Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Incubus INNW Tour (Live in KL) - Review

"Fist to the air!! duriaannn....!!"

23 Julai 2011 - Persembahan Konsert Incubus Live in KL bertaraf enam bintang! Mungkin ramai yang akan berpendapat penulis terlalu mengagung-agungkan persembahan artis luar negara. Namun itu hakikat yang harus ditelan kerana rata-rata penonton yang menghadiri konsert ini pulang dengan wajah yang penuh keriangan.
Bukan sekadar menikmati persembahan artis pujaan mereka tetapi sepanjang konsert tersebut berlangsung, boleh dikatakan semua berpendapat sama seperti penulis, kualiti persembahan live Incubus umpama memasang album di radio!
Penulis terlepas aksi pembukaan kumpulan rock tempatan Rosevelt , kerana terkandas di kesesakan lalu lintas akibat keluar lewat kerana tugasan lain. Namun menurut sumber penonton yang ditemui, Rosevelt membuat persembahan yang cukup bertenaga tepat jam 8.00 malam. Set selama 45 minit langsung tidak disia-siakan oleh lima anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur ini untuk mempamerkan persembahan yang bertenaga lantaran mereka dipilih oleh pemain gitar Incubus, Mike Einziger dalam suatu pertandingan pencarian band opening konsert mereka.

Gadis-gadiss yang meletup-letuppp dan giggles sizzles jiggless ~~ grrr


Penonton yang berada di segenap sudut lebih-lebih lagi wanita seakan diserang histeria sebaik kelibat Brandon Boyd muncul di tengah pentas. Mereka terus memulakan set dengan dendangan lagu popular ‘Megalomaniac’ tepat jam 9 malam diikuti lagu ‘Wish You Were Here’ di mana dua lagu ini merupakan ‘trademark’ lagu pembukaan di kebanyakan jelajah konsert mereka.


Ben Kenney agak malas perform malam tu, cautut crack sama snow banyak sangat kot?
tu pasal terbedukk?? ke stim duriann?? LOL!!


Lagu seterusnya ialah Pardon Me, di permulaan lagu ini dimulakan dengan bunyi geseran turntables DJ Kilmore serta bunyi-bunyian ‘kotor’ daripada efek gitar Mike Einziger. Kawalan bunyi komposisi lagu ‘kotor’ ini begitu baik tanpa menjejaskan kualiti lagu ini disertakan beberapa bahagian rap oleh Brandon. Ternyata, lagu Pardon Me menggamit nostalgia betapa band ini begitu kreatif bereksperimen dengan bunyi-bunyi pelik di awal kemunculan mereka.


Mike 'Genius' Einziger


Sebaik tamat, Einziger tidak menunggu lama untuk menggerakkan ‘mesin pemusnahnya’ dengan memetik riff single hit mereka pada tahun 2006, Anna Molly (Untuk tengok video Klik Sini!!). Stadium Negara kembali bergegar kerana peminat masing-masing turut menyanyi bersama-sama. Sesungguhnya, muzik dan paduan vokal begitu signifikan apabila mereka meneruskan dendangan lagu seterusnya ‘Promises, promises’ dalam album terbaru ‘If Not Now, When?’


Jose, Brandon dan Kilmore.. Kilmore?? Kilmore!! Kilmore rentung hingga kacipp di situ.. kah kah kah!!


            Seperti mana yang kita dengar dalam album, begitu jelas bahasa muzik yang di terjemah oleh kumpulan muzik yang berasal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat ini. Single ini merupakan lagu pertama yang dimainkan di Asia selepas album terbaru mereka dilancarkan pada 12 Julai yang lalu. Lunak suara vokalisnya sungguh seksi!
Dalam beberapa selingan, vokalis yang berumur 35 tahun itu tidak banyak berkomunikasi dengan peminat melainkan beberapa sapaan ‘Thank you boys and girls’ dan ucapan terima kasih. Seterusnya rangkaian lagu-lagu baru seperti Thieves dan Wolves mengiringi set mereka.

Brandon Habis stone dah ni.. feel habiss!!
            Tiba-tiba band ini membuat kejutan dengan memainkan lagu “Glass” daripada album terbaik mereka sepanjang zaman S.C.I.E.N.C.E. yang diterbitkan pada tahun 1996. Beberapa penonton yang duduk di bahagian atas yang dari tadi hanya melayan lagu-lagu baru Incubus bingkas bangkit dan ‘headbanging’. Ternyata mereka bijak mengatur senarai lagu kerana rata-rata peminat Incubus ‘lama’ begitu berharap Incubus memainkan sekurang-kurangnya satu lagu daripada album terhebat sepanjang zaman ini.
            Brandon kelihatan beberapa kali mengetuk-mengetuk alat muzik bongo di penghujung lagu ini lantas dia terus mencapai gitar merah untuk lagu seterusnya, Pistola. Ketika itu penulis dapat melihat begitu dalam penghayatan lirik nyanyian Brandon kerana lelaki ini hanya melaungkan ton suaranya selengkap mungkin tanpa mengendahkan audiens. Jelas Brandon benar-benar selesa di hadapan lebih dua ribu penonton malam itu.
kau memang genius mike, walaupun tergelincir satu dua note hehehe..


