Friday, November 26, 2010

Lembah berdarah angkara kartel dadah!



LEMBAH maut! Itu gambaran wilayah Ciudad Juarez, Mexico yang terletak bersebelahan lembah El Paso, Texas – laluan pedagang-pedagang najis dadah dan pusat pengumpulan mayat mangsa kekejaman kartel dadah.
Lebih 5,500 pembunuhan telah terjadi di sini sejak Januari 2008. Angka itu adalah satu per lima daripada 25 ribu kematian yang melibatkan urusan dadah di Mexico selepas Presiden Felipe Calderon melancarkan perang terhadap kartel dadah secara besar-besaran. Kartel ialah rangkaian antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain  mengawal harga dadah.
ini sangat kejam! kepala bersepah-sepah di atas lantai..
Menurut sumber jabatan perangkaan Mexico, sebanyak 191 pembunuhan berlaku pada setiap 100 ribu penduduk di wilayah Juarez. Angka ini merupakan angka tertinggi selepas wilayah San Pedros, Honduras jatuh di tempat kedua dengan 119 pembunuhan setiap 100 ribu penduduk.
          Ketegangan konflik kawasan hitam ini dihangatkan lagi dengan drama terbaru pada Jun 2010 apabila salah seorang calon gabenor di lembah berdarah ini ditembak mati dipercayai didalangi oleh kartel Juarez.
Rodolfo Torre ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Empat orang yang lain turut sama dalam kereta termasuk pemandu turut terbunuh dalam insiden kejam tersebut.
          Torre yang juga merupakan pemangku Ahli Majlis Persekutuan, Setiausaha kementerian Kesihatan dan juga Pengarah Pembangunan Integriti Keluarga menjadi sasaran kartel dadah kerana menteri ini sedang berkempen dalam pilihanraya kecil Tamaulipas.
Salah satu manifestonya adalah memastikan keharmonian sejagat di Mexico, tetapi hasratnya dimatikan oleh organisasi yang merasa terancam terhadap laungan kempen Torre di seluruh pekan-pekan.
geng samseng lawan samseng lain..
 yang ini gambar sudah cukup bukti
 samseng tu memang samseng
Mereka membunuh tanpa rasa belas, tidak kiralah individu tersebut daripada pihak berkuasa setempat mahupun orang kebanyakan. Malah, persengketaan antara kartel dadah yang lain turut menjadikan Juarez sebagai medan perang sesama mereka.
mayat hugo hernandez
 dijumpai di sini..ewww!
Pada 9 Januari 2010, mayat Hugo Hernandez, 36, dijumpai ditinggalkan di jalan Los Moschis terpisah kepada tujuh bahagian. Lebih mengerikan, pembunuh telah menyiat kulit muka Hernandez dan dijahitkan di permukaan sebiji bola sepak dan ditinggalkan di hadapan bangunan Dewan Perbandaran.
Selain itu, gadis muda turut menjadi mangsa kekejaman hawa nafsu kartel-kartel dadah dan samseng jalanan di Juarez.
Sejak tahun 1993, angka kematian yang dilaporkan oleh kerajaan setempat adalah seramai 400 orang tetapi angka sebenar dikatakan lebih 5000 orang telah dibunuh setakat tahun 2005.
keluarga mangsa femicides berdemo!
Mangsa-mangsa ini berumur dalam lingkungan 12 hingga 22 tahun merupakan pekerja kilang. Mereka digoda, diculik dan dibunuh selepas dirogol.
kubur mangsa wanita yang dibunuh kartel-kartel!
Mayat-mayat gadis-gadis ini dicampak ke merata-rata tempat seperti di kawasan semak, kawasan padang pasir ataupun dalam longkang.
gambar-gambar mangsa wanita muda
Sehingga kini, kes kehilangan anak-anak gadis berbulan lamanya semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana pihak media di Mexico turut diberi ancaman oleh kartel-kartel dadah ini.  Wilayah Ciudad Juarez menjadi musuh ketat terhadap para wartawan melaporkan berita di sini.
kamera santiago berlumuran darah.
mayat santiago yang ditembak mati
dibawa keluar..kejam!!
Luis Carlos Santiago, 21, jurufoto akhbar El Diario ditembak mati dalam  kereta sedan Nissan berwarna perak berhampiran pejabatnya pada 16 September yang lalu. Peluru rifle 9mm menembusi tubuh dan kepala Santiago.
Sekurang-kurangnya sembilan orang wartawan termasuk Santiago dibunuh pada tahun lepas. Tujuan mereka menyerang wartawan dan juru foto kerana mereka tidak mahu pihak akhbar menyiarkan aktiviti haram yang sedang mereka jalankan.
cuba teka siapa gadis ini??
dia adalah ketua balai polis ciudad juarez,
Marisol Valles Garcia, 20 tahun
Setiap editor akhbar di Juarez diberi surat ugutan dan amaran oleh samseng-samseng ini. Beberapa akhbar yang takut dengan ancaman ini menghentikan laporan yang berkaitan dengan agenda penyeludupan mahupun pengedaran dadah yang berlaku di Juarez mahupun Mexico.
Kekejaman terus membelenggu Ciudad Juarez, satu demi satu pembunuhan berlaku bagi mempertahankan kedaulatan kartel dadah demi untuk memastikan produk mereka tiba dengan selamat dan dinikmati pengguna-pengguna tegar di seluruh dunia, termasuklah Malaysia!
         

