Thursday, April 21, 2011

Peneroka berpangkat Haji kena tipu RM67,800 angkara sindiket Pak Aji.


Ini haji sudah bangkrap pasal ini batu permata.. aiseymen!!

MARAN 20 April - Seorang peneroka Felda Jengka kerugian RM67,800 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki bergelar 'Pak Haji' yang berlagak alim dan meminjamkan wangnya kepada suspek di Temerloh, kelmarin. Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 mendakwa, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila dia ditegur seorang lelaki berdekatan Bangunan Tabung Haji Temerloh. Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama 'Haji Husin' yang kononnya tinggal di Temerloh kerana menjalankan urusan perniagaan batu permata.
"Kira-kira lima minit berbual, muncul seorang lagi lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Haji Mad Saad' menyatakan seorang rakannya yang dihubungi melalui telefon sanggup membeli permata dengan harga RM200,000.
"Haji Mad Saad mendakwa rakannya yang bernama Haji Osman sedang menunggu di hadapan Pasar Raya Terus Maju di Jalan Temerloh-Maran bagi urusan jual beli permata itu.

"Apa yang menghairankan, saya tidak membantah apabila dipelawa berjumpa Haji Osman di pasar raya berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Seroja Jengka 18 di sini, semalam. Mohamed memberitahu, ketika menemui Haji Osman di pasar raya itu, lelaki terbabit menyatakan tidak membawa wang untuk membeli batu permata berkenaan. Berikutan itu, ujarnya, Haji Osman meminta dia mendahulukan wangnya sebelum memberi nombor telefon dan alamat rumah di Taman Chengal di sini.

"Saya diarah oleh Haji Osman balik ke Felda Jengka 18 bersama Haji Mad Saad untuk mengambil buku akaun sebelum datang semula ke Temerloh untuk mengeluarkan wang.

"Tanpa membantah saya mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat.

"Wang tunai di tangan sebanyak RM2,800 untuk membeli keperluan rumah turut dikebas ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya. Menyedari dirinya ditipu, Mohamed berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Utusan
21 Apr 2011

Apa punya kes nii?
tok-tok aji pun sudah bikin sindiket tipu orang?
ini berlaku depan tabung haji..
apa cerita ni?
duit simpanan berpuluh-puluh ribu haji sudah lebur kasi macam tu pada strangers?
kenapa haji yang kena tipu ini belum sadar awal2 sebelum sampai rumah pergi ambil buku bank?
lagi tak bincang sama isteri kah? sama anak2 kah atas satu tindakan?
kenapa? EGO?

Kadang EGO itu baik untuk eksyen sama anak bini..
tapi selalu EGO juga buat cerita haji kena tipu sama geng2 penyangak aji..
Sampai masuk paper sama ini online punya blog.. TU LAh! duit tu banyak boleh pergi Haji berkali-kali..ISK! ISK! ISK!!

KLThugs: Teringat cerita seorang teman yang bekas husbandnya seorang mat saleh.. Satu hari husbandnya itu naik sebuah teksi yang dipandu pak haji yang memakai kopiah.. sedang dalam perjalanan, driver teksi yang memakai kopiah itu menghuluri sekeping kad bisnes.. itu husband satu kali pandang ingat kad busines pak aji kasi servis drebar, tapi belakang kali rupa-rupanya kad bisnes BAPAK AYAM yang offer gadis-gadis untuk jadi teman ditutuh.. kalau mau boleh contact, itu drebar teksi pangkat haji dapat komisyen..

LANCAU!!

Pantun jenaka

Sesekali apa kata layan Pantun jenaka...

namo den saleh takdo gigi.. sapo pandir? tak konal!!

Lebuh raya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Ketawa Pak Pandir tiada bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kalkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat si nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga
Namo melayu tu melayu jugaklah kan? takat setongkol belacan apa rasa!

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
berkedut nampaknya
wajah anda.. eh? kenapa anda
 tiru saya cakap?? monyet betul anda!!

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa
kihkihkih!!

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata
What?

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta
hey ya'll? get ride with me??

Tuesday, April 12, 2011

Fakta menarik tentang komputer



Hah! satu hari berapa jam anda menggunakan komputer?
ni layan dulu fakta menarik tentang komputer :)


     Tahukah anda siapa pencipta komputer pertama di dunia? Beliau adalah Sir Harold Thomas Flower. Komputer pertama yang diciptanya pada tahun 1941 dinamakan sebagai Colossus dan digunakan oleh sebuah unit ketenteraan Inggeris bagi memecahkan kod transmisi radio pihak Nazi.