            Lampu kembali gelap buat seketika selepas lagu Pistola tamat. Tiba-tiba tenaga penonton kembali hangat apabila Einziger mula memetik riff lagu masterpiece yang melonjakkan nama mereka di antarabangsa - Drive. Stadium Negara seakan suatu kumpulan koir besar kerana setiap bait lirik lagu ini dinyanyikan bersama-sama. Terdapat sedikit olahan pada awal lagu dan pengakhiran daripada lagu asal kerana Einziger mula mempamerkan solonya yang begitu ‘melekat’ walaupun sedikit tergelincir daripada nota muziknya. Kemudian ‘Talk Show On Mute’ menjengah di mana mood penonton menyanyi bersama mula mellow dengan lagu hit ini.
            Lagu baru seterusnya ‘Adolescent’ sekali lagi menjamu hawa telinga, penonton termasuk penulis sudah kehilangan suara gara-gara cuba mengikut pitch vokalis tersebut. Lagu yang penuh penghayatan itu disampaikan dengan baik sekali oleh kesemua anggota walaupun kelihatan Ben Kenney kelihatan begitu bersahaja mengalun irama gitar bes dan Jose Pasillas yang kelihatan sedikit tercungap-cungap mengetuk dram yang begitu padu bunyinya.

Jose agak panchett di situ nampaknyaa...


            Sebaik tamat, mereka Incubus terus mengucapkan selamat malam kepada Kuala Lumpur dan beredar ke belakang pentas. Walau bagaimanapun, penonton langsung tak berganjak di mana masing-masing menjerit mahu encore daripada Incubus.



Halo - best photo by Jennifer Thompson.. memang gempak pic nihh!!
 

            Beberapa minit kemudian mereka keluar dan menamatkan set encore lagu berjudul The Warmth dan sudah tentunya lagu cliche Incubus ‘Nice To Know You’ mengakhiri persembahan.
Penulis masih mengharapkan beberapa buah lagu dimainkan seperti single sensasi mereka Love Hurts dan Summer Romance (Anti Gravity Love Song), namun itu sahaja persembahan mereka tahun ini. Nilai tiket RM 203 betul-betul berbaloi (LOL!!) dengan persembahan yang berkualiti sebegini dan oh, ya, Brandon tidak membuat gimik membuka baju seperti insiden konsert mereka pada tahun 2006. Penulis percaya ramai juga gadis-gadis turut kecewa. Buat Tunetalk (yes you !!kapitalis jason lo!!) selaku penganjur, tahniah, konsert ini antara yang terbaik pada tahun ini!!
KLTHUGS: Maaf, ini formal punya review gua hantar untuk newspaper, sebab tu bahasa gampang formal.. Oleh sebab diorang kekurangan page (kerana David Archuletta menang page tersebutt) maka gua post kat sini.. versi carut-carutnya ada jer bro.. kalau gua rajin, nanti gua taip review dari Athirah sesat, jalan jammed, nak bergaduh ngn security sebab tak boleh bawak masuk DSLR, pembahagian Arena dengan Lower Tier dan sampai habis Q kat parking, sampailah ada orang merajuk sebab gua kena ngorat kat budak-budak jambu kat Qbistro.. memang gua nak mencarut kat Jason Lo.. hahaha

Photo credit goes to: Jennifer Thompson/ Makata Khalil/ YKWYA



Wednesday, August 3, 2011

Desa Bulaksari 7 bebas asap rokok!





NUN jauh di sebuah Kampung Bulaksari 7 di ceruk Kecamatan Mampir, Surabaya, suasana begitu tenang pada siang hari. Kelihatan beberapa orang suri rumah sedang memampatkan surat khabar lama, kotak-kotak serta beberapa ikat naskhah majalah di laman rumah. Mereka akan membawa ikatan-ikatan kertas-kertas lama ini ke pekan untuk dijual kemudian hasil jualan lusuh ini akan disalurkan ke dalam dana untuk membangunkan kampung mereka.
            Di suatu kawasan lain kelihatan sekumpulan lelaki sedang membersihkan longkang, memotong rumput serta menanam pokok bunga sebagai hiasan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, masing-masing tidak lokek tenaga membanting tulang sama-sama membangunkan kampung.