Monday, November 22, 2010

Saya ni pemalas, dah tu kena duga macam ni pulakkk??

Nyarisssss!!

itu yang terpacul dalam benak aku..
nyaris hilang email, nyaris hilang blog yang aku baru kerjakan..
BARU je kerjakan..

mana tak hangen, sedang seronok melayari blog Amir Muhammad, just check in apa director ni post, then buka balik google-mail..
shit, red alert appear on my screen..

"Caution! ada orang sedang hack account gmail anda. sila click si link yang dinyatakan.."

gua pun click, tengok ada user membuka account gua dari US, shit!
ni sah2 pasal aku baru post something yang berkenaan dengan area 51 kan..OMG!

Okay, relax..gua pun dengan segera menukar account password..
dan yang bestnya..

AKU DAH LUPA PASWORD TU.. (hahahah)

Dunia Lain Dalam Perut Bumi??


Kol. Billie Faye Woodard
DAKWAAN aneh ini dikemukakan oleh seorang bekas anggota tentera udara Amerika, Kolonel Billie Faye Woodard. Dakwa Billie, dunia yang terletak di perut bumi itu dihubungkan oleh beberapa buah lohong dan terusan yang dibina oleh penduduk tamadun Lemuria – iaitu tamadun yang pernah wujud ratusan ribu tahun lalu di sebuah benua  di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Bagaimanapun, tamadun itu lenyap akibat bencana alam yang dahsyat.
sign, filem UFO dan
 ladang jagung.
            Di dalam perut bumi itulah masyarakat Lemuria membina suatu tamadun baru. Kemudian, penduduk perut bumi itu membina lohong-lohong rahsia ke Kutub Utara dan Gunung Shasta di California, Amerika Syarikat, untuk membolehkan mereka keluar menggunakan objek tidak dikenali (UFO) dan membawa masuk penduduk bumi ke dalam dunia mereka.
            Billie juga mendakwa, dia telah beberapa kali masuk ke dalam dunia yang terletak di perut bumi itu. Kali pertama berlaku ketika dia berusia 12 tahun dan sedang bermain dengan kawan-kawan di sebuah ladang jagung berhampiran rumah bapa angkatnya di Texas.
Kata Billie, sewaktu melintasi ladang jagung tersebut, dia telah didatangi oleh sebuah UFO lalu dibawa terbang merentasi Amerika dan Kanada hingga ke Kutub Utara. Makhluk yang ‘menculiknya’ itu, dakwa Billie, mempunyai tubuh dua kali ganda daripada manusia biasa.
Sampai di Kutub Utara, Billie melihat kawasan yang dilitupi ais itu tiba-tiba terbuka luas, membentuk sebuah lohong. Dari dalam perut bumi, terpancar cahaya yang terang-benderang menuju ke langit. UFO yang dinaikinya itu terbang memasuki lohong tersebut.
            Cahaya terang itu sebenarnya, kata Billie, datangnya daripada ‘matahari’ yang terdapat di dalam perut bumi. Ia menerangi kota-kota besar dan indah, tempat Billie hidup selama enam bulan berikutnya. Di situlah, dakwa Billie, dia bertemu dengan manusia-manusia yang telah lenyap secara tiba-tiba dari muka bumi ini, seperti juruterbang serta anak kapal yang ghaib semasa melintasi Segi Tiga Bermuda.    
            Billie memasuki dunia lohong itu buat kali kedua semasa dia menyertai tentera udara. Dakwa Billie, pada suatu ketika, dia dan beberapa orang pegawai tinggi tentera udara Amerika telah diarahkan menyertai satu operasi rahsia di sebuah padang pasir Nevada, yang dinamakan Area 51. Operasi itu dinamakan, Top Secret.
            Tingkap pesawat digelapkan untuk merahsiakan lokasi sebenar operasi. Mereka diturunkan di celah-celah sebuah kawasan pergunungan, dan kemudian masuk ke dalam sebuah lif. Lif berkenaan membawa mereka memasuki sebuah terowong rahsia menuju ke perut bumi.
Dakwa Billie, di perut bumi itu terdapat sebuah tamadun yang cukup hebat, mempunyai kota dan bandar yang cantik. Manusia yang tinggal di sana dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa.  
Billie kemudiannya dibawa ke sebuah tempat bernama, ‘Telos’, iaitu sebuah kota suci di bawah Gunung Shasta. Setelah itu barulah mereka kembali semula ke pangkalan.
            Dalam tempoh 11 tahun selepas itu, Billie mendakwa dia telah tiga kali memasuki lohong bumi melalui terowong-terowong rahsia. Dunia lohong itu, dakwa Billie, begitu aman dan cantik. Hanya terdapat sebuah benua dan sebuah lautan saja di sana. Ibu kotanya, kata Billie, bernama Eden, terletak di bawah bumi Arkansas.
