruskan membaca perihal Ludacris ini. Penulis bukan membuat dakwaan membuta tuli. Tetapi inilah faktanya. Pada awal tahun 2000, lelaki berketurunan afro-amerika ini memulakan langkahnya merakamkan lagu-lagu berunsur lucah dalam album berjudul‘Back for the First Time’.
Ini bukti pertama. Lagu ‘What’s your fantasy?’ duet bersama seorang penyanyi seksi Shawna. Hah, melihatkan saja tajuknya sahaja dah menggambarkan bagaimana lagunya bukan? Tak apa, penulis lampirkan sedikit sedutan lirik bahagian korus lagu ini untuk gambaran secara ringkas.
‘I wanna li li lick you from the top to the toe/ and i wanna move from the bed down to the floor/ I wanna ah ah I make it sound good you don’t wanna leave/ but i want to kn kn kn knows your fantasy’
Ok, cukup.. keseluruhan lirik ini biarlah penulis simpulkan. Ia hanyalah sebuah lagu fantasi seksual Ludacris yang dihuraikan secara ekspresif, dengan penuh terperinci. Rapper ini mahu melakukan hubungan kelamin bersama gadisnya di belakang bilik VIP kelab malam dengan bermain krim putar, di tempat duduk paling belakang panggung wayang, di dalam tab mandi, di atas lambakan buku-buku di perpustakaan, serta di belakang Rumah Putih. Selain itu negro poyo ini turut menyatakan mahu melakukan hubungan seksual di tandas awam, di taman bunga, serta di dalam bilik darjah.
Hah, patutlah banyak betul video-video rakaman amatur anak-anak muda kita bertebaran di internet. Idola mereka sendiri menyuruh mereka buat aksi-aksi tak senonoh di tempat awam. Dalam bilik darjah? Siapa yang guna bilik darjah? Takkan eksekutif bank atau peniaga madu lebah di pasar malam? Sudah tentulah budak sekolah! Setuju? Lebih menggemparkan pada ayat terakhir rangkap lagu dinyatakan ‘..like up on the roof roof roof tell your boyfriend not to mad at me.’
Wah, sah memang lagu ini tidak diciptakan untuk menghangatkan hubungan romantis suami isteri. Ada sesiapa dapat tangkap maksud rangkap terakhir lagu ini secara metafora?
Klip: What's Your Fantasy
Itu baru satu lagu. Ludacris banyak rakam lagu yang macam ni. Pada tahun 2003, jembalang ini muncul dengan single yang seterusnya yang berjudul P*ss* Poppin’ (P-Poppin) menerusi album ‘Chicken n Beer’. Terang lagi bersuluh, jembalang tanah ini seakan menemui formula bagaimana melariskan jualan album. Ya, imej budak nakal berhasil! Single menggunakan tajuk lagu alat sulit wanita meraih jualan album yang memberangsangkan iaitu sebanyak 2.7 juta unit.
Klip Pussy Poppin versi cencored..
Jika pembaca masih tak percaya dakwaan penulis yang jembalang ini jaguh muzik porno, sila cari lagu singlealbum ini yang seterusnya iaitu ‘Splash Waterfalls’. Cari sendiri makna lirik lagu dan pastinya pembaca bakal terkejut beruk dengan kata-kata lucah di setiap bait-bait lirik.
Klip Splash Waterfalls
Bukan sekadar bait-bait lirik berunsur lucah, malah jantan negro ini turut merakamkan sebuah klip video menghisap ganja di sebuah gudang penanaman ganja. Sambil menyedut dan menghisap gulungan rokok ganja, jantan negro ini terkinja-kinja menunjukkan gudang tanaman ganja tersebut kepada kamera. Hah, seks, dadah dan alkohol. Rasanya tak perlu penulis ulas perihal jembalang ini mempromosikan minuman kencing setan itu. Berlambak dalam klip videonya.
Klip Blueberry Yum-yum, aksi menghisap ganja..
Itu baru dua tiga lagu, padahal jembalang ini dah buatrakam album sebanyak tujuh buah, tak termasuk yang bakal menerjah pasaran Malaysia tahun ini iaitu album terbarunya yang berjudul Ludaversal. Bila-bila masa saja daripada sekarang!
Berbalik kepada Justin Bieber, apa signifikannya jembalang tanah ini dengan budak jambu paling popular ini? Hah, untuk pengetahuan, lagu Justin Bieber yang meletup-letup di carta muzik antarabangsa mahupun carta muzik tempatan berjudul ‘Baby’ mendapatkan khidmat rapper Ludacris pada pertengahan lagu tersebut. Walaupun pendek, ya, secara halus Ludacris dikenali peminat-peminat Justin Bieber. Siapa peminat Justin Bieber yang menjerit-jerit macam kena sampuk semasa remaja ini mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada April yang lalu kalau bukan adik-adik kita, anak-anak kita, adik sepupu sepapat kita mahupun anak jiran kita?
Mudahkan teori teman penulis? Penyerapan minda secara tak sengaja, secara halus menjahanamkan pemikiran anak bangsa kita. Inilah dikatakan penjajahan minda melalui lagu. Penulis percaya sebaik artikel ini disiarkan, ramai yang akan menyelar dakwaan penulis mengatakan budak jambu tersebut adalah ejen bagi semua dakwaan-dakwaan ini.
Scooter Braun bersama perintisnya
Tak apalah, penulis dah bina shield untuk teman penulis terdahulu. Sebelum diselar, penulis nak tanya pada mereka ini kenalkah mereka pada Scooter Braun? Kalau kenal mereka pasti akan nyatakan individu inilah yang bertanggungjawab merekrut bakat-bakat muda baru dan Justin Bieber adalah salah seorang perintisnya yang paling berjaya. Oh, ya adakah mereka tahu yang Scooter Braun ini seorang Yahudi berasal dari Hungary?