Ya, seluruh Surabaya dan sekitar Jawa mengetahui tetangga Bulaksari 7 begitu teguh perpaduan antara mereka. Setiap bulan ada saja pertemuan antara tetangga untuk bermesyuarat dan bertukar-tukar pandangan bagaimana untuk mengindahkan lagi persekitaran kampung mereka.
Malah, di sini, terbinanya sebuah warung yang diberi nama ‘Gotong-royong’ yang menjual makanan di mana perolehannya digunakan untuk membeli peralatan seperti cangkul, benih pokok, sabit dan pelbagai peralatan lain kegunaan penduduk kampung.

            Menurut salah seorang penduduk, Sri Winarti, semangat penduduk kampung semakin memuncak untuk menjadikan kampung mereka sebagai kampung terbaik setelah dijadikan projek kampung contoh oleh pemerintah Kota Surabaya.
            “Kelak suatu hari nanti kami bakal menjadikan kawasan kampung kami sebagai zon persekitaran paling indah dan paling bersih di Surabaya, malah di seluruh dunia!” kata Sri Winarti dengan yakin.
            Setelah dinobatkan sebagai kampung contoh, pada suatu hari ketua kampung tersebut, Heru Subijanto mengusulkan impiannya untuk menjadikan persekitaran kampungnya bebas daripada asap rokok.
Heru Subijanto

            Misinya menjadikan kampungnya bebas asap rokok seakan mustahil kerana kebanyakan penduduk Kampung Bulaksari 7 merupakan perokok tegar.      Namun, dengan bantuan isterinya, mereka menyampaikan mesej bahaya asap rokok kepada golongan isteri dengan harapan golongan isteri ini tadi memujuk suami mereka berhenti merokok.

Atas usaha yang berlanjutan, sedikit demi sedikit penduduk kampung dapat menerima saranan Heru Subijanto. Akhirnya dalam masa tiga tahun, sebanyak 65 keluarga bersetuju untuk berganding bahu menjadikan kawasan kampung mereka sebagai bebas merokok.
Lalu papan tanda zon bebas merokok mula didirikan di kawasan kampung. Sebaik saja melangkah di pintu gerbang kampung berkenaan, pelawat disajikan dengan papan-papan tanda amaran bahaya merokok dan kesan-kesan merokok kepada generasi seterusnya.
Bekas abu rokok besar turut diletakkan di penjuru pintu gerbang bersama dengan kain rentang tercatat amaran: ‘Matikan rokok anda di sini!’ – sebagai simbolik tiada lagi asap rokok di kampung mereka.

Bagi merealisasikan impiannya, Heru turut membuat petisyen untuk menghalang perniagaan berunsur tembakau dijual di kawasan kampung. Hasratnya diterima oleh peruncit-peruncit walaupun tembakau merupakan salah satu punca pendapatan peruncit-peruncit berkenaan.

            Tanggal 12 Disember 2010, Kampung Bulaksari 7 dimasyhurkan sebagai perkampungan bebas asap rokok oleh Datuk Bandar Tri Risma Harini.
Namun begitu, terdapat beberapa penduduk yang masih merokok secara rahsia di kebun atau di laman rumah tetapi dengan nasihat berterusan dan pendidikan terhadap bahayanya merokok kepada kesihatan penduduk lain, perokok-perokok ini tadi terpaksa melepaskan gian mereka di luar kawasan kampung.

            Heru menceritakan, dia pernah disuruh mencuba merasai sendiri bagaimana untuk menikmati rokok yang dibeli isterinya.
            “Saya mencubanya, langsung tak ada nikmat! Pelik, bagaimana orang bisa ketagih rokok!” beritahu Heru dengan wajah jijik seperti dilaporkan VHRmedia.
heru bersama anugerahnya

            Berkat kebijaksanaan Heru Subijanto dan penduduk kampungnya memperhebatkan kempen zon bebas merokok akhirnya telah mendapat pengiktirafan.
Pada awal Julai 2011 yang lalu Heru Subijanto dan Kampung Bulaksari 7 dianugerahkan Plazmokefree oleh Hotel Plaza Surabaya yang mengiktiraf individu atau perkumpulan yang berkempen bahaya tembakau.
Menariknya usaha Heru itu dipilih sebagai pemenang utama sekali gus mengetepikan beberapa penyertaan organisasi lain kerana dilihat kempennya menyasarkan kumpulan masyarakat bersepadu serta paling berjaya.
            Nah, anda lihatlah sendiri! Walaupun hanya berkedudukan jawatan sebagai seorang budak pejabat, namun apabila diberi mandat sebagai seorang ketua kampung, Heru dengan penuh amanah menggunakan kuasanya dengan bijaksana untuk memajukan serta melakukan sesuatu untuk komunitinya.
            Adakah tok empat dan ketua-ketua kampung di negara kita yang membaca artikel ini teringin hendak mengikut jejak murni Heru Subijanto dan Kampung Bulaksari 7?