Kesemua penghuninya memakan sayur-sayuran manakala haiwan-haiwan yang terdapat di perut bumi itu jinak serta boleh berinteraksi dengan manusia melalui telepati. Billie seterusnya mendakwa, tiada penyakit di sana kerana persekitarannya cukup bersih hinggakan jika kita memasuki dunia itu, segala penyakit akan sembuh dengan hanya menyedut udaranya yang bersih.
Dalam kunjungan kali ketiga ke dunia lohong di perut bumi itu, Billie diminta oleh penghuni di sana supaya memberitahu tentang kewujudan mereka kepada penghuni dunia. Billie turut diminta menyampaikan mesej bahawa, penghuni perut bumi adalah makhluk yang sukakan keamanan, dan mereka sangat ingin bersahabat dengan manusia yang hidup di permukaan planet ini.
Selain itu, Billie mendakwa diminta memberitahu pihak kerajaan dan tentera supaya menghentikan keganasan serta ujian senjata nuklear dan atom yang sering dilakukan dewasa ini. Selain menyebabkan kerosakan serta pencemaran, ujian senjata itu turut mengancam nyawa manusia yang hidup di perut bumi.
Bagaimanapun, Billie memberitahu mereka bahawa permintaan itu sia-sia saja. Kerajaan dan pihak tentera yang ada di planet bumi ini semuanya keras kepala. Ego mereka terlalu tinggi, mereka tidak akan mendengar suara penghuni perut bumi. Lantas Billie mencadangkan agar penghuni perut bumi ini keluar dan menunjukkan kewujudan mereka. Dari situ barulah manusia yang hidup di permukaan bumi ini terkejut dan mengubah sikap.
Di dalam biografinya yang berjudul World Top Secret, yang ditulis oleh Rodney M. Cluff pada Julai 2008, Billie memberitahu, dakwaannya itu bukan cerita rekaan. Tegas Billie, ia adalah suatu rahsia besar kerajaan dan tentera Amerika Syarikat. Dia sendiri telah diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada dunia luar.
Malah, dakwa Billie lagi, kejadian sebuah lohong terbuka di Kutub Utara telah berlaku pada 1986 dan dilihat sendiri oleh seorang juruterbang yang membawanya ke sana. Bagaimanapun, dua buah jet pejuang Amerika yang berpangkalan di Alert Air Force Base, Kanada telah memintas sebelum sempat mereka memasuki lohong tersebut. Mereka diberi amaran supaya berpatah balik.
Biografi itu seterusnya mencatatkan, Billie terpaksa mematuhi arahan tersebut. Ketika berpatah balik, muncul tiga buah UFO dari lohong tersebut. Kemudian, UFO berkenaan menghubungi radio di dalam pesawat yang dinaiki Billie, memberitahu, “Billie, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia kami. Kami minta maaf atas apa yang berlaku. Anda tidak dapat melakukannya sekarang, tetapi perjalanan anda seterusnya akan menemui kejayaan. Auf Wiedersehen!”
 Benarkah dakwaan Billie ini? Walaupun ramai yang menyanggah, namun Billie tetap mempertahankannya. Kata Billie, dia bukan manusia biasa. Dia sememangnya berasal dari perut bumi, dan dilahirkan bersama adik perempuan kembarnya yang bernama Zuria. Mereka mempunyai kedua-dua organ seks.
Billie mendakwa masih ingat lagi bagaimana dia berbual dengan ibu bapanya ketika masih bayi, dan kemudian ibu bapanya itu meninggalkannya dua berdik di sebuah taman di Texas, pada 18 September 1951. Di situlah dia diambil oleh pasangan Red Indian, ibunya dari suku Apache, manakala bapa, Cherokee.
Billie juga mendakwa, suatu ketika dahulu dia dan adiknya mampu bertutur bahasa Lemuria. Adiknya, Zuria, bagaimanapun telah berpindah ke dalam dunia di perut bumi. Billie mendakwa telah bertemu Zuria dalam kunjungannya ke dunia lohong itu.
Ramai yang menganggap dakwaan Billie itu satu cerita karut. Kata mereka, ia berpunca daripada khayalan manusia yang tidak waras. Mereka juga mengaitkannya dengan latar belakang Billie yang pernah mengalami penderaan seks semasa zaman kanak-kanaknya dahulu.
UFO bukan dari angkasaraya?
Selain itu, Billie turut didakwa terpengaruh dengan gambaran dunia perut bumi yang telah diceritakan dalam pelbagai buku, antaranya oleh nelayan Norway bernama Olaf Jansen dalam Smoky God. Di dalam buku itu, Olaf mendakwa pernah belayar memasuki lohong yang terbuka di Kutub Utara dan memasuki dunia di dalam perut bumi.
            Adakah anda percaya dakwaan Billie tadi? Adakah benar UFO bukan berasal dari angkasa raya, sebaliknya dari dalam perut bumi? Adakah anda yakin manusia yang hilang di permukaan bumi serta yang lenyap sewaktu melintasi Segi Tiga Bermuda telah disedut masuk ke dalam dunia perut bumi ini?