Nama komersil pertama komputer ialah ENIAC iaitu singkatan daripada Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Computer. ENIAC seberat 60 ribu paun dicipta pada tahun 1945 untuk kegunaan pihak tentera. Tetapi komputer ini tidak mampu untuk menyimpan data.


ENIAC pada tahun 1940-an



Siapa orang yang terkaya kerana perisian komputer? Orang itu ialah William Henry Gates atau lebih dikenali sebagai Bill Gates. Beliau menjadi orang yang terkaya di dunia selama lebih 10 tahun berturut-turut. Gates adalah pengasas Microsoft, salah satu perisian komputer yang amat laris dan popular digunakan.



Komputer juga tidak lari daripada serangan ‘bug’ atau ‘serangga’ yang mudah melumpuhkan sistem komputer. Jangan salah, ‘bug’ bukanlah serangga hidup yang bernyawa, tetapi adalah lambang pada kegagalan terhadap program komputer kerana sesuatu kerosakan atau kekurangan dalam program itu sendiri.

Modem pertama dihasilkan pada tahun 1950-an. Bahagian pertahanan udara Amerika meminta direka sebuah alat yang boleh digunakan untuk menghantar data melalui telefon. Pada tahun 1962, modem pertama dilancarkan iaitu Bell 103 dengan kelajuan 300 bit per saat.
BELL 103

Permainan pertama atau game komputer terawal dihasilkan pada tahun 1947, iaitu sekadar satu permainan pesawat yang menembak satu sasaran.

Permainan komputer paling mahal diperbuat daripada emas 18 karat dan sekelilingnya bertatahkan berlian. Game ini yang dihasilkan di London dijual pada harga $25,000,00 USD dan merupakan yang termahal di dunia.

Alas tetikus atau mouse pad yang paling mahal di dunia berharga USD489,000 yang diperbuat daripada fiber karbon yang padat.


inikah rupanya tetikus yang paling mahal di dunia?


Kedai komputer pertama yang dibuka ialah ‘The Computer Store’ di California pada tahun 1975. Kedai ini dibuka oleh Dick Heiser dan menjual pelbagai peralatan dan buku berkaitan komputer.

Virus MyDoom worm yang menyerang perisian computer pada tahun 2004 telah menyebabkan kerugian sehingga $38.5 juta USD dan merupakan kerugian yang paling tinggi disebabkan serangan virus.

woarrr.. mydoomworm boleh di-heal dengan W32
Apakah karektor komputer termahal yang dihasilkan? Watak Smeagol atau Gollum dalam filem Lord of the Ring. Ia muncul sebagai karektor janaan komputer yang paling mahal dengan menggunakan teknologi WETA Digital menghasilkan lebih 200 ekspresi wajah dan 300 pergerakan otot.

Smeagol / gollum
Web browser pertama dihasilkan oleh Marc Andreesen pada tahun 1993 iaitu NCSA Mosaiz namun penggunaannya tidak meluas. Hanya pada tahun 2000, WorldWideWeb direka sebagai enjin pencarian komersil pertama yang lebih meluas penggunaannya. Nama web browser itu kemudian ditukar menjadi Nexus dan kemudian ditukar lagi menjadi Mozilla.

Mozilla firefox


Sir Timothy John Tim Berners-Lee adalah orang pertama yang mencipta website komputer pada tahun 1991. Website itu ialah http://nxoc01.cern.ch

Sir Timothy John Tim Berners-Lee

Kamera berkomputer atau webcam pertama digunakan pada tahun 1991 oleh seorang pelajar di Cambrige University. Webcam tersebut digunakan untuk menghasilkan sebuah program yang menampilkan gambar secara online. Pada tahun 1993 barulah penggunaan webcam mula dikenali oleh pengguna Internet.

webcam

Thursday, April 7, 2011

Misteri imej kota keriangan di kaki langit





JURNAL Transaction oleh Persatuan Kemajuan Sains British, 1847, Dr. D.P Thompson melaporkan dua orang penduduk Birkenhead, Liverpool menyaksikan imej kota Edinburg di udara bertarikh 27 September 1846 selama lebih kurang 40 minit.
Imej yang terpancar di kaki langit begitu jelas menampakkan beberapa monumen dan istana kuno walhal jarak kota Edinburg terletak kira-kira 325 kilometer dari Liverpool!
imej gereja St. Mary muncul di persisiran pantai baltic??
Satu lagi keajaiban yang dilaporkan oleh akhbar London Times pada 28 Julai 1846 pada pukul 3.30 pagi di mana berpuluh-puluh orang saksi mendakwa munculnya imej gereja St. Mary di pesisiran pantai Baltic berdekatan Stralsund, Jerman.
Imej monumen itu berwarna biru begitu pucat muncul jelas selama 15 minit sebelum lenyap dan pudar dari pandangan.
Pada tahun 1887, seorang penggali emas dari Alaska, Dick Willoughby mendakwa menyaksikan sebuah kota lama di Pergunungan Fairweather yang muncul setiap kali musim panas.