KLTHUGS: Pernah berhenti merokok suatu ketika dahulu. lepas tu merokok semula dengan kadar dua kali ganda.. gila! Pernah mendapat pesanan dari abang sepupu, 'kalau nak berhenti, berhenti terus'

Thursday, April 21, 2011

Peneroka berpangkat Haji kena tipu RM67,800 angkara sindiket Pak Aji.


Ini haji sudah bangkrap pasal ini batu permata.. aiseymen!!

MARAN 20 April - Seorang peneroka Felda Jengka kerugian RM67,800 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki bergelar 'Pak Haji' yang berlagak alim dan meminjamkan wangnya kepada suspek di Temerloh, kelmarin. Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 mendakwa, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila dia ditegur seorang lelaki berdekatan Bangunan Tabung Haji Temerloh. Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama 'Haji Husin' yang kononnya tinggal di Temerloh kerana menjalankan urusan perniagaan batu permata.
"Kira-kira lima minit berbual, muncul seorang lagi lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Haji Mad Saad' menyatakan seorang rakannya yang dihubungi melalui telefon sanggup membeli permata dengan harga RM200,000.
"Haji Mad Saad mendakwa rakannya yang bernama Haji Osman sedang menunggu di hadapan Pasar Raya Terus Maju di Jalan Temerloh-Maran bagi urusan jual beli permata itu.

"Apa yang menghairankan, saya tidak membantah apabila dipelawa berjumpa Haji Osman di pasar raya berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Seroja Jengka 18 di sini, semalam. Mohamed memberitahu, ketika menemui Haji Osman di pasar raya itu, lelaki terbabit menyatakan tidak membawa wang untuk membeli batu permata berkenaan. Berikutan itu, ujarnya, Haji Osman meminta dia mendahulukan wangnya sebelum memberi nombor telefon dan alamat rumah di Taman Chengal di sini.

"Saya diarah oleh Haji Osman balik ke Felda Jengka 18 bersama Haji Mad Saad untuk mengambil buku akaun sebelum datang semula ke Temerloh untuk mengeluarkan wang.

"Tanpa membantah saya mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat.

"Wang tunai di tangan sebanyak RM2,800 untuk membeli keperluan rumah turut dikebas ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya. Menyedari dirinya ditipu, Mohamed berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Utusan
21 Apr 2011

Apa punya kes nii?
tok-tok aji pun sudah bikin sindiket tipu orang?
ini berlaku depan tabung haji..
apa cerita ni?
duit simpanan berpuluh-puluh ribu haji sudah lebur kasi macam tu pada strangers?
kenapa haji yang kena tipu ini belum sadar awal2 sebelum sampai rumah pergi ambil buku bank?
lagi tak bincang sama isteri kah? sama anak2 kah atas satu tindakan?
kenapa? EGO?

Kadang EGO itu baik untuk eksyen sama anak bini..
tapi selalu EGO juga buat cerita haji kena tipu sama geng2 penyangak aji..
Sampai masuk paper sama ini online punya blog.. TU LAh! duit tu banyak boleh pergi Haji berkali-kali..ISK! ISK! ISK!!

KLThugs: Teringat cerita seorang teman yang bekas husbandnya seorang mat saleh.. Satu hari husbandnya itu naik sebuah teksi yang dipandu pak haji yang memakai kopiah.. sedang dalam perjalanan, driver teksi yang memakai kopiah itu menghuluri sekeping kad bisnes.. itu husband satu kali pandang ingat kad busines pak aji kasi servis drebar, tapi belakang kali rupa-rupanya kad bisnes BAPAK AYAM yang offer gadis-gadis untuk jadi teman ditutuh.. kalau mau boleh contact, itu drebar teksi pangkat haji dapat komisyen..

LANCAU!!

Thursday, April 7, 2011

Suka Makan Telur? Nah Hambekk Ni!!

Telur sapa pecah nihh??