Friday, November 19, 2010

Deftones will destroy Valentine's Spirit!!

Deftones will play at Kuala Lumpur this upcoming February.
Are you ready headbangers???
Art-metal experimentalists Deftones will be making their way to South East Asia in the new year, with two sure to be explosive shows in Indonesia and Malaysia!

Deftones 'Diamond Eyes'
cover album
Bassist Chi Cheng
recover from coma
       Deftones rebounded in 2010 with their brand new album Diamond Eyes, which was written after bassist Chi Cheng fell into a coma, thus driving the band to push back the much hyped Eros album till the day Chi reawakens. While that day may not be far off as reports from the hospital on Chi's condition have been encouraging, Indonesian and Malaysian fans will soon be moshing to the likes of 'Engine No.9', 'My Own Summer', 'Diamond Eyes', and 'You've Seen The Butcher', an experience sure to be memorable as Chino Moreno's ghostly wail has only gotten better with age, and the band are as tight as ever with their shoegaze-inspired approach to heavy music.

Details:

Indonesia
When: 8th February 2011
Where: Senayan Tennis Indoor Stadium, Jakarta
Tickets: On sale 27th November

Philippines
When: 12th February 2011
Where: World Trade Centre, Manila
Tix: On-sale December 1st

Malaysia
When: 14th February 2011
Where: TBA
Tix: TBA

Thailand
When: 15th February 2011
Where: Thunderdome, Bangkok
Tix: On-sale Nov 27th

Singapore
When: 16th February 2011
Where: Singapore Indoor Stadium
Tix: On-sale Dec 1st

deftones website click here
credit: junkonline

Badi Porsche James Dean!


Porche 550 Spyder (little Bastard)
milik James Dean yang remuk!