Untuk membuktikan sahihnya kewujudan kota yang dilihat, Willoughby telah mengambil gambar sebagai bukti. Akhbar New York Times mengeluarkan berita tersebut dua tahun kemudiannya dan melakukan pengecaman pancaran imej kota lama tersebut adalah bandar Bristol, di England. Gambar-gambar yang diambil oleh penggali emas ini kemudiannya dibukukan oleh Miner W. Bruce berjudul Alaska.
Fakta kewujudan kota lama Miner Bruce turut dikuatkan lagi dengan kenyataan seorang bangsawan istana Perancis d’Abruzzi bernama C.W Thornton yang melakukan pendakian di Pergunungan St. Elias.
Adakah ini imej bristol?
Thornton menyatakan pada Miner bahawa dia menyaksikan kemunculan imej rumah-rumah lama dan gereja yang turut gah bersama menara selain paparan imej masjid siap dengan kubah begitu gah sebaik tiba di puncak gunung.
Selain Miner Bruce, Alexander Badlam turut memuatkan gambar dua buah kota yang disaksikan muncul di kaki langit di lembah-lembah glasier di Alaska termasuklah gambar milik penggali emas tadi dan beberapa keping yang difahamkan kononnya bandar-bandar di Asia.
Badlam turut memuatkan sekeping gambar yang diambil menunjukkan imej terbalik sebuah tasik beku seperti fatamorgana yang terbentuk di Selat Messina menerusi rilisan bukunya berjudul Wonders of Alaska.
Fata Morgana.

Fenomena kemunculan kota besar di kaki langit turut dilaporkan di Ireland. Istana ‘Duna Feadhreagh’ yang diberi jolokan istana kayangan sering kali muncul di pesisiran pantai Anthrim, Donegal dan Waterford.
Di Rathlin pada tahun 1817, kepulauan hijau dipercayai muncul tujuh tahun sekali di sini. Penduduk berhampiran dapat melihat dengan jelas, rumah-rumah, menara, istana malah asap daripada serombong mahupun orang sedang berlari-lari di kaki langit di pesisiran pantai. Keesokan harinya, kota itu lenyap, pandangan di lautan hanyalah kapal-kapal yang belayar.
Di Youghal, kota-kota konkrit dapat dilihat dengan jelas pada Oktober 1797, namun kota itu tidak dapat disahihkan dari benua yang mana satu.
Menariknya, setelah 15 tahun iaitu kira-kira bulan Jun 1801, kota yang muncul di kaki langit Youghal sudah berubah dengan tambahan landskap hutan yang tebal serta beberapa rumah agam yang sudah didirikan.
Benarkah wujudnya kota-kota ini di kaki langit?
          Fenomena ini berkait rapat dengan ilusi maya. Ilusi maya ataupun istilah ‘mirage’ dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai pencelaan atmosfera melalui ilusi optik.
Cahaya yang dipancar daripada suatu objek memungkinkan imej subjek boleh dipantulkan di udara, hinggakan kita sendiri mudah tertipu terhadap imej yang terpapar berada di hadapan kita.
Ilusi maya menjadi babak yang sering dipertontonkan dalam filem-filem Barat atau rancangan kartun di televisyen, di mana seorang pengembara yang sesat di gurun sering terpedaya terlihat oasis lengkap dengan pohon palma yang rendang.
Semakin pengembara itu bergerak ke arah subjek, semakin jauh pengembara itu tersesat nun jauh ke tengah gurun lalu mati kehausan. Rupa-rupanya kolam air besar yang dilihat itu hanyalah ilusi semata-mata.
Beberapa saintis dari Kanada menggunakan teori ilusi maya ini untuk menidakkan kewujudan dakwaan raksasa berleher panjang di tasik yang luas di Tasik Loch Ness ataupun kewujudan UFO yang dilihat di angkasa.
Tidak disangkal teori-teori ini ada benarnya. Menariknya, bukan oasis saja yang sering menjadi imej ilusi maya, malah kota besar turut  muncul di langit dan menjadi imej ilusi maya.
Wujudkah imej-imej kota di negara kita?
Di Kuala Lumpur, seorang pelancong asing yang kali pertama bermalam menunjukkan cahaya yang menyinari di kaki langit di pergunungan yang jauh. Dia begitu teruja dengan kehadiran cahaya yang begitu terang walaupun jaraknya begitu jauh.
Setelah mendapat penjelasan penduduk setempat, rupa-rupanya cahaya itu ialah pancaran lampu neon daripada kota keriangan Genting Highlands yang terletak berdekatan Janda Baik di Pahang!