GEORGE TOWN: Penang Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry officers seized a total of 270 eggs from three stalls in Pulau Tikus market Thursday, following complaints of fake eggs being sold there.
A team from the Health Ministry also came and conducted its own inspection of the eggs sold at the market.
The seven-member Domestic Trade team arrived at about 10am and left around 11.15am, after taking three trays comprising 90 eggs from each of the three stalls inside the market.
                     A Penang enforcement division spokesman said the eggs would be tested by the department or sent for analysis by a laboratory. Four state health officials also arrived shortly later and were seen doing their own checks of the eggs sold by the traders. They bought 46 eggs for RM16 from one stall and 62 eggs for RM22.60 from another which would be sent to a laboratory in Petaling Jaya today for tests.Several Domestic Trade enforcement officials had earlier visited the Consumers Association of Penang (CAP) office at Jalan Mesjid Negeri to gather more information about the fake eggs before raiding the market stalls.
                      The seizures came in the wake of news reports Thursday that fake eggs, which were allegedly full of chemicals, had been found in Penang. CAP president S.M. Mohamed Idris had said a housewife complained that she bought a tray of 30 eggs for RM11 at the market but found they did not smell like real eggs and were tasteless.
He claimed the eggs had unusual shapes, were larger and had a rougher surface than the genuine ones. - The Star Online

          Sebaik sahaja gua membaca berita ini, tiba-tiba perut gua yang sedang santai berpusing-pusingan dan mula rasa mual.. Tekak gua tiba-tiba terasa loya, mengalahkan ibu yang sedang mengandung pula!! Mana taknya, pagi tadi sebelum gua menuju ke pejabat, gua singgah breakfast cara Amerika di restoran McDonalds.. pekena Sausage McMuffin beserta hidangan sampingan Hotcakes sirap jagung dan sechewen kopi arabica sederhana pekat aroma padang pasir.. tiba-tiba gua terasa seakan sangsi dengan penggunaan telur dalam sausage tersebut.. mana tak sangsi, apa sumber telur yang mereka guna? Ada pulak mereka nak check satu persatu telur yang mereka itu adalah dari buntut ayam ataupun tidak??? No!!
                  Begitu juga dengan nasi goreng cincai telur yang gua makan malam tadi, lauk gulai lemak telur yang mak gua masak beberapa bulan yang lepas serta murtabak yang gua telan sewaktu pembukaan puasa ramadhan yang lalu...

Haa.. Ni gambarajah bagaimana telur ayam yang mengandungi bahan kimia di hasilkan!! cer buat kat rumah.. jadi ke tak? pastu tenyehh kat muka sendiri!!

Click dua kali untuk dapat gambaran yang lagi besar..

                      Arghh!! mental! kita sudah ketandusan generasi ayam kah? perlukah kita mengimport telur-telur ayam dari luar? Hari ini gua rasa sakit hati bila membaca berita sebegini.. mengapa begitu mudah telur-telur ini bermaharaja lela diniagakan? ohoo, kes baru? ya, berita ini disajikan pada anda pada 7 april 2011.. tapi kalian sadar kah sudah bertahun lamanya telur ayam tiruan ini di hybridkan? kalau tak silap, semasa gua google tadi sejak 2004 telur-telur ayam palsu ini sudah menembusi pasaran Amerika.. hah! Bagaimana pulak di Malaysia ni?? gua rasa banyak sangat produk kita diimport dari China!! tak percaya lu orang jalan pergi dapur, pilih satu barang.. cari asal dari mana barangan tersebut.. cer tengok! cer tengok!! 

              Bayangkanlah, berapa lama telur-telur ini sudah beranak pinak untuk bertahun lamanya mengisi ruang tembolok kalian.. ehem! maksud gua kita semua!! boleh jadi kita sudah mentekedarah selama kita masih menjadi janin dalam perut ibu? boleh jadi?? Gua tak tau, tapi gua suka makan telur yang dibalut dengan burger daging gua.. memang asyukk!! kalau nasi lemak, memang tak terkata nikmatnya kalau ada telur sambal!!

                           Ahh!! telur ayam sudah sebati dalam hidup gua!! sama seperti telur gua jugak!! Opps...???!! Heh! Ya, lauk apa yang tak ada telur? tunjukkan gua siapa yang tak makan telur dalam masa seminggu?? hah! Telur ayam juga sudah sebati menjadi ramuan kuih-kuih tradisional masyarakat melayu, cina ataupun india.. sapa tak makan roti telur? sapa juga tak makan megi sup campur telur?!!!

Arghh!! berita ni buat gua semak kepala!!
Lu tengok lah sendiri perbezaan telur asli sama telur palsu.. gua dah malas nak taip lagi.. frust betul!!

Nampak beza tak? tak nampak klik dua kali gambar ni.. okehh??

Firman Allah SWT. dalam surah Al-Baqarah ayat 172 :  Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-
Nya".