SELURUH dunia digemparkan dengan kematian pelakon sensasi Hollywood, James Dean pada 30 September 1955. James Dean terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta lumba miliknya model Porsche Spyder 550 yang bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di lebuh raya berhampiran Cholame, California.
Selepas kematian James Dean, kereta Porsche yang mendapat jolokan ‘little bast*ard’ itu dibeli oleh seorang peminat kereta bernama George ‘King of Kostumizing’ Barris.
Semasa ditunda, kereta itu tergelincir dari ikatan lalu menghentam mekanik yang berada di belakang trak tersebut. Kaki mekanik tersebut patah.
          Barris menjual bahagian-bahagian kereta Porsche separuh remuk itu kepada dua orang doktor iaitu Dr. Troy McHenry dan Dr. William Eschrid yang juga pemandu kereta lumba amatur.
Semasa berlumba, kedua-dua doktor terlibat dalam nahas bersama-sama seorang lagi pemandu yang turut membeli batang syaf ‘little bast*rd’ daripada Borris. Dr. William Eschrid mati di tempat kejadian akibat perlanggaran dahsyat itu manakala Dr. Troy Henry cedera parah.
          Begitu juga yang terjadi kepada tayar Porsche James Dean yang dibeli oleh seorang pemuda. Dua buah tayar itu pecah serentak dan hampir mengakibatkan pemuda itu maut dalam nahas jalan raya.
          George Barris merasakan ‘little bast*rd’ membawa sial lalu dia tidak lagi mahu menjual mana-mana bahagian Porsche kepada sesiapa. Tidak lama kemudian pihak berkuasa pengangkutan jalan raya tempatan mengambil kereta yang separuh remuk itu untuk dijadikan sebagai pameran di sekolah-sekolah.
          Semasa dalam rangka lawatan ke sebuah sekolah tinggi di Sacramento, bahagian badan kereta itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap paha seorang pelajar. Bahagian paha pelajar itu patah dan dia dikejarkan ke hospital.
           Kereta tersebut disimpan ke dalam garaj selepas insiden yang menimpa pelajar berkenaan. Semasa berada dalam garaj, satu kebakaran berlaku tanpa diketahui puncanya. Anehnya, kesemua kereta yang berada dalam garaj terbakar tetapi ‘little bast*rd’ tidak terjejas.
          Porsche Spyder milik James Dean diusung lagi, kali ini dibawa pulang ke Salina, California dengan sebuah treler. Badinya masih kuat dan kali ini menghentam seorang pemandu sehingga terbunuh selepas ikatan penyambung tertanggal daripada bahagian treler berkenaan.
          Beberapa lagi kemalangan kecil berlaku melibatkan Porsche tersebut ketika dibawa ke Miami, Florida. Semasa dipamerkan, satu lagi kejadian aneh berlaku apabila kereta itu berderai kepada 11 bahagian tanpa sebarang sebab.
          George Barris membuat keputusan untuk mengambil semula kenderaan miliknya itu. Kesemua bahagian kereta yang terpisah itu dikumpulkan lalu dibungkus ke dalam beberapa kotak dan dibawa menaiki kereta api ke California. Anehnya kesemua kotak yang mengandungi bahagian ‘little bast*rd’ ghaib begitu sahaja tanpa dapat dikesan sebaik kereta api itu tiba di California.
130 little bastard bersama pemiliknya, James Dean.

Perdana Menteri Britain Mimpi Kematian Sendiri!!

perceval spencer
PADA musim bunga 3 Mei 1812, seorang lelaki Inggeris bernama John Williams mengalami mimpi aneh sebanyak tiga kali berturut-turut. Dia bermimpi seorang lelaki bertubuh rendah memakai kot berwarna hijau gelap menembak mati Perdana Menteri England, Spencer Perceval pada bahagian dada di hadapan bilik kot kawasan lobi Parlimen.
Apabila Williams bangkit dari tidur dan menceritakan pengalaman mimpinya pada rakan-rakan dia ditertawakan dan mereka menganggap mimpinya itu mengarut dan sekadar mainan tidur. Walaupun menganggap mimpi itu sebagai amaran, tetapi Williams tidak mengendahkannya lantaran dia sendiri tidak berminat dalam politik.
Sungguhpun begitu, watak mangsa bunuh yang muncul dalam mimpi Williams iaitu Spencer Perceval turut mengalami mimpi yang sama pada malam 11 Mei 1812.
Semasa bersarapan pagi, Perceval menceritakan tentang mimpinya ditembak di dada oleh seorang lelaki gila berkot hijau gelap di lobi Parlimen kepada isterinya.
Isteri dan anak-anaknya bimbang lalu menasihati Perceval tidak meneruskan urusan rasminya di Parlimen pagi itu, namun Perceval berdegil.
Perdana Menteri itu cuma menganggap mimpinya itu sebagai mainan tidur dan dia tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai orang penting negara gara-gara mimpi bodoh!

gambaran perceval spencer ditembak

Semasa Perceval berjalan menuju ke lobi Parlimen, seorang lelaki bertubuh kecil memakai kot berwarna hijau gelap mengacu pistol ke arah dada Perceval dan menembaknya sehingga mati. Hari itu terukir sejarah satu-satunya Perdana Menteri England mati dibunuh.