Suka Makan Telur? Nah Hambekk Ni!!

Telur sapa pecah nihh??


GEORGE TOWN: Penang Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry officers seized a total of 270 eggs from three stalls in Pulau Tikus market Thursday, following complaints of fake eggs being sold there.
A team from the Health Ministry also came and conducted its own inspection of the eggs sold at the market.
The seven-member Domestic Trade team arrived at about 10am and left around 11.15am, after taking three trays comprising 90 eggs from each of the three stalls inside the market.
                     A Penang enforcement division spokesman said the eggs would be tested by the department or sent for analysis by a laboratory. Four state health officials also arrived shortly later and were seen doing their own checks of the eggs sold by the traders. They bought 46 eggs for RM16 from one stall and 62 eggs for RM22.60 from another which would be sent to a laboratory in Petaling Jaya today for tests.Several Domestic Trade enforcement officials had earlier visited the Consumers Association of Penang (CAP) office at Jalan Mesjid Negeri to gather more information about the fake eggs before raiding the market stalls.
                      The seizures came in the wake of news reports Thursday that fake eggs, which were allegedly full of chemicals, had been found in Penang. CAP president S.M. Mohamed Idris had said a housewife complained that she bought a tray of 30 eggs for RM11 at the market but found they did not smell like real eggs and were tasteless.
He claimed the eggs had unusual shapes, were larger and had a rougher surface than the genuine ones. - The Star Online

          Sebaik sahaja gua membaca berita ini, tiba-tiba perut gua yang sedang santai berpusing-pusingan dan mula rasa mual.. Tekak gua tiba-tiba terasa loya, mengalahkan ibu yang sedang mengandung pula!! Mana taknya, pagi tadi sebelum gua menuju ke pejabat, gua singgah breakfast cara Amerika di restoran McDonalds.. pekena Sausage McMuffin beserta hidangan sampingan Hotcakes sirap jagung dan sechewen kopi arabica sederhana pekat aroma padang pasir.. tiba-tiba gua terasa seakan sangsi dengan penggunaan telur dalam sausage tersebut.. mana tak sangsi, apa sumber telur yang mereka guna? Ada pulak mereka nak check satu persatu telur yang mereka itu adalah dari buntut ayam ataupun tidak??? No!!
                  Begitu juga dengan nasi goreng cincai telur yang gua makan malam tadi, lauk gulai lemak telur yang mak gua masak beberapa bulan yang lepas serta murtabak yang gua telan sewaktu pembukaan puasa ramadhan yang lalu...

Haa.. Ni gambarajah bagaimana telur ayam yang mengandungi bahan kimia di hasilkan!! cer buat kat rumah.. jadi ke tak? pastu tenyehh kat muka sendiri!!

Click dua kali untuk dapat gambaran yang lagi besar..

                      Arghh!! mental! kita sudah ketandusan generasi ayam kah? perlukah kita mengimport telur-telur ayam dari luar? Hari ini gua rasa sakit hati bila membaca berita sebegini.. mengapa begitu mudah telur-telur ini bermaharaja lela diniagakan? ohoo, kes baru? ya, berita ini disajikan pada anda pada 7 april 2011.. tapi kalian sadar kah sudah bertahun lamanya telur ayam tiruan ini di hybridkan? kalau tak silap, semasa gua google tadi sejak 2004 telur-telur ayam palsu ini sudah menembusi pasaran Amerika.. hah! Bagaimana pulak di Malaysia ni?? gua rasa banyak sangat produk kita diimport dari China!! tak percaya lu orang jalan pergi dapur, pilih satu barang.. cari asal dari mana barangan tersebut.. cer tengok! cer tengok!! 