Monday, November 15, 2010

Misteri pembunuhan Black Dahlia kekal Misteri! (UNCENCORED!!)

PASUKAN polis Los Angeles melalui titik hitam apabila menghadapi suatu kes pembunuhan yang masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini.  
mayat black dahlia dijumpai di kawasan semak,
terpotong dua!
Kes yang menjadi tabu dalam pasukan polis ini melibatkan pembunuhan ngeri  seorang wanita yang diberi jolokan, Black Dahlia.
Pada 15 Januari 1947, seorang suri rumah, Betty Bersinger menjumpai sekujur mayat wanita muda ketika sedang bersiar-siar bersama-sama anaknya yang berumur tiga tahun di kawasan lapang sebuah taman di Liemert Park, Los Angeles.
ngeri! wajah black dahlia dikelar-kelar
sebelum dibunuh
kejam! kejam! kejam!
Mayat tersebut ditemui terbaring di dalam semak. Tubuhnya dikerat dua, terpisah dari bahagian pinggang tanpa seurat benang. Manakala sebahagian lagi, kedua belah tangannya diletakkan di bawah kepala seolah-olah seperti sedang beraksi dalam sesi fotografi.
Kepala mayat mendongak setinggi 45 darjah. Wajahnya dikelar-kelar dari hujung bibir hingga pipi sepanjang 5 sentimeter. Terdapat kesan lebam kelihatan pada bahagian buku lali.
Kedua belah kakinya terkangkang. Pada pergelangan tangan mangsa terdapat kesan tali dipercayai mangsa diikat dan dibelasah sebelum dibunuh. Di bahagian peha mayat kelihatan torehan jelas susunan abjad ‘BD’.
          Dua detektif, Harry Hansen dan Finis Brown dikerah untuk merungkai kes ini. Bahagian Forensik bertungkus-lumus mencari bahan bukti seperti darah dan cap jari tetapi hampa. Pihak polis telah membuat andaian, mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke situ.
Detektif Finis Brown dan Harry Hansen
 dikerah menyiasat pembunuhan kejam Black Dahlia
Lebih merumitkan, struktur badan mangsa yang terbelah dua itu telah pun dicuci sebelum dihumban ke taman berkenaan.
Selain itu, polis turut membuat andaian pembunuh adalah seorang yang pakar membuat kerja-kerja pemotongan. Mangsa dibawa ke hospital dan dibedah siasat.
Mangsa dicam dan dikenali sebagai Elizabeth Short, dilahirkan pada 29 Julai 1924 di Hyde Park, Massachussette.
Black Dahlia pernah ditahan
 oleh jabatan polis Santa Barbara
Pada tahun 1940an, hubungan media dan polis begitu akrab. Pihak polis menggunakan bantuan alatan pembesar cap jari daripada akhbar.
Secara tidak langsung, akhbar menerima maklumat tunjang daripada pihak polis dan peluang ini dijadikan sebagai scoop berita untuk mensensasikan kes ini.
Akhbar Examiner menggunakan kelebihan ini untuk menjejaki ibu kepada Elizabeth dan mendapatkan maklumat lanjut semasa hayatnya. Untuk mengorek rahsia, pihak akhbar terlebih dahulu memberitahu ibunya yang Elizabeth baru saja memenangi peraduan ratu cantik.
Selepas ibunya selesai bercerita tentang anaknya, barulah pihak akhbar memberi perkhabaran tragis yang menimpa anak gadisnya.
Kecantikan Seks & Kekejaman. Begitulah tajuk berita yang terpampang pada dada-dada akhbar di seluruh negara keesokan harinya.
Siasatan demi siasatan dijalankan demi mencari pembunuh gadis cantik ini. Apakah motif pembunuhan?
Pihak polis masih buntu. Setelah menyiasat, barulah satu demi satu kisah Black Dahlia didedahkan.
Black Dahlia merupakan nama jolokan Elizabeth Short, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Hollywood untuk menjadi anak wayang.
Dia tinggal dengan bapanya di California bekerja sebagai pelayan. Namun selepas beberapa bulan tinggal dengan bapanya, Dahlia keluar dari rumah.
Lampu neon kota Hollywood dan tubuh yang cantik menjadikan gadis ini lupa diri. Black Dahlia mula berpelesiran dan berfoya-foya di kelab-kelab malam untuk berhibur dan menghabiskan wang jantan-jantan yang dikenalinya.
Susuk tubuhnya seakan seorang wanita yang matang dengan kulit putih mulus menjadikan gadis ini kegilaan lelaki-lelaki hidung belang di kelab-kelab malam.
Elizabeth diberi jolokan Black Dahlia kerana gadis ini dikatakan sering mengenakan busana berwarna hitam. Rambut asal yang berwarna perang juga diwarnakan hitam.
Akhirnya pada Disember 1944, Black Dahlia menghentikan tabiat playgirlnya selepas bertemu cinta dengan Matt Gordon, seorang tentera udara berpangkat Mejar. Tetapi pada bulan Ogos 1945, ketika perang Amerika-Jepun tamat, Matt yang bertugas dilaporkan terbunuh dalam nahas kapal terbang.
Selepas kematian cintanya, Dahlia kembali menjadi semakin liar dan hilang arah tuju. Dia merancakkan semula kehidupan di kelab-kelab malam dan menghabiskan wang jantan-jantan miang di Miami.
Sasarannya, askar, ahli perniagaan, lelaki tua atau muda yang penting, mereka semua berduit. Enam bulan sebelum hari-hari terakhirnya, Black Dahlia hilang punca dalam hidupnya.
Dia masuk keluar hotel, apartmen dan bilik-bilik sewa di California. Selagi boleh menginap secara percuma, Black Dahlia akan tidur. Pernah sekali Black Dahlia tinggal di sebuah rumah bersama 12 wanita lain.
Gadis ini sering bertukar pasangan setiap malam, selain tidak mempunyai teman rapat, dia rela diusung orang-orang asing ke hulu ke hilir. Situasi ini merumitkan pihak polis membuat siasatan terhadap kematian Black Dahlia.
Lebih seribu orang disoal siasat dan berpuluh-puluh suspek di tahan, tetapi tiada satu pun yang dapat merungkaikan kes ini. Individu terakhir yang dikatakan bersama dengan Black Dahlia turut disoal siasat serta menjadi suspek utama polis.
Malangnya, tiada satu pun bukti dapat mengaitkan Robert Manley sebagai pembunuh kerana beliau hanyalah salah seorang jantan-jantan poyo yang mahu berasmara dengan Black Dahlia.
          Lebih 40 anggota dikerahkan untuk membantu siasatan kes ini. Polis menyerbu beberapa buah rumah yang disyaki untuk mencari bahan bukti.
Parit-parit besar, kedai dobi layan diri, tong-tong sampah digeledah namun usaha ini gagal.
nota-nota yang diposkan kepada akhbar The Examiner
Apabila kes ini seakan tidak berpenghujung, akhbar Examiner dikejutkan dengan kehadiran bungkusan yang memuatkan gambar-gambar Black Dahlia, sijil kelahirannya, kad keselamatan sosial, surat pengesahan kematian kekasihnya, Matt Gordon serta petunjuk baru – 75 nama lelaki lengkap bersama alamat. Pengirimnya, tidak diketahui.
          Polis segera memanggil dan menyiasat kesemua 75 orang, namun usaha ini turut gagal serta menemui jalan buntu. Deretan nama lelaki-lelaki ini hanyalah beberapa kali saja menemui Black Dahlia. Tiada motif dapat dibuktikan untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
          Akhirnya kes Black Dahlia tiada berpenghujung. Tidak ada lagi pihak yang tampil untuk membantu siasatan melainkan beratus-ratus surat cemuhan dan usikan yang dihantar kepada jabatan polis Los Angeles.
kumpulan grindcore dari Australia
Kes Black Dahlia telah menjadi inspirasi kepada berpuluh-puluh novel, pembuat filem dan memberi inspirasi kumpulan muzik metal (Black Dahlia Murder) tetapi malangnya pembunuh Black Dahlia masih bebas sehinggalah sekarang atau mungkin juga sudah lama menemui ajalnya tanpa diadili undang-undang!
Kes Black Dahlia terus diselubungi misteri!
siapa pembunuh Black Dahlia??