              Bayangkanlah, berapa lama telur-telur ini sudah beranak pinak untuk bertahun lamanya mengisi ruang tembolok kalian.. ehem! maksud gua kita semua!! boleh jadi kita sudah mentekedarah selama kita masih menjadi janin dalam perut ibu? boleh jadi?? Gua tak tau, tapi gua suka makan telur yang dibalut dengan burger daging gua.. memang asyukk!! kalau nasi lemak, memang tak terkata nikmatnya kalau ada telur sambal!!

                           Ahh!! telur ayam sudah sebati dalam hidup gua!! sama seperti telur gua jugak!! Opps...???!! Heh! Ya, lauk apa yang tak ada telur? tunjukkan gua siapa yang tak makan telur dalam masa seminggu?? hah! Telur ayam juga sudah sebati menjadi ramuan kuih-kuih tradisional masyarakat melayu, cina ataupun india.. sapa tak makan roti telur? sapa juga tak makan megi sup campur telur?!!!

Arghh!! berita ni buat gua semak kepala!!
Lu tengok lah sendiri perbezaan telur asli sama telur palsu.. gua dah malas nak taip lagi.. frust betul!!

Nampak beza tak? tak nampak klik dua kali gambar ni.. okehh??

Firman Allah SWT. dalam surah Al-Baqarah ayat 172 :  Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-
Nya".

Monday, April 4, 2011

Anwar Ibrahim sah dalam Video seks?



KANTOIII?????
  Salam segala sahabat yang sempat menenyehh mouse dalam blog gua..
gua baru sahaja menonton video ni, pada pendapat gua memang sah wajah mamat dalam video ni adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, atas pengamatan gua lahh.. dengan punngkoq, tetek layoq, sama figure.. memang SEBIJIKK!!

gau tak tau pulak kalau super-impose kah, grafik kah, apa sahaja lancau editing yang di buat dan gua tak peduli pun...
KALAULAH BENAR lelaki dalam video ini adalah ANWAR IBRAHIM, maka pucuk pimpinan PKR sudah KANTOI!! ini pilihanraya di Sarawak konfirm BN menang..

KALAU TIDAK BENAR lelaki dalam video ini bukan ANWAR IBRAHIM, maka memang jelas fitnah itu sudah jadi sangat besar di penghujung zaman.. nauzubillah!!

HAH! cerita banyak tak guna TENGOK VIDEO DI SINI... dan, anda nilai ye sedara sedari sekalian..!!

KLTHUGS: takdelah nak sibuk menyibuk sangat hal politik..

Friday, March 4, 2011

Yaww!! Fantasi Seksual jadi Tragedi!

                                          

Pergh.. ini cerita maut!
Seks dan kekejaman! mengalahkan cerita Black Dahlia yang pernah gua tulis dalam tampalan beberapa bulan sebelum ini.. serta cerita pembunahan Nancy spungen oleh Sid Vicious si idola punk 
Arthur Sedille, 23

Akibat terlampau selalu sangat main tembak olok-olok guna pistol betul, seorang suami yang juga peminat pistol Arthur Sedille, 23, menembak secara tak sengaja di kepala isterinya Rabecca Sedille, 51, ketika sedang mengulit-ngulit sambil kissing-kissing atau secara bahasa inggerisnya foreplay sebelum mengadakan hubungan seks.. yawww!

Semasa Arthur ditahan di rumahnya di Oklahoma City, dia dengan selamba menggelabah memberitahu pak polisi bahawa ianya suatu kemalangan yang tak disengajakan..
 "Ini Accident pak! gua sayang gila dengan bini gua, gua tak sengaja tertembak, gua ingat kelongsong kosong, rupanya ada isi pak! sumpah pak! sumpah gua tak sengaja!" kata Athur semasa ditahan.

Namun begitu polis officer tetap menerajang punggung Athur hingga malaon ini tersungkur masuk ke dalam patrol car. Arthur nyaris ditempeleng dek polis officer kerana bercakap terlalu hampir hingga baki bau sambal petai hidangan makan malam terakhir mendiang Rebecca menusuk ke dalam rongga hidung polis officer menyebabkan dia mahu muntah.


Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada malam 21 Disember 2010 membawa Arthur terus ke kandang mahkamah dan dibicarakan sebagai kes bunuh tahap pertama. Kes ini meninggalkan persoalan, adakah lelaki ini sedang membina plot pembunuhan isterinya yang dengan sengaja?

KLthugs: Main Pistol Air, dengar lagu Sex Pistol :)